Awal bulan Julai hari tu, department opis aku buat Family Day dekat Cherating, Pahang.
Kita orang stay dekat Impiana Resort, Cherating.
Hoh! Terbaik dowh tempat ni. Aku memang recommend sangat-sangat untuk sesape yang ada anak-anak kecik macam aku untuk datang tempat macam ni.
Sebab??
- Bilik dia selesa sangat-sangat. Luas, boleh view laut dan ada 2 aircond!!
- Ada rumah kecik/playhouse dekat dengan area Swimming Pool. Budak-budak kecik bolehlah main dekat dalam rumah tu.
- Private beach, so tak ramai orang dan kita ada space sendiri untuk mandi-manda bersama family. Kiranya takde gangguan la :) *eceh~ macam artis la pulak! haha~ *
- Jarak beach dengan swimming pool pun tak jauh. Bila dah mandi laut, korang boleh basuh badan yang melekit-lekit kena air laut dekat Swimming Pool's Shower. Lepas tu continue mandi swimming pool pulak. Mandi sakan seh!!
- Ada kemudahan main netball, tempat main pasir untuk budak-budak kecik, tempat main bola sepak pantai dan bola tampar.
- Lobby dia pun selesa untuk lepak-lepak, siap ada free wifi gitu. Disebabkan kerusi dekat situ pun besar-besar, angin pun sepoi-sepoi bahasa, rasanya kalau korang nak take nap kejap pun boleh ler sangat-sangat *macam aku time tu kui...kui...kui*
- Location Impiana ni pun dekat dengan Kuala Kemaman *alaa~tempat yang banyak jual keropok ikan & satar tu* Tak salah aku cuma 5 minit je dari hotel ke sini. So, apa lagik senanglah korang nak borong keropok kalau stay dekat sini.
Nih, antara pic bilik yang aku duduk dan kawasan sekitar Impiana Resort yang sempat aku tangkap. Payah nak bawak camera dan henpon jenjalan kalau motif sebenar duduk sini nak mandi-manda. Hehe
Budak hepi dok main loncat-loncat. Ni kalau rumah sendiri, jangan harap mama dia bagi hokeh!! Haha~
TV dia sebesar 14'inch je *alolo~*. Takpe, aku pun tak sempat nak layan tv pun time tu. Siap ada meja kerja yang memang aku tak pakai pun, dan kalau korang nak tau kosi tu boleh bertukar rupa jadi sofa bed tau *hihi~ dah macam transformer ler pulak*. Haa~ dekat tepi tu pulak, dia letakkan extra bed untuk anak aku tido.
Dekat tepi tingkap tu siap ada rest area gitu. Sambil boring-boring bolehlah layan perasaan sambil tengok laut. Sesuai ni kalau nak buat novel :P haha~. Dan kalau korang ada baby macam aku, korang bolehlah mintak sekali baby coat.
Muka kami yang ke'happy'an. Yeaaa!!
Ariana sampai pengsan keletihan dekat sofa. Duduk dekat lobby ni, enjoy sangat sebab angin kuat dan sejuk je
Kolam ni bersebelahan dengan tempat kita orang lepak. Bukan swimming pool ye kengkawan.
Danish, Ariana dengan geng baru *Aliya* buat sand castle.






