Blogger templates

Showing posts with label Tips Memilih Hotel. Show all posts
Showing posts with label Tips Memilih Hotel. Show all posts

Sep 30, 2016

TIPS MEMILIH HOTEL UNTUK MENGINAP

Alhamdulilah sepanjang kita orang menginap mana-mana hotel, apartment atau kondo di serata Malaysia. So far, tak pernah lagilah kita orang diganggu dengan perkara-perkara pelik yang tak terjangkau dek akal fikiran. Cuma i akui memang pernah timbul rasa seram... macam ada 'sesuatu' yang melihat dan memerhati gerak langkah i waktu stay dekat 3, 4 buah hotel/kondo di Pahang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bila i check balik dekat google, walaweh... memang hotel/kondo yang kita orang duduk ni antara yang masuk dalam listing Hotel Seram. Ok, fine... memang sekali jelah i pilih hotel tu untuk stay. Kebarangkalian untuk kali kedua itu mungkin takkan berlaku. Tihihi... takpelah.

I bukanlah nak cakap yang i ada six senses yang boleh nampak 'sesuatu' tapi memang setiap kali pergi mana-mana tempat yang i rasa ada ber'penghuni' i memang boleh rasa kehadiran 'benda' tu. Selagi 'benda' tu tak mengganggu, i boleh lagi pejamkan sebelah mata buat-buat tak peduli. Berani ke??!! Ni bukan kes berani tapi rasanya dekat mana-mana pun wujud 'entiti' ini. Senang cakap, selagi kita tak buat perkara yang dilarang, insya-Allah... Allah SWT lindungilah kita kan. Bak kata ex-boss i, tak pernah lagi masuk berita, 'orang kena cekik hantu'. Eceh... cakap serupa terror je ex-boss i ni kan? Cuba suruh dia duduk sorang-sorang. Menggelabah jugak muka dia. Hehehe... Gurau je...

Gambar sekadar hiasan

Ini antara TIPS yang i lakukan bila pilih hotel untuk menginap:-

1. Kena baca bismillah dulu, eh! Hehehe... Betullah kan? Tu paling penting... Hehehe. Lepas tu, baca setiap review orang terdahulu pernah stay dekat hotel yang korang nak stay tu samada review tu ada dekat Agoda ke atau mana-mana Hotel Booking Online ke atau korang google je. Kalau nampak ada review yang mention perkataan 'seram', 'kotor' atau 'lama'. Yes, please elakkan sebelum jadi mimpi ngeri untuk korang bila tiba sana.

2. Tengok setiap bintang atau markah yang ditinggalkan oleh pemberi review tu dan jangan pedulik sangat dengan bintang-bintang pada hotel tersebut. Seriously sepanjang i menginap dekat hotel di serata Malaysia, i tak pernah ambil kisah dengan star hotel tu sendiri sebab i pernah menginap dekat hotel 5 bintang tapi kebersihan dan layanan yang i dapat umpama hotel 3 bintang je. Dahlah bayar mahal, confirm buat sakit hati je. Please don't trust hotel star tapi trust lah dekat pengalaman orang-orang yang pernah stay ni. Kecuali... kalau korang ni retis fofular memanglah korang kena trust the star, malu lah weh, bintang fofular duduk hotel murah. Mana nak cover muka!

3. Please-please-please jangan percaya dekat gambar hotel yang dipaparkan (please refer no. 1 balik semula). Kadang-kadang sesetengah gambar tu dah bertahun tak di'update'nya. Memanglah gambar yang ditunjukkan tu memang dari hotel yang korang nak pergi tapi gambar 10 tahun lepas. Sekali bila sampai, hambik ko! Dah serupa antik jadinya. Kalau korang jenis sukakan barang-barang klasik sekalipun, please untuk hotel tolong elakkan. Takut ada pulak puteri bunian ajak sembang memalam.

4. Carilah review yang mengatakan hotel tersebut adalah hotel baru, baru refurbish, bersih dan menarik. Insya-Allah korang pasti tersenyum puas hati bila pergi walaupun kadang-kadang macam tak percaya yang hotel 3 bintang pun boleh secantik macam ni. Siap boleh bergambar bagai lagi macam buat photoshoot. Hehehe... Tak percaya korang boleh search dekat instagram masukkan hashtag #reenahotel (iklan pulak tetiba! Kahkahkah)

5. Akhir sekali, bertawakal jelah lepas korang pergi. Yang penting masuk bilik hotel, langkah kaki kanan dan bagi salam sebelum masuk. Masak air dekat kettle dulu (ni petua lecturer i bagi, dia kata untuk bagitahu 'entiti' yang tempat ni korang duduk dan dah berpenghuni), bawa Yassin, baca ayat Al-Kursi dan jangan tinggal solat. Insya-Allah korang akan ok. Biasalah pergi tempat baru kan. Selalulah ada feeling-feeling suspen tu.

Janganlah sebab korang baca kisah-kisah seram pasal hotel terus dah tak nak bawa family berjalan-jalan pergi mana-mana. Hukalohhh... Kesianlah dekat anak-anak tu. Sekali-sekala teringin jugak dorang nak rasai pengalaman dekat tempat lain. Takkanlah nak duduk terperuk dekat rumah je kan. Relaxlah hidup ni banyak benda tau nak kena terokai. Bukan setakat makan, tidur, pergi kerja, balik kerja je. So, enjoy your holiday for this weekend. Paling penting follow tips i ni k.



Dec 24, 2012

Holiday Villa Cherating

Pada 1 Julai 2012 (Ahad), ikutkan i dan hubby takde rancangan langsung nak pergi bercuti ke Cherating, Pahang tapi dalam pada masa kita orang memang dah apply cuti pada hari Isnin dan Selasa (eh, apa yang i cakap ni? Berbelit-belit. Hahaha). Kononnya tujuan ambil cuti (keesokan harinya iaitu hari Isnin dan Selasa) lebih kepada merehatkan minda dekat rumah daripada menghabiskan duit (kekononnyalah kan). Macam mana pun awal-awal pagi Ahad tu selepas solat Subuh, tiba-tiba muncul pulak idea jalan-jalan dalam kepala otak i ni. Alahai, terasa macam rugilah pulak kalau ambil cuti waktu orang lain bekerja dan tak pergi mana-mana. Yelah, selalunya rate / kadar harga hotel lebih murah waktu-waktu macam ni berbanding waktu cuti sekolah (ish... rugi-rugi-rugi!)

Senyap-senyap i survey lokasi hotel mana yang sesuai bercuti (bunyi macam nak buat kerja suspen apa je kan? Siap nak rahsia gitu. Hehehe). Kalau boleh i nak pergi bercuti tepi laut pulak. Saja nak bawa anak-anak pergi mandi tepi pantai. Mesti dorang seronok sebab boleh buat sand castle. Hubby i confirm takkan membantah cadangan yang bakal i usulkan nanti, janji kesemuanya i dah settlekan siap-siap. Especially prepare mana tempat nak tidur, dekat mana nak makan, apa tempat menarik boleh pergi dan macam-macam lagi. Maklumlah dia tahu wife dia ni, memang serba-serbi suka buat susun atur perjalanan kalau pergi mana-mana even last minute sekalipun. Takdenya nak main redah macam tu je. Sampaikan dalam perjalanan dekat dalam kereta pun, sempat lagi google cari info. Iye, sayalah tu orangnya (sambil buat muka sengih kerang bucuk. Heee...)

Macam biasa, untuk dapatkan harga hotel yang murah, i buat perbandingan dari satu laman web / website ke satu laman web yang lain (untuk korang yang nak bercuti last minute jugak boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html). Akhirnya, setelah berdiskusi dengan hubby (yang merangkap GM Finance keluarga kami hehehe...), i dan hubby sepakat membawa berkat memilih untuk stay dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating (gitulah...). Harga bilik (deluxe room) untuk tiga hari dua malam ialah RM297.00. Kita orang booking melalui website Latestay. Untuk booking fees, caj yang dikenakan ialah RM45.85. Jadi semua sekali jumlah kos penginapan kami hari tu ialah RM342.85 (erk, tercekik sekejap!) Kalau korang nak tahu, sebelum ni, kita orang dah pernah tidur dekat The Legend Resort Cherating dan Impiana Resort Cherating. Kali ni teringin nak tukar angin cuba tempat penginapan lain pulak. Nanti bolehlah i buat review macam-macam hotel untuk korang semua.

Alamat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating :-

Lot 1303, Mukim Sungai Karang
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Malaysia

No. Telefon : [09] 581 9500
No. Faks : [09] 581 9178
Emel : saleschv@holidayvilla.com.my

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating hanya makan masa 2 jam sahaja (terima kasih untuk Lebuhraya Pantai Timur yang mempercepatkan journey kita orang). Untuk sesiapa yang nak pergi ke Cherating sekarang ni dah tak payah nak lalu bandar Kuantan lagi (jimat masa kan?) Korang cuma straight keluar ikut exit Jabur iaitu lebih kurang 12km selepas dari exit Kuantan. Tak susah sebenarnya nak cari Holiday Villa Cherating ni, lokasinya di bahagian sebelah kanan jalan betul-betul bersebelahan dengan The Legend Resort. Yang penting, korang kena beliakkan lebih sikit mata korang untuk tengok papan tanda yang tertulis Holiday Villa. Kalau tak, confirm terlepas.

Macam mana keadaan / suasana dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating? Best ke?

Ini antara review / ulasan berdasarkan pengalaman yang i lalui :-

1. Happy! sebab bilik i paling hujung (tak jauh dari pantai dan tempat makan) serta betul-betul berhadapan dengan swimming pool (kiranya buka je pintu dah boleh terjun). Eh, tak-tak, tipu je. Hehe... Kena menapak dua-tiga-empat langkah baru boleh terjun.
2. Suasana bilik hotel nampak lama dan old-skool (tak sure pulak i tahun berapa agaknya Holiday Villa ni dirasmikan).
3. Jarak antara hotel dengan pantai berdekatan sangat. Seronok... sebab pantainya, private beach so taklah crowded dengan orang luar. Jadi lepas mandi-manda dekat pantai, korang boleh terus bersihkan badan dekat area swimming pool sebelum masuk bilik.
4. Tak banyak aktiviti menarik yang disediakan dekat sini (sesuailah untuk sesiapa yang nak berhoneymoon. Ehem!)
5. Boleh sewa pelbagai jenis basikal dekat sini. Bermula dari RM5.00 hingga RM15.00 sejam mengikut jenis basikal.
6. Banyak kedai makan / restoran yang boleh korang cuba berdekatan dengan hotel TAPI apa-apa hal korang kenalah bawa kereta keluar dari kawasan hotel (sanggup ke nak basah keti? Eh! Hehehe...)
7. Kalau sesiapa ada intention nak shopping keropok lekor dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Jarak antara hotel dan bandar Kemaman lebih kurang 20 minit je (yeay!)
8. Kebersihan cawan, sudu dan pinggan dekat cafe / Beach Restaurant sedikit mengecewakan (haishhh... takkanlah hotel berjenama 4 bintang boleh pakai sabun cap ayam je buat cuci pinggan? Tah-tah dorang main celup-celup je pinggan kotor dalam air? Eee... takde kelas betul!)
9. WiFi PERCUMA non hado a.k.a takdelah tu (huhuhu!)
10. Nak seterika / iron baju / tudung, korang kena pergi dekat tempat yang disediakan. Biasanya dia letakkan di satu sudut dekat tingkat bawah (request-request non hado ye...) Ish-ish-ish...
11. Terdapat warning yang mengingatkan adanya sandflies di kawasan pantai (jadi korang kena hati-hati ok?)
12. Yang lain-lain pada pendapat i ok, dan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating i berikan 2.8 bintang daripada 5 bintang. Kalau terdesak takde bilik dekat tempat lain, bolehlah datang sini lagi (eh! Kihkihkih).

Nak tengok gambar, sila scroll ke bawah.






















Nak protect iPhone dari kena air so i gunakan Waterproof iPhone Case.



Jom kita balik sayang.

 p/s : Entry ni delay 5 bulan dari tarikh sebenar (hahaha... tak kisahlah kan?) Nampaknya dah tinggal seminggu je nak prepare barang-barang sekolah. Haishhh... mama pulak yang makin berdebar-debar.

Mar 3, 2012

Tips Memilih Hotel

Semalam i ada bagi info berkaitan dengan nama-nama website hotel / tips / kelebihan bila booking hotel melalui online kan? (Tengok sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html)
Jadi, i ingat nak tambah sikit entry tu dengan tips memilih hotel pulak.

Bukan apa, tak semestinya hotel 5 bintang yang korang duduk tu menjanjikan kehebatan umpama di atas kayangan. Contoh macam Hotel Renaissance yang i pernah buat review dulu (http://www.reenaonline.com/2012/02/renaissance-kota-bharu-hotel-kelantan.html). Kadang-kadang hotel 3 atau 4 bintang pun boleh buat korang tersenyum bahagia bila ada antaranya yang tawarkan kemudahan yang selesa, makanan yang lazat, keadaan hotel yang bersih dan yang best dengan rate harga hotel satu malam yang jauh lebih murah. Yelah, nama pun bercuti, takkanlah sampai nak berhabis duit untuk satu malam RM500.00 bayar hanya untuk penginapan sahaja (kalau loaded / duit ada kepuk-kepuk takpe nak buat camgini). Sedangkan dengan harga sebanyak tu mungkin dengan menginap dekat hotel 3 atau 4 bintang korang dapat habiskan / spend cuti lebih lama dari tu. Wuishh... Rugi woo... datang sehari je besok dah balik? Pada i lah kalau camgini, baik i duduk dekat rumah. Penat kemas beg baju pun tak habis lagik rasanya.

Google saya pinjam gambar awak ok?

I harap tips / panduan memilih hotel ni dapat membantu korang yang kaki berjalan macam i (hehehe...) Asyik bekerja je, tension jugak. Bercuti (holiday) ni antara terapi atau aktiviti yang boleh hilangkan stress tau. Yang penting kita organize betul-betul percutian yang ingin kita buat.

Jom tengok apa tips yang korang perlukan.

1. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Sentiasa buat perbandingan harga sebelum menetapkan hotel mana yang ingin korang pilih. Ingin i ingatkan dekat sini, harga yang ditunjukkan oleh sesetengah website mungkin kelihatan lebih murah sebab tidak termasuk dengan cukai (tax fee). (perhatikan tulisan kecil yang sengaja mengaburi pandangan mata korang tu). Jadi untuk mengetahui final price / harga sebenar yang korang sepatutnya bayar, korang teruskan transaksi seakan-akan setuju memilih hotel tersebut dan dari situ korang akan tahu harga sebenarnya. Oh ya, jangan lupa perhatikan samada harga bilik hotel tersebut termasuk dengan sarapan pagi atau pun tidak. Jangan nanti bila korang ramai-ramai turun makan dekat dining hall tiba-tiba pekerja hotel dekat situ kata, "Encik, bilik encik tidak termasuk dengan sarapan pagi. Jadi bayaran sarapan untuk dewasa ialah blablabla dan kanak-kanak ialah blablabla" Tak pasal-pasal korang terpaksa mogok lapar sebab tak sanggup tengok bil yang kena bayar.
2. Cuba cari sebanyak mana info berkaitan hotel tersebut terutama sekali dengan membaca review / ulasan daripada pengunjung hotel terdahulu. Macam i sendiri, i tak pernah bergantung hanya pada review yang ada pada website hotel itu semata-mata. Sebab, i takut review tersebut datangnya dari pemilik hotel terbabit. Jalan yang paling selamat, cuba tambahkan info dengan mendapatkan review melalui mana-mana blog peribadi. Caranya mudah je, korang google / taip pada bahagian search. Contoh: Keadaan Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Atau: best ke duduk di Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Pendapat i, kebiasaan blogger lebih suka bagi kenyataan yang keluar dari hati nurani. Jadi mungkin info tu berguna untuk korang;
3. Periksa kemudahan yang ditawarkan oleh hotel terbabit terutama sekali kemudahan seperti tempat letak kereta, kemudahan internet (untuk mereka yang masih perlu berurusan dengan kerja walaupun sedang bercuti), baby coat / katil bayi (bagi mereka yang membawa bayi cuti bersama) dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh korang;
4. Periksa juga lokasi dan kedudukan hotel yang dipilih. Hotel yang jauh daripada kawasan bandar mungkin menyukarkan korang mendapatkan bekalan perubatan disaat-saat kecemasan. Dan untuk orang yang kuat makan macam i ni pun masalah jugak ni. Sebab, terpaksa membuang masa mencari kedai makan yang jauh dari hotel bila kelaparan (hehehe...);
5. Sekiranya korang bercuti bersama-sama dengan dua atau tiga keluarga yang lain (family gathering gitu). Pilihlah Hotel Apartment sebab lebih jimat daripada membuat bayaran asing setiap bilik. Tak percaya cuba buat kiraan sendiri. Hehehe.
6. Gambar hotel yang tertera disesetengah website, memang adakalanya indah rupa dari khabar. Tapi ada ketikanya, membantu korang jugak. Macam i sendiri, mana-mana hotel yang tunjukkan keadaan sebenar bilik hotel dan sekelilingnya dengan gambar seumpama tahun 70-an atau 80-an, i dah reject awal-awal. Bukan sebab diskriminasi dengan hotel tu yang bergaya lama. Tapi haishh, dari gambar tu dah menunjukkan pemilik hotel takde inisiatif nak upgrade hotelnya. Ok, sebenarnya i yang takut nak duduk hotel-hotel lama. Seram... (sorry hotel lama, jangan marah k).

Kesemua tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman i sendiri. Kalau korang ada tambahan untuk tips di atas, i alukan sangat-sangat. Boleh kita bertukar-tukar tips.


p/s : nak tahu tak? Bestnya duduk hotel ni sebab semua benda orang sediakan. Nak bantal tambah, call. Nak makan pun call. Nak hantar baju dekat dobi pun call. Hamboii... hidup umpama maharaja gitu. Hehehe... Sekali-sekala, apa salahnya kan? Kalau hari-hari pitam.