Blogger templates

Showing posts with label Cute Shop. Show all posts
Showing posts with label Cute Shop. Show all posts

Mar 26, 2013

Kaison Malaysia

Boring pulak kalau asyik cerita pasal makan je kan? Apa kata untuk hari ni, i tukar cerita lain pulak nak? Cerita pasal Shopping (ewah... terus segar-bugar mata korang ye! Hehehe... Nampak dah...) Untuk sesetengah kaum Adam rasanya perkataan ni umpama nightmare bagi dorang. Tapi untuk kaum Hawa, perkataan ni dah cukup erat dengan kami (ehem...) macam isi dengan kuku gitu. Yelah, perempuan mana yang tak suka shopping hoi! Hehehe.

Yang paling penting kegiatan shopping ni kenalah berpada-pada. Ye tak? (Eh-eh, tiba-tiba jadi insaf sekejap. Haha). Teringat i dengan rancangan Oprah yang i pernah tengok sebelum ni berkaitan orang-orang yang kaki shopping melampau (shopaholic). Sampaikan part yang scary nya, rumah orang tu bertimbun dengan barang-barang baru yang tak pernah bukak lagi (perghhh... kalau jadi kawan i ni confirm i rembat senyap-senyap. Bukan dia tahu pun. Tihihi). Dah tu ada antara barangan tersebut dah jadi rosak sebab terbiar tak gunakan langsung (kena makan tikus gamaknya). Paling dahsyat, sampaikan sanggup berhutang bagai semata-mata nak penuhi nafsu shopping dia (ish-ish-ish dah tahap penyakit kronik gaban ni). Hah, korang yang lelaki jangan tersengih-sengih bila baca cerita i ni. Mesti nak ngata perempuan la tu... (tak baik tau korang ni). Hakikatnya si shopaholic yang i ceritakan ni bukan orang perempuan tapi orang lelaki (hah??!! Terus melopong... Cepat tutup mulut tu... Hehehe). Maksudnya tak kira lelaki atau perempuan memang semua orang berpotensi jadi gila shopping. Cuma lelaki... standard lah, nak control macho tak naklah mengaku kan? (Kan? Kan? Kan?)

Macam mana pun setakat ni, kegiatan shopping i bila melibatkan wang ringgit tetap berkira gila-gila (pergh!!) Selagi takde diskaun atau barangan yang i nak tu boleh dapat lagi dengan harga murah. Jangan haraplah i nak keluarkan duit se sen pun. Nilah nama dia shopping kedekut! (Hahaha! Tak duliks).

Yang kelakar tu, bila dah terlampau banyak barang yang i berkenan dalam satu tempat jadi masalah jugak dekat i. Daripada hati berkobar-kobar nak beli macam-macam barang. Akhirnya satu barang pun tak jadi beli. Sebabnya? Pening tak tahu nak pilih mana satu (aiseyyy...) Kalau korang nak tahu, inilah yang terjadi dekat i waktu pergi ke Kaison, KL Festival City, Setapak. Rambang mata jadinya. Semuanya comel-comel, ikutkan hati semua benda i nampak best nak beli. Apataknya kebanyakan barangan dekat sini memang murah, bermula dari harga RM1.00 sehingga RM30.00, korang dah boleh shopping sakan beli macam-macam.

Tapi Kaison tu apa sebenarnya? Eh, hehehe... terlupa pulak i nak perkenalkan dekat korang. Untuk pengetahuan korang, Kaison atau juga dikenali sebagai Kaison Furnishing merupakan kedai yang menjual pelbagai hiasan rumah bermula dengan harga hanya RM1.00 dan ke atas (syok kan?) Ianya ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 5 cawangan utama. Untuk negeri Sabah cawangan Kaison berada di Putatan, 1Borneo dan Centre Point. Manakala untuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Ianya terletak di shopping complex KL Festival City (Setapak) dan Paradigm (Kelana Jaya).

Untuk mengetahui sebarang tawaran menarik, alamat lengkap, nombor telefon dan berita-berita lain yang terbaru mengenai Kaison. Korang bolehlah like page Facebook nya dekat sini ---> http://www.facebook.com/pages/Kaison-Furnishing

Korang namakan je apa sahaja barangan perhiasan yang korang inginkan macam perhiasan bunga, alatan menulis, sticker comel untuk bilik anak, pasu bunga, lampu, bantal, tin bekas makanan yang berwarna-warni, beg kertas, kotak-kotak comel, poster dan pelbagai lagi barangan menarik semuanya berada dekat sini (wah! best nya...) Secara tak langsung, Kaison dah jadi antara tempat favourite yang bakal i terjah selalu (yeay!) Tak percaya apa yang i cakap, cuba korang tengok dekat bawah ni. Amacam, agak-agak dah mula tertarik tak??? Hehehe....

Murahnya!!! (meroyan sekejap. Hehehe...)


Nak tengok gambar-gambar lain sepanjang i berada di Kaison, KL Festival City, Setapak? Jom tengok bawah.

Nak tengok Koleksi Barang Kaison milik i, jom baca entri yang ini pulak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/cute-collection-items-koleksi-barangan.html



















p/s : Nampak tak tarikan utama yang buatkan i nak datang Kaison selalu. Mestilah sebab ada Hello Kitty. Tihihi...

May 10, 2012

Tokutokuya Malaysia

Kalau sebelum ni, i selalu war-warkan dekat korang betapa i suka sangat dengan Daiso sebab ada banyak barang-barang comel dan cute. Dah tu siap tunjukkan dekat korang lagik antara koleksi barangan Daiso yang i kumpul sepanjang bershopping dekat sana (nak baca entry Daiso, korang boleh pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html). Tapi kali ni i nak tunjuk dekat korang kedai barangan Jepun yang lain yang seakan-akan sama macam Daiso. Nama kedai ni Tokutokuya. Dan kalau korang nak tahu lagik, kebanyakan harga dalam kedai ni murah sepuluh sen dari Daiso tau (RM4.90) (hoorey!)

Tadi dah bagitahukan yang kedai ni seakan-akan sama macam Daiso, jadi secara automatik mestilah kebanyakan barang-barang yang ada dekat Tokutokuya ni lebih kurang sama je macam ada dekat Daiso. Macam mana pun, nak tahu tak apa yang best of the best ada dekat sini? Jeng-jeng-jeng ada banyak barangan Hello Kitty kegemaran i (yeay!!) Kalau nak jimat sepuluh sen daripada Daiso, bolehlah i datang Tokutokuya selalu pulak lepas ni. Hehehe... Selain tu i nak ingatkan korang, ada sesetengah barang dekat sini dijual dengan harga RM5.90 dan ke atas. Jadi, waktu beli tu, korang kenalah perhatikan tanda harga yang ada. Manalah tahukan, tiba-tiba bila depan cashier, dengan muka penuh yakin dan serius korang bertengkar pulak dengan cashier kononnya tertipu. Rupa-rupanya diri sendiri yang malu sendiri.

Alamat Tokutokuya ialah :-

PAMURI TOKUTOKUYA SDN BHD
IPC Shopping Centre
S3C, 2nd Floor
No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi : dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari

Kalau korang dah jatuh cinta dengan Tokutokuya macam i, bolehlah LIKE Facebook Tokutokuya
Nak tengok website Tokutokuya, korang bolehlah picit sini pulak ---> http://www.tokutokuya.com/en/shop.html

Apa-apa hal jom kita intai apa yang ada dekat Tokutokuya.

Nak tengok map / peta ke Tokutokuya, boleh picit gambar atas untuk tumbesaran












p/s : mulut i masuk sini, tak habis-habis sebut perkataan comel. Comelnya!!

Aug 19, 2011

Daiso Japan, Always RM5, Everything Imported From Japan

Telek punya telek dalam blog ni, rupa-rupanya saya terlupa nak uploadkan entry Daiso ni.
Nilah jadinya kalau terlampau 'busy body', entry yang dah taip terperam tak buat auto-publish *aiseyyy*. Nak tak nak saya buat story baru k. Hehe.

So, rasa-rasanya ramai dah tau pasal kewujudan kedai Daiso ni dekat Malaysia kan?
Especially orang-orang yang gilakan benda-benda kiut dan unik dari negara Jepun, mesti dah macam-macam items dah korang beli dekat Daiso dan kumpul *sayalah tu sayalah*

Walaupun sebelum ni pernah wujud Kedai RM2 yang cukup glamor di tempat korang dan kebanyakkan barang-barangnya imported from China *hehehe* tapi kualiti barang-barang ni tak boleh menandingi Kedai Daiso *tak tipu tau*. Untuk harga RM5 korang boleh beli macam-macam dekat sini dari alatan memasak, menghidang, pakaian, alatan menulis, alatan menjahit, mekap, pertukangan, hiasan rumah, alatan membersih rumah, berkebun dan macam-macam lagiklah *rasanya Astro pun kalah*. Korang boleh duduk berjam-jam telek semua barang-barang dekat sini sebab kebanyakkannya barang-barangnya memang takde jual pun dekat tempat-tempat lain. Dan kalau ada pun belum tentu dengan harga RM5.00.

Sebab seronok sangat bershopping dekat Kedai Daiso, Japan ni. Saya pernah berjaya merebut takhta menjadi mayor selama sebulan dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara *fewittt*. Eh, apa cerita mayor pulak ni? Oh, mesti korang tak pernah main application Foursquare ye? Untuk sesape yang ada handphone iPhone atau Blackberry bolehlah download application ni. Nak tau lebih detail picit dekat nama Foursquare ni cara-cara nak guna.

Cawangan-cawangan Kedai Daiso, Japan ni pun rasanya dah bertambah. Kalau dulu cuma ada dekat The Curve, Mutiara Damansara dan IOI Mall, Puchong sahaja. Tapi sekarang ni dah ada dekat Sunway Pyramid, One Utama (Wing Baru) dan Sungei Wang Plaza. Bagi korang yang duduk area negeri Melaka dengan Johor Bahru pulak, location Daiso ni terletak dekat Dataran Pahlawan, Melaka dan Jusco Bukit Indah, Johor Bahru. Seronoklah korang sekarang ni, boleh shopping dekat mana-mana Kedai Daiso *yeay*.

Anyway inilah pic yang sempat saya rakam dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ini tempat lepak wajib saya *peace*.

Kemaskini / Update terbaru : Daiso dah ada dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang, Jaya Jusco, One Utama, Damansara (level bawah sekali) dan The Mines (hoorey!!)


Entry lain berkaitan Daiso, korang bolehlah jenguk dekat link bawah :-











p/s: By the way, kawan blog saya Ida pun rajin datang sini jugak. Awak, bila kita nak jumpa face-to-face ni? *hehe*




Aug 7, 2011

Kedai Serbaneka 100 Yen / 100 Yen Shop

Korang pernah dengar nama kedai 100 yen ni ataupun nama dekat papan tanda dia 100 yen shop?
Nama pun dah macam bunyi Jepun so kompomlah barang-barang yang dijual
kebanyakannya dari Jepun.
Kedai ni sebenarnya lebih kurang macam kedai Daiso jugak,
cuma barang-barang dia kurang meriah sikit daripada Daiso.
Tapi kalau korang dah habis hafal segala barang dalam Daiso korang akan perasan ada antara barang yang ada dekat sini takde dekat Daiso. Hihi~ akulah tu orang yang rajin datang kedai-kedai camgini *tunjuk hidung sendiri sambil sengih comel*
Dan yang paling best harga barang dekat sini kurang seposen dari Daiso *asal kurang je mestilah best, betul tak?*
Maksudnya semua barang dia berharga RM4.90.

Lokasi gambar dekat bawah ni dekat Aman Suria. Lain-lain kedai 100 yen yang aku pernah pergi ada dekat Seri Maya Apartment, Setiawangsa dengan Damansara. Untuk alamat lengkap, lokasi dan nombor telefon untuk setiap outlet / cawangan kedai 100 yen, silalah klik di sini ---> http://100yen.com.my/Outlets/q?cid=11&doit=showclass

Nak tahu apa barang yang dijual dekat kedai 100 yen, korang boleh klik website nya di bawah :
http://100yen.com.my/





p/s: tapikan baru-baru ni aku pergi kedai 100 yen, kedai ni dah tak best macam dulu-dulu lagik. Agaknya sebab location dia tak best kot so ramai yang tak datang dan tak tahu pun pasal kedai ni. Kesian kan?

Feb 3, 2009

Manyak Frustla..

Beshkan kalo bukak bisnes kedai cam gini?
Banyak sangat benda kiut yang ade kat sini...
Kalo tido kat sini pon aku sanggup tuh... hehe...
Shop nih aku jumpe kat kampung aku kat Kluang, Johor.
Shopping mall ape nama tah, aku tak hingat.
Tapi dun worry bandar Kluang nih taklah beso mane...
Senang jer kalo nak survey-survey barang-barang kiut cam gini..
Kalo tengok kat cermin display dia jek, korang mesti dah jadi geram semacam jekkan?...
Tangan aku pon time tuh cam dah gatal jek nak kuarkan duit dekat dalam wallet... ahaks..
Tapi last-last korang tau ape jadi?
Bengang jer aku dengan tokey kedai tuh...
Tengok display dah besh dah... Hello Kitty ler katakan...
Tapi semua barang-barang yang aku tanye nak beli tuh semuanye tuk' display semata-mata...
Daripada buat display baek ko buat muzium... takdela aku frust... uhhh...
Sebab kecewa nak beli Hello Kitty tak dapat aku tanyela kawaii stuff yang bentuk cokelat kiut tuh...
"Owh... cik, itu sudah habis stok la..."
"Abis, bile ade stok?" Terase ke'fed-up'an aku semakin bertambah...
"Tahla saya pon tak tau lagik..."
Dalam hati aku, baek ko tutup kedai jela...