Blogger templates

Showing posts with label Malaysia Hotel. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Hotel. Show all posts

Sep 30, 2016

TIPS MEMILIH HOTEL UNTUK MENGINAP

Alhamdulilah sepanjang kita orang menginap mana-mana hotel, apartment atau kondo di serata Malaysia. So far, tak pernah lagilah kita orang diganggu dengan perkara-perkara pelik yang tak terjangkau dek akal fikiran. Cuma i akui memang pernah timbul rasa seram... macam ada 'sesuatu' yang melihat dan memerhati gerak langkah i waktu stay dekat 3, 4 buah hotel/kondo di Pahang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bila i check balik dekat google, walaweh... memang hotel/kondo yang kita orang duduk ni antara yang masuk dalam listing Hotel Seram. Ok, fine... memang sekali jelah i pilih hotel tu untuk stay. Kebarangkalian untuk kali kedua itu mungkin takkan berlaku. Tihihi... takpelah.

I bukanlah nak cakap yang i ada six senses yang boleh nampak 'sesuatu' tapi memang setiap kali pergi mana-mana tempat yang i rasa ada ber'penghuni' i memang boleh rasa kehadiran 'benda' tu. Selagi 'benda' tu tak mengganggu, i boleh lagi pejamkan sebelah mata buat-buat tak peduli. Berani ke??!! Ni bukan kes berani tapi rasanya dekat mana-mana pun wujud 'entiti' ini. Senang cakap, selagi kita tak buat perkara yang dilarang, insya-Allah... Allah SWT lindungilah kita kan. Bak kata ex-boss i, tak pernah lagi masuk berita, 'orang kena cekik hantu'. Eceh... cakap serupa terror je ex-boss i ni kan? Cuba suruh dia duduk sorang-sorang. Menggelabah jugak muka dia. Hehehe... Gurau je...

Gambar sekadar hiasan

Ini antara TIPS yang i lakukan bila pilih hotel untuk menginap:-

1. Kena baca bismillah dulu, eh! Hehehe... Betullah kan? Tu paling penting... Hehehe. Lepas tu, baca setiap review orang terdahulu pernah stay dekat hotel yang korang nak stay tu samada review tu ada dekat Agoda ke atau mana-mana Hotel Booking Online ke atau korang google je. Kalau nampak ada review yang mention perkataan 'seram', 'kotor' atau 'lama'. Yes, please elakkan sebelum jadi mimpi ngeri untuk korang bila tiba sana.

2. Tengok setiap bintang atau markah yang ditinggalkan oleh pemberi review tu dan jangan pedulik sangat dengan bintang-bintang pada hotel tersebut. Seriously sepanjang i menginap dekat hotel di serata Malaysia, i tak pernah ambil kisah dengan star hotel tu sendiri sebab i pernah menginap dekat hotel 5 bintang tapi kebersihan dan layanan yang i dapat umpama hotel 3 bintang je. Dahlah bayar mahal, confirm buat sakit hati je. Please don't trust hotel star tapi trust lah dekat pengalaman orang-orang yang pernah stay ni. Kecuali... kalau korang ni retis fofular memanglah korang kena trust the star, malu lah weh, bintang fofular duduk hotel murah. Mana nak cover muka!

3. Please-please-please jangan percaya dekat gambar hotel yang dipaparkan (please refer no. 1 balik semula). Kadang-kadang sesetengah gambar tu dah bertahun tak di'update'nya. Memanglah gambar yang ditunjukkan tu memang dari hotel yang korang nak pergi tapi gambar 10 tahun lepas. Sekali bila sampai, hambik ko! Dah serupa antik jadinya. Kalau korang jenis sukakan barang-barang klasik sekalipun, please untuk hotel tolong elakkan. Takut ada pulak puteri bunian ajak sembang memalam.

4. Carilah review yang mengatakan hotel tersebut adalah hotel baru, baru refurbish, bersih dan menarik. Insya-Allah korang pasti tersenyum puas hati bila pergi walaupun kadang-kadang macam tak percaya yang hotel 3 bintang pun boleh secantik macam ni. Siap boleh bergambar bagai lagi macam buat photoshoot. Hehehe... Tak percaya korang boleh search dekat instagram masukkan hashtag #reenahotel (iklan pulak tetiba! Kahkahkah)

5. Akhir sekali, bertawakal jelah lepas korang pergi. Yang penting masuk bilik hotel, langkah kaki kanan dan bagi salam sebelum masuk. Masak air dekat kettle dulu (ni petua lecturer i bagi, dia kata untuk bagitahu 'entiti' yang tempat ni korang duduk dan dah berpenghuni), bawa Yassin, baca ayat Al-Kursi dan jangan tinggal solat. Insya-Allah korang akan ok. Biasalah pergi tempat baru kan. Selalulah ada feeling-feeling suspen tu.

Janganlah sebab korang baca kisah-kisah seram pasal hotel terus dah tak nak bawa family berjalan-jalan pergi mana-mana. Hukalohhh... Kesianlah dekat anak-anak tu. Sekali-sekala teringin jugak dorang nak rasai pengalaman dekat tempat lain. Takkanlah nak duduk terperuk dekat rumah je kan. Relaxlah hidup ni banyak benda tau nak kena terokai. Bukan setakat makan, tidur, pergi kerja, balik kerja je. So, enjoy your holiday for this weekend. Paling penting follow tips i ni k.



Mar 31, 2013

Suria Cherating Beach Resort

I tak ceritakan lagik dekat korang pasal tempat penginapan i bercuti dekat Cherating pada 1 Februari 2013 hari tu kan? (hari tulah sangat! Hahaha!) Kali ni, i dan hubby pilih untuk menginap di Suria Cherating Beach Resort sebagaimana yang digembar-gemburkan kehebatannya oleh kawan-kawan hubby i. Betul ke best sangat ni? Boleh percaya ke cakap dorang ni? (Hamboi... underestimate nampak? Kehkehkeh).

Hah, sebab tulah kena try-test-tengok sendiri. Apa-apa hal, korang kenalah baca review i pasal Suria Cherating Beach Resort ni (dan kalau korang ada pengalaman lain dekat sini, ceritalah dekat i ye). Tapi macam mana pun next time kalau nak pergi mana-mana tempat, i nak check dulu komen-komen yang ada dekat Foursquare dulu. Bukan apa, menyesal kemudian tiada gunanya (ewah!)

Alamat Suria Cherating Beach Resort :

KM32.5, Jalan Kuantan / Kemaman
26080 Cherating
Pahang

No. Telefon : 09-581 9898 / 09-581 9320
No. Faks : 09-581 9797


Kalau korang nak tahu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan dekat sini. Nampak macam best je semua aktiviti tu, tapi yang penting korang kenalah sediakan duit. Nak tahu lebih lanjut, cuba klik sini ---> http://www.suriaresorts.com/cherating/interest.php. Hah... selain tu, Suria Cherating Beach Resort juga menyediakan tempat untuk kursus Team Building. Sesiapa yang nak adakan kursus ni untuk office masing-masing, bolehlah contact dorang. Mana tahu boleh dapat harga kawan-kawan ke. Eh, pandai-pandai i je kan? Kahkahkah (actually muntah dengar perkataan kursus-kursus ni. Tak minat langsung nak pergi. Boleh gitu? Hehehe...)

Suria Cherating Beach Resort juga kebiasaannya akan mengadakan promosi untuk sebarang tempahan bilik melalui laman web mereka ---> http://reservations.directwithhotels.com/reservation/selectDates/360. Macam i sendiri, dapat 45% diskaun melalui Early Booking Promo. Di mana tempahan bilik hendaklah dibuat lebih awal / in advance 7 hari dari tarikh ketibaan korang ke Cherating (ikutkan lebih awal dari tu kita orang dah booking dah pun. Hehehe...) Jumlah keseluruhan harga untuk dua malam termasuk sarapan pagi ialah RM264.00 je (murah kan?)


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Suria Cherating Beach Resort

1. Suria Cherating Beach Resort betul-betul terletak bersebelahan dengan Impiana Resort. Kalau teringin nak intai tengok macam mana keadaan Impiana Resort bolehlah jalan-jalan pergi sini ikut dari laluan pantai. Bukan i suruh ceroboh ye... Hehehe... Suruh korang tengok keadaan sekeliling je tau. Mana tahu, next time korang boleh try tidur dekat Impiana pulak.

2. Kalau tengok dekat dalam website Suria Cherating kemain lawa lagik biliknya. Tapi bila dah check-in "oh, macam ni je ke?" Mata pandang sekeliling sambil kebil-kebil. Ikutkan pada i biasa-biasa jelah. Channel TV pakai Astro pun tak clear. Pelik tapi benar... Hehehe...

3. Part best? Hah... Signal wifi dekat sini memang mantap! Keliling Suria Cherating semua ada internet. Usung jelah handphone sambil update Twitter atau Instagram. Tak payah nak pening-pening beli data sebab wifi dekat sini FREE (hoorey!)

4. Kedudukan swimming pool nya pelik sangat. Apataknya betul-betul terletak dekat tengah laluan dari bilik untuk ke cafe dan pantai. Kalau nak berjalan tu korang kena hati-hati sikit. Bukan apa, takut tergelincir sebab laluan jadi basah / licin dengan budak-budak atau pun orang tua yang keluar dari swimming pool. Tak pasal-pasal merbahaya dekat semua orang.

5. Bab makanan untuk breakfast. Satu je jawapan i - Sedey! Kita orang turun makan pukul 8:30pagi, tapi i tengok kebanyakan makanan dah nak habis. Biar betul?! Ni makan cover terus lunch ke hape? Dahlah tu, plate / pinggan makan pun tak sebersih mana, termasuk dengan sudu garfunya sekali. Makanan pulak jenis over berminyak. Rasa makanan macam mana? Tak payah tanyalah korang, memang sedey...

6. Jarak dari bilik untuk ke pantai cuma ambil masa 5 minit je. Lagipun pantai di Suria Cherating ialah kategori private beach / pantai persendirian. Jadi korang takkan bersesak dengan orang ramai bermandi-manda dekat sini. Macam mana pun i perasan, ada je orang luar yang tak menginap dekat sini, berduyun-duyun keluar masuk ikut laluan tepi untuk ke pantai. Kalau camtu takdelah private sangat kan? Hehe... Oh lagi satu, kawasan pantainya kurang landai. Bahaya sikit untuk budak-budak, kena selalu perhatikan dorang ye.

7. Suasana dekat sini sesak sangat especially kalau percutian korang bertembung dengan orang-orang yang adakan reunion, kursus Team Building, Family Day dan lain-lain. Kononnya, datang bercuti nak cari ketenangan, terus pening kepala bila lalu sebelah bilik karaoke terdengar lagu Anggapanmu version suara kecik. Berdepan dengan bilik karaoke pulak tu ada surau... Masya-Allah...

8. Untuk korang yang memang suka shopping keropok dan makan-makan dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Perjalanan cuma ambil masa 10 minit je daripada sini. Best gila!

9. Keseluruhan, i bagi rating 3 bintang je. What do you expect kan, kalau tengok dari harga promosi tu dah kira berbaloilah... Kalau takde harga promosi, mesti teruk dah kena hentam ni. Eh! Hehehe...

Dah penat baca, moh kita tengok gambar pulak.




























p/s : happy weekend semua, besok dah back to school.

Dec 24, 2012

Holiday Villa Cherating

Pada 1 Julai 2012 (Ahad), ikutkan i dan hubby takde rancangan langsung nak pergi bercuti ke Cherating, Pahang tapi dalam pada masa kita orang memang dah apply cuti pada hari Isnin dan Selasa (eh, apa yang i cakap ni? Berbelit-belit. Hahaha). Kononnya tujuan ambil cuti (keesokan harinya iaitu hari Isnin dan Selasa) lebih kepada merehatkan minda dekat rumah daripada menghabiskan duit (kekononnyalah kan). Macam mana pun awal-awal pagi Ahad tu selepas solat Subuh, tiba-tiba muncul pulak idea jalan-jalan dalam kepala otak i ni. Alahai, terasa macam rugilah pulak kalau ambil cuti waktu orang lain bekerja dan tak pergi mana-mana. Yelah, selalunya rate / kadar harga hotel lebih murah waktu-waktu macam ni berbanding waktu cuti sekolah (ish... rugi-rugi-rugi!)

Senyap-senyap i survey lokasi hotel mana yang sesuai bercuti (bunyi macam nak buat kerja suspen apa je kan? Siap nak rahsia gitu. Hehehe). Kalau boleh i nak pergi bercuti tepi laut pulak. Saja nak bawa anak-anak pergi mandi tepi pantai. Mesti dorang seronok sebab boleh buat sand castle. Hubby i confirm takkan membantah cadangan yang bakal i usulkan nanti, janji kesemuanya i dah settlekan siap-siap. Especially prepare mana tempat nak tidur, dekat mana nak makan, apa tempat menarik boleh pergi dan macam-macam lagi. Maklumlah dia tahu wife dia ni, memang serba-serbi suka buat susun atur perjalanan kalau pergi mana-mana even last minute sekalipun. Takdenya nak main redah macam tu je. Sampaikan dalam perjalanan dekat dalam kereta pun, sempat lagi google cari info. Iye, sayalah tu orangnya (sambil buat muka sengih kerang bucuk. Heee...)

Macam biasa, untuk dapatkan harga hotel yang murah, i buat perbandingan dari satu laman web / website ke satu laman web yang lain (untuk korang yang nak bercuti last minute jugak boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html). Akhirnya, setelah berdiskusi dengan hubby (yang merangkap GM Finance keluarga kami hehehe...), i dan hubby sepakat membawa berkat memilih untuk stay dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating (gitulah...). Harga bilik (deluxe room) untuk tiga hari dua malam ialah RM297.00. Kita orang booking melalui website Latestay. Untuk booking fees, caj yang dikenakan ialah RM45.85. Jadi semua sekali jumlah kos penginapan kami hari tu ialah RM342.85 (erk, tercekik sekejap!) Kalau korang nak tahu, sebelum ni, kita orang dah pernah tidur dekat The Legend Resort Cherating dan Impiana Resort Cherating. Kali ni teringin nak tukar angin cuba tempat penginapan lain pulak. Nanti bolehlah i buat review macam-macam hotel untuk korang semua.

Alamat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating :-

Lot 1303, Mukim Sungai Karang
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Malaysia

No. Telefon : [09] 581 9500
No. Faks : [09] 581 9178
Emel : saleschv@holidayvilla.com.my

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating hanya makan masa 2 jam sahaja (terima kasih untuk Lebuhraya Pantai Timur yang mempercepatkan journey kita orang). Untuk sesiapa yang nak pergi ke Cherating sekarang ni dah tak payah nak lalu bandar Kuantan lagi (jimat masa kan?) Korang cuma straight keluar ikut exit Jabur iaitu lebih kurang 12km selepas dari exit Kuantan. Tak susah sebenarnya nak cari Holiday Villa Cherating ni, lokasinya di bahagian sebelah kanan jalan betul-betul bersebelahan dengan The Legend Resort. Yang penting, korang kena beliakkan lebih sikit mata korang untuk tengok papan tanda yang tertulis Holiday Villa. Kalau tak, confirm terlepas.

Macam mana keadaan / suasana dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating? Best ke?

Ini antara review / ulasan berdasarkan pengalaman yang i lalui :-

1. Happy! sebab bilik i paling hujung (tak jauh dari pantai dan tempat makan) serta betul-betul berhadapan dengan swimming pool (kiranya buka je pintu dah boleh terjun). Eh, tak-tak, tipu je. Hehe... Kena menapak dua-tiga-empat langkah baru boleh terjun.
2. Suasana bilik hotel nampak lama dan old-skool (tak sure pulak i tahun berapa agaknya Holiday Villa ni dirasmikan).
3. Jarak antara hotel dengan pantai berdekatan sangat. Seronok... sebab pantainya, private beach so taklah crowded dengan orang luar. Jadi lepas mandi-manda dekat pantai, korang boleh terus bersihkan badan dekat area swimming pool sebelum masuk bilik.
4. Tak banyak aktiviti menarik yang disediakan dekat sini (sesuailah untuk sesiapa yang nak berhoneymoon. Ehem!)
5. Boleh sewa pelbagai jenis basikal dekat sini. Bermula dari RM5.00 hingga RM15.00 sejam mengikut jenis basikal.
6. Banyak kedai makan / restoran yang boleh korang cuba berdekatan dengan hotel TAPI apa-apa hal korang kenalah bawa kereta keluar dari kawasan hotel (sanggup ke nak basah keti? Eh! Hehehe...)
7. Kalau sesiapa ada intention nak shopping keropok lekor dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Jarak antara hotel dan bandar Kemaman lebih kurang 20 minit je (yeay!)
8. Kebersihan cawan, sudu dan pinggan dekat cafe / Beach Restaurant sedikit mengecewakan (haishhh... takkanlah hotel berjenama 4 bintang boleh pakai sabun cap ayam je buat cuci pinggan? Tah-tah dorang main celup-celup je pinggan kotor dalam air? Eee... takde kelas betul!)
9. WiFi PERCUMA non hado a.k.a takdelah tu (huhuhu!)
10. Nak seterika / iron baju / tudung, korang kena pergi dekat tempat yang disediakan. Biasanya dia letakkan di satu sudut dekat tingkat bawah (request-request non hado ye...) Ish-ish-ish...
11. Terdapat warning yang mengingatkan adanya sandflies di kawasan pantai (jadi korang kena hati-hati ok?)
12. Yang lain-lain pada pendapat i ok, dan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating i berikan 2.8 bintang daripada 5 bintang. Kalau terdesak takde bilik dekat tempat lain, bolehlah datang sini lagi (eh! Kihkihkih).

Nak tengok gambar, sila scroll ke bawah.






















Nak protect iPhone dari kena air so i gunakan Waterproof iPhone Case.



Jom kita balik sayang.

 p/s : Entry ni delay 5 bulan dari tarikh sebenar (hahaha... tak kisahlah kan?) Nampaknya dah tinggal seminggu je nak prepare barang-barang sekolah. Haishhh... mama pulak yang makin berdebar-debar.