Tanyalah kepada semua perempuan, rasanya selain daripada kedut dekat muka. Perkara lain yang mereka takuti ialah dagu berlapis (owh ohh). Dagu berlapis ni terjadi samada disebabkan faktor usia, pertambahan berat badan, pemakanan diet yang tak seimbang dan kurangnya senaman. So, dekat sini i nak share tips untuk hilangkan dagu berlapis melalui senaman muka. Amalkanlah senaman ini sebelum tidur dan selepas mandi pagi.
Gambar: Pertolongan dari Google. Mekacih!
Walaupun sekarang ni dah ada macam-macam keluaran produk muka untuk hilangkan dagu berlapis tapi rasanya macam kurang effective pulak (agaknyalah kot) kalau tak seiring dengan buat senaman. Rasa macam tak logik bila sapu krim je muka dah boleh jadi kurus macam Ziana Zain. Kecualilah korang pergi Slim World buat Face Lifting (kelas gitu...). So, jom kita cuba buat senaman muka sama-sama k. Free je. I tak mintak charge pun tau. Haha.
Senaman muka untuk hilangkan dagu berlapis / berlipat (double chin):
1. Duduk dalam keadaan menegak, angkatkan kepala dan lihat ke bahagian atas atau ceiling. Muncungkan bibir anda seakan-akan anda ingin mencium bahagian ceiling. Biarkan diri anda selama 10 saat sebegitu dan kembali semula dalam keadaan asal. Lakukan perkara yang sama sebanyak 10 kali.
2. Berdiri tegak dalam kedudukan yang selesa. Bukakan mulut anda seluas yang mungkin dan keluarkan lidah anda sejauh yang mungkin. Bertahan untuk 10 saat dan berehat. Ulang sebanyak 5 kali.
3. Gerakkan secara perlahan-lahan muka / kepala anda mengikut arah jam sebanyak 5 kali. Dan ulangkan perkara yang sama sebanyak 5 kali mengikut arah berlawanan jam pula. Lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dan anda akan dapat merasakan regangan pada otot leher.
p/s: Bila dah buat senaman muka ni, perkara utama yang korang kena pastikan ialah jangan terus tidur lepas makan (pastikan tidur sejam kemudiannya), jangan ambil makanan selepas pukul 8.00malam, jaga diet pemakanan dan lakukan senaman ringan untuk badan juga. Kalau tak sia-sia je buat senaman muka. Hehe.
