Nak tahu tak? (sambil tunjuk muka excited). Sekarang ni IKEA tengah melancarkan jualan murah (hooyeh, sale!!) secara besar-besaran bermula dari 8hb Mac 2012 sehingga 25hb Mac 2012. Sesiapa yang merupakan peminat setia IKEA (macam i). I cadangkan korang pergilah serbu IKEA waktu ni. Banyak pilihan barang-barang untuk rumah yang korang boleh sambar / grab waktu sale ni. Boleh jadi rambang jugaklah biji mata nak pilih yang mana satu. Bertuah untuk orang-orang yang baru berkahwin sebab korang boleh beli tanpa berfikir panjang. Mana yang nampak berkenan dihati, harga pulak tu murah, terus je beli. Nak letak mana-mana sudut rumah pun boleh sebab barang dekat rumah tak banyak lagi. Macam i pulak, kenalah fikir masak-masak dulu. Ikut nafsu, memang tak boleh tahan. Semua barang IKEA yang sale nak aje i beli (nama pun IKEA addicted kan? Hehehe...) Tapi kalau beli banyak-banyak, buat semak rumah la pulak (uishh... payah-payah).
Kebiasaannya IKEA akan adakan sale sebanyak 3 kali setahun (kalau tak salah i pada bulan Mac, Julai dan Disember), tapi macam mana pun bukan semua sale IKEA tu best. Kadang-kadang bunyi sale tu dah menarik tapi bila pergi. Ala... biasa je rupanya. Yang murah pun cuma barang-barang biasa je. Contoh macam pinggan mangkuk, bantal, lampu dan beberapa barang hiasan rumah yang lain. Tapi sale untuk kali ni (yang sekarang ni lah!) I anggap sale yang best among the best. Sebab kebanyakan yang murah ialah perabot untuk bilik tidur, ruang tamu, ruang belajar dan ruang makan. Oleh sebab i dan hubby sekarang ni memang planning (bercadang) nak tukar perabot ruang makan dan buat tambahan perabot untuk bilik tidur (banyak lagi sebenarnya planning lain untuk rumah kita orang tapi tak boleh cakap sekarang. Tak surprise lah nanti. Hehehe). Jadi, i memang ambil peluang waktu ni untuk cari barang-barang perabot yang kita orang idamkan. Tak sangka akhirnya kita orang jumpa (nak tahu apa yang kita orang jumpa. Jeng-jeng-jeng entry seterusnya i cerita ok. Promise!).
Nak tahu apa yang tengah murah dekat IKEA untuk
sale kali ni. Korang bolehlah jenguk dekat sini --->
http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/offers. Tapi
link ni cuma tunjukkan sebahagian je barang-barang yang
sale / murah (serius nampak macam tak
best kan?). Ikutkan banyak lagi sebenarnya yang
best-best kalau korang pergi ke IKEA terus (percayalah cakap i. Hehehe...)
Apa lagi tawaran menarik yang lain sempena IKEA sale?
Antaranya ialah harga untuk servis penghantaran ke rumah dikurangkan dari RM65.00 kepada RM55.00 sahaja (harga berbeza untuk korang yang duduk di luar Lembah Klang). Manakala untuk servis / upah menjahit, diskaun sebanyak 15% diberikan. Untuk para sahabat IKEA (IKEA Friends) pulak, baucer sebanyak RM10.00 diberikan untuk 1,500 mata (kalau tak selalunya untuk 2,000 mata baru dapat RM10.00).
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tengok antara perabot IKEA yang i beli sempena jualan murah IKEA dan rupa terbaru ruang makan rumah i, bolehlah klik
link ini --->
http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html
Sorry tak dapat nak tunjuk korang gambar IKEA banyak-banyak waktu
sale sebab tak sempat langsung nak tangkap gambar. Tangan sibuk nak tulis perabot apa yang nak dibeli dengan buat
design untuk susun atur rumah.
Dua gambar dekat bawah ni diambil waktu IKEA s
ale bulan Julai 2010. Hah, macam nilah suasana IKEA
sale, kalau korang nak tengok. Meriah!
p/s : Tengah fikir macam nak pergi IKEA lagik ni. Hehehe