Blogger templates

Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Oct 7, 2016

JALAN JALAN CARI MAKAN : ROTI CANAI TRANSFER ROAD, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Perghhh... sebut title post secara senapas hokeh! Hehehe... Wah!! Sekarang ni trend orang viral macam-macam kedai makan kan? Alhamdulilah... oklah tu kiranya rezeki untuk peniaga-peniaga tu jugak dan memudahkan orang lain yang baru nak teroka satu-satu tempat tu dapat mengisi perut, tambah pengalaman dan balik rumah bolehlah bercerita dengan family dan member-member lain pulak.

Hehehe... Ikutkan dari zaman rancangan JJCM yang pengacaranya Maria Tunku Sabri lagi i memang suka cuba, try, test, rasa kebanyakan makanan / restoran / warung yang ada dekat satu Malaysia ni. Hah! Nilah kelebihan kahwin Kutub Utara Kutub Selatan. Habis dah i cover highway Utara Selatan setiap kali balik kampung. Ada jugak tempat-tempat makan yang i cover sebelum ni (nanti korang selak-selaklah balik dalam blog ni) yang i repeat balik makan dah bertambah maju so harga pun secara automatik jadi maju ke depan.... Hehehe... Dan ada jugaklah yang 'nan hado' je rasa dia dan service pun jadi slow lepas dah popular. Adoiii... ni mesti kes nak cepat kaya dah popular tapi tetap nak jimat-cermat tak nak upgrade pekerja dengan servis.

Berbalik kisah Roti Canai Transfer Road dekat Penang ni. Dah lama dah sebenarnya tahu tentang kewujudan dia. Cuma tulahhh... tak pernah berkesempatan nak singgah setiap kali datang Penang. Maklumlah i dan family bukan jenis breakfast pepagi, kalau breakfast pun dah boleh dipanggil jadi brunch (breakfast + lunch) sebab memang makan makanan yang berat-berat terus cover sampai untuk tengah hari.

Untuk korang yang nak tahu kisah, pengalaman, tips dan review daripada i untuk Roti Canai Transfer Road bolehlah baca dekat bawah k :-

1. Lokasi Roti Canai Transfer Road betul-betul dekat tengah bandar Georgetown. Tak salah i dekat Jalan Transfer. Jenis warung macam tu. Susah-susah korang Waze aje location dia, kan senang... Hehehe... Lepas makan bolehlah pusing-pusing bandar.

2. Waktu operasi : 6:30 pagi hingga 1:00 petang dan 3:30 petang hingga 7:00 malam. Memandangkan betapa ramainya umat manusia yang makan dekat sini especially waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Seboleh mungkin korang cubalah datang awal pagi. Dia punya sesak, habaq hang... bermandi-manda 'keti' jadinya. Hah!

3. Dahlah ramai satu hal, nak cari seat pun satu hal jugak. I, suami dan anak-anak-anak siap berpecah dua team lagi demi sesuap roti canai. Satu team cover bahagian depan, satu team cover belakang... Apa yang penting? Kerjasama! Kahkahkah...

4. Lepas dah berdiri dalam 10 minit sambil buat muka 'seposen' (tsk-tsk), Alhamdulilah ada satu family hamba Allah ni cecepat makan dan bangun. Lepas kita orang duduk, order pun belum ambik lagi, datanglah orang lain pun buat taktik yang sama! Mampuihhh! Hahaha! Kesimpulannya jangan harap kau dapat duduk secara lenggang kangkung mak iloi-iloi sambil menghirup air teh-o dan menyuap makanan dengan nikmat (nangis!) Sebab kau akan diperhatikan oleh singa orang lain yang kelaparan tak makan seminggu. Uhuk!

5. Susun atur meja dia memang takdelah tersusun mana, warung kan (jangan nak budget classy sangat hokeh! Hehehe). Tapi waktu makan tu berdebar jugaklah kalau kena sondol punggung ke. Maklumlah kebanyakan kerusi meja dia memang ngam-ngam dekat sebelah jalan raya yang sesak. Kadang-kadang sambil makan tetiba ada orang naik basikal datang jual makanan lain dekat sebelah kau. Hahaha... Tengok peniaga pun relax je boleh drive-thru sebelah kau tau. Experience baru ni!

6. Kebanyakan review yang i baca, menu popular dekat sini ialah Roti Bakar Telur Goyang, pelbagai jenis Roti Canai yang dimakan dengan kuah Kari Ayam, Kari Kambing dan Kari Ikan. Kalau korang nak tahu style roti canai dia jenis banjir. Kalau korang nak kuah asing better cakap siang-siang k. Waktu ni kita orang makan Roti Bakar Telur Goyang (recommended!), Roti Telur Bawang, Roti Canai dan Kari Kambing.

7. Bila dah ramai orang, biasalah servis pun bertukar jadi 'panas'. Panas sebab korang panggil 5-6 kali pun takde orang nak layan, dah order makanan tapi tak sampai-sampai (sebab duit dah bayar siap-siap) dan paling panas orang yang datang kemudian daripada kau tengah berselera makan (huwaa!)

8. Kalau tanya pendapat i tentang makanan dekat Roti Canai Transfer Road ni macam mana? Kalau korang nak rasa experience baru (atau sekali seumur hidup) korang datanglah sini. Tapi dari segi rasa makanan, i bagi 2.5 ke 3 bintang je. Biasa je... Takdelah macam 'wow sangat' macam yang di'viral'kan. Hehehe....

Hah... sambil tu i siap ada buat video lagi untuk korang tengok tau... At least senanglah nak bayangkan apa yang i nak sampaikan nanti. Abaikan muka 'serius' i dalam video tu. Waktu pergi sini i under medicine, tengah demam panas. Tapi dah janji dengan anak-anak-anak nak pergi jalan-jalan terpaksalah bawak bekalan ubat untuk terus bertenaga, gagah dan perkasa... Hahaha. Kalau nak tengok gambar-gambar lain sepanjang i dekat Penang boleh tengok dekat Instagram i taip je hashtag #reenajalanjalanpenang Enjoice!





Apr 4, 2013

Pepper Lunch Express Malaysia

Hari ni i nak kenalkan dengan korang makanan baru yang simple, lain dari yang lain dan yang paling penting ianya mestilah sedap untuk dihadamkan oleh perut dengan jayanya. Selalunya, setiap kali bila makan dekat Food Court Rasa Food Arena KLCC. I selalu tertanya-tanya makanan apa yang dorang makan sampai ada kertas dekat keliling pinggan makan dorang ni. Punyalah rahsia sangat gayanya. Gara-gara menonjolkan aksi kepoh semacam dekat makan orang lain, tak pasal-pasal i jadi mangsa muka tak puas hati dorang. Hahaha! Alamak, malunya saya. Ala... kita nak tahu je, bukannya nak rembat makanan dia pun.

Sehinggalah pada satu hari tu, i ajak hubby untuk try-test-rasa makanan yang penuh rahsia kerajaan ni. Maklumlah kalau tiba waktu lunch, Food Court Rasa Food Arena KLCC akan penuh memanjang dengan orang ramai yang kelaparan dan tak reti-reti bangun dari tempat duduk. Jadi bila dapat peluang makan dekat sini dalam keadaan lengang dan tenang. I memang tak lepaskan peluang langsung. Takde masa dah nak toleh kiri kanan lagik, terus menuju ke target utama kedai makan yang jadi perhatian i selama ni (yes!)

Entah macam mana bila sampai je dekat kaunter untuk buat order. Secara tiba-tiba i dan hubby jadi blur. Hahaha! Tadi bukan main lagik beriya-iya nak makan. Yelah, selalunya intai makanan orang lain, tu pun nampak sipi-sipi je. Kali ni bila dah nampak terang-terang depan mata, langsung tak sure mana satu yang paling best. Cari tanda 'recommended' dekat menu makanan tak nampak pulak (adeh! Dilema habis kita orang jadinya). Akhirnya i pilih makanan yang nampak paling menarik combination nya dekat dalam gambar. Dan tak sangka sangat inilah pilihan makanan yang paling meletop! Habis dah i promote dekat member-member office lain.

Seronok sebenarnya makan dekat Pepper Lunch Express ni tau kawan-kawan. Konsepnya lebih kurang, macam korang masak sendiri makanan korang atas iron plate panas. Motif kertas yang ada dekat sekeliling plate yang i ceritakan tadi dekat korang lebih bertujuan sebagai pelindung atau warning yang iron plate tersebut memang panas tahap dewa-dewa. Jangan korang pandai-pandai sentuh pulak kang melecur satu badan (eh! Ada orang sentuh pakai badan ke? Dah macam gaya buat stunt guling-guling atas iron plate gamaknya ni. Hahaha).


Latar belakang / Sejarah Pepper Lunch

Merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba.

Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan. Malah ianya mampu dipanaskan dengan suhu 260ºC selama 70 saat melalui periuk elektromagnet. Suhunya akan kekal panas sehingga 80ºC untuk 20 minit dan menjadikan makanan lebih enak untuk dinikmati. Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki.

sumber : Laman Web Pepper Lunch Malaysia
olahan : Reenaonline


Alamat Pepper Lunch Express Suria KLCC :
Gerai 13A, Rasa Food Arena, Level 4
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-4010 1054

Antara lokasi Pepper Lunch yang lain di Malaysia ialah di Pavillion (i dah pernah try makan sini jugak), Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan One Utama.

Nak tahu alamat lengkap cawangan Pepper Lunch yang lain, peluang pekerjaan, tawaran menarik atau pun nak selak menu makanan yang disediakan. Apa kata korang jengah sendiri laman web / website Pepper Lunch Malaysia (confirm teruja).

Facebook : PepperLunch-Malaysia


Cuma i rasa part tak best nya pasal Pepper Lunch ni ialah tang harganya. Bila tengok dari jenis hidangannya, takdelah complicated sangat. Setakat ada nasi, daging, jagung, keju dan semangkuk kecil sup. Ni kalau ada iron plate sendiri dekat rumah pejam mata pun boleh buat (ewah! Hehehe). Tapi sebab takde iron plate dan tak tahu dekat mana boleh beli iron plate. Sedap punya pasal, ku hulurkan jua duit walaupun mahal (tunjuk muka redha).

Harga dan pilihan menu hidangan i di Pepper Lunch.

Curry Beef Pepper Rice with Cheese  - RM12.50 (very recommended)
Spicy Beef Pepper Rice with Mushroom - RM12.50


Jom tengok gambar yang sempat i dan hubby snap di Pepper Lunch Express, KLCC nak?









p/s : Agak-agak korang, ada ke jual iron plate (ala-ala pun jadilah) yang boleh i beli dekat mana-mana ?

Mar 25, 2013

Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

Dekat entri sebelum ni ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/bahulu-seri-geliga-kuala-kemaman.html, i dah janji dengan korang nak cerita pasal tempat-tempat makan area Kuala Kemaman dan Cherating lagi kan? Selain daripada main terjah je mana-mana kedai makan / restoran / warung yang i nampak ok untuk kita orang cuba dekat area Cherating ni. I tetap berusaha minta bantuan Encik google yang handsome untuk dapatkan idea atau pandangan orang lain melalui pengalaman dorang menikmati makanan sepanjang berada dekat Cherating. Bukan apa, alang-alang nak keluarkan duit, kenalah pastikan duit yang dilaburkan tu berbaloi dengan rasa makanan yang nak dicuba.

Tapi biasalahkan, lain tekak, lain ceritanya. Sekejap, i baca, kisah orang yang makan dekat restoran dotdotdot, punyalah puji melantun-lantun. Sekejap, bila i selak kisah dekat blog orang lain pulak, bertempat di restoran yang sama. Punyalah pemilik blog ni condemn sampai i sendiri dapat rasakan betapa hazabnya dia makan restoran dotdotdot tadi. Dah tu kalau boleh, 7 keturunan dia pun jangan harap dia benarkan jejak kaki ke sini. Kesudahannya, i dapat pelbagai versi hanya untuk satu je kedai makan yang i nak cuba (argh... tensionnya!) Eh, i pulak yang tension. Cubanya pun, tak lagik ni. Hehehe.

Malas dah nak buat survey lagi, i belasah je pergi kedai makan / restoran / warung dekat Cherating yang dapat paling banyak pujian dan paling sedikit kejian berdasarkan rating orang ramai dalam blog masing-masing. Asyik survey je memanjang, habuk pun tarak. Angin yang kita orang dapat nanti. Hehehe... So, korang agak, apa kata survey i pulak untuk Warung Awang Ikan Bakar ni atau juga dikenali dengan nama WAIB. Jeng-jeng-jeng. Kenalah baca dekat bawah ni.

Alamat Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B) :-

No. 83, Warung Awang Ikan Bakar
Kampung Kubang Ikan
26080 Cherating
Kuantan, Pahang

No. Telefon (untuk tempahan) : 019-9648421 / 09-5819558

Waktu operasi : Dari pukul 5:00 petang hingga 2:00 pagi

*i tak sure Warung Awang Ikan Bakar cuti hari apa. Sebelum datang tu, apa kata korang telefon dulu*

Lokasi : Terletak di laluan utama antara Cherating ke Kuala Kemaman (di bahagian kiri jalan). Lebih kurang perjalanan 5 minit dari simpang yang menunjukkan papan tanda Pantai Cherating ke Warung Awang Ikan Bakar. Manakala dari arah Impiana / Suria Beach Resort ke warung ini (laluan untuk ke bandar Kuantan) juga mengambil masa 5 minit (arah warung ini automatik akan berada di bahagian kanan korang).

Facebook Warung Awang Ikan Bakar : picit SINI

Pendapat / Ulasan / Review mengenai Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

1. Siapa yang baru pertama kali nak datang dekat sini, mesti tak berapa perasan papan tanda besar yang tunjukkan nama Warung Awang Ikan Bakar. Maklumlah lampu papan tanda ni pun tak secerah mana, lokasinya pun betul-betul terletak di selekoh jalan. Macam mana korang nak fokus kan? Jadi, korang memang kena harapkan mata co-driver yang berada dekat sebelah korang.

2. I tak tahulah samada nasib memang dah sedia malang ke atau hari tu berduyun orang KL sama-sama turun Cherating dengan i bersempena Cuti Hari Wilayah. Sampai je kita orang dekat warung ni, i tengok ada 4 meja lain tengah tunggu order dengan muka 'panas'. Pukul 8:30 malam i tiba dekat sini, pukul 9:45 malam baru makanan kita orang sampai. Hambik kau! Slow gila! Tu baru giliran meja ke-5 tunggu makanan. Kalau giliran kita orang yang ke-10, silap-silap ada gelas terbang muncul dekat sini. (Oppss... Hehehe...) Anak-anak i pun dah pucat lesi muka tahan lapar. I rasa kalau teringin nak makan dekat sini lagik (KALAU ye...) I tengok dulu, andai kata ada satu family je yang tengah makan, i akan singgah. Lebih dari satu family, confirm i cari kedai makan lain.

3. Perkara pertama yang korang kena buat bila berada dekat sini ialah terus pilih ikan, sotong, udang atau makanan basah lain yang korang nak order untuk masak-masak. Kalau korang duduk dekat meja sambil harapkan orang tu datang layan nak ambil order, toksah mimpilah dia nak datang cepat-cepat.

4. Pilihan makanan kita orang untuk hari tu ialah Tomyam Campur (yang i nampak kuah je yang banyak tapi isinya kurang), Kailan Ikan Masin (sayur kailan langsung tak masak! Ikan masin pun jangankan batang hidung, lubang hidung pun i tak nampak. Adeh...), Siakap 3 Rasa (biasa je... tak best pun) dan Sotong Goreng Tepung (ini je satu-satu menu yang boleh terima akal rasanya). Untuk rasa kesemua makanan, kebanyakannya lebih banyak TAK sedap dari yang sedap. Huhuhu... macam mana tu? Harga keseluruhan ialah RM61.70 (murah kan?) Kalau makanan ni semua best, mesti i recommend sangat supaya korang cuba. Tapi sebab nan hado, tak cuba pun takpelah korang. Eh! Hehehe...

5. Terus-terang i cakap, kebersihan kedai ni berada pada tahap kurang memberangsangkan. Dan kalau korang nak tahu, i paling tak gemar dengan kedai makan yang ada banyak kucing. Fuhhh... terasa memang tawakal habis kita orang waktu telan makanan masa tu (huwaaa!)

6. Kesimpulannya i bagi rating 2 bintang je untuk Warung Awang Ikan Bakar, Cherating. Walaupun menu Sotong Goreng Tepung dia memang kena dengan citarasa tekak kita orang tapi banyak kelemahan yang perlu dorang perbaiki.

So, agak-agak ada yang nak cuba ke? Terpulanglah kan... I bagitahu mengikut pengalaman i je. Mana tahu pengalaman korang lepas ni lagi best daripada i ke. Siapa tahu kan? Hehehe...






Kailan Ikan Masin yang macam kunyah rumput. Eh!


Sotong Goreng Tepung 


p/s : Habis je makan, hubby terus warning. Next time kita makan tempat lain jelah. Erk!


Feb 20, 2013

Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

Sebenarnya kalau korang nak tahu, ini antara tempat makan favourite i bila tiba waktu lunch. Kalau ada sesiapa antara korang yang teringin nak makan ayam kampung, yes... i cadangkan inilah tempat makan yang paling menarik, tertarik dan memang da boom untuk perut korang. Cuma bila part harganya tu i rasa macam kurang sesuailah nak makan selalu dekat sini. Gila kau, hari-hari makan lunch berhabis duit. Silap-silap bulan depan boleh makan pasir jadinya. Eh! Hehehe... Itu kalau i lah. Macam mana pun korang jangan risau, harganya masih lagi dalam kategori berpatutan. Kalau korang memang ada budget besar untuk makan, setakat makan lunch lebih RM10.00 sorang, apa sangatlah kan? Small matter je (ewah...)

Tempat makan ni diperkenalkan oleh office mate i, Yati (macih Yati!) I rasa kalaulah Yati tak bawa i makan dekat sini, sampai bila-bila pun i tak tahu pasal kewujudan tempat ni. Yang kelakar tu, i pulak yang over acting makan dekat sini selalu berbanding dia (kesabaran jelah dengan kawan kau sorang ni, Yati. Hehehe).

Selain dikenali sebagai Cafe Alumni UTM (Universiti Teknologi Malaysia) atau Cafe Alumni Jalan Semarak. Nama sebenar cafe ni ialah Cafe Alumni @ Gate 5. Agak-agak kalau korang pening nak cari dekat mana lokasi sebenar Cafe Alumni ni, korang beliakkan mata sebulat 360 darjah dan cari perkataan 'Pintu 5' yang digantungkan pada pagar. Ikutkan tak susah mana pun kawan-kawan, lokasinya betul-betul bersebelahan dengan masjid UTM. Bila korang nampak banyak kereta parking dalam kawasan yang macam rumah lama tu, hah! Sah dah betullah tu tempatnya.

Alamat Cafe Alumni UTM :

Rumah PAUTM
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (Gate 5)
No. 30, Jalan Maktab off Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2698 8455 (untuk pesanan dan tempahan)

Waktu operasi : Dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari pukul 7:00 pagi hingga 7:00 malam


Kebiasaannya dekat sini, i akan order untuk 1 set hidangan standard (standard meal) yang mengandungi 1 Nasi Putih, 1 Ayam Kampung Goreng Berempah, 1 Daging Masak Lemak Cili Api, 1 Ulaman dan 1 Sambal Belacan dengan harga RM9.00. Bila nak order tu, korang sebut je "1 set ayam", mesti orang tu dah faham dah apa yang korang nak.

Untuk melihat hidangan menu lengkap samada bagi hidangan Sarapan Pagi (Breakfast) dan hidangan Makanan Tengah Hari (Lunch) di Cafe Alumni UTM beserta dengan harga, korang boleh check di Jurnal Malaysia.


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

1. Walaupun nama Cafe ni umpama macam untuk student-student UTM je yang boleh datang makan sini. Korang jangan risau, bukan setakat student je yang boleh makan dekat sini. Mak student, ayah student, pakcik student dan anak-anak student pun boleh datang makan sini.
2. Bangunan yang menempatkan Cafe ni macam rumah dua tingkat kuarters kerajaan lama. So, kalau untuk sesiapa yang tak pernah datang tu memang korang akan rasa teragak-agak samada betul ke ni tempat makan ayam kampung yang best tu (iya! Inilah tempatnya... haishhh... degil betul nak percaya cakap i ni, dah kenapa? Hehehe).
3. Kebiasaannya Cafe Alumni UTM ni memang jadi tumpuan warga office pada waktu lunch (pukul 1:00 petang). Jadi apa yang korang perlu buat, samada korang cepatkan sikit masa korang keluar makan lunch atau lewatkan setengah jam daripada waktu yang i bagitahu tadi. Kalau tak, memang penuh seat dekat sini dengan pemangsa yang rakus. Agak-agak kalau korang ada kuasa 'penghalau orang makan', lepas tu sanggup berdiri kaku dekat sebelah orang yang makan tu dengan muka tahap kelaparan melampau. Insya-Allah berkemungkinan besar korang berjaya dapat seat kosong dengan cepat (kau mampu ke nak buat macam ni? Hahaha!)
4. Keseluruhan, i bagi 5 bintang untuk Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak. Perghh!!! Tak tahu nak explain macam mana lagik memang terbaik wooo. Very recommended untuk korang cuba. Lebih-lebih lagi sambal belacan dia memang super sedap! Lepas makan confirm tepuk perut (gitu....)

So, jom tengok Ustajah Reena makan nak? Hehehe... tudung bawal Aidijuma yang i pakai menjadikan wajah i kelihatan kudus menghadapi makanan waktu ni (kudus lah sangat kan?) Hakikatnya, tinggal tunggu masa je nak baham ayam depan mata tu. Adegan selanjutnya tak sanggup korang nak bayangkan. Hehehe...










p/s : Sekarang ni setiap kali makan, Ustat Abang Long mesti jadi leader ingatkan mama papa baca doa makan (uhuk!)


Feb 9, 2013

Restoran Marakesh, Kampung Baru

Agak-agak ada lagi tak lagi restoran makanan arab lain dalam kategori harga affordable / munasabah yang patut kita cuba? Maklumlah sebelum ni kan i dah pernah cerita pasal Restoran Saba dekat korang. Sebenarnya jawapannya ada, jadi untuk entri kali ni, i nak perkenalkan Restoran Marakesh pulak. Kalau korang nak tahu, kebanyakan restoran arab sekarang ni dah pandai nak compete dengan restoran tempatan lain tau (ewah!) Siap sediakan pakej makanan yang perghhh... melampau kenyangnya dengan harga yang berpatutan. Biasalahkan.... kalau makanan sedap gila sekalipun tapi kalau harga yang ditawarkan over mahal, orang pun fikir dua tiga kali nak datang makan selalu. Especially untuk restoran yang berhampiran dengan lokasi ramai orang-orang yang bekerja. Kiranya waktu lunch jelah masanya untuk mengaut keuntungan dari orang-orang bekerja ni semua (mata auto terus keluar simbol kaching $$$). Kalau letak harga tinggi-tinggi, confirm dorang akan fikir baik makan nasi campur. Dengan harga RM5.00 pun dah boleh kenyang. Apa taknya nanti masuk toilet keluarnya serupa jugak (eh! Ada tambahan cerita pulak. Oppss! Plop! Hehehe).

Ok-ok jauhkan minda korang dari situasi yang kurang menyenangkan (ampun!) keh-keh-keh. Kita sambung balik kepada topik makanan yang menyelerakan. Kalau korang nak tahu agak-agak bila datang mood nak makan makanan arab dan perut buat roll-drum pilu gara-gara terlepas makan breakfast, i memang akan datang ke sini bila tiba waktu lunch (kawan-kawan office rasanya biasa nampak i dekat sini kot. Hello, kawan-kawan!) Yelah, tahu-tahu jelah kuantiti makanan arab ni gila banyak! Barulah tak berlaku pembaziran.

Restoran Marakesh ialah sebuah restoran bertemakan Arabic dan Iranian Cuisine. Apa yang menariknya mengenai Restoran Marakesh, ianya ada menyediakan promotion set lunch / makan tengah hari (dari pukul 12:00 tengah hari hingga pukul 4:00 petang) bermula dengan harga RM13.90 (set lunch chicken), RM14.90 (set lunch mixed) dan RM15.90 (set lunch lamb). Untuk setiap makanan akan disertakan bersama 3 pilihan air samada Ice Lemon Tea, Pepsi serta 7Up. Hah, not bad jugakkan harga set macam ni untuk lunch? Boring asyik makan nasi campur je bila tiba waktu lunch, mehla try makan dekat sini pulak. Lokasinya senang sangat, terletak berhampiran dengan Stesyen Minyak Petronas, Kampung Baru dan berdekatan dengan Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak. Kebiasaannya bila berada dekat sini, i akan order Shish Tawook bersama Ice Lemon Tea (set berharga RM13.90)

Alamat Restoran Marakesh :-

Lorong Raja Uda 1
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

No. Telefon : 03-2697 7433

Waktu operasi : Dibuka dari pukul 11:00 pagi hingga 4:00 pagi (wah!)


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Restoran Marakesh, Kampung Baru

1. Beberapa kali makan dekat sini, i lalui pengalaman yang berbeza-beza. Kejap rasa makanan best gila! Kejap rasa makanan jadi biasa-biasa je.
2. Kebiasaannya bila datang hanya ada 3-4 orang je dalam restoran, insya-Allah servis berjalan dengan perfect dan pantas. Tak payah tertunggu-tunggu untuk panggil dorang, dorang akan bersedia berkhidmat untuk korang. Tak sempat sembang masuk topik kedua, terus makanan dah terhidang.
3. Tapi bila kuantiti pelanggan / customer bertambah. Servis jadi kelam-kabut. Makanan orang yang baru je datang dah dapat. Yang kita ni, dah 10 topik bersembang pun tak sampai-sampai lagi makanan. Hampeh! Rasa makanan pun tah hape-hape.
4. I tak pasti samada Restoran Marakesh ni amalkan penjimatan gula melampau ke atau hape. Ice Lemon Tea yang selalunya i order mesti masam menyengat (tahulah i ni manis orangnya. Ceh... hehehe).
5. Pekerja dekat Restoran Marakesh ni tak berapa fasih berbahasa Malaysia (tapi kadang-kadang tu i tengok bila cakap Bahasa Inggeris pun macam tak berapa faham). So, pastikan korang gunakan intonasi suara yang terang dan lancar bila cakap Bahasa Inggeris (alaaa... tak payah nak cakap slang UK sangat. Cakap Bahasa Inggeris simple je dahla... Hahaha...)
6. Dekorasi dalam Restoran Marakesh memang best sebab terasa macam korang berada dekat negara lain gitu.
7. Keadaan restoran, i boleh bagi pujian bersih (bila tak ramai oranglah. Hehehe).
8. Keseluruhan untuk rating i bagi 3 bintang daripada 5 bintang sebab tak konsisten. Kejap best, bila dah puji-puji jadi tak best pulak. Hahaha... fening! Tapi so far oklah, untuk perut i boleh bagi jaminan mengenyangkan kalau makan dekat sini.






Shish Tawook
Briyani Chicken

Menu set promotion lunch. Shisha harga RM5.00 je, ada ke orang nak hisap Shisha waktu lunch? Kehkehkeh

p/s : "makan-makan-makan, tak jugak gemuk". Alamak, apa nak jawab ni? Hehehe...

Feb 1, 2013

Saba Restaurant / Restoran Saba, Cyberjaya

Selamat pagi untuk orang-orang Wilayah Persekutuan. Buat apa tu? Membuta lagik ke? Hehehe... Untuk orang-orang bukan Wilayah, kenalah bekerja mencari sesuap nasi. Nak buek lagu guano kan? (Ewahhh... slang pulak dia). Beberapa hari ni (sejak balik bercuti sakan dekat Legoland Malaysia), badan i tewas dengan cuaca negeri Johor. Fuhhh... panas dia lain macam betul. Bukanlah nak kata duduk Kuala Lumpur / Selangor ni, cuaca dia boleh keluar salji. Eh... tak... tipu tu... Hehehe... Tapi mungkin faktor badan, hari-hari dimanjakan duduk dalam office yang berhawa dingin (kemain kau badan!) Lepas tu, tak kiralah even berjalan pergi shopping complex mana pun, ada je aircond menemani (termasuk bila duduk dalam kereta).

Bila dok berlegar-legar dalam kepanasan 38ºC hingga 39ºC dalam Legoland Malaysia selama 4 jam dan minuman dingin sentiasa diteguk buat basah tekak. Hambik kau! Balik je rumah, i terus dapat pakej lengkap bermula dengan selsema, batuk dan demam (huhuhu... pitam). Paling best, company i sekarang ni tengah buat pembekuan cuti untuk semua staf bagi selesaikan beberapa task force. Dan i pun ada kerja-kerja memanjang urgent yang nak kena settlekan (huwaaa... nangis!) Jadi nak tak nak kena paksa heret badan bangun awal-awal pagi siapkan anak-anak, suami (eh, suami sekali ke? Hahaha) dan diri sendiri untuk teruskan perjuangan masing-masing ke tempat kerja dan sekolah. Nasib baiklah, kesihatan anak-anak i semuanya ok, walaupun dah ada muncul tanda-tanda batuk.

Wahhh... panjang gila kan, pengaduan i? Tak ngadu pun tau, saja buat luahan dipagi hari sebab seronok dapat cuti free lagik. Hehehe... Hidup kalau takde cabaran, tak macho lah kan (flip hair...)

Anyway untuk entry Legoland yang terbaru / latest, nanti i sambung buat karangan lagi k. Maklumlah ada berlambak gambar dan kisah-kisah Legoland yang i dah karangkan sebelum ni. Tak percaya? Cuba picit sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia (sudi-sudilah baca... penat tau i taip. Hehehe...)

Eh-eh tajuk entry dekat atas lebih kepada faktor makanan. Ni apahal tiba-tiba corner baring cerita topik lain pulak ni (alololo... jangan ler marah... hehehe...) Entry yang sama i dah pernah publish sebelum ni pada tahun 2011, waktu kali pertama kita orang cuba makan di Restoran Saba, Cyberjaya. Tapi nak beritahu korang satu rahsia (syhhh...) cawangan Restoran Saba, Setiawangsa (Jalan Jalatek) tak berapa mantap / best makanan dia berbanding dekat Restoran Saba, Cyberjaya ni tau (berdasarkan rating tekak i ye). Makanan yang sama tapi rasa best yang berlainan. Pelik kan?

Jadi untuk korang yang nak tahu info macam alamat dan no. telefon. Meh, rajinkan sikit jari tu, selak dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/restoran-saba.html

Kali ni, i nak buat review / ulasan sikit untuk korang yang pertama kali nak try-test-ngap dekat sini. Macam biasa sekali lagi diulang ini hanya pendapat i je. Lain orang, lain ragamnya (gitu... hehehe)


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Saba Restaurant / Restoran Saba, Cyberjaya

1. Lokasi restoran ni memang confuse / mengelirukan especially kalau orang tu takde GPS dan first time jejak kaki masuk Cyberjaya.
2. Untuk sesiapa yang pakai Garmin, i tak ingat pulak no. koordinat GPS untuk pergi ke sini tapi i tahu macam mana nak bawa korang ke sini. Korang pergi setting, tukarkan kepada Malaysia Free Map (Malfree), pergi bahagian Point of Interest (POI), taip dekat bahagian Search - Saba. Then korang carilah Saba yang related dengan Restoran Saba, Cyberjaya. Insya-Allah, Garmin bersedia memandu korang ke jalan yang benar (ewah... hehehe).
3. Restoran ni beroperasi dari pukul 12:00 tengah hari hingga 1:00 pagi.
4. Elakkan untuk datang pada waktu kemuncak / peak hour macam pukul 1:00 petang dan pukul 8:00 malam. Fuhhh... berduyun orang waktu tu. Servis automatik jadi spoil. Jadi i cadangkan untuk korang datang sebelum pukul 1:00 petang atau pukul 9:30 malam onwards. Kalau kelaparan sangat, lepas sembahyang Maghrib dekat rumah, cepat-cepat drive datang sini.
5. Kawasan tempat duduknya luas. So, bila penuh tu rasa geram jugaklah.
6. Parking percuma (yeay!) Yang penting, bila parking tu janganlah block kereta sape-sape ye. Tahulah  awak tu lapar. Hehehe...
7. Harga makanan dekat sini pada i memang berpatutan. Tak mahal dan tak murah. Pernah tengok restoran arab lain, satu pinggan sampai RM25.00++
8. Tak payah tamak sampai nak ambil hidangan saiz Large (kecuali kalau korang kelaparan membuak-buak), saiz Regular pun dah boleh makan over kenyang tau.
9. Rasa makanan?? Hah... part ni tekak i bagi 5 bintang. Sedap gila korang!!! Nasi dahlah lembut gila, ayam pun lembut, kambing pun lembut (auwww... eh, embekkk... Hehehe).
10. Jadi, i memang recommend untuk korang cuba makan dekat sini. Best! Terbaik! (perut automatik bergendang gendut! Duhhh...)


Senarai harga makanan berdasarkan hidangan kami di Saba Restaurant / Restoran Saba, Cyberjaya

1. Lamb Hanith + Rice (R) - RM17.00
2. Lamb Kabsah + Rice (R) - RM15.00
3. Nasi Tambah (Rice) - RM5.00
4. Mushroom Cream Soup - RM7.00
5. Lamb Soup - RM5.00
6. Mineral Water (S) - RM1.00
7. Nescafe Hot - RM3.00
8. Teh O Hot - RM2.00
9. Milo Cold - RM4.00

Jumlah harga makanan = RM59.00
Tambah Government Tax 6% (RM3.54) dan Service Charge 10% (RM5.90)

Jumlah sebenar-benarnya RM68.45
*murah ke mahal? Oklah kan?*

Nak dapat info lengkap mengenai Saba Restaurant / Restoran Saba, bolehlah melawat website dorang ---> http://www.sabaholdings.com.my/index.html

Lamb Kabsah + Rice milik i
Sambal sebelah tu memang super-duper best!
Lamb Hanith + Rice milik hubby
Sup kambing tengah-tengah tu pun power!
Muka letih gila (balik kerja terus datang sini) huhuhu... pukul 10:00 malam baru hadap makanan. Gemoks la camni.
Eh, mana mata comel Kak Ngah? Cak! (nanti mama trim sikit rambut depan tu ye)

p/s : Tengah siap-siap packing barang nak pergi Cherating lepas ni. Hamboi... dalam sakit-sakit, berjalan jugak. Doakan i cepat sembuh. Happy weekend uols!

Jan 20, 2013

Kemaman Kopitiam Kuantan

Rasanya dah 3 tahun, i tak datang minum-minum dekat kedai / restoran bernama Kemaman Kopitiam ni. Kalau mengikut catatan entry dalam blog i ---> http://www.reenaonline.com/2009/11/kemaman-classic-kopitiam.html, last sekali i datang ke sini ialah tahun 2009 tu pun tengah sarat mengandung anak i yang ketiga (wahhh... lamakan? Nasib baiklah ada blog, kalau tak confirm i tak ingat langsung. Hehehe...) Sebenarnya tahun 2009 tu jugak merupakan kali pertama i test-try-mencekik dekat Kemaman Kopitiam. So, total entry lama plus entry baru bagi acara makan-makan dekat Kemaman Kopitiam baru je berlangsung dua kali.

Kalau korang nak tahu, untuk kisah terbaru ni berlaku waktu kita orang berada dekat bandar Kuantan selepas balik dari bercanda di pasiran pantai Cherating. Entah kenapa, i teringin sangat nak makan keropok lekor. Nak pergi kedai-kedai biasa dekat bandar Kuantan yang ada jual keropok lekor, kita orang tak tahu mana lokasi yang best walaupun puas i meng'google' sana-sini. Last-last i teringat pasal cawangan Kemaman Kopitiam dekat IOI Mall Puchong yang i pernah pergi dulu-dulu. Mesti mana-mana cawangan pun sama je menunya kan? Ikutkan boleh je i goreng keropok lekor mentah yang kita orang beli dekat Cherating bila sampai rumah nanti. Habis nak buat macam mana... tekak dah teringin sangat, kang... meleleh air liur siapa yang susah? Hehehe... Sebelum tu, i ada jugak tanya kawan-kawan Twitter pasal tempat makan yang best dekat Kuantan. Tapi sebab macam kesuntukan masa nak cari tempat makan yang dorang suggest ditambah pulak dengan keadaan kita orang yang tengah rushing nak balik KL. Jadi memang sahlah rezeki untuk Kemaman Kopitiam lah hari tu. Sedihnya kan korang, dah feeling-feeling happy sampai sini nak makan keropok lekor. Keropok lekornya tiba-tiba sold out lah pulak (nyampah!) Nasib baik kopi dekat sini mantap, terubatlah rasa hati.

Alamat Kemaman Kopitiam Kuantan :-

B-40, Lorong Tun Ismail 12
Sri Dagangan 2
Kuantan, Pahang

No. Telefon : 09-513 3698

Facebook : Kemaman Kopitiam

Pendapat / Ulasan / Review mengenai Kemaman Kopitiam, Kuantan, Pahang

1. Rasa makanannya ok (not bad) lesap tak sampai 20 minit. Kita orang order satu nasi lemak kosong, dua nasi lemak (kukus) dengan ayam  goreng dan french fries. Makanan yang sampai pun masih panas lagik.
2. Untuk minuman, i dan hubby pilih Kemaman White Coffee Ice (harga tak salah i ialah RM3.30 segelas). Fuhhh... memang terbaik! Abang Long pulak kita orang orderkan Milo Ais je.
3. Persekitaran kedai bersih, selesa dan beraircond walaupun penuh dengan orang.
4. Nak cari parking memang ada kepayahan sikit. Mungkin jugak waktu kita orang sampai tengah peak hour, semua kelaparan tahap monster.
5. I perasan ramai artis yang rajin singgah minum-minum dekat sini (tengok dari gambar yang dorang letak dekat kedai). Antaranya macam Siti Nurhaliza dan AA (amboi-amboi-amboi sambil gigit jari kelingking. Hehehe).
6. Lokasi Kemaman Kopitiam Kuantan memang senang sangat nak cari sebab terletak betul-betul dekat tepi jalan besar. Sure tak sesat punyalah!
7. Servis ok, takdelah pantas sangat dan takdelah slow sangat.
8. Jumlah yang kita orang kena bayar termasuk segala tax bagai ialah RM39.40. Quite mahal sebenarnya pada i, korang rasa macam mana?
9. Keseluruhan i bagi 4 bintang daripada 5 bintang untuk Kemaman Kopitiam Kuantan. Next time kalau nak datang lagi, order air masak dengan keropok lekor je kot. Keh-keh-keh!













p/s : wahhh... dah ramai jugak yang emel dekat i bertanyakan pasal iPhone 4 yang i nak jual. Ok, next entry ni i buat entry pasal iPhone 4 tu ye. Eh-eh... entry dah siaplah... korang picit SINI ok.

Dec 26, 2012

Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng

Kita sambung lagi kisah i berjalan-jalan dekat Pantai Timur masa bulan Julai 2012 nak? Walaupun kisah ni dah terbabas lebih dari 5 bulan (start dari entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/holiday-villa-cherating.html) tapi i tak pedulik tetap nak masukkan jugak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Nilah padahnya kalau selalu lengah-lengah masa nak update. Tak pasal-pasal kena hidangkan cerita outdated.

Ikutkan sebenarnya dah bersusun entri outdated lain yang ada dalam draft post i ni hah... (oppss... terpecah rahsia pulak. Hehehe). Tinggal nak karang cerita je. Apa kata korang tolong karangkan boleh? Kadang-kadang tu boleh kematu jugaklah idea nak bercerita. Ish, bukan senang jadi blogger ni tau (ecehhh...) Ni kalau cikgu Bahasa Melayu i baca mesti dia tenyeh mata. Budak yang karangan bahasa melayu dia tah hape-hape waktu sekolah boleh giat bercerita dalam blog. Yelah cikgu, setakat karangan merepek memang 'budak' ni pandai! Karangan yang macam cikgu suruh buat je tu dia jadi blur. Keh-keh-keh.

Eh, dah melalut, kita tukar topik asal. Memandangkan sepanjang cuti sekolah bulan Disember 2012, i dan hubby tak rancang sebarang vacation untuk bawa anak-anak pergi jalan-jalan (musim hujanlah katakan) jadi cerita outdated ni kiranya penyelamat kepada blog i daripada berbunyi cengkerik. Hehehe, pandai tak i?

Kali ni i nak buat review mengenai Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. So far, i tak pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Nilah first time nak merasa. Selalu dengar cerita dari kawan-kawan atau baca dari blog orang lain je pasal keenakan kopi dan roti bakar yang ada dekat sini. Apa yang membuatkan Hai Peng Kopitiam famous sangat dekat Terengganu? Jom kita selidik (ewah... Macam penyiasat pulak).


Latar belakang / Sejarah Hai Peng Kopitiam Sdn Bhd

Berusia 95 tahun, Wong Sang Hai atau juga dikenali sebagai Uncle Wong adalah merupakan nama kepada pemilik Hai Peng Kopitiam. Beliau telah meninggalkan Pulau Hainan di China ketika berusia 17 tahun, menuju ke Singapura. Sebelum menyambung perjalanan ke Chukai pada 1937 dan membuka kedai kopi tidak jauh dari tapak bangunan milik keluarganya sekarang.

Sejak itu, Uncle Wong, yang berkahwin dengan gadis Cina berasal dari Kuala Terengganu dan dikurniakan lapan orang anak telah meneruskan perniagaannya di situ sehingga berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan selesa kira-kira 20 tahun lalu.

Antara perubahan yang dilakukan oleh Elaine, anak bongsu Uncle Wong yang sebelum ini menetap di Kanada ialah membuka cawangan Kedai Kopi Hai Peng di Kuantan dan menjadikannya antara pelopor kopitiam moden di kebanyakan bandar besar negara ini sekarang. Malah, Hai Peng juga ada mengeluarkan pakej bungkusan kopi berdasarkan resipi tradisionalnya untuk dibawa pulang.

Sehingga kini, Kedai Kopi Hai Peng masih mengekalkan tradisinya sejak dulu lagi iaitu ditutup pada waktu sembahyang Jumaat serta memastikan semua bahan minuman dan makanannya halal untuk orang Islam. Malah kesemua pekerja termasuk pembancuh kopi di sini adalah dari kalangan orang melayu.

Olahan oleh : Reenaonline

Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-

3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu

No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com

Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.


Apa pendapat i tentang Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng?

1. Kopi dan roti bakarnya sedap (tapi tekak i kata sama je rasa macam dekat mana-mana kopitiam yang lain).
2. Harga roti bakar dengan kaya paling murah dekat sini iaitu cuma RM1.00 je satu.
3. Servis biasa-biasa je, mula-mula geram jugak sebab takde siapa pun yang datang layan kita orang nak ambil order (huhuhu).
4. Harga makanan dan minuman kopinya sama macam standard rate dekat KL (agak-agak korang mahal ke murah?)
5. Paling i suka gaya telur separuh masak yang dihidangkan (old-skool habis!)
6. Nasi lemak, nasi dagang dan kuih-muih yang disediakan dekat tengah-tengah kedai, kena self-service ambil sendiri ye.
7. Minuman kopi ais (tak kiralah apa jenis kopi) disediakan terus dalam bekas plastik. Agak-agak tak habis boleh terus angkut bawa balik rumah. Bagus idea ni.
8. Rasa makanan dekat sini, biasa je takde speciality. Senang cakap takdelah sedap sangat. Hehehe...
9. Keadaan dalam kedai dan susun atur agak sesak tapi i suka tengok barang-barang lama yang digunakan sebagai hiasan. Klasik sangat!
10. Kebersihan ok (tak nampak lagi benda yang scary).
10. Takde tandas dekat sini.
12. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang.


Nota tambahan :

Untuk sesiapa yang bertanyakan tanda halal dari Jakim untuk Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng, terus-terang waktu i makan dekat sini, i sendiri tercari-cari tanda halal yang dipamerkan tapi tak jumpa (tak pasti kalau Hai Peng Kopitiam memang ada sijil sah halal Jakim yang i tak tahu). Tak nak timbul keraguan, memandangkan ramai orang melayu Islam yang makan dekat situ. I yakinkan diri dan tak nak fikir yang pelik-pelik. Macam mana pun sejak baca artikel dari Metro berkenaan Tiada Kopitiam di Terengganu Miliki Sijil Halal: JHEAT. Ok, hati i dah timbul rasa was-was. Bila dah jadi macam ni maksudnya sorry Hai Peng Kopitiam, i akan singgah lagi bila awak dah ada sijil Halal yang sah ye.













Antara senarai harga makanan dan minuman di Kedai Kopi Hai Peng.

p/s : Ada sesiapa yang biasa makan dekat sini?