Blogger templates

Showing posts with label Flower Coasters. Show all posts
Showing posts with label Flower Coasters. Show all posts

Apr 5, 2012

Flower Coasters / Alas Gelas

Kalau tengok dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/crochet-coasters.html i dah pernah mengait atau crochet dua pelapik / alas gelas (coaster) untuk diletakkan di pejabat. Tapi kali ni i nak buat crochet coasters untuk digunakan di rumah pulak. Kononnya nak padankan dengan tema ruang makan i yang baru. Comel, simple tapi berwarna-warni (jom intai, macam mana rupa ruang makan rumah i dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html)

Kali ni i gunakan tutorial percuma / free pattern flower coasters daripada http://www.yvestown.com/shop/pat-flowcoast.html (tahu tak korang, kali pertama i tengok pattern ni, i dah jatuh cinta tau!). Pattern ni bertepatan sangat dengan apa yang i nak. Ringkas dan cantik (yeay!) I pilih warna bright pastel sebab nak mudahkan untuk suai padan dengan pelbagai gelas / cawan i yang berwarna-warni. Lebih kurang 45 minit i berjaya siapkan enam coaster. Yang kelakar tu, lepas je siap, i terus senyum gembira sorang-sorang (eh! Hehehe).

Banyak kelebihan menggunakan coaster (pelapik / alas gelas) ni kawan-kawan. Selain daripada tujuan utamanya sebagai alas gelas, ianya jugak boleh mengelakkan meja korang daripada kotor terkena tumpahan air, mengurangkan haba panas daripada gelas (bila buat minuman panas) yang boleh rosakkan meja korang dan yang paling best boleh menambahkan keceriaan pada meja makan korang. Bertambah seronok bila tengok anak-anak i berebut-rebut nak pilih warna coaster untuk gelas masing-masing. Takpe, lepas ni mama cuba buat coaster bentuk binatang comel, ok. Hehehe...

Berminat ke nak ada pelapik / alas gelas bentuk bunga macam i punya? Silalah emel i di ---> reena_onn@yahoo.co.uk




p/s : Sejak ada flower coaster comel ni menghias meja makan rumah i, minum air masak pun rasa macam minum air Ribena (eceh!)