Bila sebut nama Yati Ayam Percik, i rasa confirm ramai yang dah kenal dengan tempat makan glamour yang jadi pilihan ramai kalau datang ke Kota Bharu, Kelantan. Tapi untuk korang yang tak pernah lagik tahu pasal kewujudan Yati Ayam Percik. Meh i perkenalkan. Kalau korang nak tahu, Yati Ayam Percik adalah senarai nombor dua untuk jalan-jalan cari makan di Kota Bharu, Kelantan versi Reena (anjuran tekak i sendiri. Hehe...). Senarai nombor satu ialah Zawanie Nasi Kukus (Ayam Bakar Madu) <--- picit sini kalau nak baca selanjutnya.
Sebenarnya tempat makan Yati Ayam Percik ni secara tak sengaja kita orang jumpa. Waktu tu i dan hubby memang dah takde idea nak cari, mana lagik kedai makan best dekat Kota Bharu. Takut frust macam hari sebelumnya pun iya jugak (entry frust ada dekat sini). I pun dah malas nak cari dekat POI (point of interest) garmin sebab walaupun garmin ni pandai berkata-kata. Dia tak bijak bagitahu tempat makan tu best ke tidak (nyampah!) Dan daripada menghabiskan duit minyak kereta, bergerak tanpa arah tujuan. I cakap dengan hubby, kalau nampak kedai makan dekat depan ni. Kita singgah je lah. Makin penat dan lapar pulak nak cari sana-sini. Tak sangka lepas je i cakap macam gitu. Tak sampai 2 minit ada kedai makan dekat laluan yang kita orang lalu. Paling i tak sangka bila hubby i bagitau yang nama kedai makan ni ialah Yati Ayam Percik. Eh, nama ni macam biasa / familliar sangat i dengar. Ye tak ye inilah antara nama kedai makan yang diperkatakan dekat internet. Wahh... Akhirnya muncul depan mata i (alhamdulilah). Ok, yang penting sekarang i kena cuba dulu sedap ke tidak makanan dekat sini.
Perghh... Memang ramai betul pelanggan dekat kedai makan Yati Ayam Percik ni. Sampai i pun confused nak duduk dekat mana. Tempat makannya terbahagi dua bahagian iaitu satu di bahagian dalam dan satu lagik di bahagian luar. I pilih untuk duduk di bahagian luar sebab kurang sesak berbanding di bahagian dalam.
Menu makan malam kita orang hari tu ialah Nasi Kerabu, Ayam Percik dan Daging Bakar. Ikutkan i ada order otak-otak sekali tapi sampaikan dah habis licin semua makanan, otak-otak yang i order tak sampai-sampai jugak. Takpelah, i maafkan sebab tiga makanan yang i order ni pun memang cukup terbaik. Biasalah kedai makan bila dah ramai orang mulalah jadi ribut kelam-kabut. Nasib baiklah, sedap! Hehe... Kalau tak, rasanya tak pasal-pasal ada sorang pelanggan dorang tiba-tiba buat ribut (eh, hehehe...).
Alamat Yati Ayam Percik ialah :-
847, Jalan Long Yunus
15200 Kota Bharu
Kelantan
No. Telefon : [09] 747 9867
Waktu operasi : hari Sabtu hingga Khamis dari pukul 11:00 pagi hingga 11:30 malam dan untuk hari Jumaat dari pukul 3:00 petang hingga 11:30 malam.
Selain daripada lokasi Yati Ayam Percik dekat Kota Bharu, Kelantan. Korang juga boleh menikmati Yati Ayam Percik dekat cawangannya di :-
Bandar Baru Bangi (Sek 9)
21, Jalan Medan Pusat 2D
Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Telefon : [03] 8927 5636
Waktu operasi : bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Kajang
G-2-GA, Jalan Prima Saujana 2/E
Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
No. Telefon : [03] 8733 4535
Waktu operasi : bermula dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam
Website : http://restoran-yati.blogspot.com/
Peringatan : I tak pernah makan lagik dekat dua cawangan Yati Ayam Percik di Selangor. Tapi mengikut kata kawan-kawan i, rasa masakan dekat sini memang fail (gagal) habis! Ada yang kata ayamnya rasa masin sangat. Ada yang kata servis lambat macam kura-kura (alahai kesian kura-kura). Jadi kalau korang rasa nak buat perbandingan antara Yati Ayam Percik, Kelantan dan Yati Ayam Percik, Selangor. Bolehlah menuju ke alamat yang i berikan tu.
KEMASKINI / UPDATE TERBARU 28 FEB 2012 : I ada resepi Ayam Percik, kalau korang nak cuba, boleh picit link ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/resepi-ayam-percik.html
p/s : Ramai bagi komen, harga makanan dekat Yati Ayam Percik ni quite mahal. Nak dengar i punya komen? Memang mahal pun. Tihihi...


