Blogger templates

Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts
Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts

Mar 11, 2012

Jualan Murah IKEA / IKEA Sale 2012

Nak tahu tak? (sambil tunjuk muka excited). Sekarang ni IKEA tengah melancarkan jualan murah (hooyeh, sale!!) secara besar-besaran bermula dari 8hb Mac 2012 sehingga 25hb Mac 2012. Sesiapa yang merupakan peminat setia IKEA (macam i). I cadangkan korang pergilah serbu IKEA waktu ni. Banyak pilihan barang-barang untuk rumah yang korang boleh sambar / grab waktu sale ni. Boleh jadi rambang jugaklah biji mata nak pilih yang mana satu. Bertuah untuk orang-orang yang baru berkahwin sebab korang boleh beli tanpa berfikir panjang. Mana yang nampak berkenan dihati, harga pulak tu murah, terus je beli. Nak letak mana-mana sudut rumah pun boleh sebab barang dekat rumah tak banyak lagi. Macam i pulak, kenalah fikir masak-masak dulu. Ikut nafsu, memang tak boleh tahan. Semua barang IKEA yang sale nak aje i beli (nama pun IKEA addicted kan? Hehehe...) Tapi kalau beli banyak-banyak, buat semak rumah la pulak (uishh... payah-payah).

Kebiasaannya IKEA akan adakan sale sebanyak 3 kali setahun (kalau tak salah i pada bulan Mac, Julai dan Disember), tapi macam mana pun bukan semua sale IKEA tu best. Kadang-kadang bunyi sale tu dah menarik tapi bila pergi. Ala... biasa je rupanya. Yang murah pun cuma barang-barang biasa je. Contoh macam pinggan mangkuk, bantal, lampu dan beberapa barang hiasan rumah yang lain. Tapi sale untuk kali ni (yang sekarang ni lah!) I anggap sale yang best among the best. Sebab kebanyakan yang murah ialah perabot untuk bilik tidur, ruang tamu, ruang belajar dan ruang makan. Oleh sebab i dan hubby sekarang ni memang planning (bercadang) nak tukar perabot ruang makan dan buat tambahan perabot untuk bilik tidur (banyak lagi sebenarnya planning lain untuk rumah kita orang tapi tak boleh cakap sekarang. Tak surprise lah nanti. Hehehe). Jadi, i memang ambil peluang waktu ni untuk cari barang-barang perabot yang kita orang idamkan. Tak sangka akhirnya kita orang jumpa (nak tahu apa yang kita orang jumpa. Jeng-jeng-jeng entry seterusnya i cerita ok. Promise!).

Nak tahu apa yang tengah murah dekat IKEA untuk sale kali ni. Korang bolehlah jenguk dekat sini ---> http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/offers. Tapi link ni cuma tunjukkan sebahagian je barang-barang yang sale / murah (serius nampak macam tak best kan?). Ikutkan banyak lagi sebenarnya yang best-best kalau korang pergi ke IKEA terus (percayalah cakap i. Hehehe...)

Apa lagi tawaran menarik yang lain sempena IKEA sale?

Antaranya ialah harga untuk servis penghantaran ke rumah dikurangkan dari RM65.00 kepada RM55.00 sahaja (harga berbeza untuk korang yang duduk di luar Lembah Klang). Manakala untuk servis / upah menjahit, diskaun sebanyak 15% diberikan. Untuk para sahabat IKEA (IKEA Friends) pulak, baucer sebanyak RM10.00 diberikan untuk 1,500 mata (kalau tak selalunya untuk 2,000 mata baru dapat RM10.00).

Nak buat pilihan perabot IKEA untuk rumah korang, korang bolehlah download IKEA Catalogue (Katalog IKEA) dekat handphone korang (iPhone atau Android) dan lihat melalui online. Boleh dapatkan dekat link ni ---> http://www.ikea.com/ms/en_MY/virtual_catalogue/online_catalogues.html

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tengok antara perabot IKEA yang i beli sempena jualan murah IKEA dan rupa terbaru ruang makan rumah i, bolehlah klik link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html

Sorry tak dapat nak tunjuk korang gambar IKEA banyak-banyak waktu sale sebab tak sempat langsung nak tangkap gambar. Tangan sibuk nak tulis perabot apa yang nak dibeli dengan buat design untuk susun atur rumah.



Dua gambar dekat bawah ni diambil waktu IKEA sale bulan Julai 2010. Hah, macam nilah suasana IKEA sale, kalau korang nak tengok. Meriah!




p/s : Tengah fikir macam nak pergi IKEA lagik ni. Hehehe

Dec 23, 2008

:: Sales :: Jaya Jusco Maluri


Korang penah pegi Jaya Jusco, Taman Maluri tak?? Last wiken aku pegi kat sini... perghh... sales tak hingat punya... especially tuk' baju budak-budak dengan toys... Sales dia plak tuh mostly 70% tau... Aku dengan hubby ape lagik memborong ler baju Danish dan Ariana... Kebanyakan baju yang kita orang borong tuh baju tuk' dok umah baby sitter... so... hehe... takyahla ler aku tempek gambo kat sini yek... Tak sampai RM 100 hinggit kita orang berjaya memborong 15 helai baju dia orang... besh sangat... baju-baju tuh semua kiranya bolelah bertahan sampai 4-6 bulan sebelum dia orang membeso lagik.

Untuk toys plak... hah... bab nih lagik besh... (untung Danish dengan Ariana nih tau... sebab mama papa dia pon suker sangat toys *ahaks*) Kalo korang nak tau untuk tiga-tiga toys hello kitty kat atas tuh rege dia RM24.90 jek... Ikutkan aku survey-survey kat Sogo dengan Metrojaya untuk Doll House Hello Kitty dengan Castle tuh rege dia RM49.90 seketol. Pastu yang Cafeterrace tuh rege dia RM29.90. Bile dah tengok rege dia cuma RM24.90 ape lagik tuh yang aku rembat skali tiga tuh... heheheh... Yang kete biru name dinoco tuh toys dari movie Cars... hah... nih memang feveret Danish... Dah banyak kali Danish nakkan toys nih... papa dia dah nak belikan dah.. tapi mama dia nih jek yang sabotage tak bagi beli (hehe.... kejam sungguh mama dia nih).... cam tak berbaloi sebenarnya aku rase... apetaknya rege dia RM149.90 seketol. Tapi bile tengok ade 70% discount kali nih trus aku approvedkan untuk beli. Bile dah tolak discount jadila RM 44.97 ... hah.... tak ke murah tuh?? Ape lagik, jom shoppin'.... ekekekeke....

Nov 22, 2008

Danish & Mickey Mouse

Hari tuh, kedai buku Harvest kat area opis aku buat
cam clerance stock gituw.Sronok gakla sebab ada yang antara barang-barang kat situ sales up to 70%.Tapi... barang-barang yang hubby aku rembat untuk Danish nih dia tulih value buy.Skali kan aku pegi survey kat JJ ngupe-ngupenya takdela murah sangat pon,bezanya adala... 1 hinggit jek. Cis! nampak sangat marketing strategy.Tapi kira oklah at least ade diskaun....hehe.... Apakah hasil rembatan kita orang untuk Danish arituh?
  • school bag mickey mouse - rm39.00
  • tumbler mickey mouse - tak sure dalam rm15.90 kot
  • bank coin - rm12.90
  • writing whiteboard mickey mouse - pon tak sure dalam rm12.90 kot
  • crayon - rm3.45 *ni jela kot, satu-satunya barang yang paling diskaun pada aku... boley gitu? hehe...*
*bab yang tak sure tuh terjadi...hehe... standardla kan kalo slow sangat menghapdet, tah mane peginya resit yang aku beli tuh pon aku dah tak ingat*
Hepi btol Danish bile kita orang passkan barang nih kat dia. Yang aku kelakau tuh, tetiba dia hulur tangan kat aku. Aku ingatkan dia nak ape? Ngupenya nak salam kat aku. Sambil tuh sempat cakap kat mama dia nih dalam pelat-pelat bahasa dia tuh "Mama, Danish pegi school. Bye-bye mama.."
Nanti kalo btol-btol kena pegi school jangan malas-malas yek sayang...

Oct 12, 2008

Isetan Sales

*ihik* Ni aku nak tayang-tayang
baju keje yang sempat aku rembat waktu hari Jumaat (10th Oct 08)
aritu dekat Isetan, Lot 10.
Ade sales besar-besaran dekat Isetan tau from 10th-12th Oct 08.
So sape-sape yang baru tau pasal sales nih sempatlah pegi arini.
Untuk pemegang kad Isetan boleh dapat discount up to 78%...
diulang sekali lagi 78%....
Mau tak gile aku jadinya aritu *ahaks* gile shoppin' jela...
Tapi sebenarnya aku pon bukanlah member Isetan
cuma menumpang kasih dekat kad opismate aku je.
ekekek...
Tak kisahlah kan janji dapat shoppin' ...yeaha!!
Total aku shoppin' baju keje aritu ialah rm131.00.
Wah!!.. hepi sangat aku sebab
dapat menyelamatkan beberapa puloh hinggit duit aku yang lain.
Mula-mula tuh gabra jugak waktu nak bayar dekat cashier,
ikutkan dalam wallet aku ade rm300 aje.
Tah cukup tah tak duit aku nih...
Kalo tak cukop kenalah aku tebalkan make-up aku lagik
dan dengan selamba cancel beli mana-mana baju yang dah melebihi had maksima.
Fuh... siap berdebar-debar gitu waktu tunggu cashier tuh punch harga.
*ahaks* menggelabah gilekan aku nih.
Bukan ape... takot gak kalo ada malaun mana yang pendengki
tinggalkan baju mahal yang takde discount dekat area baju-baju discount tuh.
Tak ke teraniaya aku nih nanti...
Tapi alhamdulilah semuanya selamat.

Jun 6, 2008

Sape Nak Beli Handphone Murah??

bermula 5th to 8th June ni terdapat karnival handphone di Menara PGRM, Cheras dibuka dari 10am hingga 10pm. terdapat pelbagai jenis handphone yg dijual di sini termasuklah nokia, samsung, sony ericson & lain-lain lagi. so, sape yg berminat jgn lpskan peluang ini.