Blogger templates

Showing posts with label Free Pattern. Show all posts
Showing posts with label Free Pattern. Show all posts

Apr 5, 2012

Flower Coasters / Alas Gelas

Kalau tengok dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/crochet-coasters.html i dah pernah mengait atau crochet dua pelapik / alas gelas (coaster) untuk diletakkan di pejabat. Tapi kali ni i nak buat crochet coasters untuk digunakan di rumah pulak. Kononnya nak padankan dengan tema ruang makan i yang baru. Comel, simple tapi berwarna-warni (jom intai, macam mana rupa ruang makan rumah i dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html)

Kali ni i gunakan tutorial percuma / free pattern flower coasters daripada http://www.yvestown.com/shop/pat-flowcoast.html (tahu tak korang, kali pertama i tengok pattern ni, i dah jatuh cinta tau!). Pattern ni bertepatan sangat dengan apa yang i nak. Ringkas dan cantik (yeay!) I pilih warna bright pastel sebab nak mudahkan untuk suai padan dengan pelbagai gelas / cawan i yang berwarna-warni. Lebih kurang 45 minit i berjaya siapkan enam coaster. Yang kelakar tu, lepas je siap, i terus senyum gembira sorang-sorang (eh! Hehehe).

Banyak kelebihan menggunakan coaster (pelapik / alas gelas) ni kawan-kawan. Selain daripada tujuan utamanya sebagai alas gelas, ianya jugak boleh mengelakkan meja korang daripada kotor terkena tumpahan air, mengurangkan haba panas daripada gelas (bila buat minuman panas) yang boleh rosakkan meja korang dan yang paling best boleh menambahkan keceriaan pada meja makan korang. Bertambah seronok bila tengok anak-anak i berebut-rebut nak pilih warna coaster untuk gelas masing-masing. Takpe, lepas ni mama cuba buat coaster bentuk binatang comel, ok. Hehehe...

Berminat ke nak ada pelapik / alas gelas bentuk bunga macam i punya? Silalah emel i di ---> reena_onn@yahoo.co.uk




p/s : Sejak ada flower coaster comel ni menghias meja makan rumah i, minum air masak pun rasa macam minum air Ribena (eceh!)

Feb 13, 2012

Crochet Coasters

Assalamualaikum semua, apa khabar? Terasa macam deejay radio je bila mulakan ucapan macam gini kan? Hehehe... Petang tadi jari-jemari i yang mulus (ceh-ceh...) tiba-tiba rasa macam rindu nak buat sesuatu. Ya, kalau sesiapa yang mengikuti dan mengenali i sejak mula-mula berkecimpung dalam arena blog (sejak tahun 2008 lagik), mesti dah tahu yang i sebenarnya suka membuat crochet / krusye dan i jugak adalah tokey (tuan tanah kedaunglah tu maknanya. Hehehe...) untuk blog Cuteness Collection. Tapi semenjak i mula tukar ke jabatan lain di tempat kerja dan tanggungjawab kerja pulak makin bertambah. Hobi dan business part time yang i buat selama ni kenalah i korbankan buat sementara waktu (lebih kurang macam lagu kekasih separuh masa yang kumpulan The Lima nyanyilah pulak). Sedih tau dan i tahu korang pun sedih jugakkan?

I pun memang tak announce apa-apa dekat blog Cuteness Collection pasal kesibukan i. Sebab, walau macam mana i bagitahu keadaan sebenar diri i dengan kerja pejabat atau di rumah ke, atau tutup order sementara waktu ke, tapi masih ramai yang emel mengharapkan i ambil order mereka (hadoiii...) Ikutkan perasaan tak sampai hati, i memang nak ambil je tempahan tu semua. Tapi dengan keadaan diri i sekarang ni, i takut kalau untuk sehelai cardigan budak umur 3 tahun pun belum tentu untuk jangkamasa sebulan i boleh siapkan. Kalau i yang jadi tukang order tu pun, confirm tension nak tunggu lama-lama. Terus-terang i cakap bukan senang sebenarnya nak ambil tempahan custom made berdasarkan umur yang berbeza-beza tau. Lagipun membuat crochet ni bukan macam menjahit baju. Beli kain, bentang sana-sini, ukur ikut saiz, potong sana-sini, cantum dan kemudian siap. Membuat crochet / krusye ni pulak, korang kena pastikan permulaan kiraan untuk tali air (crochet term yang dalam inggeris namanya chain) adalah tepat dengan saiz yang korang inginkan. Bila silap dekat permulaan yang korang buat ni, maknanya sampai ke penamat baju, korang dah buat salah. Nak tak nak, kenalah mula balik semula. Leceh kan? I yang dalam kategori expert ni pun (perghh!! expert lah sangat hehehe... mengaku ni pun sebab dah 21 tahun biasa buat crochet / krusye) selalu jugak buat silap. Bila mata dah letih, ada je i tercicir buat kiraan. Hehehe... Sebab tulah i kata bukan senang buat crochet / krusye kecuali untuk aksesori pattern / corak yang simple.

Apa sebenarnya yang ada dekat blog Cuteness Collection?

Untuk sesiapa yang belum mengenali Cuteness Collection. Meh i perkenalkan, Cuteness Collection adalah sebuah business online (perniagaan di dalam talian) yang menawarkan pelbagai pakaian kanak-kanak berumur 0 bulan hingga 3 tahun. Antaranya seperti cardigan, vest, cekak rambut / headband, topi, mittens, klip rambut, booties, cardigan dress / gaun dan lain-lain lagi. Termasuk aksesori-aksesori simple, anak patung (ada Hello Kitty yang comel jugak tau - ini favourite i!) dan beg yang kesemuanya diperbuat daripada benang bulu / yarn. 100% hasil kerja tangan dilakukan oleh jari-jemari i tanpa pertolongan daripada orang lain, mesin atau robot sekalipun (kesat peluh dekat dahi). Cuteness Collection merupakan salah satu cara untuk i mengeksperasikan hasil kerja tangan crochet / krusye yang i buat untuk dikongsikan dengan semua orang yang membelinya di sini.

Ok, dah berkenalan dengan Cuteness Collection kan? Mesti korang nampakkan, betapa tingginya impian i terhadap Cuteness Collection. Insya-Allah, doakanlah kejayaan i ye, kawan-kawan (mekacih!)

Jadi apa sebenarnya yang i dah buat petang ni? I berjaya siapkan coasters / pelapik minuman untuk diletakkan dekat pejabat i dan hubby (alololo... sweet gitu). Kalau korang nak tahu, i mula-mula belajar buat crochet / krusye masa berumur 10 tahun. Dan benda pertama yang i buat ialah coaster. Melalui coaster nilah, i belajar sedikit demi sedikit untuk memahirkan skill crochet i. Bila dah terror buat coaster i beralih cuba buat sarung bantal, alas meja, baju beruang kesayangan i dan lain-lain lagi. Untuk korang yang baru nak belajar asas crochet, i memang galakkan korang bermula dengan barang-barang yang mudah dan simple macam coaster ni. Bukan apa, crochet ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Baru start belajar dah terus buat cardigan, i takut korang give-up tak nak buat crochet sampai bila-bila.

Dekat sini, i nak kongsikan link crochet coasters pattern yang i jumpa untuk korang cuba. Simple tapi cantik!

(Good luck! Kawan-kawan)

Jom tengok rupa coaster i pulak.



p/s : Tengok tu bunny pun berkenan dengan coaster yang i buat. Hehehe