Blogger templates

Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Oct 22, 2012

Resepi : Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? Ish... tak baik cakap macam gitu tau kawan-kawan. Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik. Nak tak nak, terpaksalah ubah menu telur separuh masak jadi telur mata kerbau. Takkanlah nak buang pulak kan. Membazir nanti.

Sekarang ni pun sebenarnya banyak alatan untuk hasilkan telur separuh masak tanpa perlu bersusah-payah. Memandangkan i ni jimat-cermat orangnya (hahaha! Yelah... buat apa nak bazirkan duit semata-mata beli alatan macam ni sedangkan takdelah susah mana pun nak buatnya). Jadi i lebih suka gunakan cara tradisional sebelum kewujudan alatan untuk telur separuh masak (macam berkurun lamalah sangat bunyinya! Hahaha).

Senang je kawan-kawan nak buat telur separuh masak ni. Jom ikut masuk dapur i.

Cara-cara :

1. Sediakan periuk sederhana kecil bersesuaian dengan kuantiti telur ayam yang akan korang masukkan nanti.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur.
3. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.
4. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk.
5. Selepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur.
6. Sedia untuk dimakan bersama kicap dan lada sulah (nyam-nyam!)

Betul tak i cakap, senang je kan nak buat telur separuh masak ni. Pagi-pagi breakfast dengan telur separuh masak, lepas tu cicah dengan roti Gardenia fuhhh... memang best!

Apa Khasiat Telur Separuh Masak ?

Masa zaman kecik-kecik dulu, tiap-tiap pagi ibu mesti hidangkan telur separuh masak untuk i sebelum pergi ke sekolah. Tension jugak bila hari-hari hadap telur separuh masak je (biasalah budak-budak kalau tang makan benda berkhasiat memanjang semuanya tak best. Hehehe). Kata ibu, telur separuh masak bagus untuk tumbesaran dan tambahkan berat badan. So, betullah kata ibu tu. Telur kan sumber protein yang baik untuk tubuh badan terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Yang penting korang pilihlah telur yang ada Omega ok. Tapi untuk orang-orang tua (i maksudkan orang dewasa. Kira tualah tu kan? Hehehe) tak boleh banyak sangat makan kuning telur ya, kolestrol jadinya.






p/s : Malam nanti i akan announce untuk pemenang Giveaway. Jeng-jeng-jeng!

Oct 21, 2012

Senaman Abdomen, Perut dan Peha

Bila sebut pasal senaman ni macam fobia je bunyinya kan? Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga dan ada anak. Fobianya bukan sebab takut nak buat senaman tapi jawapan standard ibu-ibu atau bapa-bapa zaman sekarang ialah takde masa nak buat senaman. Kelakarnya bila baju yang dipakai dah nampak berlapis macam rupa daging burger atau seluar yang nak dikancing sampai menggigil minta nyawa. Mulalah panik merungut. Arghhh! Dah gemuk rupanya aku, nampak gaya kena beli baju baru atau seluar baru. Aik?! Seluar dengan baju yang dirisaunya. Sepatutnya tang rupa badan yang pelik tulah yang kena ambil berat. Haish... payah sebenarnya nak terapkan kehidupan dan makanan sihat dalam diri sendiri sebab dah biasa manjakan diri dengan macam-macam makanan yang menarik, tertarik dan memang da boom! Lepas tu bila dah reti tak tolak makanan sedap-sedap, tak reti pulak nak buat senaman untuk bakar kalori yang masuk sebesar lori sampah tu (erk!)

Ya, i pun sama juga. Selalu jugak miss atau skip buat senaman dekat rumah sebab bangun je dari tidur, otak terus ligat fikir, nak kemas rumah, basuh baju, uruskan anak-anak dan nak masak apa (untunglah sesiapa yang ada pembantu rumah. Eh! Hehehe... yelah kan, at least takdelah hari-hari nak kelam-kabut macam i). Tapi takpe, i suka dengan rutin harian i sebab dah terbiasa kelam-kabut dan sibukkan diri dekat rumah. Jadi semua tugas i rasa cepat je siap (kehkehkeh, kononnya expert lah tu. Eceh!) Kelakarnya bila dah siap kerja rumah, tak jugak nak bersenam ke atau bersenang-lenang depan tv tapi pergi cari resepi baru pulak untuk cuba. Tengok, memang tak reti duduk diamkan? Dan apa yang buat i rasa bertuah ialah sebab hubby sama-sama membantu untuk uruskan rumah (alhamdulilah).

Macam mana pun dengan hanya buat kerja rumah semata-mata takkan menjanjikan bentuk badan yang ideal. Nak tak nak kena juga buat senaman. Pada i kurus tak semestinya tubuh badan dah sempurna. Sempurna maksud i dari segi stamina, paras kalori dalam badan dan jauh dari sebarang penyakit. Tahukah korang orang kurus pun berisiko menghadapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Errr... takut kan? Apa yang i perasan bila usia menginjak 30-an, berat badan lagi senang untuk naik tapi payah betul nak kurangkan (haishhh, boleh tahan kepala batu juga lemak ni kan?) Walaupun berat badan i tergolong dalam kategori normal (index berat badan i ialah 20.57, korang juga boleh check dekat sini ---> http://herbalifeku.trinunggal.net/index_berat_bad) i kena buat sesuatu untuk pastikan kecerdasan badan dan mungkin kecilkan sedikit bahagian abdomen perut ke bawah (biasanya inilah antara tempat persembunyian lemak tepu yang suka bermaharajalela). Bukanlah nak harapkan sangat supaya bentuk badan jadi ala-ala retis tapi pada i, lebih kepada kesihatan untuk hari tua. Dah tua-tua baru nak terfikir pasal kesihatan, tak guna jugak. Waktu badan masih boleh diharapkan nilah kita kena buat sesuatu (ye tak?)

Dalam memikirkan senaman apa lagi yang sesuai untuk i lakukan? (Kebiasaannya kalau korang nak tahu alat senaman yang i biasa gunakan dekat rumah, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/09/tips-kekal-ramping-elak-perut-buncit.html). Apa-apa hal pun i lebih prefer untuk buat senaman yang hanya memerlukan ruang kecil (macam dekat rumah), takde melibatkan kos yang banyak (contoh: nak bayar untuk register dekat gym ke), takde melibatkan alatan-alatan senaman yang besar dan berat serta takde jugak melibatkan masa yang lama tapi yang paling best memberikan kesan yang lebih cepat (hamboi... kemain kan? Bersenam pun nak demand macam-macam. Hahaha). Jadi i cuba minta pertolongan Google yang baik hati. Menariknya i terjumpa satu laman web yang menepati kehendak i. Bersenam dengan cara murah, cepat dan menyeronokkan! Yang penting hasilnya memang buat korang teruja. Kalau selama ini senaman yang i buat hanya ambil masa sekitar 15 hingga 30 minit je. Rupa-rupanya i baru tahu bagi mendapatkan hasil yang cukup membanggakan (ewah!) Sebaik-baik senaman adalah selama sejam dengan pengambilan air sebanyak 3 hingga 4 liter sehari dan lakukan 5 hingga 6 kali seminggu. Apa yang penting, korang banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Senaman ni dipanggil pilates (ok, serius i tak tahu sebutan dia macam mana. Hahaha!) Ianya lebih menumpukan kepada bahagian abdomen perut dan ke bawah dan secara automatik membentuk tubuh badan yang korang idamkan (kemain statement i kan? Tapi kalau malas buat takde maknanya tubuh idaman tu nak terbentuk. Hehehe).

Buat masa ni, inilah laman web yang paling rajin untuk i datang singgah sambil bersenam --->

Pemilik laman web ini ialah Cassey Ho. Dia merupakan Pilates and Fitness Instructor. Nak berkenalan dengan Cassey Ho? Korang klik sini ---> http://www.blogilates.com/about-me. Cara penyampaiannya memang fun dan korang mesti rasa tertarik nak cuba dekat rumah especially bila tengok Youtube PSY Oppa Gangnam Style Cardio Dance Workout dekat bawah ni (fuhhh... berpeluh i tengok Cassey bersenam. Sendiri buat entah-entah semput jadinya. Kihkihkih). Abaikan keseksian Cassey Ho yang super duper pergh! Yang penting kita ambil sikap positif untuk kekalkan kesihatan. Tapi kalau korang nak bergaya seksi dekat rumah korang takde salahnya kan? Hehehe...


Anyway, banyak youtube Cassey yang boleh korang ikuti untuk bersenam (yeah, cayalah Cassey! Buat i bersemangat je ni. Hehehe)

Selain tu, Cassey juga ada sediakan printables poster senaman secara PERCUMA (baikkan Cassey ni?) untuk memudahkan korang gunakan sebagai panduan bersenam di mana sahaja korang berada (alahai bestnya!). Dekat bawah ni adalah antara printables poster senaman dari laman web Cassey. Klik pada gambar untuk tumbesaran dan print untuk simpanan korang.









Nak dapatkan keseluruhan printables poster senaman Cassey, korang pergi sini ok --->


Macam mana excitednya i untuk bersenam dengan cara Cassey, i harap korang pun sama jugak. Sekarang ni, Cassey adalah merupakan sumber inspirasi i (thanks Cassey!)


p/s : terima kasih untuk korang (korang lah tu!) yang sudi join Giveaway yang i adakan. Tapi sedihnya guru besar tak berkesempatan lagik nak ucapkan good luck personally dekat korang. Tunggu ye!

Jun 30, 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Assalamualaikum dan hai semua, terasa macam lama sangat i tak jengah blog ni kan? Kesian korang yang tertunggu-tunggu kehadiran i (eh, ada yang tunggu ke? Hehehe...) Ikutkan, i pun rindu sangat nak membebel dalam blog ni. Macam-macam cerita i nak ceritakan tapi tulah, kesuntukan masa nak berlegar lama-lama dalam internet, faktor kesihatan, beban kerja pejabat dan keutamaan untuk keluarga buatkan i kena berikan perhatian untuk mana yang lebih penting (huhuhu... tulah sebab kena korbankan masa berblog. Sorry ye korang).

Haishh... bukan senang jadi orang dewasa yang dah bekeluarga ni tau? Hehehe... Kalau dulu, i selalu berangan nak jadi dewasa cepat-cepat. Motifnya? Sebab nak kerja, dapat duit gaji tiap-tiap bulan, pakai mekap dan baju cantik-cantik dan boleh buat keputusan sendiri (hahaha... motif lah sangat kan?) Tapi bila dah dewasa ni (atau perkataan dahsyatnya semakin tua. Kehkehkeh). I harap sangat masa boleh bertukar balik ke belakang sebab i lebih rela ibu dan ayah buat keputusan untuk i, lebih rela kena marah dengan cikgu dan lebih rela mengadap peperiksaan dengan buku. Hahaha... senang cakap, jadi budak-budak ni tak payah nak fikir banyak benda pun. Tak nak kena marah, ikut jelah cakap orang tua. Habis cerita.

Macam mana pun janganlah korang fikir yang i macam give-up jadi orang dewasa pulak ye... Seronok jugak jadi dewasa ni, macam-macam pengalaman yang kita lalui hari-hari. Banyak sangat benda yang kita kena fikirkan atas apa pun keputusan yang kita ambil. Bila jadi dewasa, tak boleh pentingkan diri sendiri je, kena jaga hati keluarga. Kena tahu batas-batas tertentu, kena didik diri sendiri dulu sebelum didik anak-anak. Kena belajar terima teguran orang lain (selain ibu bapa) dengan hati terbuka. Kena kurangkan emo dan selalu tanamkan perasaan positif dalam diri. Yang sebenar-benarnya bila jadi dewasa ni kita kena selalu banyak bersabar (tarik nafas pelan-pelan kemudian lepaskan ye kawan-kawan. Hehehe...)

Oh, apa lagik perkara penting yang patut kita buat bila jadi dewasa? Hah... periksalah kesihatan selalu (seelok-eloknya setahun sekali) tak kiralah untuk kaum wanita atau pun lelaki. Sebab apa? Sebab banyak lagik perkara yang kita nak terokai setiap hari. Ye tak? Lagipun macam orang putih cakap prevent is better than cure (mencegah lebih baik daripada mengubati). Hehe...


ANTARA PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG WAJIB KORANG LAKUKAN SETIAP TAHUN IALAH :-

1. Mengukur berat badan dengan ketinggian bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Body Mass Index (BMI) merupakan pengukuran yang membandingkan berat dan tinggi badan seseorang. Meskipun nilai yang dihasilkan dari formula BMI bukan berdasarkan jumlah lemak dalam tubuh, namun nilai BMI biasanya dijadikan pengiraan adakah seseorang memiliki tubuh yang ideal. Formula BMI digunakan di seluruh dunia sebagai alat diagnosis untuk mengetahui masalah berat badan seperti terlalu kurus, kurus, normal, atau gemuk. Kelompok hasil BMI telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh WHO. Di Asia nilai BMI nya adalah berbeza dengan nilai BMI di negara Barat.

Nilai pengiraan dari formula BMI lebih sesuai digunakan untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak, wanita hamil, dan orang yang berotot, nilai BMI ini tidak dapat digunakan. Nilai BMI juga boleh menentukan risiko terkena penyakit akibat berat badan, seperti jantung dan diabetes.

Sumber : kumpulan.info


Jom kita kira berapa BMI berat badan nak?

Menilai Berat Badan Anda (BMI)
Berat Anda (kg)
__________________ = BMI
Tinggi (m)
< 18.5 Berat Badan Berkurangan
18.5 - 22.9 Berat Badan Ideal
23.0 - 27.9 Berat Berlebihan
> 28.0 Obesiti


2. Pemeriksaan tekanan darah.

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan. Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik. Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber jadual : arbibm.blogspot.com

3. Pemeriksaan paras gula dalam darah.

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya:

1. Anda mempunyai berat badan yang berlebihan
2. Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
3. Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
4. Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
5. Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan
6. Anda mengandung


Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang penghidap Diabetes. Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja walaupun ia lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimanakah ujian paras gula dalam darah dijalankan?

• Satu tusukan kecil jarum di hujung jari anda akan menghasilkan setitis dua darah. Titisan darah ini akan diletakkan di atas jaluran kertas khas dan dimasukkan ke dalam mesin kecil yang dipanggil glucometer. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mengetahui keputusan paras gula darah.


• Ujian kedua memerlukan pengambilan beberapa mililiter darah dari salur darah vena di lengan dengan menggunakan jarum yang lebih besar. Darah ini akan dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh memperoleh keputusan ujian ini dalam masa beberapa jam ataupun dalam masa sehari.

Sumber : izieherb.net

Sumber : steviapage.blogspot.com

4. Pemeriksaan Payudara.

Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor. Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun. Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Untuk cara pemeriksaan sendiri payudara dan keterangan lanjut, korang boleh rujuk di sini ---> http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemeriksaan_payudara_diri


5. Pemeriksaan Pap Smear.

Apa itu Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu Serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca dekat sini ---> kpmcpuchong.com.my


6. Pemeriksaan gigi.

Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan kesihatan secara keseluruhan.

Kenapa perlu anda melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala?

Pemeriksaan gigi secara berkala penting bagi :-

1. Pencegahan penyakit gigi
2. Pengesanan awal penyakit gigi.
3. Penyeliaan penjagaan sendiri.

Sumber : izieherb.net


Alhamdulilah, pejabat i baru je adakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk ke semua stafnya (pheww...  best kan? Save budget i. Kehkehkeh). Walaupun sebenarnya, setiap tahun i selalu pergi ke SDMC atau pun nama panjangnya Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai SJMC - Subang Jaya Medical Centre) untuk jalani pemeriksaan kesihatan dengan Dato' Dr. Siti Zaleha Zainal (nilah doktor gynae favourite i yang dah bantu lahirkan ketiga-tiga anak i) dan giliran nak berjumpa Dr. Siti memang lama (sebab ramai betul pesakit yang pilih dia). Tapi sebab tengok semangat Dr. Siti yang melayan semua pesakitnya dengan senyuman tanpa mengira waktu buat i rasa penantian i berbaloi sangat.

Ok korang tu je nak cerita... Bye-bye. Jaga kesihatan selalu tau.

Tengah tunggu giliran nak jumpa Dato' Dr. Siti Zaleha. 



p/s : tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah takde orang dah. Hehehe...

Apr 26, 2012

Fakta Mengenai Kanser / Makanan / Cara Elak Kanser

Assalamualaikum semua... hari ni macam nak cerita kisah seram sikit untuk para wanita dan ibu-ibu dekat luar sana. Seram macam mana tu? Adakah perasaan seram tu macam tengok cerita hantu sambil tutup lampu, lepas tu bila orang cuit bahu, serta-merta menjerit macam hantu tu meloncat keluar daripada tv. Atau, tengah tekun belajar last minute dalam bilik sampai pukul dua, tiga pagi tiba-tiba dapat mesej dekat handphone daripada nombor yang tak dikenali. Bunyi mesej, "Anak, tolong makcik ambilkan kain putih dalam almari. Makcik nak pakai.... Ok, tak lawak sebab takde sesiapa dalam bilik yang boleh berkongsi lawak dengan mesej yang berbunyi macam gini (ni kisah benar waktu i belajar dekat UiTM dulu-dulu. Hampeh!)

Tu tak berapa seram lagik sebenarnya, sebab ikutkan ada banyak kisah-kisah yang i rasa di luar logik / akal fikiran waktu i belajar di UiTM, Segamat, Johor dulu. Kisah dalam tandas, kisah kena ganggu waktu cuci baju tengah malam, kisah orang minyak, kisah kena hempap sampai susah nak bernafas, kisah orang kena histeria lepas balik dari telefon boyfriend, kisah kawan sebilik kawan i yang boleh nampak makhluk lain (ok, yang ini serius seram! Sebab dia ni umpama macam cerita Sixth Sense. Asal sikit cakap dengan kawan i, "Eh, 'benda tu' tengah berdiri dekat pintu bilik". "'Benda tu' tengah renung aku". Pitam!), kisah pensyarah i yang tumpang tidur dekat banglo tinggal atas bukit dekat dengan kolej i menginap kemudian kena ganggu dengan budak perempuan bawak kek harijadi..., kisah pak guard naik motor tegur budak tengah study dekat tingkat tiga dan macam-macam lagiklah.

Kalau nak cerita satu-persatu cukup lengkap jadi satu filem agaknya. Alhamdulilah, walaupun i pernah tidur sorang-sorang selama tiga hari tiga malam dalam bilik gara-gara kertas periksa i antara yang terakhir sebelum balik kampung untuk cuti semester. Dan dekat wing i waktu tu takde siapa-siapa kecuali i sahaja. Bila ingat-ingat balik i rasa kagum jugak dekat diri sendiri sebab terus-terang i cakap yang i ni boleh tahan penakut jugak orangnya. I rasa mungkin waktu tu, i cuma fikir kertas periksa yang i nak kena hadap, lagik seram daripada kisah-kisah yang terjadi dekat sekeliling UiTM. Jadi i langsung tak ambil pedulik dengan semua tu.

Tapi seram yang i maksudkan dekat sini takde kaitan langsung dengan cerita hantu pun. Alooo... mesti korang frust kan? Bunyi awal-awal perenggan macam nak kongsi kisah seram waktu study. Hehehe... i tak naklah cerita hantu. Bukannya menambahkan ilmu pengetahuan pun. Yang penting dekatkan diri dengan Allah SWT, insya-Allah semuanya selamat. Takutkan Allah tu kan lebih elok daripada takut dekat hantu. Yang sebenar-benarnya seram yang i nak cerita ni ialah bila kita sendiri adalah punca kepada wujudnyanya penyakit dalam diri kita sendiri. Kalau korang nak tahu penyakit seram ni ialah penyakit kanser. Dan kanser kedua yang paling banyak meragut nyawa kaum wanita selepas kanser payudara adalah kanser serviks. Haishh... takutkan dengar bab-bab kanser ni? Bukan apa, kos untuk merawat kanser ni bukannya sikit-sikit, tapi besar jumlahnya. Dan peratusan untuk pulih bergantung dari daya tahan badan kita sendiri dan rawatan yang kita jalani. Pulak tu golongan wanita lah yang paling mudah terdedah kepada penyakit kanser ni.

Semenjak pejabat i selalu adakan pelbagai ceramah untuk staf baru-baru ni, i mula rasa banyak manfaat yang i perolehi. Kiranya macam terbukalah mata dengan minda ni. Haishh... kalau waktu study dulu dengar perkataan ceramah / tazkirah. Dalam kepala dah fikir, sure nampak huruf 'ZZZ' je depan mata. Hehehe... Adakah faktor usia dah mencapai tahap kematangan untuk berfikir rasional? (hamboi... ayat tak agak-agak tau. Hehehe). Entahlah... tapi i perasan bila umur dah mencecah angka 30, i mula dah slow-down. Lebih suka berfikir positif daripada emosi tak tentu pasal. Cuba jadi setenang dan sesabar yang mungkin. Kalau ada perkara negatif yang terjadi, i harapkan perkara yang baik menyusul kemudian. Biasalah hidup ni kan berputar, sekejap atas, sekejap lepas tu dah bertukar dekat bawah.


Sumber daripada Google
Jenis-jenis kanser kepada Lelaki dan Perempuan / Types of Cancer for Men and Women

Mengikut kata penceramah daripada MAKNA (Majlis Kanser Nasional / National Cancer Council Malaysia) setiap daripada kita sebenarnya memang dah ada sel kanser dalam badan bermula dari saat kita dilahirkan lagik. Tapi tumbuhnya / hidupnya sel kanser ni bergantung dari gaya hidup dan keperluan makanan yang kita ambil setiap hari. Contohnya, kalau waktu kita kecil kita perlukan pelbagai zat dan sumber makanan yang tinggi untuk membesar. Tetapi berbeza pula bila kita dewasa, hidangan makanan tanpa kawalan boleh menjadi racun kepada badan kita sendiri. Sebab tulah, kita kena jaga pemakanan dan kurangkan makanan yang memudaratkan diri kita seperti makanan berlemak, berminyak, berlebihan garam atau gula dan lain-lain lagi. Kena perbanyakkan memakan hidangan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan sebegini dianggap sebagai penapis / filter untuk badan kita. Minum air masak lebih 8 gelas sehari yang bertujuan untuk melancarkan sistem perkumuhan dalam badan. Dan lakukan senaman ringkas bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Malah senaman juga dapat memelihara kesihatan jantung dan organ dalaman badan kita.


FAKTA MENGENAI KANSER / MAKANAN / CARA UNTUK ELAK KANSER

1. Setiap badan manusia sememangnya ada sel kanser, tetapi bilangan sel kanser dalam badan manusia normal atau amatlah rendah (sehingga tidak dapat di lihat dengan mata kasar). KECUALI, sel kanser ini bergabung menjadi banyak.
Apabila doktor telah mengesahkan tiada lagi sel kanser di dalam badan seorang bekas pesakit kanser, ini bermaksud doktor tidak dapat mengesan sel kanser kerana bilangannya telah pun berkurangan.

2.  Faktor lain kewujudan kanser seperti keturunan genetik, persekitaran, makanan yang tiada nutrisi dan gaya hidup bebas (bertukar-tukar pasangan).

3. Kimoterapi bukan sahaja memusnahkan sel kanser dalam badan malah turut memusnahkan sel-sel sihat yang lain. Kimoterapi juga menghalang sel-sel sihat untuk membiak melalui tulang belakang manusia. Ini akan mendatangkan kesan buruk pada organ badan yang lain seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan organ yang lain.

4. Radioterapi dari hasil kimoterapi akan meninggalkan kesan kebakaran pada sel-sel sihat. Ini akan menyebabkan sel-sel menjadi cacat dan kurang bermaya. Malah kesan kebakaran boleh di dapati pada tisu dan organ dalaman badan.

5. Kimoterapi dan radiotereapi sememangnya boleh mengurangkan ketumbuhan tumor / kanser, tetapi dalam masa yang sama merangsangkan kembali ketumbuhan tumor / kanser. Seorang pesakit kanser akan menghadapi komplikasi yang serius kesan daripada kedua-dua terapi ini. Ianya menjadikannya sukar di rawat. Pembedahan antara faktor yang boleh menyebabkan sel kanser merebak ke bahagian badan yang lain.

6. Cara yang paling efektif untuk mencegah sel kanser dari membiak dan aktif ialah dengan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan menghindarkan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Antaranya seperti :-

a) Gula adalah pencetus utama kanser. Kurangkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan harian. Gantikan pengambilan gula dengan madu (dalam jumlah kecil). Pengambilan garam juga boleh digantikan dengan garam laut (sea salt).

b) Susu adalah pengedar mukus / mucus (sejenis lendiran yang berasid) ke dalam badan melalui laluan usus. Mucus adalah agen pencetus kanser untuk aktif. Kurangkan pengambilan susu terutama sekali susu soya (kerana kandungan mucus dalam susu soya amat tinggi).

c) Kanser juga boleh menjadi aktif melalui makanan yang berasid. Kurangkanlah pengambilan daging merah yang merupakan makanan berasid (contoh : seperti daging lembu). Dan lebihkan makan makanan yang kurang asid seperti ikan segar dan ayam.

d) Kita memerlukan diet 80% makanan seimbang nutrisi dari sayur segar atau jus, bijirin, kekacang, oat dan buah-buahan dalam badan. Manakala 20% lagi adalah dari makanan yang di masak. Makanan segar membantu menyisihkan lemak dalam badan dan menghasilkan se-sel sihat. Digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 3 kali sehari.

e) Elak daripada mengambil kopi, teh dan coklat berlebihan kerana ianya mengandungi kafein (caffeine). Gantikan dengan minuman teh hijau sekali sehari. Minum air bersih yang dimasak atau air tapisan (mineral water) lebih 8 gelas sehari. Jangan minum air terus daripada paip, ini amat merbahaya kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin.

f) Pengambilan makanan tambahan / supplement seperti minyak ikan, anti-oxident, vitamin, mineral, EFA (Essential Fatty Acid) boleh merangsang daya ketahanan badan untuk menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.

7. Cuci kesemua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air yang dicampurkan sedikit garam sebelum mula memasak / makan.

8.  Kanser juga berpunca daripada minda, fizikal dan emosi yang tidak stabil seperti stress / ketegangan dalaman. Ianya akan menghasilkan persekitaran asid dalam badan dan mewujudkan kanser. Kebanyakan pesakit kanser yang pulih mempunyai pemikiran yang positif dalam hidup.

9. Kanser juga boleh dielakkan dengan melakukan senaman setiap hari dan menghirup udara segar terutamanya di waktu pagi. Udara segar berupaya menyisihkan sel kanser daripada menjadi aktif.

sumber : sihatkaya.com


p/s : Panjangnya entry i, hehehe... harap korang tak boring baca. Lagipun penting untuk kesihatan kita semua.

Mar 19, 2012

Tips dan Petua Apabila Anak Demam Panas

Anak yang belum memasuki usia dua tahun memang selalu mengalami demam atau demam panas. Kebiasaannya demam ini berlaku tanpa disangka-sangka samada kesan daripada injection imunisasi yang diambil setiap bulan, cuaca panas, suhu bilik / rumah yang panas, pakaian yang tebal, berjangkit daripada orang sekeliling, keletihan akibat perjalanan yang jauh, perubahan cuaca persekitaran dan lain-lain lagi. Demam mungkin tak jadi masalah sekiranya berlaku kepada orang dewasa (yelah, telan je dua biji panadol, mesti lepas tu surut). Namun, demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah sebab akibat daripada demam tersebut boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain lagi.

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?

1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. I nasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.

Tips Apabila Anak Demam Panas :-

1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-

1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.

I ikatkan tuala basah dekat kepala Damien untuk kurangkan panas demam

Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Sekiranya anak korang mengalami cirit-birit, boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/05/tips-sekiranya-anak-mengalami-cirit.html


p/s : Selamat bekerja kawan-kawan. I masih dalam mood bercuti. Jaga kesihatan selalu.

Mar 7, 2012

Khasiat Madu

Hari ni, i nak berkongsi mengenai tips kesihatan dengan pengambilan beberapa makanan tambahan dalam diet korang. Tapi sebelum tu, awal-awal i nak bagitahu dekat korang yang i bukanlah doktor perubatan mahupun doktor sakit puan ya. Hehehe... Jadi kalau ada yang nak tanya pendapat i pasal nak ubat penyakit ke, kurangnya vitamin ke atau lain-lain lagi. I memang surrender. Tak tahu langsung apa-apa. Nanti i bagi ajaran sesat kang, tak pasal-pasal bertambah-tambah penyakit / masalah korang pulak.

Kalau korang nak tahu sejak kecil lagi, ibu dan ayah memang dah terapkan pasal kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan yang berkhasiat dekat i. Korang bayangkanlah, dulu-dulu waktu kecil (rasanya umur 4, 5 tahun) i dah mula makan Scott's Emulsion (bukan yang perisa oren, tapi yang original hokeh. Sampaikan setiap kali makan, i kena tutup hidung sebab tak tahan dengan bau 'harum' nya), telur separuh masak, madu dan beberapa vitamin tambahan setiap kali pergi sekolah dan sebelum tidur. Jadi bila i dah sambung belajar ke Universiti, bekerja, kahwin dan ada anak-anak. Rutin harian untuk makan kesemua makanan tadi memang i masih teruskan. I rasa bertuah sebab ibu dan ayah i perkenalkan ke semua makanan ni sejak i kecil lagi (mekasih ibu dan ayah!) Walaupun waktu tu pernah jugak i protes, kenapalah nak kena makan benda-benda ni semua. Bukannya sedap pun. Tapi bila dah besar dan faham mengenai khasiat daripada kesemua makanan ni, i jadi bersyukur dan bangga sangat-sangat. Yelah, kesihatan nikan harta yang paling bernilai untuk semua orang. Jadi jom kita amalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan kesihatan yang sempurna.

Di bawah ini adalah artikel yang i jumpa melalui Bahtera Yubalam dan nak kongsikan dengan korang mengenai khasiat madu / kelebihan madu / fungsi madu dalam kesihatan / penggunaan madu dalam rawatan dan petua kesihatan. Madu adalah antara makanan tambahan yang i ambil setiap hari. Cara pengambilan madu yang sebetulnya ialah dengan menggunakan sudu plastik dan diambil bersama-sama air suam. Untuk memastikan madu kekal lama, JANGAN simpan madu di dalam peti ais. Setiap kali menggunakan madu lebah, mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Junjungan sebanyak 3 kali. Gunakanlah dengan penuh yakin.

Eh, lupa nak bagitahu dekat korang, sebenarnya i suka minum teh (teh yang uncang tu. Biasanya i beli brand Lipton atau Cameron Valley perisa Strawberry) dicampur dengan 1 sudu besar madu dan air suam-suam panas. Fuhh... best sangat minum waktu selsema. Cepat je baik tau. Cubalah!

Nak tahu dekat mana i beli madu dekat atas. Boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/kok-lim-strawberry-farm.html

FUNGSI MADU DAN PERANANNYA


1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2. Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah daripada serangan anemia.
3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi.
4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.


Nota :
Madu merupakan sumber laxative yang natural dan lembut. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.

Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan kesihatan.
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEKALKAN KEKUATAN TUBUH BADAN

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH

1. Memulihkan kembali pembekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah agar darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuatkan jantung menjadi aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


KELEBIHAN MADU KEPADA :

1. BAYI / KANAK-KANAK

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuhkan dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik (fewitt...)
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI

a) Kelihatan lebih muda dan tampan (ehemm...)
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)

Menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan menggantikan gula kepada madu lebah.

6. UNTUK SEMUA

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan daripada letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila kedatangan haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu menerangkan mata.

CARA MENGGUNAKANNYA :

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman harian.
3. Campurkan madu di dalam masakan atau sewaktu membuat kuih. Keharuman madu akan menyedapkan lagi masakan.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu besar madu. Jangan dicampur dengan ais.
5. Untuk memulihkan tenaga seksual, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak. Kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata. Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

SAPULAH MADU JIKA ANDA :

a) Kemalangan ke atas luka - memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit kulit.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN :

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Digunakan sebagai bahan membuat kuih / kek.
c) Menyapu madu pada ayam untuk tujuan menggoreng atau memanggang ayam.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU :

A) IBU MENGANDUNG :

1. Memberi tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN :

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat kerana terdapatnya vitamin C di dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR :

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan (sukatan untuk bayi : berikan hanya sedikit sahaja madu).
2. Membersihkan perut bayi dari najis hitam yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna dan terhindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK :

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka di dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


PETUA KESIHATAN DENGAN PENGAMBILAN MADU BAGI :

1. Batik - madu dicampurkan dengan perahan limau nipis.
2. Menguatkan minda - madu dimakan dengan kismis.
3. Menguatkan tulang - madu dicampur dengan susu anlene.
4. Menyembuhkan luka dan melecur - sapukan pada luka.
5. Lelah dan sesak nafas - madu dicampurkan dengan lobak putih yang diparut dan diperah.
6. Pembersih muka - putih telur dicampurkan dengan perahan limau nipis bersama-sama dengan madu.
7. Pelembap muka - kobis dicampurkan dengan madu.
8. Melangsingkan badan - madu dicampur dengan pati kunyit (minum seminggu sekali).
9. Tenaga seksual - 1 sudu besar madu dicampurkan dengan 3 biji lada hitam, 1 ulas bawang putih dan kuning telur.
10. Wanita mengandung - 1 sudu teh madu dimakan 2 kali sehari.


p/s : badan sihat, otak pun cerdas (eceh... hehe)
 

Jan 30, 2012

Kelebihan Sarapan Pagi

Tahukah korang banyak kelebihan dengan pengambilan sarapan pagi setiap hari. Kajian menunjukkan dengan mengambil sarapan setiap pagi seseorang itu akan jadi lebih bijak, langsing (confirm ramai yang nak ni) dan sentiasa berfikiran positif.

Ini kerana badan kita memerlukan gula dan glukos dalam darah sebagai penyumbang kepada tenaga dan aktiviti yang diperlukan. Paras gula di dalam darah kebiasaannya menjadi rendah selepas kita bangun daripada tidur. Dan ketiadaaan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang, sukar untuk badan kita kembali cergas dan aktif.

Pilihlah menu sarapan yang mengandungi fungsi karbohidrat seperti bijirin yang penuh dengan serat yang tinggi kerana ianya akan membantu membakar kalori yang berlebihan dan ditukarkan kepada tenaga untuk badan dan otak bekerja sepanjang hari. Patutlah i selalu rasa bersemangat pagi-pagi (eceh ceh... hehe). Mereka yang meninggalkan sarapan pagi hanya untuk menjadi kurus, kebiasaannya cenderung memilih corak makanan yang tidak sihat dengan kadar kalori yang berlebihan. Ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik jika dilakukan untuk jangka masa panjang.

Sebagaimana pentingnya pengambilan sarapan pagi untuk orang dewasa, begitu juga untuk kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka mendapat keperluan gizi yang seimbang setiap hari dengan mengikuti rangka piramid makanan. Kanak-kanak yang mendapat sepenuhnya keperluan zat harian mereka kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, menunjukkan kemahiran kognitif yang lebih baik dan kebarangkalian mendapat kemurungan lebih rendah. Maksudnya kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi akan bergerak lebih aktif, ceria dan dapat menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi.

sumber info daripada : 

Kemaskini / Update terbaru : Ini resepi Sarapan Pagi yang biasa i buat. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Nak cuba? Bolehlah klik dua link dekat bawah --->

http://www.reenaonline.com/2012/03/resepi-sarapan-pagi.html

http://www.reenaonline.com/2012/04/resepi-hot-and-roll.html


Sekarang dah tahukan kelebihan sarapan pagi? Jom kita mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Macam i dan hubby baru-baru kita orang habiskan masa bersarapan dekat McDonald's. Selalunya untuk hari-hari kerja, i kerap breakfast biskut, kellogg's cornflakes dengan susu dan roti yang disapu peanut butter atau jem je sebab kesuntukan masa. Tapi kali ni, kita orang tukar selera dengan makan dekat luar. Kebiasaannya pada hari biasa, harga bagi set sarapan di McDonald's (Weekday Breakfast Special) dengan pilihan kopi atau teh jadi lebih murah iaitu hanya serendah dari RM4.00 sahaja (bestkan?). So, untuk sarapan pagi tu, i pilih Sausage McMuffin with Egg dengan pilihan airnya ialah teh. Set sarapan i ni berharga RM4.70. Untuk minuman (coffee and tea), korang boleh refill (isian semula) secara percuma seberapa banyak kali yang korang suka (syoknya!).

Nak tahu apa lagik set menarik untuk Weekday Breakfast Special? Korang klik dekat sini ok --->http://www.mcdonalds.com.my/highlights/weekdaysbreakfastspecial.asp.

Menu sarapan di McDonald's bermula seawal 4:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:00 pagi. Kalau korang terlewat tiba selepas pukul 11:00 pagi, menu sarapan pagi McDonald's telah ditukar kepada set value meal yang biasa tu. Takpe, jangan sedih-sedih.... besok boleh datang lagi. Takpun, telefon aje McDonald's sebab McDoland's juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi set sarapan pagi McDonald's (yeay!), dail aje 1300-13-1300 (McDelivery). Hah, kan senang tu.


Kata kawan-kawan, gambar i yang ni dah macam model McDonald's (eh, ye ke?). McDonald's sila bayar saya. Haha


p/s : korang suka sarapan apa?

Oct 12, 2011

Tips Hilangkan Dagu Berlapis / Berlipat

Tanyalah kepada semua perempuan, rasanya selain daripada kedut dekat muka. Perkara lain yang mereka takuti ialah dagu berlapis (owh ohh). Dagu berlapis ni terjadi samada disebabkan faktor usia, pertambahan berat badan, pemakanan diet yang tak seimbang dan kurangnya senaman. So, dekat sini i nak share tips untuk hilangkan dagu berlapis melalui senaman muka. Amalkanlah senaman ini sebelum tidur dan selepas mandi pagi.

Gambar: Pertolongan dari Google. Mekacih!

Walaupun sekarang ni dah ada macam-macam keluaran produk muka untuk hilangkan dagu berlapis tapi rasanya macam kurang effective pulak (agaknyalah kot) kalau tak seiring dengan buat senaman. Rasa macam tak logik bila sapu krim je muka dah boleh jadi kurus macam Ziana Zain. Kecualilah korang pergi Slim World buat Face Lifting (kelas gitu...). So, jom kita cuba buat senaman muka sama-sama k. Free je. I tak mintak charge pun tau. Haha.
Senaman muka untuk hilangkan dagu berlapis / berlipat (double chin): 
1. Duduk dalam keadaan menegak, angkatkan kepala dan lihat ke bahagian atas atau ceiling. Muncungkan bibir anda seakan-akan anda ingin mencium bahagian ceiling. Biarkan diri anda selama 10 saat sebegitu dan kembali semula dalam keadaan asal. Lakukan perkara yang sama sebanyak 10 kali.
2. Berdiri tegak dalam kedudukan yang selesa. Bukakan mulut anda seluas yang mungkin dan keluarkan lidah anda sejauh yang mungkin. Bertahan untuk 10 saat dan berehat. Ulang sebanyak 5 kali.
3. Gerakkan secara perlahan-lahan muka / kepala anda mengikut arah jam sebanyak 5 kali. Dan ulangkan perkara yang sama sebanyak 5 kali mengikut arah berlawanan jam pula. Lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dan anda akan dapat merasakan regangan pada otot leher.

p/s: Bila dah buat senaman muka ni, perkara utama yang korang kena pastikan ialah jangan terus tidur lepas makan (pastikan tidur sejam kemudiannya), jangan ambil makanan selepas pukul 8.00malam, jaga diet pemakanan dan lakukan senaman ringan untuk badan juga. Kalau tak sia-sia je buat senaman muka. Hehe.

Sep 1, 2010

Tips Kekal Ramping / Elak Perut Buncit untuk Para Ibu

Bila dah jadi seorang ibu dan melahirkan anak ni. Perkara yang paling payah kita nak buat ialah back to shape. Yup! Aku mengaku bukan senang hokeh, nak dapatkan balik pinggang 25 inci zaman anak dara itu *ekekeke~* Kadang-kadang rasa macam give-up pun ada, kadang-kadang sampai pernah terfikir, "arghh, lantaklah badan aku jadi macam mana pun." Tapi bila pandang baju-baju lama, haishh~jadi macam nak menangis bila tak muat nak pakai. Mulalah rasa stress, sampai nak beli baju baru semata-mata nak tukar saiz pun jadi tension. Nak tak nak, kena paksa jugak diri supaya boleh kurus balik *fuhh~really tough job*.  Yang penting perkara utama yang kena tanamkan dalam diri sendiri ialah kerajinan, disiplin dan motivate diri supaya jangan mengalah. Takdenya perkara-perkara ni, kena redhalah apa pun jadi -___-" *gulp! bunyi gila suspen*

Ini adalah antara tips untuk kekal ramping / elak perut buncit untuk para ibu yang ada antaranya aku baca melalui buku dan belajar dari pengalaman sendiri. Kalau korang ada tips-tips yang lagik menarik. Mehla share sama-sama :)

 
nak pergi fitness first tak sempat, pakai ni jelah dekat rumah untuk exercise :)

  1. Penjagaan semasa pantang penting especially memakai bengkung / barut untuk ibu yang baru melahirkan bayi secara normal. Melalui apa yang aku ketahui, selain dari mengembalikan bentuk badan. Pemakaian bengkung ini bertujuan untuk menyokong tulang anda, menguatkan abdomen dan mengekalkan postur badan anda. Untuk ibu-ibu yang melahirkan bayi secara cesarean pula, anda tidak digalakkan menggunakan bengkung kecuali luka anda telah sembuh sepenuhnya dan dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum menggunakan bengkung.
  2. Mengamalkan terus pemakaian bengkung selepas waktu berpantang amat digalakkan sebab ianya akan melatih diri anda mengawal nafsu makan berlebihan :)
  3. Amalkan minum air suam, seelok-eloknya 8 gelas sehari. Selain bertujuan untuk mengelakkan serangan jantung. Air suam juga amat baik untuk proses penghadaman dan untuk penjagaan kulit.
  4. Pastikan anda membuang air besar setiap hari *haha~jangan gelak dengar statement ni ok*. Tapi kenyataannya, bagus untuk sistem penghadaman dan perut anda akan sentiasa kekal langsing. Bagi mereka yang sukar untuk membuang air besar. Anda digalakkan untuk mencuba tablet spirulina keluaran HPA *so far berkesan untuk aku waktu berpantang*.
  5. Jangan bersulamkan air sewaktu makan.
  6. Kurangkan pengambilan nasi, daging, ayam dan telur tapi lebihkan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak.
  7. Jangan terus tidur atau mandi selepas makan. Tunggu makanan benar-benar hadam atau sejam kemudiannya.
  8. Lakukan senaman seperti sit-up atau senaman yang melibatkan abdomen anda seperti perut, punggung dan kaki. Alatan senaman sebegini boleh didapati di mana-mana pasaraya dengan harga yang berpatutan.
  9. Amalkan pengambilan jamu bagi mengekalkan kesihatan anda samada dari segi dalaman mahupun luaran. Emm~korang nak tau apa jamu yang aku makan? Jamu yang aku makan ialah Q-She, Bidadari dan Femalov. Err~kalau tanya aku pasal Jus-mate Dr Romzey tu, aku tak surelah ok ke tak? hihi~ Yang aku tau rambut dia memang mengancam pandangan mata orang ramai :P ekekeke~
Okie, kawan-kawan harap korang happy dengan entry ni sebab ramai yang request entry ni dari dulu lagik :)


p/s : apa-apa pun tak kiralah macam mana sekalipun bentuk badan anda, yang penting hati kenalah comel selalu. Betul tak?


Aug 20, 2010

Tips Kekal Sihat Berpuasa

Wahh~hari ni je genap 10 hari kita berpuasa kan? *mengikut dari masa aku taip entry ni :)*. 30 hari tolak 10 hari meaning tinggal lagik 20 hari jelah kita dah nak raya. *yeay~sukalah tu :P haha~* Dah masuk 10 hari berpuasa ni, rasanya korang pun dah boleh control perasaan lapar ni kan? Takdelah macam 1st day puasa, lesu semacam je. Nak senyum pun sampai tak larat mulut tu. Alahh~toksah nak cover malulah sebab hihi~ aku pun sama jugaklah macam tu. Tapi macam mana pun bila dah masuk puasa ke-3 dan ke-4, aku dah rasa more relax untuk berpuasa. Sampaikan boleh pergi sana-sini cari barang time-time waktu lunch. Wahh! Hebat tak aku? Sikit punya relax jalan kaki, dari opis aku *area Hotel Equatorial* ke Sungai Wang dengan Pavillion. Sebenarnya faktor semangat shopping yang membara tulah menjadi penyebab utama jadi bertenaga tu haha~ Tapi balik opis mengeluh jugak kaki lenguh sebab berjalan :P *teruk betul! hihi~*

"source from google"

Macam mana pun dekat sini aku nak sharing Tips Sihat Berpuasa cara aku. Sesape nak follow, silakan :)
  1. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak/suam dari sepanjang waktu berbuka sehingga waktu bersahur.
  2. Pastikan juga makanan waktu berbuka dan bersahur mengandungi bahan-bahan makanan berasaskan nasi, sayur, ayam, daging, ikan dan telur. Boleh juga gantikan nasi dengan macaroni, mee atau spaghetti. Sebab makanan sebegini mengandungi diet yang seimbang dan membekalkan nutrien untuk badan secukupnya.
  3. Elakkan makanan berkonsepkan 'Fast Food'.
  4. Jangan makan berlebih-lebihan.
  5. Elakkan daripada minum, minuman yang bercirikan gas/manis/sejuk/berais kerana anda akan mudah dijangkiti selsema atau batuk.
  6. Minum segelas susu sehari, seelok-eloknya sewaktu bersahur.
  7. Ambil vitamin tambahan seperti Scott Emulsion, Fish Cod Oil, Multi-Vitamin atau lain-lain lagi sebagai pelengkap kepada diet harian anda.
  8. Jangan sesekali tinggalkan waktu bersahur.
  9. Sekiranya berasa lapar dan lesu, tenangkan diri dari melakukan apa-apa perkara.
  10. Jangan terlalu agresif sewaktu melakukan sebarang pekerjaan.
  11. Pastikan mendapat tidur secukupnya selama 6 jam sekurang-kurangnya.
  12.  
    Ok, selamat berpuasa secara sihat kengkawan semua. Jangan puasa yang-yang yok sudah~ :P

    Teringat satu tweet dari kawan aku @acapawn7 pasal doa tahan puasa:
    "allahumma baring sana baring sini watak tahan wa mahu mati wa lihat jam masih lama lagi tak ada nasi wa tibai megi nanti lain kali wa kasik ganti amin"
    p/s: Doa tu just joke aje hokeh, kalau korang ikut. Korang memang tak senonoh! haha~



    Dec 8, 2009

    Koleksi Buku Pa&Ma Semasa Mengandung


    Membaca menambahkan ilmu pengetahuan... *chewah*...
    Kalo korang nak tau nihla collection buku Pa&Ma yang paling aku chenta skali...
    Buku nih complete la sesangat... apetaknye korang tak payah nak membazir duit beli
    magazine yang kuar tiap-tiap bulan tuh semate-mate nak dapat info pasal peknen atau
    hal-hal orang dah kawen nih, termasukla hal anak-anak korang...
    Semuanye dia dah cite kat dalam nih...
    Beshkan??... Rege dia pon okie jer... tak sampai pon 15 hinggit pon satu buku...
    Dolu-dolu mase first time peknen aku banyak refer buku mek saleh
    sebelom tau kewujudan buku nih...
    Tapi pengpaham jela mek saleh punye buku nih kengkadang ade yang tak sesuai dengan
    culture kite lebih-lebih lagik bab masa confinement...
    Cume beshnye buku mek saleh tuh pic baby dorang semua chomel-chomel belaka...
    ala... anak melayu pon chumey gak hape... hihi... tan gitu...

    Buku nih actually aku beli kat kedai magazine tapi slalunye aku perasan
    laris macam goreng pisang panas...
    So, kalo korang teringin nak order buku nih...
    aku rase better korang tanye kat KARANGKRAF

    *See... see... time peknen nih rase romantik gitu...*
    Dalam buku nih... dia cite semua pasal perkembangan baby dalam penyut dan alahan yang kite alami

     
    *owhh... sexy btol terase bile time peknen*
    Yang nih pulak, complication yang mungkin kite akan dapat time peknen

    *nyam... nyam... sedapnye*
    Buku nih besh sangat sebab ade resepi untuk kanak-kanak start dari 6 bulan....
    Apetaknye... dolu-dolu Danish susah btol aku nak bagi makan...
    maybe boring asek-asek kena makan bubur kot.... haha...
    So... lepas mama dia masak macam-macam pattern makanan untuk dia....
    bukan main sronok dia...

    *kalo.. anda gembira tepuk tangan*
    Buku nih ajar kite macam mane nak tackle perangai budak-budak kecik yang pengpaham jela...
    banyak bebeno karenah dia...

    *sweet kan pic buku nih?*
    Hah... yang nih buku yang paling besh skali... sebab buku nih ade terangkan cane cara nak dapatkan baby boy @ baby gurl, masalah yang kite hadapi time peknen... cth: macam susah tido, diabetes, sembelit & kesan regangan. panduan membeli barangan baby, proses kontraksi, faktor sebabkan overdue, jaundis, senaman, cara penyusuan untuk kembar, teknik dukung bayi... dan macam-macam lagikla...

    So, kengkawan... cane?? beshkan buku nih??


    Nov 17, 2009

    Setiap Malam Adalah Malam Pertama


    Panas... Panas... Panas...
    Haha... tuh bukan statement aku taw... tuh tengok tuh... statement kat botol atas nuh...
     Dan janganlah korang percaya gara-gara statement tuh
    aku dah terpedaya nak pegi beli 2 benda nih...
    ...Tak kose nyah taw...

    Tapi canepon hihi... adelah sket-sket terpedaya [ngaku gak tuh... oppss] bile bace testimonial pasal khasiat & berkesannye pakai produk DCL nih.
    Disebabkan produk DCL nih aku baru je dapat tadi [Pheww.. hot lagik nih taw... aku baru je kuarkan dari beg plastik gitu..] So aku takleh la nak bagi ape-ape testi pasal produk nih.
    Yela... BODY oppsss.... badan orang laen-laen...
    Mane tau result yang dapat pon laen-laen...

    Kalo nak tau... aku beli Q-She dan Bidadari nih dekat Elyn.
    Elyn la penghasut utama aku nak beli.... jom...kite babap same Elyn...
    Apetaknye dia dok cite/promote betape beshnye 2 produk nih kat blog dia.
    [Sian Elyn, tak pasal-pasal dipersalahkan...]
    Takdela yang... guro jek.. aku yang 'gatai' sebenarnye nak try... haha...

    Papehal pon... sesape yang dah penah try Q-She dengan Bidadari nih...
    Mehla story kat aku... Nak gak aku tau..

    Story jangan tak story... ewahhh...
    Kalo nak baca pasal testimonial produk nih korang click bawah nih
    ---> <---