Blogger templates

Showing posts with label King's Market. Show all posts
Showing posts with label King's Market. Show all posts

Dec 20, 2012

Lego Kingdom - Legoland Malaysia

Hari ni i nak share lagi gambar-gambar kami yang lain sepanjang berada di Legoland Malaysia. Bila tengok semua gambar-gambar ni, i teringat suasana meriah dekat Legoland. Eee... seronoknya! Terasa macam nak tinggal je terus dalam Legoland (boleh gitu?). Yelah, lagipun pergi berjalankan? Mestilah seronok. Cuba kalau rupa Legoland Malaysia ni sebiji macam suasana dekat pejabat. Erkkk... Tension! Bagi masuk percuma pun confirm tak nak datang. Hahaha!

Gambar yang i tunjukkan dekat bawah, masih lagi berlatarbelakangkan suasana Merlin. Korang ingat lagi tak dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/the-forestmens-hideout-legoland-malaysia.html, i dah pernah ceritakan serba-sedikit mengenai keadaan dan aktiviti yang korang boleh buat dekat Lego Kingdom. So, untuk pengetahuan korang, kesemua gambar i ini merangkumi kawasan The Dragon, Knight's Feast (tempat makan) dan Merlin's Challenge. Agak-agak kalau nak beli souvenir, King's Market ada disediakan dekat sini. Yang penting korang bawak je duit banyak-banyak (hamboi... macam boleh beli pakai duit monopoly je kan? Hehehe).

Apa lagi, jom tengok gambar pulak (hoorey!)

Castle Scoops dan Knight's Feast
Intai sikit harga makanan dekat Knight's Feast.

Wooo!!! (sambil muncungkan mulut) Besarnya Lego castle ni tapi hakikatnya takde apa-apa pun dekat dalam castle. Cuma tempat orang beratur sebelum nak naik The Dragon (roller-coaster).


Gila ramai orang yang beratur nak naik The Dragon.
Rasa macam nak pintal je misai lebat Pak Guard ni. Hehehe...
King's Market

Eh-eh Shrek pun ada ke?
Macam dekat funfair je kan?
Merlin's Challenge - mainan untuk 'older' children. Eh! Hehehe...

p/s : Nak gambar Legoland Malaysia lagi tak? Jangan risau, banyak lagi ada ni... antara korang sanggup dengan sangap je nak tengok nanti hehehe...