Blogger templates

Showing posts with label Technic Twister. Show all posts
Showing posts with label Technic Twister. Show all posts

Nov 20, 2012

Legoland Malaysia - LEGO Technic

Hari ni, i sambung lagi kisah kami dan juga gambar-gambar baru sepanjang berada di Legoland Malaysia pada 26 Oktober 2012 (mak aihhh... dah macam buat marathon movie pulak i rasa. Hahaha!) Teringin nak baca entry i yang sebelum ni, korang klik je link dekat bawah. Insya-Allah ianya akan bawa korang ke jalan yang benar eh, hehehe... gurau je, ke Legoland Malaysialah kan. Takkanlah Legoland California (hamboiii...)

Selepas puas bergambar erat dengan Maskot Lego, kita orang meneruskan perjalanan ke kawasan Lego Technic. Di sini ada terdapat pelbagai permainan yang boleh korang cuba dan kendalikan. Contohnya macam Aquazone Wave Racer, Project X (roller coaster!), Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms (Lego Academy dengan Lego Mindstorms ni lebih berbentuk kepada education sebab dekat sini budak-budak berpeluang untuk cuba create / cipta permainan Lego mereka sendiri. Mak ayah kalau nak join pun boleh jugak. Hehehe...)

Memandangkan cuaca tak berapa menyebelahi kita orang waktu berada di Lego Technic (hujan turun lebat sangat. Tapi alhamdulilah, nasib baiklah sekejap je). So, i ambil peluang berehat di tempat teduh yang disediakan berdepan dengan permainan Aquazone Wave Racer (sebenarnya, takut kamera kena air. Hahaha). Manakala anak-anak i pulak diberi kebebasan untuk bermain air (dan hujan). Apa yang seronoknya dekat sini ialah permainan Aquazone Wave Racer ni akan buat korang basah kuyup. Malah dekat sini juga ada disediakan beberapa butang interaktif yang boleh korang tekan untuk hamburkan / letupkan air keluar daripada kawasan Aquazone Wave Racer dan secara automatik sesiapa yang duduk berhampiran jugak akan terkena tempias air tersebut (next time datang sini, i rasa kena bawa baju extra untuk anak-anak i lah. Punyalah basah lencun dia orang ni semua). Jadi, korang boleh bayangkan betapa happy nya anak-anak i bila dapat kenakan sesiapa yang lalu-lalang dekat situ (terpaksalah mama pulak buat-buat tak nampak. Oppss... hehehe...)

Bila hujan mulai reda, kita orang pun teruskan perjalanan melalui kawasan Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms. Dekat sini juga terdapat tempat makan yang diberi nama Robot Kitchen. Agak-agak kalau kelaparan bolehlah korang singgah. Yang menariknya ada pool / fountain kecil yang disediakan berdepan dengan Robot Kitchen untuk budak-budak bermain air. Teringin nak main air tapi takde baju spare? Takpe, ada dryer yang disediakan dekat sini untuk korang keringkan baju yang basah (caj yang dikenakan ialah RM5.00 sekali masuk). Macam mana pun i nak ingatkan korang yang dryer ni tak bolehlah nak keringkan korang 100%. Sikit-sikit tu bolehlah.

Sebenarnya, takde satu pun permainan yang kita orang cuba dekat sini. Kononnya tujuan datang hari ni lebih kepada nak meronda satu Legoland Malaysia dulu. Maklumlah kita orang kan ada tiket annual pass (yang boleh digunakan sehingga hujung tahun 2013). Jadi malaslah nak rushing dengan orang ramai. Lain kali boleh datang lagi.

Anyway jom tengok gambar i sekeluarga sepanjang berada di Lego Technic, Legoland Malaysia.

Tanda nama LEGO Technic ni cantik kan?

Tengok daripada bahagian kiri kawasan roller coaster Project X macam tak menakutkan sangat. Tapi kalau  korang tengok bahagian kanan. Perghhh... kecut perut. 
Makkk!!!

Aquazone Wave Racer. Laju betul benda ni berpusing!
Anak-anak i tengah seronok main letupkan air. 


Robot Kitchen menyediakan makanan light dan simple je.
Dua robot yang terletak bersebelahan dengan Robot Kitchen ni buat anak-anak i curious. Dia orang sangkakan robot ni bergerak (hakikatnya statik je...) 
Lego Mindstorms dan Lego Academy. Kagum tengok muka Albert Einstein dilegokan. Kalau muka sendiri macam manalah agaknya. Haha!


p/s : tak sangka, rupa-rupanya dah 5 entri Legoland Malaysia yang i karang. Hebatnya! Hehehe...