Blogger templates

Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Feb 26, 2012

Walimatul Urus Yusry dan Lisa

Semalam (25hb Februari 2011, Sabtu) sempat tak korang tengok dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 yang ditayangkan di Astro Ria channel 104 pada pukul 10:00 malam hingga 11:00 malam? I terlupa langsung pasal rancangan ni sebab kebiasaannya hari Sabtu i dah set untuk tengok rancangan di channel 706 (Lifestyle HD). Jadi bila bukak je channel 104, dah 30 minit dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 ditayangkan (duhh...)

sumber gambar : http://nurizspace.com/

Untuk pengetahuan korang Yusry dan Lisa telah pun bernikah pada 23hb Februari 2012 (Khamis... Woww... malam Jumaat tu. Eh! Hehehe), selepas maghrib bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Yang kelakarnya waktu layan twitter nak tengok kemaskini terbaru kawan-kawan i. I baru perasan mengenai pernikahan Yusry dan Lisa ni. Waktu tu, i tengah bersantap dengan enaknya Kaw Kaw Burger Bakar dekat Seksyen 2, Wangsa Maju. Nampak sangat i tak berapa kisah dengan dunia Artis berbanding melayan perut sendiri yang kelaparan. Hahaha... (review / ulasan entry pasal Kaw Kaw Burger Bakar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kaw-kaw-burger-bakar.html)

Bila duduk baca perjalanan pernikahan Yusry dan Lisa yang dikemaskini oleh twitter @beautifulnara malam tu. I teringat yang i pernah hantar tweet pada @YusryKRU, tahun lepas dan yang bestnya tweet i tu dibalas oleh Yusry! (wahh!! pengsan sekejap jadinya. Hahaha). Gara-gara tweet i ni, berlakunya kekecohan besar dikalangan kawan-kawan i sebab i rasa dorang pun tak sangka Yusry akan jawab twitter i (gila kau! Artis glamour nak layan peminat sampingan je. Tak class tau... hehehe). Lagipun ada kawan-kawan baik i waktu sekolah menengah yang tahu, i memang peminat setia KRU especially Yusry waktu dulu-dulu (hahaha... Awas!). Jadi dorang memang boleh agak betapa seronoknya i bila Yusry sudi balas twitter i. Biasalah, zaman sekolah dulu-dulu. I memang suka balut buku teks dengan gambar-gambar artis yang i minat. Sumber inspirasilah katakan. Ish, bila ingat-ingat balik. Kelakar sangat pun ada, malu sangat pun ada. Tapi tulah antara kenangan-kenangan budak sekolah yang tak boleh diputar balik (huhuhu... sedih!).


Berbalik mengenai dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa. Istimewanya ialah, ianya memaparkan rahsia percintaan antara Yusry dan Lisa yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak. Selain menceritakan mengenai detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan resepsi persandingan. Untuk bahagian 1 yang disiarkan pada 25 Februari akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua? Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di bahagian pertama dalam dokumentari ini.
Manakala, pada bahagian 2 pula, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
sumber : budiey (thanks!)


Ini video promo untuk dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 (yeay!)

Untuk korang yang ketinggalan menyaksikan dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1, jangan risau ulangannya ada pada hari ni, Ahad pukul 8:00 malam hingga 9:00 malam di Astro Ria channel 104 (hoorey! suka tak?) Manakala untuk bahagian 2 dokumentari mereka, kita nantikan sama-sama kemunculannya pada 3hb Mac 2012 (Sabtu) pukul 10:00 malam di channel 104 Astro Ria. Kalau takut terlupa, korang set sekarang ni jugak reminder dekat alat kawalan jauh Astro. Hah, kan ke senang?

Kemaskini / Update terbaru pukul 5:25 petang : Kalau tak sabar nak tunggu ulangan malam ni, www.GuaTv.com dah upload Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 di YouTube (double suka!!)



Kemaskini / Update terbaru 4hb Mac 2012 pukul 5:41 petang : YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 2 dah ada!! Cayalah, boleh tengok complete kisah mereka ni dekat sini je (triple suka!!!) Terima kasih GuaTV.


p/s : sekarang i tengah tengok YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 dan bahagian 2 (ehemmm)


Aug 15, 2010

Boleh Jalanlah Eh, Selamat Jalan Facebook


Korang suka main facebook? Atau nama yang telah dikomersialkan fesbuk.
Kalau sesape yang rajin membontoti blog aku kompom korang dah pernah baca tang Twitter VS Facebook yang aku taip sebelum ni kan?
*tak pernah baca? dah, pergi selak sekarang jugak. Uikss, bukan selak kain lah tapi entry aku yang dah past away tu.*
Bunyi VS tu kononnya macam peperangan hebatlah, hihi~tapi jangan risau takde melibatkan pendarahan hidung atau aksi hangat yang melampau *perghh~panasss*
Cuma aku just story pasal kelebihan Twitter berbanding Facebook dekat entry aku tu.
Ish..ish..ish.. kesian dekat Facebook :(
Facebook jangan nangis k.

Kalau dulu, aku linkkan status Twitter aku ke Facebook tapi sekarang ni, aku dah stop buat macam tu.
Eee, kenapa ni? Merajuk ek?

Tahla, tak merajuk pun tapi aku jadi rimas sebab orang-orang yang aku add ada antaranya bukan orang yang aku kenal *tapi suka sangat bagi comment dekat aku dengan ayat-ayat yang aku tak suka. Letih aku nak delete comment-comment pelik tu*, sebilangan kecil kawan-kawan sekolah aku yang aku tak tau pun selama ni pernah ke kami close *yelah, close friend aku cuma ada berapa kerat je, nak kira 10 jari pun belum tentu sampai hokeh. Tiba-tiba boleh pulak judge kita macamlah dia kenal bebeno aku ini duhh~* budak-budak opis aku *hmm~so far takde masalah sangat dengan dorang ni maybe aku add orang-orang yang tepat kot* dan sedara-mara aku *hah~ni serius aku rasa bermasalah dan rimas*

Sebenarnya apa pun status yang aku letak, tak payahlah korang nak bercerita dekat orang lain atau pun buat-buat bertanya dekat orang lain especially mak atau ayah aku. Dah macam buat topik perbincangan diri aku pulak jadinya. Anggaplah sape-sape yang aku add tu adalah orang yang paling bertuah. Sebab korang adalah orang-orang yang aku percayai, orang yang boleh aku share story dan orang yang berfikiran positif. Meaning dah habis baca status aku, SENYAP. Nak tau lebih lanjut, tanya je sendiri dekat aku. Dan satu lagik yang aku tak suka, mengajuk balik gaya ayat aku dalam status yang aku letak. Annoying hokeh. Serius aku rasa macam nak bagi free smack-down je :P

Dan secara rasminya dah sebulan, aku deactivated/off dari facebook. Fuhh~lega hokeh. Idea deactivate ni pun aku dapat dari mun. Kalau ikut idea asal aku, aku nak terminate je, baru puas hati hihi~
So, sorry kengkawan facebook. Nak buat macam mana, orang tua-tua dah pesan
"Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"
Tapi kalau korang betul-betul sayangkan aku, konon tak boleh berpisah dengan aku *chewahh~*
Twitter aku sedia menerima kehadiran korang dengan bunyi chip~chip!

Jangan nakal-nakal!! Janji taw :P
Kalau nakal aku block nanti hihi~

Feb 24, 2010

Twitter VS Facebook *PART THREE*

Ok dah SET nak taip blog hari nih untuk 30 minit je *bole caye ke?? huhuhu...*
Tuh pon sebab diREQUEST oleh LANA LALING *budak baru belaja ~ahaks* yang dah MULA bermaen CHENTA dengan TWITTER *uikkss.. scandal ke?? haha~ no... no.. no...*

Kalo sebelom nih... korang dah penah baca bebelan aku *kat part one & part two* pasal keSEMPOIan menggunakan TWITTER, so kali nih nak story pasal application yang korang bole gunakan untuk bermaen-maen bersama TWITTER.

1st of all, aku nak bagitau sebenarnye kalo korang rajen memBROWSE ade BERLAMBAK-LAMBAK *macam pasar lambak daa...* application untuk TWITTER yang bole korang UPLOAD dekat henpon kesayangan korang tuh... cume aku tak sure samada BERSESUAIAN @ BOLE KE TAK application nih dimaenkan. Maklumla... aku ade 2 jek TEPON ~ satu yang aku rase KORANG SEDIA MAKLUM *iphone* dan satu lagik henpon si CHOMEY HELLO KITTY yang kompomla takleh upload twitter.. wakaka~
Canepon sebab SAYANGkan korang aku sanggup carikkan website tuh dan terJUMPE satu website yang ade ceritakan pasal 12 application untuk twitter yang bole didunlod di henpon korang.
~PICIT PIC BAWAH~
Kesahihan pasal website & application yang website nih story... uhhh... siyes aku TAK TAHU...
Tapi tak salahkan kalo korang REVIEW DULU...

 Tuk' sesape yang pakai henpon IPHONE dengan BLACKBERRY plak memang tak bole nak pertikaikan lagikla tahap keBESHan yang melampaunye... *uishhh... tak HASUT suhh beli taw... ekekeke*

Contoh macam aku... Aku gunakan TWEETDECK kat IPHONE aku nih especially untuk VIEW account TWITTER dengan FACEBOOK skaligus... Lagipon sebelom nih kat *part two* aku dah story kat korangkan yang korang bole update STATUS dekat TWITTER dan secara OTOMATIK terUPDATE skali untuk FACEBOOK account kan?? Jadi... bile dah guna TWEETDECK nih, aku lagik senang nak REVIEW message atau comment yang aku terima dari kedua-dua account... *very easy maaa...*
~NIHLA NGUPE TWEETDECK kalo korang nak tau~

Manakala untuk pengguna BLACKBERRY aku perasan ramai yang suke gunakan application UBERTWITTER nih *especially artis-artis taw... owhhh!! jangan tak caya aku sekarang member dengan artis... hohoho* From review yang aku penah baca ramai yang kate UBERTWITTER nih senang sangat nak digunakan. Nak tau lebih detail better korang pegi website dia k... Nak story lebey-lebey aku pon tak guna henpon BLACKBERRY nih... hihi...
~OWH YE... nihla NGUPE UBERTWITTER~

Selain tuh, untuk sesape yang gunakan WINDOW VISTA plak, korang bole gak DUNLOD application TWITTER nih kat SIDEBAR korang...
Jadi takyahla korang masuk website TWITTER lagik, bukak-bukak je komputer korang dah bole nampak STATUS member-member korang. Yang penting kenala ON INTERNET.... haha... takde internet, tak jalan gak dianye UPDATE STATUS tuh... Nak reply ke, nak retweet ke atau nak view message korang tuh semuanya dah ade dekat SIDEBAR... senang je kan??

Owh... dan lagik ade tak korang perasan kat blog aku nih ade STATUS TWITTER AKU yang sentiasa terUPDATE setiap kali aku SHARIN UPDATE INFO aku kat TWITTER. Tak jumpe?? Cuba carik TWITTER TIME kat SIDEBAR aku nih... Hahh... teringin nak buat cam gini??... Korang just pegi kat SINI dan pilih WIDGETS FOR MY WEBSITE... then PILIH PROFILE WIDGET... lepas tuh bolela korang TAYANG status TWITTER korang kat BLOG KESAYANGAN korang tuh...

Owh...oh... mase dah time dah... *konon nak taip 30 minit je... haha~* Canepon... nanti kalo ade any new info aku hapdet lagik k... Banyak nak story sebenarnye tapi huhuhu... MASE MENCEMBURUI DIRIKU... *poyos... wakaka~*

JUMPE AKU DI ALAM TWITTER... tata...

Feb 23, 2010

Twitter VS Facebook *PART TWO*


Sambungan Tweet...tweet MELAWAN MukeBuku... *bunyi MukeBuku tuh cam cendiakawan sungguh.... ekekeke...*
Kalo sebelom nih aku dok MEMBEBEL pasal MUKEBUKU yang slalu buat hati aku rase cam nak GIGIT-GIGIT GERAM gitu... so... arini aku nak story pasal TWEETY... TWEET yang semakin mendapat tempat diLUBUK hati aku...

KENAPE AKU RASE TWITTER NIH BESH??
Firstly, aku senang nak review apa-apa NEWsFEED yang muncul kat dalam TWITTER, senang nak BACA dan tak bercampur-aduk dengan PIC.... maksudnye kat NEWsFEED tuh semuanye memaparkan perkataan. Kalo terase nak tengok PIC yang member kite POLLOW tuh letak, kite just click dekat LINK yang ade dekat situ... dan sebab TWITTER hanye appearkan perkataan yang kite tulis dan jugak LINK-LINK yang bersangkut-paut, maka applicationnye takler SLOW bile kite bukak.. PANTAS & BERTENAGA KUDA gitu... hihi~
Untuk orang-orang yang JENIS TAK SABAR macam aku nih... hah... memang sesuai ler sesangat... Den tak gemo keje dok tunggu-tunggu nih...

Pastu... TWITTER nih plak memudahkan kite memPOLLOW sesape tanpa SEGAN-SILU... maksudnye... takyahla kite nak buat APPROVAL atau MINTAK IZIN dulu ke kalo nak pollow orang itu... janji ORANG yang kite nak POLLOW tuh tak blocked page dia untuk APPROVAL... Dah tuh kalo kite rase orang yang MEMPOLLOW kite tuh bole mengkucar-kacirkan keadaan, kite boleh report as SPAM... senang... abes cite... haha...

Selain tuh, aku rase mudah sangat dengan TWITTER nih bile nak CHECK message/comment yang kengkawan aku tinggalkan dekat aku... takyahla nak kena bukak NOTIFICATION macam FACEBOOK nuhhh... TERHEGEH_HEGEH aku rase.... Cume CLICK kat bahagian yang ade tanda "@username korang" otomatik dah bole check dah... Nak reply balek pon sonang... click jela kat perkataan REPLY nuhh... takyah nak pikir panjang-panjang...

Twitter nih plak kalo korang nak tau application dia lagik murah untuk diBROWSE... nih untuk pengguna-pengguna henpon yang bole dunlod application nih kat henpon doranglah sebabnye tak perlu kena LOG-IN berkali-kali, dah tuh tak banyak membuang mase untuk memBELEK satu-persatu sebab semuanya dah appear kat dalam satu page. Maksudnye takyahla kite nak kena selak sane-sini... & melompat dari satu page ke satu page semate-mate nak check status kengkawan kite atau nak check satu-satu comment yang member kite tinggalkan.

Dan part yang paleng BESH pasal TWITTER nih plak korang bole UPDATE status korang SECARA DIRECT melalui SMS.... giler besh... Yela... tak semua tempat kite pegi kengkadang tuh ade WIFI kan?? Kalo nak hantar SMS melalui TWITTER nih senang je... korang DAFTAR dulu nombor HENPON korang dekat http://gladlycast.com/. Lepas dah daftar tuh.... YEAYYY... bolela menjalankan aktiviti yang sepatutnye... Kiranye nih BERITA BAEK untuk pengguna-pengguna HOTLINK@MAXIS la... maklumla... orang-orang CELCOM bole berMUKEBUKU pakai SMS dengan sewenang-wenangnye sebelom nih... JELES SEHHH....

Lagik tuh, aku nak bagi SATU RAHSIA nih.... *haha... camla RAHSIA sangat ~ aku rase RAMAI dah tau kot... tapi GATAL nak bagitau jugak...* sebenarnye korang bole UPDATE status korang kat TWITTER dan secara OTOMATIK terUPDATE dengan sendirinye dekat FACEBOOK taw... CARENYE??? jeng... jeng... jeng... korang taip TWITTER dekat bahagian account FACEBOOK SEARCH korang tuh, click dekat APPLICATION... pilih APPLICATION yang paling ramai active user... PICIT INSTALL APPLICATION, then ALLOW TWITTER untuk HAPDET korangnye FACEBOOK.... *gilerrr kacang...  haha*

Oklah GENG memandangkan entry nih aku taip secara FRESH+SEGAR-BUGAR gitu...*sebenarnye nak bagitau tak BUAT AUTO-PUBLISH la tuh* maka kenalah aku menyeTOPkan diri untuk kali nih... JAM dah tunjuk kol 1.00am.... bebudak tecik nih plak semua BLOM TIDO... aiseyyyy... tugas sebagai seorang MAMA kena diteruskan dengan GAGAH PERKASANYE... so, kengkawan semua... lepas nih aku story application mane yang korang sepatutnye dunlod untuk BERMAIN-MAIN dengan TWITTER...
~xoxo~

Feb 22, 2010

Twitter VS Facebook *PART ONE*

Ikutkan dua-dua application nih same je function dia... mengeratkan silaturrahim... sharing info... & menambahkan kenalan...
Cume kat sini aku nak bagi pandangan personal aku jela... KENAPE AKU SUKE TWITTER BERBANDING FACEBOOK... walopun ade antara member-member aku ingat... aku nih PENGGILE *penggeli... ahakss* FB... sori geng... silap sama skali...

First... percaya tak kalo aku cakap aku KELAM-KABUT dengan FB waktu first time guna FB... siyes... aku pening dengan apps PRESENT yang kengkawan aku bagi... walopun perasaan sronok tuh menyelubungi sebab ramai yang SAYANG KAT AKU nih... Peningnye bukan ape... Contoh bile...aku nak balas balek PRESENT yang kawan aku bagi tuh... aku kena tick la skali dekat name orang-orang laen yang aku nak bagi gak *yela...alang-alang dah memberi... kite bagila semua skali... haha* bile dah pilih orang-orang yang TERPILIH ituw... dan picit untuk SEND... aku nengok page tuh tak gerak-gerak gak... dokla STATIK kat situ je... dah bagi ke @ blom bagi ke??... arghhh... dengan kadar KELAJUAN STREAMYX aku yang skejap-skejap penyakit SEMPUT dia datang... aku jadi FED-UP bile kena tunggu nak bukak satu-satu APPS tuh... *sebab tuh aku malas nak maen FM a.k.a FARMVILLE... walopun ramai yang request*

Lagik satu aku RIMAS dengan comment-comment yang PENOH SEBAKUL inbox email aku... JENUHLA nak delete satu-satu... Kalo semua comment tuh ditujukan untuk aku KOMPOM DENGAN MUKE SENGIH aku MENDELETEnye... sambil nyanyi lagu lalalalala... tapi nih tak, dah jadi macam TEMPAT PERSIDANGAN gamaknye... sampai aku sendiri TAK NAMPAK/PERASAN ade ke comment aku yang dah diREPLY... duhhh...

Bab nak ACCEPT/IGNORE orang-orang yang menREQUEST nih pon problem gak... Bukan ape.... kang tak ACCEPT kecik ati plak, bile ACCEPT... ade plak COMMENT-COMMENT yang TAHHAPEHAPE muncul & DISAKSIKAN oleh mereka-mereka yang laen *yang mungkin akan tumpang sekaki*... walopun HAKIKAT SEBENAR aku memang dah tau PERANGAI dia yang gemok bebeno nak BAGI COMMENT... Hmmm... takpe... takpe... tuh aku bole accept lagik... YANG PALING TENSEN... bile MASUK FB aku semate-mate NAK BUAT KUTUKAN SECARA BERKUMPULAN...*ape?? ingat buat ASSIGNMENT SECARA BERKUMPULAN ke..?? memang nak kena dush... dengan aku nih* siyes KAWAN KE TAK... kompom AKU DELETE NAME dia LEPAS TUH...  *wakaka~ padan muke... puas hati aku...brrrr*

Lagik ape ek??... hah... nih bab nak upload pic... LEMAU MACAM BISKUT MASUK HANGIN... *biskut itu untuk FB... angin tuh plak telah dihembus oleh aku... haha... ape aku merepek nih??*

ADVERTISEMENT banyak BEBENO... *nih kalo aku ADE terADD orang-orang/member-member yang buat bisnes* duhhh... HAPDET BISNES SKET-SKET UDAHLA... takpon bukak la account khas untuk BISNES tuh... LOTIH mokcik tengok NEWsFEED balek-balek... new arrival... re-stock... kalo anda ingin kaye seperti saya... tak susah menjadi senang... haihhh... KONON...bukak FB nak berHEPI-HEPI trus AKU JADI TENSEN BALEK....

Banyak BUANG MASE aku... NAPE AKU CAKAP CAM GITU...even nak BAGI COMMENT sket je KAT MEMBER-MEMBER aku tapi BANYAK MENDE NAK KENA BUKAK...
memula picit kat comment sebab nak bagi comment...
tunggu... page dia terbukak
dah appear bahagian comment... taip..taip...taip... then picit comment...
tunggu... sampai comment kite tuh appear...
huhhh.... nih kalo twitter nih... laju je taw... takyah nak TUNGGU... TUNGGU... TUNGGU...
sori aku memang FED-UP jadi PENUNGGU... *ingat aku ini antu ke??... hahaha*

Huihhh... penatnye taip... hokeh... tuh je untuk hari nih...
TWITTER VS FACEBOOK *PART TWO* akan menyusul kemudian...
check it OUT bebeh...

nak buat SARAPAN CENGKODOK di pagi hari AHAD  yang mulia ini... haha...
p/s : entry ini telah di AUTO-PUBLISHkan dengan jayanya... tihihi... cakap camgini... macamla baru first time buat AUTO-PUBLISH..... rasenye 50% entry kat blog aku nih AUTO-PUBLISH... bye....

Nov 13, 2009

Free Kawaii Twitter Background

 
 
 
 

Kepada sesape yang ade account TWITTER tuh bolela mengupload dengan bangganye background nih...
kalo nak upload untuk buat blogger background pon tantek gak nih...

Cara-cara untuk meng'upload pic di atas untuk TWITTER account anda ialah :-
1. KENALA BUKAK ACCOUNT TWITTER DULU (dun worry... free aje kengkawan)
2. PILIH PIC YANG BERKENAN, KLIK KANAN & SAVE KAN DI COMPUTER ANDA
3. SIGN IN ACCOUNT TWITTER ANDA
4. CARIK BAHAGIAN SETTINGS & KLIK PADA DESIGN TAB
5. KLIK PADA CHANGE BACKGROUND IMAGE
6. KLIK PADA BROWSE & CARIK SEMULA PIC YANG ANDA DAH SAVEKAN PADA KOMPUTER ANDA TUH
7. DAH DAPAT PIC TERSEBUT, PASTIKAN KOTAK PADA BAHAGIAN TILE BACKGROUND ANDA DITANDA
8. KEMUDIAN KLIK PADA CHANGE DESIGN COLORS UNTUK MENUKOKAN COLOR PADA BAHAGIAN PROFILE SUPAYA NGAM DENGAN BACKGROUND ANDA
9. DAH PUAS HATI BARULAH KLIK PADA SAVE CHANGES