Blogger templates

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Oct 7, 2016

JALAN JALAN CARI MAKAN : ROTI CANAI TRANSFER ROAD, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Perghhh... sebut title post secara senapas hokeh! Hehehe... Wah!! Sekarang ni trend orang viral macam-macam kedai makan kan? Alhamdulilah... oklah tu kiranya rezeki untuk peniaga-peniaga tu jugak dan memudahkan orang lain yang baru nak teroka satu-satu tempat tu dapat mengisi perut, tambah pengalaman dan balik rumah bolehlah bercerita dengan family dan member-member lain pulak.

Hehehe... Ikutkan dari zaman rancangan JJCM yang pengacaranya Maria Tunku Sabri lagi i memang suka cuba, try, test, rasa kebanyakan makanan / restoran / warung yang ada dekat satu Malaysia ni. Hah! Nilah kelebihan kahwin Kutub Utara Kutub Selatan. Habis dah i cover highway Utara Selatan setiap kali balik kampung. Ada jugak tempat-tempat makan yang i cover sebelum ni (nanti korang selak-selaklah balik dalam blog ni) yang i repeat balik makan dah bertambah maju so harga pun secara automatik jadi maju ke depan.... Hehehe... Dan ada jugaklah yang 'nan hado' je rasa dia dan service pun jadi slow lepas dah popular. Adoiii... ni mesti kes nak cepat kaya dah popular tapi tetap nak jimat-cermat tak nak upgrade pekerja dengan servis.

Berbalik kisah Roti Canai Transfer Road dekat Penang ni. Dah lama dah sebenarnya tahu tentang kewujudan dia. Cuma tulahhh... tak pernah berkesempatan nak singgah setiap kali datang Penang. Maklumlah i dan family bukan jenis breakfast pepagi, kalau breakfast pun dah boleh dipanggil jadi brunch (breakfast + lunch) sebab memang makan makanan yang berat-berat terus cover sampai untuk tengah hari.

Untuk korang yang nak tahu kisah, pengalaman, tips dan review daripada i untuk Roti Canai Transfer Road bolehlah baca dekat bawah k :-

1. Lokasi Roti Canai Transfer Road betul-betul dekat tengah bandar Georgetown. Tak salah i dekat Jalan Transfer. Jenis warung macam tu. Susah-susah korang Waze aje location dia, kan senang... Hehehe... Lepas makan bolehlah pusing-pusing bandar.

2. Waktu operasi : 6:30 pagi hingga 1:00 petang dan 3:30 petang hingga 7:00 malam. Memandangkan betapa ramainya umat manusia yang makan dekat sini especially waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Seboleh mungkin korang cubalah datang awal pagi. Dia punya sesak, habaq hang... bermandi-manda 'keti' jadinya. Hah!

3. Dahlah ramai satu hal, nak cari seat pun satu hal jugak. I, suami dan anak-anak-anak siap berpecah dua team lagi demi sesuap roti canai. Satu team cover bahagian depan, satu team cover belakang... Apa yang penting? Kerjasama! Kahkahkah...

4. Lepas dah berdiri dalam 10 minit sambil buat muka 'seposen' (tsk-tsk), Alhamdulilah ada satu family hamba Allah ni cecepat makan dan bangun. Lepas kita orang duduk, order pun belum ambik lagi, datanglah orang lain pun buat taktik yang sama! Mampuihhh! Hahaha! Kesimpulannya jangan harap kau dapat duduk secara lenggang kangkung mak iloi-iloi sambil menghirup air teh-o dan menyuap makanan dengan nikmat (nangis!) Sebab kau akan diperhatikan oleh singa orang lain yang kelaparan tak makan seminggu. Uhuk!

5. Susun atur meja dia memang takdelah tersusun mana, warung kan (jangan nak budget classy sangat hokeh! Hehehe). Tapi waktu makan tu berdebar jugaklah kalau kena sondol punggung ke. Maklumlah kebanyakan kerusi meja dia memang ngam-ngam dekat sebelah jalan raya yang sesak. Kadang-kadang sambil makan tetiba ada orang naik basikal datang jual makanan lain dekat sebelah kau. Hahaha... Tengok peniaga pun relax je boleh drive-thru sebelah kau tau. Experience baru ni!

6. Kebanyakan review yang i baca, menu popular dekat sini ialah Roti Bakar Telur Goyang, pelbagai jenis Roti Canai yang dimakan dengan kuah Kari Ayam, Kari Kambing dan Kari Ikan. Kalau korang nak tahu style roti canai dia jenis banjir. Kalau korang nak kuah asing better cakap siang-siang k. Waktu ni kita orang makan Roti Bakar Telur Goyang (recommended!), Roti Telur Bawang, Roti Canai dan Kari Kambing.

7. Bila dah ramai orang, biasalah servis pun bertukar jadi 'panas'. Panas sebab korang panggil 5-6 kali pun takde orang nak layan, dah order makanan tapi tak sampai-sampai (sebab duit dah bayar siap-siap) dan paling panas orang yang datang kemudian daripada kau tengah berselera makan (huwaa!)

8. Kalau tanya pendapat i tentang makanan dekat Roti Canai Transfer Road ni macam mana? Kalau korang nak rasa experience baru (atau sekali seumur hidup) korang datanglah sini. Tapi dari segi rasa makanan, i bagi 2.5 ke 3 bintang je. Biasa je... Takdelah macam 'wow sangat' macam yang di'viral'kan. Hehehe....

Hah... sambil tu i siap ada buat video lagi untuk korang tengok tau... At least senanglah nak bayangkan apa yang i nak sampaikan nanti. Abaikan muka 'serius' i dalam video tu. Waktu pergi sini i under medicine, tengah demam panas. Tapi dah janji dengan anak-anak-anak nak pergi jalan-jalan terpaksalah bawak bekalan ubat untuk terus bertenaga, gagah dan perkasa... Hahaha. Kalau nak tengok gambar-gambar lain sepanjang i dekat Penang boleh tengok dekat Instagram i taip je hashtag #reenajalanjalanpenang Enjoice!





Apr 20, 2013

Tanah Rata, Cameron Highlands 2013

Wah-wah-wah, habis i pulun post entry sampai 3 untuk hari ni (sudi-sudilah selak ke belakang ye). Ni semua, gara-gara terlampau banyak sangat entry 'kepam' dalam draft yang tak berkesampaian nak pos sebab kekeringan idea. Dan yang kelakar tu, ada masanya sampaikan nak buat tajuk entri pun boleh jadi satu masalah dekat i. Hahaha! Jadi hujung minggu ni, i hidangkan korang semua dengan cerita-cerita perjalanan i ke Cameron Highlands dan aktiviti i untuk sepanjang minggu. Untuk korang-korang yang rajin jengah i dekat sini. Kesemua entry dalam blog i nilah hadiah untuk korang semua. Baca puas-puas k. Nanti bila tak sempat buat entry kang korang rindu pulak. Eh! Hehehe...

Setelah bersusah-payah kereta comel i mendaki naik Cameron Highlands. Alhamdulilah, akhirnya kami semua selamat tiba di Tanah Rata pukul 2:30 petang (hari Sabtu 6 April 2013). Ditambah dengan keadaan sejuk-sejuk dingin hujan renyai. Perut pun mula bergendang mengikut beat yang rancak (ewah!) Hmmm... Tapi kan, dekat mana tempat makan yang best dekat sini eh? Duhhh... nilah masalah utama bila berada dekat tempat baru atau jarang-jarang pergi (sebenarnya masalah utama ni hanya untuk orang yang tekak high taste macam i ni je. Hahaha! High taste lah sangat). I perasan ada fast food Marrybrown betul-betul berdepan dengan Stesyen Bas Tanah Rata. Alaaa... macam tak syok pulak nak makan fast food. Sekali-sekala datang dekat tempat orang, kita kenalah try makanan-makanan lain pulak kan? Kesudahannya, kita orang makan dekat Restoran Barhkath Nasi Kandar. Huk Alahhh... Kedai mamak juga yang dibedalnya. Hahaha! (mamak situ-sana-sini. Kau mampu?) Rasa makanan dekat sini. Biasa-biasa je korang. Macam korang makan dekat kedai-kedai mamak di seluruh pelusuk Malaysia (gitu... hehehe...)

Sebelum pergi makan tu, kita orang sempatlah jugak meronda-ronda deretan kedai yang ada dekat sepanjang Tanah Rata. Dan yang buat i bertambah kagum bila dapat tahu, pejabat pos dekat Tanah Rata ni telah dibuka oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Woww!! Apa kata kita baca sikit sejarah / latar belakang Pejabat Pos nak?


Sejarah / Latar Belakang Pejabat Pos, Tanah Rata, Cameron Highlands :

Pejabat pos ini telah dibuka oleh Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Malaya pada hari Jumaat bersamaan 25 Jun 1956. Ianya terletak di Jalan Utama dan merupakan salah satu daripada beberapa pejabat pos yang masih menyediakan perkhidmatan "Poste Restante".

sumber : Wikipedia
olahan : Reenaonline

Apa itu "Poste Restante"? Ianya turut dikenali dengan nama General Delivery / Penghantaran Umum. Di mana pejabat pos yang diserahkan akan memegang mel tersebut sehingga penerima datang mengambilnya. Setiap negara mempunya prosedur tertentu untuk membuat Poste Restante. Untuk keterangan lanjut korang boleh rujuk di sini ---> Wikipedia.


Jalan-jalan je dah dapat ilmu. Best tak? Hehehe...

Akhir sekali, jemput-jemputlah tengok gambar kami. Macih semua!










p/s : Last datang Cameron Highlands celebrate birthday i tahun 2011, cepatnya waktu berlalu...

Apr 10, 2013

Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #4







I suka ambil gambar candid yang melibatkan expression wajah dan gaya santai anak-anak i (of course lah termasuk gambar hubby i sekali). Tapi kata hubby, kalau gambar candid muka i sendiri mesti nampak 'garang'. Kahkahkah! Ye ke Yang? Kejamnya statement. Macam tak percaya pun ada jugak ni. Actually, i tak pernah tahu pun muka sendiri nampak garang kalau dalam keadaan normal dan tak senyum *tahan gelak*. Lagipun takkanlah setiap masa nak senyum kan, nanti orang ingat dah kenapa?! Don't worry, muka je garang (tu pun kalau tak senyum), tapi kalau senyum dan start bercerita korang pun tak sanggup nak hadap gelak i.

Bila tengok hasil gambar-gambar dekat atas ni semua buat i terkenang balik short holiday kami di Cameron Highland pada 6 April 2013, Sabtu lepas (huwaaa... nak holiday lagik!) Waktu ni, kami semua tengah tunggu lunch order di Restoran Erra, Tanah Rata (tapi frust sebab owner dia bukan Erra Fazira. Eh, hehehe). So far, i tak jumpa lagi tempat makan yang best dekat Cameron Highlands untuk suggest kan dekat korang semua. Makanan dekat sini pun kategori biasa-biasa je. Tapi kalau korang nak cuba, apa salahnya kan? I cuma recommend Mee Hoon Goreng untuk korang test-try-ngap. Lain-lain tu, bolehlah... Janji kenyang. Hehehe....


p/s : Senyum-senyum-senyum (cak!)

Apr 4, 2013

Pepper Lunch Express Malaysia

Hari ni i nak kenalkan dengan korang makanan baru yang simple, lain dari yang lain dan yang paling penting ianya mestilah sedap untuk dihadamkan oleh perut dengan jayanya. Selalunya, setiap kali bila makan dekat Food Court Rasa Food Arena KLCC. I selalu tertanya-tanya makanan apa yang dorang makan sampai ada kertas dekat keliling pinggan makan dorang ni. Punyalah rahsia sangat gayanya. Gara-gara menonjolkan aksi kepoh semacam dekat makan orang lain, tak pasal-pasal i jadi mangsa muka tak puas hati dorang. Hahaha! Alamak, malunya saya. Ala... kita nak tahu je, bukannya nak rembat makanan dia pun.

Sehinggalah pada satu hari tu, i ajak hubby untuk try-test-rasa makanan yang penuh rahsia kerajaan ni. Maklumlah kalau tiba waktu lunch, Food Court Rasa Food Arena KLCC akan penuh memanjang dengan orang ramai yang kelaparan dan tak reti-reti bangun dari tempat duduk. Jadi bila dapat peluang makan dekat sini dalam keadaan lengang dan tenang. I memang tak lepaskan peluang langsung. Takde masa dah nak toleh kiri kanan lagik, terus menuju ke target utama kedai makan yang jadi perhatian i selama ni (yes!)

Entah macam mana bila sampai je dekat kaunter untuk buat order. Secara tiba-tiba i dan hubby jadi blur. Hahaha! Tadi bukan main lagik beriya-iya nak makan. Yelah, selalunya intai makanan orang lain, tu pun nampak sipi-sipi je. Kali ni bila dah nampak terang-terang depan mata, langsung tak sure mana satu yang paling best. Cari tanda 'recommended' dekat menu makanan tak nampak pulak (adeh! Dilema habis kita orang jadinya). Akhirnya i pilih makanan yang nampak paling menarik combination nya dekat dalam gambar. Dan tak sangka sangat inilah pilihan makanan yang paling meletop! Habis dah i promote dekat member-member office lain.

Seronok sebenarnya makan dekat Pepper Lunch Express ni tau kawan-kawan. Konsepnya lebih kurang, macam korang masak sendiri makanan korang atas iron plate panas. Motif kertas yang ada dekat sekeliling plate yang i ceritakan tadi dekat korang lebih bertujuan sebagai pelindung atau warning yang iron plate tersebut memang panas tahap dewa-dewa. Jangan korang pandai-pandai sentuh pulak kang melecur satu badan (eh! Ada orang sentuh pakai badan ke? Dah macam gaya buat stunt guling-guling atas iron plate gamaknya ni. Hahaha).


Latar belakang / Sejarah Pepper Lunch

Merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba.

Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan. Malah ianya mampu dipanaskan dengan suhu 260ºC selama 70 saat melalui periuk elektromagnet. Suhunya akan kekal panas sehingga 80ºC untuk 20 minit dan menjadikan makanan lebih enak untuk dinikmati. Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki.

sumber : Laman Web Pepper Lunch Malaysia
olahan : Reenaonline


Alamat Pepper Lunch Express Suria KLCC :
Gerai 13A, Rasa Food Arena, Level 4
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-4010 1054

Antara lokasi Pepper Lunch yang lain di Malaysia ialah di Pavillion (i dah pernah try makan sini jugak), Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan One Utama.

Nak tahu alamat lengkap cawangan Pepper Lunch yang lain, peluang pekerjaan, tawaran menarik atau pun nak selak menu makanan yang disediakan. Apa kata korang jengah sendiri laman web / website Pepper Lunch Malaysia (confirm teruja).

Facebook : PepperLunch-Malaysia


Cuma i rasa part tak best nya pasal Pepper Lunch ni ialah tang harganya. Bila tengok dari jenis hidangannya, takdelah complicated sangat. Setakat ada nasi, daging, jagung, keju dan semangkuk kecil sup. Ni kalau ada iron plate sendiri dekat rumah pejam mata pun boleh buat (ewah! Hehehe). Tapi sebab takde iron plate dan tak tahu dekat mana boleh beli iron plate. Sedap punya pasal, ku hulurkan jua duit walaupun mahal (tunjuk muka redha).

Harga dan pilihan menu hidangan i di Pepper Lunch.

Curry Beef Pepper Rice with Cheese  - RM12.50 (very recommended)
Spicy Beef Pepper Rice with Mushroom - RM12.50


Jom tengok gambar yang sempat i dan hubby snap di Pepper Lunch Express, KLCC nak?









p/s : Agak-agak korang, ada ke jual iron plate (ala-ala pun jadilah) yang boleh i beli dekat mana-mana ?

Mar 25, 2013

Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

Dekat entri sebelum ni ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/bahulu-seri-geliga-kuala-kemaman.html, i dah janji dengan korang nak cerita pasal tempat-tempat makan area Kuala Kemaman dan Cherating lagi kan? Selain daripada main terjah je mana-mana kedai makan / restoran / warung yang i nampak ok untuk kita orang cuba dekat area Cherating ni. I tetap berusaha minta bantuan Encik google yang handsome untuk dapatkan idea atau pandangan orang lain melalui pengalaman dorang menikmati makanan sepanjang berada dekat Cherating. Bukan apa, alang-alang nak keluarkan duit, kenalah pastikan duit yang dilaburkan tu berbaloi dengan rasa makanan yang nak dicuba.

Tapi biasalahkan, lain tekak, lain ceritanya. Sekejap, i baca, kisah orang yang makan dekat restoran dotdotdot, punyalah puji melantun-lantun. Sekejap, bila i selak kisah dekat blog orang lain pulak, bertempat di restoran yang sama. Punyalah pemilik blog ni condemn sampai i sendiri dapat rasakan betapa hazabnya dia makan restoran dotdotdot tadi. Dah tu kalau boleh, 7 keturunan dia pun jangan harap dia benarkan jejak kaki ke sini. Kesudahannya, i dapat pelbagai versi hanya untuk satu je kedai makan yang i nak cuba (argh... tensionnya!) Eh, i pulak yang tension. Cubanya pun, tak lagik ni. Hehehe.

Malas dah nak buat survey lagi, i belasah je pergi kedai makan / restoran / warung dekat Cherating yang dapat paling banyak pujian dan paling sedikit kejian berdasarkan rating orang ramai dalam blog masing-masing. Asyik survey je memanjang, habuk pun tarak. Angin yang kita orang dapat nanti. Hehehe... So, korang agak, apa kata survey i pulak untuk Warung Awang Ikan Bakar ni atau juga dikenali dengan nama WAIB. Jeng-jeng-jeng. Kenalah baca dekat bawah ni.

Alamat Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B) :-

No. 83, Warung Awang Ikan Bakar
Kampung Kubang Ikan
26080 Cherating
Kuantan, Pahang

No. Telefon (untuk tempahan) : 019-9648421 / 09-5819558

Waktu operasi : Dari pukul 5:00 petang hingga 2:00 pagi

*i tak sure Warung Awang Ikan Bakar cuti hari apa. Sebelum datang tu, apa kata korang telefon dulu*

Lokasi : Terletak di laluan utama antara Cherating ke Kuala Kemaman (di bahagian kiri jalan). Lebih kurang perjalanan 5 minit dari simpang yang menunjukkan papan tanda Pantai Cherating ke Warung Awang Ikan Bakar. Manakala dari arah Impiana / Suria Beach Resort ke warung ini (laluan untuk ke bandar Kuantan) juga mengambil masa 5 minit (arah warung ini automatik akan berada di bahagian kanan korang).

Facebook Warung Awang Ikan Bakar : picit SINI

Pendapat / Ulasan / Review mengenai Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

1. Siapa yang baru pertama kali nak datang dekat sini, mesti tak berapa perasan papan tanda besar yang tunjukkan nama Warung Awang Ikan Bakar. Maklumlah lampu papan tanda ni pun tak secerah mana, lokasinya pun betul-betul terletak di selekoh jalan. Macam mana korang nak fokus kan? Jadi, korang memang kena harapkan mata co-driver yang berada dekat sebelah korang.

2. I tak tahulah samada nasib memang dah sedia malang ke atau hari tu berduyun orang KL sama-sama turun Cherating dengan i bersempena Cuti Hari Wilayah. Sampai je kita orang dekat warung ni, i tengok ada 4 meja lain tengah tunggu order dengan muka 'panas'. Pukul 8:30 malam i tiba dekat sini, pukul 9:45 malam baru makanan kita orang sampai. Hambik kau! Slow gila! Tu baru giliran meja ke-5 tunggu makanan. Kalau giliran kita orang yang ke-10, silap-silap ada gelas terbang muncul dekat sini. (Oppss... Hehehe...) Anak-anak i pun dah pucat lesi muka tahan lapar. I rasa kalau teringin nak makan dekat sini lagik (KALAU ye...) I tengok dulu, andai kata ada satu family je yang tengah makan, i akan singgah. Lebih dari satu family, confirm i cari kedai makan lain.

3. Perkara pertama yang korang kena buat bila berada dekat sini ialah terus pilih ikan, sotong, udang atau makanan basah lain yang korang nak order untuk masak-masak. Kalau korang duduk dekat meja sambil harapkan orang tu datang layan nak ambil order, toksah mimpilah dia nak datang cepat-cepat.

4. Pilihan makanan kita orang untuk hari tu ialah Tomyam Campur (yang i nampak kuah je yang banyak tapi isinya kurang), Kailan Ikan Masin (sayur kailan langsung tak masak! Ikan masin pun jangankan batang hidung, lubang hidung pun i tak nampak. Adeh...), Siakap 3 Rasa (biasa je... tak best pun) dan Sotong Goreng Tepung (ini je satu-satu menu yang boleh terima akal rasanya). Untuk rasa kesemua makanan, kebanyakannya lebih banyak TAK sedap dari yang sedap. Huhuhu... macam mana tu? Harga keseluruhan ialah RM61.70 (murah kan?) Kalau makanan ni semua best, mesti i recommend sangat supaya korang cuba. Tapi sebab nan hado, tak cuba pun takpelah korang. Eh! Hehehe...

5. Terus-terang i cakap, kebersihan kedai ni berada pada tahap kurang memberangsangkan. Dan kalau korang nak tahu, i paling tak gemar dengan kedai makan yang ada banyak kucing. Fuhhh... terasa memang tawakal habis kita orang waktu telan makanan masa tu (huwaaa!)

6. Kesimpulannya i bagi rating 2 bintang je untuk Warung Awang Ikan Bakar, Cherating. Walaupun menu Sotong Goreng Tepung dia memang kena dengan citarasa tekak kita orang tapi banyak kelemahan yang perlu dorang perbaiki.

So, agak-agak ada yang nak cuba ke? Terpulanglah kan... I bagitahu mengikut pengalaman i je. Mana tahu pengalaman korang lepas ni lagi best daripada i ke. Siapa tahu kan? Hehehe...






Kailan Ikan Masin yang macam kunyah rumput. Eh!


Sotong Goreng Tepung 


p/s : Habis je makan, hubby terus warning. Next time kita makan tempat lain jelah. Erk!


Mar 22, 2013

Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

Awal Februari hari tu, bersempena dengan cuti Hari Wilayah yang jatuh pada hari Jumaat (hoorey, automatik dapat cuti berganda!), i sekeluarga habiskan masa bercuti di Cherating. Sebahagian daripada kisah Cherating ni, i dah pernah ceritakan dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/pantai-cherating.html.

Kali ni jugak, banyak tempat-tempat makan baru yang berjaya kita orang cover dekat area Cherating dan Kuala Kemaman. Jangan tension-tension kalau lepas ni korang kena paksa rela baca segala entry review restoran dan gerai makan yang selamat dihadamkan oleh kita orang menjadi dotdotdot... Eh! Hehehe... Untuk korang-korang yang kaki makan macam i, mesti excited nak tahu kan? (Eceh, lagi tak nak ngaku). Yang penting, tekak korang kenalah sama taste dengan tekak i yang high demand ni (hamboi! Bunyi demand tu macam selalu sangat makan dekat restoran high class gitu). Ishhh... tempatnya tak kelas mana pun tapi kalau makanannya kelas... siapa nak kisah kan? Janji perut happy. Hehehe... Jom, ikuti pengembaraan i dengan makanan (wahhh...)

Tempat makan pertama yang i nak perkenalkan dekat korang untuk edisi jalan-jalan cari makan area Kuala Kemaman, Terengganu ialah gerai kuih bernama Bahulu Seri Geliga. Hah, gerai kuih je ke?!! Kuih tradisional pulak tu... Relak-relak semua... kalau korang nak tahu, gerai kuih ni bukan sebarang gerai tau. Ikutkan, kali pertama i jejakkan kaki dekat sini tahun 2004 (mak aihhh, gila lama kan?) Waktu ni kita orang baru je kahwin-kahwin (ehemmm... kiranya masih dalam mood honeymoon gitu). Dan yang kelakarnya, lepas 9 tahun (plus beranak-pinak dah pun. Hahaha!) I tak sangka sangat yang gerai ni masih wujud lagi. Paling best, kuih akok yang pernah jadi antara kuih favourite i dan hubby waktu first time datang ke sini dulu-dulu tetap sama rasa sedapnya. (perghhh.... terbaik!)

Alamat Bahulu Seri Geliga :

Kampung Geliga
24000 Kuala Kemaman
Terengganu

Lokasi gerai Bahulu Seri Geliga terletak pada laluan yang sama dengan Warung Aziz Satar.

No. Telefon : 019-9455997 / 017-9512441

Waktu operasi : Apa kata korang contact nombor dekat atas ni. Hehehe...


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

1. Kedudukan gerai Bahulu Seri Geliga betul-betul terletak di tepi jalan. So, bila parking kereta tu harap korang parking elok-elok ye. Kang tak pasal-pasal hilang punggung kereta korang tu. Eh! Hehehe...
2. Bila berdiri je dekat depan gerai, automatik lubang hidung korang tertusuk dengan bau-bauan harum kuih bahulu yang best! (hmmm.... nyam-nyam).
3. Antara senarai harga dan jenis kuih yang terdapat dekat sini ialah Bahulu Coklat (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk bunga (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk ikan (5 biji = RM2.00), Bahulu Cermai (5 Biji = RM1.00), Akok (2 Biji = RM1.00), Kuih Bakar (3 Biji = RM1.00) dan Bingka Pulut (3 Biji = RM1.00).
4. Untuk rasa? Agak-agak korang i nak bagi berapa bintang? Jeng-jeng-jeng i bagi 5 bintang untuk semua kuih dekat sini (walaweh! Full mark tu!) Serius memang best!
5. So, kalau korang datang sini, i cadangkan korang supaya rembat kuih akok dulu sebelum pilih kuih-kuih lain. Sebab apa? Sebab kuih akok nilah yang paling laris dekat sini.

Teringin nak tengok rupa sebenar kuih akok? Jom, tengok gambar dekat bawah sebelum i pengapa-apakan keadaan rupa bentuknya yang comel tu. Hehehe... Ngap!






Ni nama dia Kuih Akok

Ni pulak nama dia Kuih Bingka Pulut


p/s : Banyak-banyak kuih moden zaman sekarang ni, kuih tradisional jugak yang paling mantap!


Feb 20, 2013

Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

Sebenarnya kalau korang nak tahu, ini antara tempat makan favourite i bila tiba waktu lunch. Kalau ada sesiapa antara korang yang teringin nak makan ayam kampung, yes... i cadangkan inilah tempat makan yang paling menarik, tertarik dan memang da boom untuk perut korang. Cuma bila part harganya tu i rasa macam kurang sesuailah nak makan selalu dekat sini. Gila kau, hari-hari makan lunch berhabis duit. Silap-silap bulan depan boleh makan pasir jadinya. Eh! Hehehe... Itu kalau i lah. Macam mana pun korang jangan risau, harganya masih lagi dalam kategori berpatutan. Kalau korang memang ada budget besar untuk makan, setakat makan lunch lebih RM10.00 sorang, apa sangatlah kan? Small matter je (ewah...)

Tempat makan ni diperkenalkan oleh office mate i, Yati (macih Yati!) I rasa kalaulah Yati tak bawa i makan dekat sini, sampai bila-bila pun i tak tahu pasal kewujudan tempat ni. Yang kelakar tu, i pulak yang over acting makan dekat sini selalu berbanding dia (kesabaran jelah dengan kawan kau sorang ni, Yati. Hehehe).

Selain dikenali sebagai Cafe Alumni UTM (Universiti Teknologi Malaysia) atau Cafe Alumni Jalan Semarak. Nama sebenar cafe ni ialah Cafe Alumni @ Gate 5. Agak-agak kalau korang pening nak cari dekat mana lokasi sebenar Cafe Alumni ni, korang beliakkan mata sebulat 360 darjah dan cari perkataan 'Pintu 5' yang digantungkan pada pagar. Ikutkan tak susah mana pun kawan-kawan, lokasinya betul-betul bersebelahan dengan masjid UTM. Bila korang nampak banyak kereta parking dalam kawasan yang macam rumah lama tu, hah! Sah dah betullah tu tempatnya.

Alamat Cafe Alumni UTM :

Rumah PAUTM
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (Gate 5)
No. 30, Jalan Maktab off Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2698 8455 (untuk pesanan dan tempahan)

Waktu operasi : Dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari pukul 7:00 pagi hingga 7:00 malam


Kebiasaannya dekat sini, i akan order untuk 1 set hidangan standard (standard meal) yang mengandungi 1 Nasi Putih, 1 Ayam Kampung Goreng Berempah, 1 Daging Masak Lemak Cili Api, 1 Ulaman dan 1 Sambal Belacan dengan harga RM9.00. Bila nak order tu, korang sebut je "1 set ayam", mesti orang tu dah faham dah apa yang korang nak.

Untuk melihat hidangan menu lengkap samada bagi hidangan Sarapan Pagi (Breakfast) dan hidangan Makanan Tengah Hari (Lunch) di Cafe Alumni UTM beserta dengan harga, korang boleh check di Jurnal Malaysia.


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

1. Walaupun nama Cafe ni umpama macam untuk student-student UTM je yang boleh datang makan sini. Korang jangan risau, bukan setakat student je yang boleh makan dekat sini. Mak student, ayah student, pakcik student dan anak-anak student pun boleh datang makan sini.
2. Bangunan yang menempatkan Cafe ni macam rumah dua tingkat kuarters kerajaan lama. So, kalau untuk sesiapa yang tak pernah datang tu memang korang akan rasa teragak-agak samada betul ke ni tempat makan ayam kampung yang best tu (iya! Inilah tempatnya... haishhh... degil betul nak percaya cakap i ni, dah kenapa? Hehehe).
3. Kebiasaannya Cafe Alumni UTM ni memang jadi tumpuan warga office pada waktu lunch (pukul 1:00 petang). Jadi apa yang korang perlu buat, samada korang cepatkan sikit masa korang keluar makan lunch atau lewatkan setengah jam daripada waktu yang i bagitahu tadi. Kalau tak, memang penuh seat dekat sini dengan pemangsa yang rakus. Agak-agak kalau korang ada kuasa 'penghalau orang makan', lepas tu sanggup berdiri kaku dekat sebelah orang yang makan tu dengan muka tahap kelaparan melampau. Insya-Allah berkemungkinan besar korang berjaya dapat seat kosong dengan cepat (kau mampu ke nak buat macam ni? Hahaha!)
4. Keseluruhan, i bagi 5 bintang untuk Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak. Perghh!!! Tak tahu nak explain macam mana lagik memang terbaik wooo. Very recommended untuk korang cuba. Lebih-lebih lagi sambal belacan dia memang super sedap! Lepas makan confirm tepuk perut (gitu....)

So, jom tengok Ustajah Reena makan nak? Hehehe... tudung bawal Aidijuma yang i pakai menjadikan wajah i kelihatan kudus menghadapi makanan waktu ni (kudus lah sangat kan?) Hakikatnya, tinggal tunggu masa je nak baham ayam depan mata tu. Adegan selanjutnya tak sanggup korang nak bayangkan. Hehehe...










p/s : Sekarang ni setiap kali makan, Ustat Abang Long mesti jadi leader ingatkan mama papa baca doa makan (uhuk!)


Feb 9, 2013

Restoran Marakesh, Kampung Baru

Agak-agak ada lagi tak lagi restoran makanan arab lain dalam kategori harga affordable / munasabah yang patut kita cuba? Maklumlah sebelum ni kan i dah pernah cerita pasal Restoran Saba dekat korang. Sebenarnya jawapannya ada, jadi untuk entri kali ni, i nak perkenalkan Restoran Marakesh pulak. Kalau korang nak tahu, kebanyakan restoran arab sekarang ni dah pandai nak compete dengan restoran tempatan lain tau (ewah!) Siap sediakan pakej makanan yang perghhh... melampau kenyangnya dengan harga yang berpatutan. Biasalahkan.... kalau makanan sedap gila sekalipun tapi kalau harga yang ditawarkan over mahal, orang pun fikir dua tiga kali nak datang makan selalu. Especially untuk restoran yang berhampiran dengan lokasi ramai orang-orang yang bekerja. Kiranya waktu lunch jelah masanya untuk mengaut keuntungan dari orang-orang bekerja ni semua (mata auto terus keluar simbol kaching $$$). Kalau letak harga tinggi-tinggi, confirm dorang akan fikir baik makan nasi campur. Dengan harga RM5.00 pun dah boleh kenyang. Apa taknya nanti masuk toilet keluarnya serupa jugak (eh! Ada tambahan cerita pulak. Oppss! Plop! Hehehe).

Ok-ok jauhkan minda korang dari situasi yang kurang menyenangkan (ampun!) keh-keh-keh. Kita sambung balik kepada topik makanan yang menyelerakan. Kalau korang nak tahu agak-agak bila datang mood nak makan makanan arab dan perut buat roll-drum pilu gara-gara terlepas makan breakfast, i memang akan datang ke sini bila tiba waktu lunch (kawan-kawan office rasanya biasa nampak i dekat sini kot. Hello, kawan-kawan!) Yelah, tahu-tahu jelah kuantiti makanan arab ni gila banyak! Barulah tak berlaku pembaziran.

Restoran Marakesh ialah sebuah restoran bertemakan Arabic dan Iranian Cuisine. Apa yang menariknya mengenai Restoran Marakesh, ianya ada menyediakan promotion set lunch / makan tengah hari (dari pukul 12:00 tengah hari hingga pukul 4:00 petang) bermula dengan harga RM13.90 (set lunch chicken), RM14.90 (set lunch mixed) dan RM15.90 (set lunch lamb). Untuk setiap makanan akan disertakan bersama 3 pilihan air samada Ice Lemon Tea, Pepsi serta 7Up. Hah, not bad jugakkan harga set macam ni untuk lunch? Boring asyik makan nasi campur je bila tiba waktu lunch, mehla try makan dekat sini pulak. Lokasinya senang sangat, terletak berhampiran dengan Stesyen Minyak Petronas, Kampung Baru dan berdekatan dengan Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak. Kebiasaannya bila berada dekat sini, i akan order Shish Tawook bersama Ice Lemon Tea (set berharga RM13.90)

Alamat Restoran Marakesh :-

Lorong Raja Uda 1
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

No. Telefon : 03-2697 7433

Waktu operasi : Dibuka dari pukul 11:00 pagi hingga 4:00 pagi (wah!)


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Restoran Marakesh, Kampung Baru

1. Beberapa kali makan dekat sini, i lalui pengalaman yang berbeza-beza. Kejap rasa makanan best gila! Kejap rasa makanan jadi biasa-biasa je.
2. Kebiasaannya bila datang hanya ada 3-4 orang je dalam restoran, insya-Allah servis berjalan dengan perfect dan pantas. Tak payah tertunggu-tunggu untuk panggil dorang, dorang akan bersedia berkhidmat untuk korang. Tak sempat sembang masuk topik kedua, terus makanan dah terhidang.
3. Tapi bila kuantiti pelanggan / customer bertambah. Servis jadi kelam-kabut. Makanan orang yang baru je datang dah dapat. Yang kita ni, dah 10 topik bersembang pun tak sampai-sampai lagi makanan. Hampeh! Rasa makanan pun tah hape-hape.
4. I tak pasti samada Restoran Marakesh ni amalkan penjimatan gula melampau ke atau hape. Ice Lemon Tea yang selalunya i order mesti masam menyengat (tahulah i ni manis orangnya. Ceh... hehehe).
5. Pekerja dekat Restoran Marakesh ni tak berapa fasih berbahasa Malaysia (tapi kadang-kadang tu i tengok bila cakap Bahasa Inggeris pun macam tak berapa faham). So, pastikan korang gunakan intonasi suara yang terang dan lancar bila cakap Bahasa Inggeris (alaaa... tak payah nak cakap slang UK sangat. Cakap Bahasa Inggeris simple je dahla... Hahaha...)
6. Dekorasi dalam Restoran Marakesh memang best sebab terasa macam korang berada dekat negara lain gitu.
7. Keadaan restoran, i boleh bagi pujian bersih (bila tak ramai oranglah. Hehehe).
8. Keseluruhan untuk rating i bagi 3 bintang daripada 5 bintang sebab tak konsisten. Kejap best, bila dah puji-puji jadi tak best pulak. Hahaha... fening! Tapi so far oklah, untuk perut i boleh bagi jaminan mengenyangkan kalau makan dekat sini.






Shish Tawook
Briyani Chicken

Menu set promotion lunch. Shisha harga RM5.00 je, ada ke orang nak hisap Shisha waktu lunch? Kehkehkeh

p/s : "makan-makan-makan, tak jugak gemuk". Alamak, apa nak jawab ni? Hehehe...