Blogger templates

Showing posts with label Kaison. Show all posts
Showing posts with label Kaison. Show all posts

Apr 14, 2013

Cute Stamp Sets #1

Taraaa... Barangan comel datang lagi. Wah-wah-wah mesti berpinar mata korang tengok barang-barang comel dalam blog i ni kan? Sabar ajelah ye kawan-kawan. Hehehe...

Kalau korang nak tahu semenjak anak-anak i mula bersekolah (maksud i mula jejakkan kaki ke tadika). Koleksi stamp yang selama ini lebih kepada tujuan simpanan peribadi berbanding daripada tujuan untuk dicop telah mula bertukar konsep. Sekarang ni, i lebih suka cari cute mini stamp yang boleh digunakan untuk memberi galakan dan semangat untuk anak-anak i bila mereka siapkan buku latihan ulangkaji. 

Sejak 2 tahun lepas, selain bekerja makan gaji disiang hari, i juga kini bekerja tanpa gaji di malam hari sebagai guru BESAU! (motiflah sangat bold kan perkataan BESAU tu hehehe...) Dan tugas guru besar walaupun free bukannya mudah tau kawan-kawan nak ambil hati student-student comel yang lagi panjang akal dari guru besarnya. Lebih-lebih lagi kalau pelajaran zaman sekarang ni lebih advance dari waktu i belajar dulu-dulu. Perghhh... serius i terkejut bila tengok Abang Long yang baru je 4 bulan bersekolah Darjah Satu dah belajar pasal topik BUNDARkan. I yang dah pencen Darjah Satu berpuluh tahun dulu, nak explain cara yang mudah untuk dia faham pun terkial-kial (adeh!) Agaknya Darjah Enam nanti dah belajar Add Maths ke? (Hah!!! Tolongggg...!) Eh, guru besar pulak yang over nervous tak pasal-pasal. Hahaha!

Kadang-kadang gambar pada stamp ni langsung takde kena-mengena pun dengan apa yang anak i siapkan. Tapi i suka biarkan dorang pilih gambar mana yang menjadi pilihan hati dorang untuk dicopkan pada buku latihan. Cuma setiap muka surat yang dibuat hanya dibenarkan sekali je untuk dicop. Kalau dorang nak cop lagi, kenalah buat banyak-banyak muka surat yang ada dekat buku latihan tu. Kehkehkeh... bijak tak guru besar?

Selain daripada stamp macam dekat bawah ni, i juga gunakan sticker / stiker sebagai daya penarik untuk dorang terus buat homework, baca buku dan buat ulangkaji. Terpaksalah mama struggle sikit untuk perhatikan pelajaran anak-anak mama. Takpelah demi anak-anak tak boleh berkira sangat. Insya-Allah adalah rezeki dorang untuk kita bila dah tua nanti (ewah! Hehehe...)

Kesemua cute stamp sets dekat bawah ni, i beli dekat Kaison. Harga stamp jenis kayu ni ialah RM3.90 satu set. Manakala yang jenis rubber pulak (macam gambar no. 2) berharga RM2.50 satu set. Wahhh... murah gila kan?

Bila dah banyak sangat stamp macam mana cara kita nak simpan eh? Hah, senang je kawan-kawan. Macam i sendiri, i beli bekas tin bercorak cute dan susun elok-elok di dalamnya. Jadi taklah bersepah-sepah bila nak guna. Yang penting nampak kemas dan tak comot (hoorey!)






p/s : teringin nak buat stamp hasil tangan sendiri.

Mar 28, 2013

Cute Collection Items / Koleksi Barangan Comel #2

Wah... Semenjak i perkenalkan dekat korang dengan Kedai Perhiasan Rumah bernama Kaison, tak sangka rupa-rupanya bukan i sorang je yang dah jatuh hati dengan Kaison. Ramai antara korang yang dah pergi ye? Best kan? Maklumlah untuk sesiapa yang teringin nak adakan majlis-majlis tertentu (samada birthday party ke, majlis pertunangan ke, perkahwinan ke...) dan perlukan goodies untuk diberikan sebagai gift / hadiah kepada tetamu yang hadir. I rasa inilah antara tempat wajib yang korang boleh terjah dan duduk bertapa lama-lama (jangan tak balik rumah terus... sudah! Hehehe...)

Tapi macam untuk i yang takde buat sebarang occasion ni, tujuan utama i ke Kaison lebih kepada nak grab benda-benda comel je (hehehe... alah korang ni macam tak kenal dengan perangai i yang addicted dengan benda cute). Hari tu, sempatlah i singgah ke Kaison, Paradigm Mall, Kelana Jaya. Best jugak rupanya shopping complex Paradigm Mall ni kan? (Ida / Glazsliper, kita dah sampai dekat sini jugak dah. Siap bungkus Chatime bawa balik rumah lagi. Hehehe).

Kononnya nak beli barang-barang untuk kegunaan i di pejabat dan menayang-nayang di atas meja office (cemburu tak? cemburu tak? Hahaha!) Dan dalam pada masa yang sama, nak bagi tambah semangat bila buat kerja dekat office (iyolatu kan?) Tapi sampai hari ni barang-barang comel yang i beli, masih lagi ada dekat rumah. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam tak sanggup pulak nak berpisah. Tapi hakikat sebenarnya i dah kena brainwash dengan hubby sendiri, especially bila hubby kata, "aik... beli barang-barang comel setakat nak letak dekat office je? Sayangnya... baik mama letak dekat rumah." Errr... ye ke? Alamak... Office? Rumah? Office? Rumah? Office? Rumah?

Papa... apa kata, kita beli semua barang ni lagi sekali dekat Kaison, boleh? Eh, hehehe...

Nak tengok apa yang beli? Jom!






Description / Keterangan gambar dari atas ke bawah :

1. Mouse Pad (RM3.90) dan Sticker Ribbon (RM1.90)
2. Craft Punch Set of Four (RM9.90)
3. Paper Pencil Box (RM4.50)

Mar 26, 2013

Kaison Malaysia

Boring pulak kalau asyik cerita pasal makan je kan? Apa kata untuk hari ni, i tukar cerita lain pulak nak? Cerita pasal Shopping (ewah... terus segar-bugar mata korang ye! Hehehe... Nampak dah...) Untuk sesetengah kaum Adam rasanya perkataan ni umpama nightmare bagi dorang. Tapi untuk kaum Hawa, perkataan ni dah cukup erat dengan kami (ehem...) macam isi dengan kuku gitu. Yelah, perempuan mana yang tak suka shopping hoi! Hehehe.

Yang paling penting kegiatan shopping ni kenalah berpada-pada. Ye tak? (Eh-eh, tiba-tiba jadi insaf sekejap. Haha). Teringat i dengan rancangan Oprah yang i pernah tengok sebelum ni berkaitan orang-orang yang kaki shopping melampau (shopaholic). Sampaikan part yang scary nya, rumah orang tu bertimbun dengan barang-barang baru yang tak pernah bukak lagi (perghhh... kalau jadi kawan i ni confirm i rembat senyap-senyap. Bukan dia tahu pun. Tihihi). Dah tu ada antara barangan tersebut dah jadi rosak sebab terbiar tak gunakan langsung (kena makan tikus gamaknya). Paling dahsyat, sampaikan sanggup berhutang bagai semata-mata nak penuhi nafsu shopping dia (ish-ish-ish dah tahap penyakit kronik gaban ni). Hah, korang yang lelaki jangan tersengih-sengih bila baca cerita i ni. Mesti nak ngata perempuan la tu... (tak baik tau korang ni). Hakikatnya si shopaholic yang i ceritakan ni bukan orang perempuan tapi orang lelaki (hah??!! Terus melopong... Cepat tutup mulut tu... Hehehe). Maksudnya tak kira lelaki atau perempuan memang semua orang berpotensi jadi gila shopping. Cuma lelaki... standard lah, nak control macho tak naklah mengaku kan? (Kan? Kan? Kan?)

Macam mana pun setakat ni, kegiatan shopping i bila melibatkan wang ringgit tetap berkira gila-gila (pergh!!) Selagi takde diskaun atau barangan yang i nak tu boleh dapat lagi dengan harga murah. Jangan haraplah i nak keluarkan duit se sen pun. Nilah nama dia shopping kedekut! (Hahaha! Tak duliks).

Yang kelakar tu, bila dah terlampau banyak barang yang i berkenan dalam satu tempat jadi masalah jugak dekat i. Daripada hati berkobar-kobar nak beli macam-macam barang. Akhirnya satu barang pun tak jadi beli. Sebabnya? Pening tak tahu nak pilih mana satu (aiseyyy...) Kalau korang nak tahu, inilah yang terjadi dekat i waktu pergi ke Kaison, KL Festival City, Setapak. Rambang mata jadinya. Semuanya comel-comel, ikutkan hati semua benda i nampak best nak beli. Apataknya kebanyakan barangan dekat sini memang murah, bermula dari harga RM1.00 sehingga RM30.00, korang dah boleh shopping sakan beli macam-macam.

Tapi Kaison tu apa sebenarnya? Eh, hehehe... terlupa pulak i nak perkenalkan dekat korang. Untuk pengetahuan korang, Kaison atau juga dikenali sebagai Kaison Furnishing merupakan kedai yang menjual pelbagai hiasan rumah bermula dengan harga hanya RM1.00 dan ke atas (syok kan?) Ianya ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 5 cawangan utama. Untuk negeri Sabah cawangan Kaison berada di Putatan, 1Borneo dan Centre Point. Manakala untuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Ianya terletak di shopping complex KL Festival City (Setapak) dan Paradigm (Kelana Jaya).

Untuk mengetahui sebarang tawaran menarik, alamat lengkap, nombor telefon dan berita-berita lain yang terbaru mengenai Kaison. Korang bolehlah like page Facebook nya dekat sini ---> http://www.facebook.com/pages/Kaison-Furnishing

Korang namakan je apa sahaja barangan perhiasan yang korang inginkan macam perhiasan bunga, alatan menulis, sticker comel untuk bilik anak, pasu bunga, lampu, bantal, tin bekas makanan yang berwarna-warni, beg kertas, kotak-kotak comel, poster dan pelbagai lagi barangan menarik semuanya berada dekat sini (wah! best nya...) Secara tak langsung, Kaison dah jadi antara tempat favourite yang bakal i terjah selalu (yeay!) Tak percaya apa yang i cakap, cuba korang tengok dekat bawah ni. Amacam, agak-agak dah mula tertarik tak??? Hehehe....

Murahnya!!! (meroyan sekejap. Hehehe...)


Nak tengok gambar-gambar lain sepanjang i berada di Kaison, KL Festival City, Setapak? Jom tengok bawah.

Nak tengok Koleksi Barang Kaison milik i, jom baca entri yang ini pulak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/cute-collection-items-koleksi-barangan.html



















p/s : Nampak tak tarikan utama yang buatkan i nak datang Kaison selalu. Mestilah sebab ada Hello Kitty. Tihihi...