Blogger templates

Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Jan 24, 2013

Royal Joust - Legoland Malaysia

Royal Joust? Apa ke bendanya Royal Joust ni? Royal tu maknanya Diraja, kalau Joust / Jousting pulak ialah Perbalahan, bila gabungkan kedua-dua nama dalam Bahasa Malaysia jadilah Perbalahan Diraja (ohhh.... macam tu ke? Hehehe).

Tapi kalau tengok dari suasana Royal Joust dekat Legoland Malaysia. Korang jangan risau sebab semua berada dalam keadaan amai damai dan tenteram gitu. Tarik-tarik rambut pun takde. Hehehe... Lagipun ride untuk naik Royal Joust ni hanya dibenarkan untuk kanak-kanak berketinggian dari 92 cm hingga 150 cm. Mak ayah kepada kanak-kanak dan yang sewaktu dengannya jangan pulak buat kelakar nak join naik sekali (alololo... tak mampu i nak bayangkan kecomelan korang tu).

Anyway Royal Joust ni berada di dalam jajahan Lego Kingdom. Korang akan jumpa bila nampak banyak kuda-kuda night berwarna-warni dengan penunggang comel bertebaran ronda-ronda keliling kawasan.

Eh, kenapa tiba-tiba muncul balik entry Legoland Malaysia? Hehehe... saja nak mengimbas kenangan 26 Oktober 2012. Besok 25 Januari 2013 kalau takde apa-apa, kita orang akan berada di sini lagik (maklumlah... annual pass holder lah katakan? Seboleh mungkin kena berusaha keluar masuk Legoland Malaysia banyak-banyak kali. Hehehe...) So, kalau sesiapa datang ke Legoland Malaysia besok, kita sep sama-sama ye.

Untuk kisah-kisah lain Legoland Malaysia, korang boleh picit dekat link sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia









p/s : Selamat bercuti semua, minggu ni best sebab ada cuti free (cuti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam) yeay!

Nov 11, 2012

Legoland Malaysia : Kami Di Sini

Ingat lagi tak, sebelum ni i pernah bercerita dekat korang betapa terujanya i nak pergi ke Legoland Malaysia, lepas berjaya membuat pembelian online untuk pas tahunan pembukaan Legoland / Pre-opening annual pass (nak baca? Silalah ke sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/legoland-malaysia.html). Tak sangka, setelah berbulan-bulan dan telan air liur bila baca pengalaman blogger yang disponsor (ditaja) oleh Maybank untuk ke Legoland bersempena dengan pembukaannya pada 15 September 2012 (huhuhu!) Akhirnya, i dengan rasminya dapat menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia pada 26 Oktober 2012 (orang lain sibuk dengan Lembu, Kambing nak buat korban. I sambut Hari Raya Aidiladha dekat Legoland dengan korban duit. Ye, harap maklum pakai duit kami sendiri. Oppss! Hehehe...)

Lokasi Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, Johor.
Koordinat GPS : N 1 25.642, E 103 37.792 

Untuk mereka yang datang dari arah Lebuhraya Utara - Selatan (macam i),
korang ambil EXIT 253 (Tuas / Nusajaya / Pontian / Tanjung Pelepas),
dan kemudian EXIT 312 (Nusajaya).
Dari arah situ, papan tanda LEGOLAND® Malaysia akan membawa korang ke destinasi yang ingin dituju (hooyeh!)

Untuk keterangan lanjut bagi laluan dari arah lain menuju ke Legoland Malaysia, korang klik sini ---> http://www.legoland.com.my/Plan/Directions/

WAKTU OPERASI
Hari biasa : dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Hujung minggu dan cuti sekolah : 10:00 pagi hingga 8:00 malam
Jadual sepenuhnya bagi waktu operasi, boleh pergi sini ---> http://www.legoland.com.my/Plan/Opening-hours/

Berdasarkan pengalaman i, first impression (tanggapan pertama) yang akan muncul dalam fikiran korang bila tiba di Legoland Malaysia ialah "eh-eh, macam padang jarak, padang terkukurlah". Siap bersoal-jawab dalam hati, betul ke ni Legoland? Macam tak siap je. Hahaha... fikiran jahat i mula underestimate tempat sendiri. Haishhh... tak baik tau! Tengok tu, awal-awal dah bersangka buruk. Biasalah tak kenal maka tak cinta (Eh, hehehe...) Bila dah masuk dalam Legoland Malaysia dan tengok macam-macam. Ok, serius i dah jatuh cinta dengan Lego. Dan nak tambah macam-macam koleksi Lego untuk diri sendiri.

Memandangkan i dah beli pre-opening annual pass sebelum ni, jadi i tak perlulah beratur panjang-panjang (fuh... lega, tengok queue dekat bahagian pembelian tiket je pun rasa nak pitam!). I cuma tunjukkan bukti pembelian tiket online yang i dah print sebelum ni dekat pintu masuk (entrance) dan terus beratur di Guest Services untuk cetakan kad Annual Pass Legoland. Lebih kurang 15 minit kemudian, i, hubby dan anak-anak dah ada kad Annual Pass masing-masing dengan gambar kami (yeay!) Lepas ni hari-hari boleh keluar masuk Legoland Malaysia sampai penghujung tahun 2013 (seronoknya!) Jadi untuk korang yang nak datang Legoland, i memang cadangkan sangat-sangat untuk korang beli secara online. Selain dari harga tiketnya yang lebih murah dari walk-in, korang jugak boleh skip queue yang panjang. Lagi satu harga tiket ni merangkumi semua permainan dalam Legoland Malaysia. Maksudnya korang boleh naik bermacam-macam ride yang korang suka dan cuba berkali-kali sampai lebam. Untuk harga tiket Legoland Malaysia, korang boleh tengok dekat sini ---> http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/

Legoland juga turut menyediakan perkhidmatan seperti kerusi roda (wheel chair) atau strollers. Caj pembayaran dikenakan untuk strollers, di mana single seat stroller ialah RM20.00 dan double seat stroller pula ialah RM35.00. Manakala untuk kerusi roda, tiada sebarang caj dikenakan tapi korang dikehendaki meletakkan deposit sebanyak RM50.00. Agak-agak nak top-up / keluarkan duit sebelum teruskan perjalanan dalam Legoland (maklumlah harga makanan dan barang-barang dekat sini memang buat korang teruja nak membeli), ATM (automated teller machine) turut disediakan di sini (tak salah i, ada ATM Maybank). Semua perkhidmatan ini boleh korang dapatkan berhampiran dengan Guest Services. Hah, yang bestnya kemudahan surau pun ada disediakan dekat sini tau. Satu berhampiran dengan The Cafe dan satu lagi di Imagination.

Untuk pengetahuan korang, ada 7 kawasan yang akan korang terokai sepanjang berada dalam Legoland Malaysia. Dan setiap kawasan merangkumi pelbagai tema dan ride yang berlainan. Kawasan tersebut diberi nama The Beginning, Lego Technic, Lego Kingdoms, Imagination, Land of Adventure, Lego City dan Miniland. Nak tengok bagaimana rupa sebenar keluasan keseluruhan kawasan Legoland Malaysia, apa kata korang klik sini untuk peta / map ---> http://www.legoland.com.my/Explore/. Paling menyeronokkan, kebanyakan statue Lego (macam-macam bentuk ada) dekat sini mempunyai fungsi interaktif. Boleh berbunyi, keluarkan air dan bergerak bila korang tekan suis yang disediakan. Apa pun terus-terang i cakap, memang lenguh kaki berjalan dekat Legoland ni. So, pastikan korang mempunyai tenaga yang secukupnya.

Oh, i lupa nak bagitahu. Legoland Malaysia juga akan mempunyai  Taman Tema Air nya sendiri (Lego-theme Water Theme Park) pada masa akan datang (best-best-best!!!). Berkemungkinan siap pada pertengahan tahun 2013. Ok, i boleh bayangkan betapa meriahnya Legoland Malaysia nanti (excitednya!).

Tempat pertama yang i tuju selepas urusan Annual Pass selesai ialah The Brick Shop. Masuk je ke dalam The Brick Shop, semua benda i rasa nak beli. Apataknya, ada antara barangan Lego yang ada dekat sini takde langsung dijual di mana-mana shopping complex. Tapi bila tengok harga, serta-merta muncul kesedaran diri. Beli mana-mana yang perlu je dan tak melepasi budget yang ditetapkan (huwaaa!!!) Dekat sini, kita orang beli 3 topi Legoland Malaysia untuk anak-anak (satu topi harganya RM49.95). Dan 6 'orang' Lego minifigures (1 set untuk 3 Lego minifigures bersamaan RM25.00). Untuk Lego minifigures, korang boleh tentukan sendiri bagaimana bentuk orang Lego yang korang inginkan. Pakai topi ke, rambut nak terpacak ke, muka ada jambang ke, baju bikini ke... hehehe... Selain tu, korang juga boleh beli Lego Brick dalam per gram. 100 gram untuk RM35.00 (adoiya, umpan duit semua ni. Hahaha!) Dekat sini juga, korang boleh cetak gambar korang sepanjang berada dalam Legoland di Lego Brick (menarikkan?) Tak bawa kamera tapi nak bergambar? Atau korang nak minta orang lain ambilkan gambar korang tapi risau nak bagi orang sembarangan pegang kamera korang? Jangan risau, ada ramai jurugambar / official photographer Legoland yang boleh ambilkan gambar korang secara percuma. Kemudian gambar tersebut, korang boleh proses di The Brick Shop sebagai kenang-kenangan (part nak proses ni, kenalah bayar. Hehehe...)

Ok, i sambung cerita mengenai Legoland untuk entry yang akan datang (harap korang bersabar ye! Hehehe). Untuk sementara waktu, i tunjukkan dulu beberapa keping gambar kami.

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : ENTRY SAMBUNGAN DAH ADA (YES!)

http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-miniland.html
http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-cafe.html

Kawasan tempat letak kenderaan Legoland Malaysia
Panas-panas-panas!
Walkaway menuju ke pintu masuk Legoland Malaysia 
Hotel Legoland sedang dibina. Pertengahan tahun 2014 siaplah hotel ni.
Ramainya orang beratur nak beli tiket.
Pintu masuk Legoland Malaysia. Cantikkan?
Kita orang masuk dulu. Yeay!
Beratur dekat Guest Services untuk dapatkan Annual Pass.
Harga Annual Pass. Wah!! Mahalnya sekarang ni, nasib baik i beli waktu offer.
Tengah tunggu giliran dalam Guest Services untuk ambil gambar pass card.
Agak-agak nak beli jajan / makanan ringan sambil ronda-ronda dalam Legoland Malaysia, bolehlah singgah sini.
Banyak tempat duduk disediakan.
Perkara pertama, ambil brochure dulu untuk tengok map Legoland Malaysia. Nanti sesat! Hehehe...
The Brick Shop
Suasana dalam The Brick Shop.

Nak beli Lego Brick macam-macam bentuk? Semua ada dekat sini.
Pilih-pilih-pilih.
Anak i yang no. 3 geram dengan contractor Lego yang sebaya dia.
Hmphhh... nak buat apa eh?
Staf Legoland kebanyakannya memang sporting. Abang Long tengah create Lego Minifigures sambil dibantu oleh staf Legoland. Mesti seronokkan kerja dekat sini. Hehehe...
Mama tengah memantau anak-anak mama yang segala rupa orang Lego Minifigures nak diciptanya.

Star Wars Lego Keychain kegemaran hubby i.
Topi dah beli, jom kita sambung jalan.
Jangan terkejut kalau dengar bunyi orang berdengkur. Mamat nilah punya kerja!

APA YANG KAMI PAKAI?
Pakaian Mama dan Papa - Uniqlo Malaysia
Cermin Mata Hitam - Esprit
Pakaian anak-anak i - H&M (cute kan?)
Kasut Kami - Crocs
Agak-agak boleh habis ke satu hari berjalan dekat sini? Memang tak habis pun.
Nak pinjam pelampung boleh?
Anak-anak i kagum tengok Lego sebesar mama papa dia. Hehehe...
Surau Legoland Malaysia
Surau pun ada Lego. Comel je kan pakai baju kurung dengan baju melayu gitu.
Beri laluan. Legoland Express nak lalu.

Banyak sebenarnya pengalaman menarik sepanjang berada dekat Legoland Malaysia ni. Walaupun ada sesetengah review / ulasan yang i jumpa di blog rasa tension dengan keadaan cuaca yang panas terik dan hujan (apa kata korang ikut pepatah ni : sediakan payung sebelum hujan. Eceh!) Tapi pada i perkara tu semua sedikit pun tak melunturkan semangat i untuk terus meronda satu Legoland Malaysia. Seronok lagik tu ada la... Alaaa... lagipun apa yang nak pelik pasal panas dan hujan tu, standardlah kita kan dekat Malaysia. Kalau tak nak panas dengan hujan, korang pergilah dekat oversea sana nun.... hah, confirm sejuk memanjang. Hehehe... Tapi serius i cakap, sepanjang i dekat Legoland Malaysia. Dengan keadaan cuaca yang cukup-cukup terik, i tak dengar sesiapa pun merungut. Semua orang happy teliti setiap tempat di Legoland Malaysia, berlari, ambil gambar, gelak-gelak dan sentuh sana-sini. Macam mana pun tipulah kalau i cakap semua kebal tak pakai payung waktu tu. I sendiri pun bawa payung ke sana-sini. Kejap-kejap berlari jugaklah duduk bawah teduhan yang disediakan, tak pun lepak dekat cafe yang ada penghawa dingin (kihkihkih).

Yang kelakar tu, bila hujan turun, semua relax / tenang je redah hujan. Siap main hujan lagik! Nampak sangat semua orang dah bersedia dengan cuaca dekat Malaysia. Maklumlah waktu i pergi tu, ramai tourist / pelawat dari luar negara termasuk Singaporean dekat sini. Eh, kalau basah macam mana nak keringkan baju? Jangan risau korang, ada dryer yang disediakan dekat sini (besar dryer ni macam tandas bergerak cuma cantik sikitlah dari tandas bergerak tu. Hehehe). Untuk dryer ni korang kena bayar RM5.00 sekali masuk. Nak jimat masuklah ramai-ramai.

TIPS MEMASUKI LEGOLAND
Bawa payung dan raincoat / baju hujan (beli yang disposable je, dekat Guardian atau Watsons ada jual)
Pakai cermin mata hitam
Bawa botol air masak banyak-banyak
Pakai losyen sunblock yang ada SPF
Pakai topi
Pakai baju dan kasut yang selesa (kalau korang risau kulit tangan korang bertukar warna, baik pakai lengan panjang. Hehehe)
Bawa kamera (sebab banyak gambar yang korang akan ambil)
Bawa plastik untuk selamatkan barang-barang korang dari basah
Bawa duit banyak-banyak (eh... hehehe)


p/s : Cuti-cuti sekolah ni mesti ramai planning nak pergi Legoland Malaysia kan?

Sep 16, 2012

Plaza Angsana

Dua, tiga hari sebelum raya kebiasaannya i akan bawa ibu dan ayah cari persiapan untuk hari raya last minute di Johor Bahru, Johor. Lokasi kegemaran i ialah Plaza Angsana. Walaupun Plaza Angsana ni bukanlah kategori shopping complex moden dan baru dekat Johor Bahru (korang bayangkanlah dari i bersekolah menengah tahun 90-an sampai sekarang ni, suasana dalam Plaza Angsana ni langsung tak berubah). Tapi i tetap suka datang ke sini untuk cari baju raya atau aksesori tambahan sebab banyak sangat pilihan dan harga pun berpatutan. Ya, i tahu ada antara kebanyakan kawan-kawan i selalu sangkakan i ni kaki barangan branded / berjenama (sebenarnya sikit-sikit tu suka jugaklah. Hahaha!) Silalah percaya, selagi barangan tu cantik, kualiti memuaskan dan harganya pun murah. Serius i tak kisah langsung pasal jenama.

Lagipun apa yang best nya dekat Plaza Angsana sepanjang bulan puasa ni ialah memang banyak Bazaar Ramadhan yang dibuka. Dalam shopping complex ada bazaar, dekat luar pun ada bazaar. Mak aihh... banyaknya! So, Plaza Angsana waktu ni bukan saja sesak dipenuhi dengan barang-barang dan manusia tapi jugak kereta. Hah... nak tahu tips untuk dapatkan parking bila waktu sesak macam gini, korang masuk je parking dalam bangunan dekat tingkat atas. For sure memang ada parking dekat situ. Cuma yang tak best nya penat sikit kena berjalan lebih jelah (hamboi... bulan puasa semua malas jalan eh? Patutlah parking sesak dekat keliling Plaza Angsana. Hehehe...)

Lepas tu untuk korang yang pertama kali jejakkan kaki ke Plaza Angsana, jangan terkejut atau panik pulak tau kalau terjumpa sorang lelaki ber miming penuh perasaan lagu-lagu dekat Kedai CD tingkat bawah (kes ni, merujuk kepada wajah pelik hubby i. Tihihi). Kebanyakan orang-orang JB memang dah familliar dengan lelaki ni, kita orang gelarkannya Awie. Yang kelakarnya, dah dekat 20 tahun i jadi pengunjung Plaza Angsana, bermula dari i budak sekolah, masuk U, bekerja, duduk KL, kahwin dan ada anak. I tak sangka yang Awie tetap maintain menyanyi dekat Plaza Angsana. Hahaha! Cayalah, salute betul i dengan Awie ni.

ALAMAT PLAZA ANGSANA

Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

Nombor telefon : [07] 2391631

Koordinat GPS : 1.495472°N 103.705861°E

Lepak bawah pokok emas sebelum sambung shopping balik.

I dan adik pilih baju raya untuk Ibu dekat dalam Euro Moda Gulatis
Yang lain-lain rest dekat sofa dalam Gulatis
Wehehe... kantoi Abang Long tak puasa.
Abang Long sempat main playground dekat McDonald.

p/s : haishhh... cepat je dah habis bulan puasa dan raya kan? (sedih...)

Mar 25, 2012

Johor Premium Outlets

Sebagai anak kelahiran Johor, i bangga tau bila tengok negeri kelahiran i dah semakin berkembang maju. Tak sangka banyak tempat-tempat yang menarik dah muncul di Johor sekarang ni. Dan salah satunya ialah Johor Premium Outlets (juga dikenali sebagai JPO) yang terletak di Indahpura (tengok tu, nama-nama kawasan dekat Johor sekarang ni pun dah nama baru. Klasik gitu. Hehehe). Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan lebuhraya Utara Selatan, kalau dari arah Kuala Lumpur boleh nampak JPO di sebelah kiri sebelum tol keluar Lapangan Terbang Senai (Senai Airport exit toll).

Alamat Johor Premium Outlets ialah :-

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor, Malaysia

Koordinat GPS : 1º 36’31” N 103º 37’59” E

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam


APA SEBENARNYA JOHOR PREMIUM OUTLETS?

Ianya adalah sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan 80 rangkaian jenama terbaik dalam persekitaran terbuka dan unik. Antara barangan berjenama terkenal yang ada di Johor Premium Outlets ialah seperti Coach, Burberry, Canali, Gap, Ralph Lauren dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya diskaun sebanyak 25% hingga 65% boleh diperolehi di sini setiap hari melalui harga penjimatan terus daripada kilang (factory-direct savings). Keadaan susun atur kedai / butik, pelbagai kemudahan disediakan dan persekitaran yang luas memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Johor Premium Outlets telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Razak pada 11hb Disember 2011.

Johor Premium Outlets mempunyai dua aras. Satu bahagian terletak di aras bawah jalan dan satu bahagian lagi di aras atas jalan.

Nak tengok senarai kedai / butik jenama lain di Johor Premium Outlets, korang bolehlah klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Adakalanya penjimatan tambahan ada ditawarkan pada masa-masa tertentu, jadi sebelum pergi ke JPO, korang bolehlah periksa di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events


CARA UNTUK PERGI KE JOHOR PREMIUM OUTLETS

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang korang boleh ikuti untuk pergi Johor Premium Outlets. Bagi yang tak biasa, rasanya korang mungkin akan tersesat (i lah, antara orang yang tersesat tu. Hehehe). Walaupun ikutkan sebenarnya lokasi JPO ni takdelah susah mana sebab terletak betul-betul di tepi lebuhraya Utara Selatan. Jadi untuk memudahkan korang, sesiapa yang datang dari arah Utara / Kuala Lumpur, i cadangkan korang keluar di Exit 302A (Lapangan Terbang Senai). Dari situ, korang akan nampak papan tanda arah ke Johor Premium Outlets. Ikut arah papan tanda tu dan tak sampai 10 minit, korang akan tiba di Johor Premium Outlets. Untuk sesiapa yang datang dari arah yang berlainan atau dari Singapura (Singapore), korang boleh rujuk peta di bawah atau klik pada link ini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/directions

Peta lokasi Johor Premium Outlets

I suka dengan suasana di Johor Premium Outlets ni sebab lain dari yang lain. Kawasan untuk istirehat, tandas, surau, tempat makan, kemudahan mesin ATM (untuk Maybank sahaja) dan lain-lain lagi ada disediakan dekat sini. Harga diskaun yang ditawarkan pada i, sama je macam dekat Kuala Lumpur bila waktu sales / jualan murah. Kalau tanya i mana best antara shopping dekat sini atau dekat Kuala Lumpur. Sorry korang, i terpaksa jawab shopping dekat Kuala Lumpur kot sebab kebanyakan design / rekabentuk dan saiz yang i nak lagik banyak stok yang menarik di Kuala Lumpur berbanding di JPO. Lagipun i nak ingatkan korang yang harga diskaun bukanlah untuk design yang latest / terbaru. Kalau design terbaru yang turun harga, fuhh... mau tak tentu arah i jadinya. Heheheh... Sebab harga latest design macam tak mampu nak rembat walaupun macam dah berkenan aje dekat butik Ralph Lauren tadi. Jadi i hanya cuci-cuci mata je.

Untuk pengetahuan korang lagik, beberapa butik yang terkenal (macam Coach dan Burberry) tak terima kunjungan yang ramai dalam satu-satu masa. Jangan pelik, kalau korang perasan ada yang kena beratur waktu nak masuk butik nanti. Makanan di sini pula, pada i macam tak banyak pilihan. Rasanya lagik elok kalau korang penuhkan perut dulu sebelum tiba dekat sini. Caj / harga parking (tempat letak kereta) ialah RM3.00 (untuk 3 jam pertama).

Nak tengok lokasi cawangan lain Premium Outlets di luar negara seperti di Jepun, Korea, USA dan Mexico boleh klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide

Ok, jom tengok gambar.



















p/s : Kalau tengok daripada gambar i semua ni, korang percaya tak yang ini dekat negeri Johor?