Blogger templates

Showing posts with label P. Ramlee. Show all posts
Showing posts with label P. Ramlee. Show all posts

Jun 16, 2012

Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Ingat lagik tak kisah / entry i yang pergi ke Rumah P. Ramlee hari tu? (Entry sebenar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/rumah-p-ramlee.html).  Sebenarnya ada sambungan kisah dari rumah P. Ramlee tu. Kalau korang nak tahu, kawasan rumah P. Ramlee tu berada di dalam kawasan Kompleks Pustaka Warisan Seni di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang. Di mana selain rumah P. Ramlee, korang juga boleh melawat Auditorium P. Ramlee dan Galeri P. Ramlee. Waktu di sana (20 Mac 2012), i dapat saksikan daripada luar beberapa filem P. Ramlee ditayangkan di Auditorium P. Ramlee tersebut. Sebuah pementasan teater juga akan diadakan di sini beberapa hari akan datang (22 dan 23 Mac 2012) yang diberi nama Puteri Jerijit Emas (nak baca sinopsis dan mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan Puteri Jerijit Emas, korang boleh pergi link sini ---> Sinar Harian)

Memandangkan i kesuntukan masa untuk melawat lebih lama dekat sini, i sempatlah buat rondaan sekejap dekat Galeri P. Ramlee. Yelah, sekali-sekala datang ke Penang, tak dapat lama walaupun sekejap. Wajiblah kita singgah dan lihat dengan mata sendiri apa yang menarik dekat sini. Di dalam Galeri P. Ramlee ini terdapatnya pameran artifak peribadi P. Ramlee serta gambar-gambar aktivitinya semasa remaja. Cuma i rasa macam kurang best sebab barangan yang dipamerkan di sini tak banyak seperti yang i harapkan.

Nak tahu serba ringkas mengenai latar belakang P. Ramlee, jom baca dekat bawah. Keterangan P. Ramlee Rentak Irama Semasa Remaja i dapat melalui brochure di Galeri P. Ramlee :-
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh lahir di rumahnya pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth, pada tahun 1925. Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah mengikat janji dengan takdir suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang akhirnya menjadi mekar segar dalam tiga dekad di dalam hayatnya. Semuanya bermula apabila dia menerima tawaran menyanyi dan berlakon dengan Shaw Brother Malay Film Productions di Singapura. P. Ramlee telah menyahut langkah pertama dan seterusnya menjadi Seniman Agong.

Macam mana pun untuk korang yang nak tahu tarikh-tarikh penting dalam kehidupan P. Ramlee, filem pertama yang dilakonkannya dan anugerah yang pernah diterimanya. I cadangkan korang baca di laman web ni yang cukup ringkas, padat dan penuh dengan informasi penting ---> http://www.pramlee.com.my/

Alamat Galeri P. Ramlee :-

No. 40A, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia

(Untuk peta, korang cuba rujuk sini ---> http://www.streetdirectory.com.my/)

Waktu lawatan :
Hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 10:00 pagi hingga 5:30 petang
Hari Jumaat, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, kemudian 3:00 petang hingga 5:30 petang

Tutup hanya pada hari Isnin kecuali pada cuti am dan cuti sekolah.

MASUK ADALAH PERCUMA (yeay!)

Kamera tidak dibenarkan di dalam Galeri P. Ramlee (sedih...), tapi sempat jugak snap sikit untuk kenangan diri sendiri dan tatapan korang semua. Nak tengok banyak-banyak, korang kenalah datang sini. Hehehe....

Bahagian kiri ialah Auditorium P. Ramlee dan bahagian kanan pula, Galeri P. Ramlee
Pintu depan Galeri P. Ramlee.
I jumpa nenas kecil yang tumbuh dekat dengan kawasan parking (jakun!)
Filem-filem lakonan P. Ramlee yang dah banyak kali i tengok. Semua best!

Pancaragam Teruna Sekampung

Antara heroin wanita yang pernah bergandingan dengan P. Ramlee. Seniwati Saadiah sangat cantik!

Pakcik dekat kaunter nilah yang akan korang akan jumpa kalau pergi ke Galeri P. Ramlee. Tapi waktu i pergi tu takde pulak dia pakai tarbus. Kalau tak mesti i ajak bergambar. Hehehe...

p/s : Al-fatihah untuk Allahyarham Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

May 28, 2012

Rumah P. Ramlee

Hari ni i nak sambung kisah perjalanan i dekat Penang / Pulau Pinang. Rasanya ada antara korang mesti dah baca entry i yang terdahulu kan, antaranya ialah :-


Ikutkan banyak tempat-tempat menarik dekat Pulau Pinang ni. Yang ini pun i baru dapat cover sikit je. Lain kali kalau i datang Pulau Pinang lagik, kita pergi tempat lain pulak ok.

Iklan sekejap : Entry baru sambungan dari kisah entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/galeri-pramlee-pulau-pinang.html

Kalau dah pergi Pulau Pinang, rasanya memang tak sah kalau tak melawat sekali Rumah Kelahiran P. Ramlee. Woww... teruja habis tau bila dengar nama P. Ramlee. Yelah, siapa yang tak kenal P. Ramlee kan? Macam i sendiri, dari kecik sampai dah ada anak sendiri. I tak pernah rasa jemu tengok semua cerita-cerita P. Ramlee. Ada je dialog dalam filem P. Ramlee yang buat i tergelak. Tapi sayangnya bila teringat balik kisah kesusahan beliau sebelum meninggal dunia akibat dari kesempitan hidup dan dipulaukan oleh orang ramai. I rasa sedih sangat. Kisah hidup P. Ramlee ni ada ditayangkan dekat channel National Geographic tahun lepas. Tulah selalu orang tua-tua cakap, kawan ketawa senang dicari tapi kalau kawan menangis cuma satu dalam berjuta kot. Semoga Allahyarham P. Ramlee di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah...

Ok, berbalik kisah rumah kelahiran P. Ramlee. Ini adalah serba sedikit info mengenai Rumah P. Ramlee.

Rumah beratap nipah berlantai papan ini telah dibina oleh ayah P. Ramlee iaitu Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussain pada 1926. Asal kayu rumah ini dahulunya adalah daripada rumah di Lorong Yahudi yang telah dirobohkan kerana kawasan itu digunakan untuk pembinaan kuarters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang jalan P. Ramlee).

Rumah ini telah pun dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun pada tahun 1948. Rumah ini kini telah dibaik pulih semula oleh Arkib Negara Malaysia dan masih mengekalkannya dalam bentuk yang asal.

P. Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1929. Setelah habis pantang selama 44 hari P. Ramlee telah dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Jawa. Walaubagaimanapun beliau sering berulang alik ke rumah ini sehinggalah beliau meninggalkan Pulau Pinang untuk ke Singapura.


Rumah P. Ramlee ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik yang merupakan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 13 Disember 1991 bersamaan 7 Jamadil Akhir 1412.

Alamat Rumah Kelahiran P. Ramlee :-

Lot 2180, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia

Nombor Telefon : [04] 281 7484

Waktu Lawatan : Hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 5:30 petang.
Manakala pada hari Jumaat dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Kemudian bersambung dari pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang.

Tutup : Pada hari Isnin kecuali Cuti Am dan Cuti Sekolah.

MASUK ADALAH PERCUMA

Antara fakta / info menarik mengenai P. Ramlee dan barangan yang ada di dalam rumah beliau :-


BASIKAL - Dalam kehidupan harian P. Ramlee, basikal adalah kenderaannya untuk ke sekolah dan bersiar-siar dengan kawan dipetang hari. Basikal jenis ini adalah merupakan basikal kesayangan P. Ramlee. Brek basikal ini memang di dalam keadaan asal (ia telah diputuskan sebelah) kerana P. Ramlee ketika berbasikal akan memainkan brek ini sehingga menimbulkan irama tertentu di mana dalam masa yang sama akan mendendangkan lagu-lagu kegemarannya.


KATIL BESI - Katil besi digunakan oleh keluarga P. Ramlee sejak turun temurun. Di bawah katil ini diletakkan sebuah peti besi di mana P. Ramlee dan keluarganya menyimpan pakaian. Peti besi ini merupakan pengganti kepada almari pakaian.


CERMIN MUKA - Cermin muka seperti ini pernah menjadi cermin kesayangan P. Ramlee. Beliau akan menghabiskan masa selama 30 hingga 45 minit untuk memperbetulkan fesyen rambutnya dengan menggunakan 2 hingga 3 jenis minyak rambut sebelum keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau berlatih pancaragam.


Kalau korang nak tahu, rumah kelahiran P. Ramlee ini cukup kecil, bahagian ruang dalam rumahnya terdiri daripada anjung rumah, ruang tamu, laluan ke bahagian dapur, satu bilik tidur sahaja dan dapur di bahagian belakang rumah. Jom tengok antara gambar-gambar lain yang sempat i tangkap istimewa untuk tatapan korang di Rumah Kelahiran P. Ramlee.





Bahagian Ruang Tamu
Gambar Ibu P. Ramlee (Che Mah binti Hussin) dan satu-satunya abang P. Ramlee (Sheikh Ali bin Mohamad).
CHE MAH BINTI HUSSIN - Che Mah binti Hussin, ibu P. Ramlee berasal dari Kubang Buaya, Butterworth dan menetap di Pulau Pinang apabila berkahwin dengan Teuku Nyak Puteh pada tahun 1925. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1967 dalam usia 63 tahun.

SHEIKH ALI BIN MOHAMAD - Sheikh Ali bin Mohamad, satu-satunya abang P. Ramlee tetapi dari ayah yang berlainan. Sheikh Ali adalah anak Che Mah (ibu P. Ramlee) hasil daripada perkahwinannya yang pertama. Beliau telah banyak mendorong adiknya P. Ramlee agar terus bergiat di dalam bidang seni yang amat diminatinya.


Bahagian Dapur.
Antara pakaian kegemaran P. Ramlee.
Ruang Pengenalan P. Ramlee.
Surat beranak / Sijil Kelahiran P. Ramlee. 
Gambar Ayah / Bapa P. Ramlee (Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim)
TEUKU NYAK PUTEH BIN TEUKU KARIM - Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim berasal dari Acheh Indonesia telah dilahirkan pada tahun 1902 dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun. 

Tangga menuju ke bahagian tengah rumah dan yang zink warna merah tu tempat mandi.
Bahagian Anjung Rumah. 
Tangga menuju ke Ruang Tamu, bahagian hadapan rumah. 
Rumah Kelahiran P. Ramlee dari arah belakang.
Gambar asal Rumah Kelahiran P. Ramlee.
Sejarah asal penglibatan P. Ramlee dalam bidang seni dan latar belakang dirinya. Nak baca dengan lebih lanjut, korang boleh klik gambar ni untuk tumbesaran jelas.

p/s : Sebenarnya ada banyak lagi info menarik mengenai P. Ramlee yang boleh korang ketahui di Rumah Kelahiran beliau. So, kalau jalan-jalan dekat Pulau Pinang. Wajiblah singgah sini. Tak rugi pun tau... Lagi satu, i sempat berkenalan dengan pakcik yang jaga rumah P. Ramlee. Pakcik ni baik dan rajin sangat-sangat. Bersih betul kawasan persekitaran dan dalam rumah P. Ramlee.