Blogger templates

Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Feb 23, 2013

Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Alor Setar, Kedah

Nak jalan-jalan dekat Utara lagi tak? Sambil jalan-jalan kita kutip ilmu (ewah...) So, kalau orang lain bercerita takdelah kita menganga je dengar, at least bolehlah berkongsi pendapat dan tunjukkan knowledge kita (walaupun takdelah terror mana). Kan seronok macam tu. Daripada nganga tak tahu apa-apa lagilah sedey... Kehkehkeh...

Rasanya dah banyak entry tempat-tempat bersejarah menarik dekat Alor Setar yang i perkenalkan dekat korang kan? Antaranya macam entri Muzium Padi Kedah, Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Tanjung Chali, Masjid Zahir, Balai Nobat dan entri-entri baru lain yang bakal muncul. Hah, siapa kata jalan-jalan dekat Malaysia tak best. Best aje kalau kita jadikan moment berjalan ni menyeronokkan even korang bawa anak-anak kecil ikut sama meronda dengan korang. Walaupun terus-terang i cakap memang letih, kadang-kadang tu i rasa seronok layan soalan genius dorang yang orang dewasa pun kadang-kadang tu tak terfikir boleh wujud soalan macam tu. Hahaha... Dan sebagai mak ayah, benda yang paling payah sekali bila nak sediakan jawapan logik yang boleh puaskan hati dorang (adehhh... kesat peluh).

Kali ni, i nak tunjuk dekat korang Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah (alahai replika aje? Bosannya, orang nak tengok yang original lah). Lokasinya masih lagi di dalam kawasan Dataran Alor Setar, Kedah atau juga dikenali sebagai Dataran Mini i-City, Kedah yang i ceritakan sebelum ni. I tengok dataran ni dah macam tempat pengumpulan koleksi benda-benda bersejarah pulak jadinya. Hahaha... Pusing keliling dekat sini je, automatik korang dah boleh penuhkan ilmu didada (gitu....)

Serba Sedikit Sejarah Mengenai Pintu Gerbang Istana Kota Tengah / The Archway of Istana Kota Tengah :

Pintu Gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Setar yang merupakan salah sebuah Istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882 - 1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand ada 13 Mei 1890.

Di atas tapak ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan Pintu Gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan (lorrr.... awatnya, buat lagu ni?) Pada tahun 2008, Pintu Gerbang itu dibina semula sebagaimana bentuk asalnya. Pada setiap sudut Pintu Gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.

sumber : dari lokasi Dataran Alor Setar.






p/s : Nak continue masak-masak. Anyway selamat berhujung minggu korang. Kalau rajin, adalah entri baru lagik petang nanti. Hehehe... Tu pun kalau dapat curi masa (agak-agak kena tangkap tak?)

Feb 18, 2013

Balai Nobat, Alor Setar, Kedah

Tadi pagi i baru je letakkan entri mengenai Masjid Zahir yang cantik. Sekarang ni i nak cerita pulak pasal Balai Nobat, Alor Setar, Kedah. Wah... macam tak percaya je kan, tiba-tiba i minat pulak dengan sejarah. Dah kenapa??!! Hahaha... Jangan korang tertidur depan komputer gara-gara baca entri i bersejarah ni sudah. Maklumlah buku teks subjek sejarah waktu dulu dah umpama macam ubat tidur je pada i. Berpinar-pinar baca, lama-lama nampak huruf 'z' memanjang (terus wassalam!) Kan ke best kalau setiap kali belajar subjek sejarah tak payah pakai buku teks tapi pergi buat field trip dekat tempat bersejarah yang kita belajar tu. Confirm subjek sejarah jadi antara favourite subject i dulu-dulu (ewah!) Cerita dah berlalu kan, dah jadi sejarah dah pun. Huhuhu...

Kalau korang nak tahu Balai Nobat ni terletak berhampiran dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Masjid Zahir,  Bangunan Wisma Negeri dan berada di dalam kawasan yang dikenali dengan nama Dataran Mini i-City (malam-malam dekat sini penuh dengan pokok-pokok berlampu ala-ala macam dekat i-City, Shah Alam). Bezanya Dataran Mini i-City, Alor Setar, Kedah free je, tak payah bayar. Best kan? Jimat duit. Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Balai Nobat, Alor Setar, Kedah :

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Manakala pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), Balai Nobat baru didirikan sekali lagi dengan diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

sumber : Wikipedia


Mengikut kata hubby i, alat-alat nobat ini ada antaranya diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung (what-the-tutttt??!!) Ok, i boleh agak macam mana reaksi muka korang, sebab macam tulah reaksi muka suspen yang i tunjukkan depan hubby. Gila scary! Dan dengan bersemangatnya i google untuk meng'confirm'kan lagi statement misteri nusantara yang hubby perkatakan. Ya, rupanya memang statement ni benar, sahih dan nyata (teruk betulkan orang Johor ni? *iye, sayalah tu* Lagi tak nak percaya kata-kata hubby yang memang keturunan orang Kedah. Hehehe... sorry sayang). Anyway eeee... takutnya! Cuma dekat website yang i google ni, dia tak tambah perkataan 'mengandung' je (kenapa eh?)


Antara Pantang Larang Nobat :

Dalam pancaragam Nobat DiRaja ini, banyak pantang larang mesti dipatuhi bukan sahaja oleh pemain-pemain Nobat tetapi juga orang ramai. Sesiapa yang melanggar pantang larang ini dipercayai akan menerima bala atau bencana. Oleh itu, para pemain Nobat sangat berpegang teguh kepada pantang larang ini, lebih-lebih lagi mereka yang telah melihat sendiri bencana yang menimpa mereka yang melanggar pantang larang itu.

1. Alat-alat Nobat ini tidak boleh disenda oleh sesiapa pun dan kedudukannya mestilah tetap pada sesuatu tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh diubah ke sana sini.

2. Semasa alat-alat Nobat ini dibawa turun dari Balai Nobat untuk dimainkan di Balai Besar sesiapa pun tidak boleh melintas di hadapannya. Mahaguru merupakan ketua atau penunjuk pada alat-alat Nobat yang lain dan dia mestilah dihormati. Para pemain Nobat sendiri akan ditimpa bencana seperti sakit perut sekiranya dia bersikap kurang tertib. Kesakitan yang dialami itu akan terus menjadi-jadi sehinggalah dia menyesal di atas perbuatannya itu.

3. Alat-alat Nobat juga tidak boleh dimainkan untuk upacara temasya atau pesta-pesta seperti ronggeng atau silat. Biasa terjadi, orang yang telah meminjam gong untuk bermain di sesuatu temasya itu telah ditimpa sakit perut akibat menggunakan gong itu.

4. Orang-orang Nobat dilarang mengajar semua lagu yang diketahuinya kepada keturunannya. Sebab itulah lagu-lagu Nobat itu menjadi semakin berkurangan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Contoh yang paling ketara ialah lagu 'Anak-anak' yang sekarang ini tidak dimainkan lagi.

5. Sesiapa pun tidak dibenarkan memegang atau mengusik alat-alat Nobat ini. Biasa terjadi ketika Nobat Kedah dijemput bermain di Kuala Lumpur sempena menyambut istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama, seorang kanak-kanak telah bermain alat-alat Nobat itu semasa keretapi yang membawa alat-alat Nobat itu berhenti sekejap di Bukit Mertajam. Dia telah kehilangan akal dan sakit telinga serta menangis tidak berhenti-henti. Setelah pemain Nobat yang ada di situ menjampi dan menyapu air ke seluruh muka budak itu dengan serta-merta budak tadi sembuh semula.

6. Semasa Nobat hendak dimainkan, pemain Nobat itu mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu dan kemudian barulah boleh duduk. Misalnya, pemain gendang anak mestilah berjalan melalui belakang serunai manakala pemain gendang ibu akan berjalan mengikut belakang nafiri.

7. Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang mahara kerana ia dipercayai diperbuat daripada kulit perut perempuan.

Ada berani?? Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak pulak. Oppss...

Untuk info penuh mengenai Pantang Larang Nobat, korang boleh pergi ke laman web MyKedah2.


Meh lah, kita tengok gambar (tapi gambar nobat takdelah ye. Hehehe).



Bangunan Wisma Negeri Kedah


"Papa look, princess!" Kata adik.

p/s : Bila dah tahu sejarah pasal sesuatu tempat buatkan kita jadi respect dengan kewujudannya.

Feb 17, 2013

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Hari ni kita mengenali lebih dekat mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah nak? Lokasi dan kedudukan masjid ni yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar menjadikannya antara tumpuan menarik orang ramai yang berkunjung ke Kedah. Ditambah pula dengan reka bentuk yang cantik. I tengok memang ramai photographer yang mengambil peluang mengabdikan kecantikannya dekat lensa masing-masing (termasuklah i yang amatur ni). Automatik terasa bertuah kahwin dengan orang Kedah. Eh! Ada kena-mengena ke? Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah :

Masjid Zahir telah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (11 Mac 1912). Pembinaan masjid ini adalah atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Reka bentuk bangunan masjid Zahir adalah ilham daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915. Tunku Mahmud sendiri telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat (sejuk hati baca kenyataan ni kan?)

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Dataran Mini i-City, Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

sumber : Wikipedia dan Arkid Negara Malaysia

Anyway, i juga ada letakkan gambar Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah pada entri i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad.html







Kak Ngah dan Adik happy bergambar berlatar belakangkan Masjid Zahir.

p/s : Kalau kira dari mula pembinaan Masjid Zahir sampailah sekarang, dah 101 tahun dah masjid ni kan? Perghhh...

Feb 4, 2013

Pantai Cherating

Pantai Cherating terletak kira-kira 47 km dari bandar Kuantan dan lebih kurang 260 km dari Kuala Lumpur terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan asing sebagai pantai perkelahan dan riadah terkemuka di Pahang (pinjam ayat dari Utusan. Kihkihkih...)

Sejak kali pertama memilih untuk bercuti dekat Cherating bersama anak-anak. I rasa macam nak adakan aktiviti tahunan untuk datang bercuti ke Cherating selalu. Ikutkan dulu-dulu waktu habis belajar di UiTM, i lah 'kepala' yang anjurkan gathering bersempena graduation kita orang dekat sini. Sempoi je waktu tu, ala-ala backpackers pun ada jugak. Apa taknya ramai-ramai jalan kaki turun naik bas, lepas tu kita orang sewa chalet, sumbat penuh-penuh (adehhh... bila mandi semua berebut toilet. Hahaha!) Student lah katakan, mana mampu nak duduk hotel berbintang-bintang. Janji kita orang happy.

Wahhh... apa yang best sangat pasal Cherating ni? Terus-terang i cakap, i ni bukanlah jenis orang yang suka berjemur tengah-tengah pantai atau pun laut untuk beraktiviti. Tak kiralah even mandi pantai sekalipun (takut golap lettew... Hehehe... kantoi!) Tapi bila ada anak dan anak-anak pulak dah suka dengan pantai, asyik-asyik merengek nak buat sand castle. Permaisuri lilin akhirnya terpaksa tunduk jugak dengan permintaan putera-puterinya. Standard lah kan, bila jadi mak-mak ni. Apa saja yang membuatkan anak-anak gembira automatik mak-ayah pun sanggup bertukar jadi matahari (ingat tak dialog iklan ni dulu-dulu, "ibu pun macam matahari." Alololo... suka tau ambik hati ibu...)

Eh, tak habis bagitahu apa yang best pasal Cherating tadi. Hehehe... suka tau lencong sana-sini (sorry bos!) Memandangkan perjalanan Kuala Lumpur - Cherating sekarang ni cuma ambil masa 3 jam sahaja untuk kadar speed normal, ada banyak tempat  makan best yang boleh test-try-ngap, boleh shopping keropok bawa balik untuk jiran tetangga serta ahli keluarga lain, keadaan pantai Cherating yang bersih, selesa untuk mandi-manda, boleh kutip shell / kerang dan ada macam-macam aktiviti berkeluarga yang boleh dilakukan membuatkan Cherating termasuk dalam senarai pertama yang muncul dalam kepala i. Yelah... kalau setakat pergi pantai motif semata-mata nak mandi-manda je, lepas tu ternganga tak tahu nak buat apa. Boring jugak. Baik pergi satu tempat tapi boleh buat macam-macam benda yang kita suka. Itu baru namanya best! Betul tak kawan-kawan? Hehehe...

Gambar ni semua fresh baru keluar dari iPhone 5 (ewah! Guna iPhone 5 je tangkap gambar laut). Walaupun percutian Cherating kali ni kurang happening sebab Abang Long dan Kak Ngah tak berapa sihat dekat Cherating. Kak Ngah pulak sampai hari ni demam dia masih on off, tak pasal-pasal mama papa rabak mata waktu cuti tak cukup tidur gara-gara menjaga dorang. Tapi overall percutian kali ni masih dalam kategori ok (psstt... kita orang siap bercuti dengan family bos i gitu. Kau mampu? Haha!)

Untuk pengetahuan korang, semua gambar-gambar dekat bawah ni kita orang gunakan protection Dicapac untuk iPhone. Siapalah sanggup nak jahanamkan handphone bawa masuk dalam air (lainlah kalau memang tokey iPhone. Hehehe).











iPhone 5
Cherating | 1-3 Feb 2013 | Photo by Reena and Encik Ahmad


p/s : Nak cuti lagik!

Jan 27, 2013

Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah

Kebiasaannya bila balik kampung halaman hubby di Kedah, i dan hubby selalu ambil peluang jalan-jalan dengan kamera Nikon kesayangan kita orang untuk rakamkan gambar-gambar menarik. Tempat yang menjadi favourite kita orang pulak, semestinya tempat-tempat bersejarah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi (perghhh... estetika tu...)

Dekat negeri Kedah ni pun sebenarnya kalau korang nak tahu, banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh buat lawatan rombongan Cik Kiah tau especially kalau dekat Bandaraya Alor Setar (alahai terasa kekok pulak, bila sebut Alor Setar sebagai bandaraya. Agaknya sebab tak rasa suasana Alor Setar tu macam dekat Kuala Lumpur kot. Eceh, eksen! Kehkehkeh). See, dah tak payah korang susahkan diri pergi jalan jauh-jauh. Jimat pun jimat (ayat penyedap untuk orang yang tak dapat pergi obersilah tew). Alaa... tapi ok apa berjalan dalam negara. Syok hape!

Macam mana pun i akui bila pergi tempat-tempat macam ni, feel keboringan lebih jelas terserlah berbanding pergi ke shopping complex (hahaha... jujur gila!). Tapi sekurang-kurangnya, banyak ilmu pengetahuan yang korang boleh dapat dan dalam pada masa yang sama rasai sendiri suasana yang pernah berlaku 100 tahun yang lalu. Mana tahu kan, satu hari nanti tempat-tempat bersejarah macam ni dah pupus ke. Lagipun setakat baca melalui buku je, takkan sama dengan pergi melawat dan tengok dengan mata kepala sendiri. Betul tak?

Untuk entry kali ni, i nak bawa korang jalan-jalan ke Tanjung Chali (atau dikenali sebagai Taman Persisiran Tanjung Chali). Lokasinya terletak di persisiran Sungai Kedah, dalam kawasan Pekan Cina dan lebih kurang 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Di sini juga korang boleh menikmati permandangan menarik perkampungan di sepanjang Sungai Kedah melalui Menara Tanjung Chali. Manakala berhampiran dengan Menara Tanjung Chali terdapat dataran yang diberi nama Dataran Tanjung Chali yang digunakan untuk aktiviti tertentu.

Tapi sayangnya, i tengok kawasan ni kurang diberi perhatian. Keadaan sungai yang kotor dengan sampah-sarap, menara yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan taman berhampiran dengan menara Tanjung Chali yang tidak terpelihara menjadi faktor utama kenapa ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan Tanjung Chali. Walaubagaimanapun i happy sepanjang mengambil gambar / fotografi di sini. Banyak perkara menarik yang i lalui dan saksikan. Maklumlah orang bandar masuk kampung, jakun sekejap tengok macam-macam benda baru (bandar lah sangat kan? puiii). Hehehe...


Sejarah Tanjung Chali

Tanjung Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. Kawasan perniagaan ini ditubuh pada tahun 1920an adalah dari hasil kesedaran seorang putera DiRaja Kedah, YTM Tunku Yaakob, tentang kemunduran orang-orang Melayu dalam perniagaan.

Sekiranya orang-orang Melayu masih lagi tertumpu di bidang pertanian nescaya mereka tidak akan mencapai kemajuan. Orang-orang Melayu perlu diberi peluang bersama-sama dengan bangsa asing di dalam perniagaan. Pada peringkat permulaannya mereka digalakkan memasar ataupun menjual hasil-hasil pertanian mereka yang berlebihan dari kampung-kampung ke bandar. Berdasarkan kepada kesedaran itulah beliau telah membuka satu kawasan perniagaan di Tanjung Chali. Peringkat awalnya, perniagaan di Tanjung Chali itu diselenggarakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri dari 7 orang. Mereka ini dipilih daripada orang-orang yang berpengaruh dan dihormati oleh orang-orang kampung pada masa itu.

Kedudukan dan Peranan Tanjung Chali

Selain daripada memainkan peranannya sebagai sebuah pusat melatih orang Melayu dalam bidang perniagaan, Tanjung Chali juga merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu-perahu dan tongkang-tongkang yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Terusan Wan Mohamad Saman dan Sungai Raja. Kapal-kapal atau perahu-perahu yang keluar masuk itu singgah di pelabuhan atau pengkalan di situ untuk memunggah dan membeli barang-barang dagangan.

Keterangan lanjut boleh didapati dari Mykedah2


Kesemua gambar di bawah menggunakan kamera Nikon D7000 dan Nikon D5100.















Penimbang gergasi. Kau hado?

p/s : Anyway, kalau korang pergi mana-mana dan perasan, ada sepasang laki bini masing-masing dengan kamera Nikon. Lepas tu jalan-jalan ambil gambar macam pelancong asing. Hah, tu kita orang lah tu! Hehehe...

Jan 24, 2013

Royal Joust - Legoland Malaysia

Royal Joust? Apa ke bendanya Royal Joust ni? Royal tu maknanya Diraja, kalau Joust / Jousting pulak ialah Perbalahan, bila gabungkan kedua-dua nama dalam Bahasa Malaysia jadilah Perbalahan Diraja (ohhh.... macam tu ke? Hehehe).

Tapi kalau tengok dari suasana Royal Joust dekat Legoland Malaysia. Korang jangan risau sebab semua berada dalam keadaan amai damai dan tenteram gitu. Tarik-tarik rambut pun takde. Hehehe... Lagipun ride untuk naik Royal Joust ni hanya dibenarkan untuk kanak-kanak berketinggian dari 92 cm hingga 150 cm. Mak ayah kepada kanak-kanak dan yang sewaktu dengannya jangan pulak buat kelakar nak join naik sekali (alololo... tak mampu i nak bayangkan kecomelan korang tu).

Anyway Royal Joust ni berada di dalam jajahan Lego Kingdom. Korang akan jumpa bila nampak banyak kuda-kuda night berwarna-warni dengan penunggang comel bertebaran ronda-ronda keliling kawasan.

Eh, kenapa tiba-tiba muncul balik entry Legoland Malaysia? Hehehe... saja nak mengimbas kenangan 26 Oktober 2012. Besok 25 Januari 2013 kalau takde apa-apa, kita orang akan berada di sini lagik (maklumlah... annual pass holder lah katakan? Seboleh mungkin kena berusaha keluar masuk Legoland Malaysia banyak-banyak kali. Hehehe...) So, kalau sesiapa datang ke Legoland Malaysia besok, kita sep sama-sama ye.

Untuk kisah-kisah lain Legoland Malaysia, korang boleh picit dekat link sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia









p/s : Selamat bercuti semua, minggu ni best sebab ada cuti free (cuti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam) yeay!

Dec 27, 2012

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Korang pernah makan telur penyu tak? Masa i kecil dulu-dulu (awal tahun 80-an) selalu jugaklah i dapat merasa makan telur penyu ni especially bila saudara-mara i pergi bercuti ke Terengganu. Inilah ole-ole wajib yang dorang akan bawa balik untuk i sekeluarga. Excited betul bila tengok telur penyu ni, dahlah macam bola pingpong, putih bersih lepas tu kulit dia unik sangat. Tak keras macam telur ayam tu tapi kalau korang tekan, shape dia mengkerekot jadi tak sekata. Dah tu lepas rebus je dalam air, automatik shape dia jadi bulat balik. Wah, magic!!! Hahaha... anak siapalah yang jakun bebeno ni? Heee...

Yang bestnya, part nak makan telur penyu pun ada caranya tersendiri tau kawan-kawan. Bukan main pecahkan je kulit dia macam korang makan telur-telur lain tu. Mula-mula, korang kena slow-slow koyakkan sikit permukaan telur penyu. Lepas tu dekatkan dengan mulut korang, tekan dan sedut isinya cepat-cepat. Macam mana eh rasa telur penyu? Terus-terang i cakap rasa dia memang pelik, macam nak termuntah pun ada jugak. Hahaha... suspen je dengar kan, sebenarnya takdelah teruk sangat. I yang kecik waktu tu pun relax je boleh bedal telur penyu sampai 3 biji. Ikutkan rasa telur penyu ni lebih kurang sama je macam telur ayam separuh masak cuma bahagian kuning dia keras sikit dan ada rasa macam makan pasir sekali bila kunyah. Walaweh... Hebat tak ingatan i tentang perasaan makan telur penyu ni? Dah lebih 20 tahun tu i tak makan telur penyu. Lebih-lebih lagi sejak kerajaan umumkan yang penyu adalah binatang terancam / pupus (ewah, menyahut seruan kerajaan gitu ye. Hehehe). Actually i kesian dekat penyu... Punyalah bersusah-payah dia bertelur, senang-senang je manusia rembat telur dia buat makan (eh, refer diri-sendiri ke?) So, kawan-kawan jom kita support jangan makan telur penyu lagi k. Makan telur ayam je dahla, tak pun telur itik. Telur puyuh pun sodap jugak. Telur buaya? (tu kalau korang sanggup. Erk!) Hehehe...

Kenapa tiba-tiba buka topik pasal telur penyu ni? Saja nak imbas kenangan dulu (ewah!) Sebenarnya nak bercerita dengan korang tentang Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang yang i pergi pada 3 Julai 2012.


Apa itu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Ianya merupakan sebuah tempat perlindungan, penetasan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu.

Santuari Penyu Cherating telah beroperasi sejak tahun 1972 sebagai pusat penetasan penyu. Walaubagaimanapun pada tahun 1997, Kerajaan Negeri telah membina sebuah pusat khusus untuk memberi perlindungan dan pengurusan penyu yang bersistematik.

Terletak di pesisir Pantai Chendor, Cherating, Santuari Penyu meliputi kawasan seluas 0.3 hektar dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri. Santuari ini menyediakan tempat mendarat bagi penyu-penyu pada bulan April hingga Ogos disamping sebuah pusat penerangan untuk pelawat-pelawat.

Santuari Penyu mula dibuka kepada orang awam pada 1 Jun 1998.

Sumber : Dari lokasi Santuari Penyu Cherating
Olahan : Reenaonline


Alamat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang

Lokasi Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating terletak bersebelahan dengan Club Med, Cherating.

No. Telefon : 09-5819087
No. Faks : 09-5819124
Emel : penyuphg@tm.net.my

Waktu operasi : Hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:30 petang.
Manakala hari Jumaat pula, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Dan bersambung dari pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang.


Jenis aktiviti / tarikan utama di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

1. Lawatan ke Tapak Penetasan Telur Penyu
2. Pelepasan anak-anak penyu
3. Lawatan Pameran (Statik), penerangan dan tayangan video
4. Program "Turtle Watching" sebelah malam di sepanjang Pantai Cherating sejauh 3.5 KM
5. Program Penyelidikan



Bagaimana keadaan sebenar di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Review ni hanya berdasarkan dari pengalaman i ye (no heart feeling).

1. Kita orang tiba dekat sini lebih kurang pukul 2:00 petang. Sunyi-sepi betul sampaikan serba-salah i nak masuk (mungkin sebab bukan musim cuti sekolah kot).
2. First impression : "hidup lagik ke tempat ni?" Hehehe.... Jujur tak?
3. Masuk adalah PERCUMA dan sebelum masuk kena isi guest book. Bila tengok senarai guest book, untuk hari ni dah ada beberapa orang yang datang sebelum kita orang (ok, i ingatkan dah bertahun-tahun takde orang datang. Eh! Statement ku! Hehehe).
4. Donation / derma sangat dialu-alukan.
5. Suasana dalam tempat / bahagian pameran. Old-skool tak hingat. Macam pameran sekolah pun ada.
6. Bahagian luar pameran ada menempatkan empat-lima ekor penyu dewasa dan berpuluh-puluh ekor anak penyu dalam kolam kecil (ini penyu yang real tau, yang replika pun ada jugak). Barulah semangat sikit rasa bila nampak penyu.
7. Entah mana sesatnya, kura-kura pun ada dekat sini (eh, penyu dengan kura-kura sama spesis ke?)
8. Kesian tengok anak-anak penyu yang meronta-ronta nak keluar dari jaring. Tak faham kenapa dia tak biarkan anak-anak penyu tu lepas bebas.
9. Kawasan dekat sini memang bersih dan terjaga elok (yang ni, i memang puji).
10. Untuk rating, hmm... i bagi 2.8 bintang daripada 5 bintang. Oklah, walaupun tak berapa menarik tapi sekurang-kurangnya tempat ni berikan serba-sedikit pengetahuan untuk anak-anak i. At least anak-anak i kenal macam mana rupa sebenar turtle.

Insya-Allah i nak datang lagi ke sini untuk bawa anak-anak i tengok penyu bertelur pulak. So, i harap Santuari Penyu Cherating akan lebih menarik di masa akan datang.

Kalau korang nak dapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, bolehlah klik sini ---> http://mynewshub.my/2012/09/23/pusat-santuri-penyu-cherating-perlu-dana/ (kesian pusat ni kan?)




















p/s : Bila tengok penyu dekat sini teringat cerita kartun Ninja Turtle yang suka makan pizza tu. Hehehe...