Blogger templates

Aug 15, 2010

Boleh Jalanlah Eh, Selamat Jalan Facebook


Korang suka main facebook? Atau nama yang telah dikomersialkan fesbuk.
Kalau sesape yang rajin membontoti blog aku kompom korang dah pernah baca tang Twitter VS Facebook yang aku taip sebelum ni kan?
*tak pernah baca? dah, pergi selak sekarang jugak. Uikss, bukan selak kain lah tapi entry aku yang dah past away tu.*
Bunyi VS tu kononnya macam peperangan hebatlah, hihi~tapi jangan risau takde melibatkan pendarahan hidung atau aksi hangat yang melampau *perghh~panasss*
Cuma aku just story pasal kelebihan Twitter berbanding Facebook dekat entry aku tu.
Ish..ish..ish.. kesian dekat Facebook :(
Facebook jangan nangis k.

Kalau dulu, aku linkkan status Twitter aku ke Facebook tapi sekarang ni, aku dah stop buat macam tu.
Eee, kenapa ni? Merajuk ek?

Tahla, tak merajuk pun tapi aku jadi rimas sebab orang-orang yang aku add ada antaranya bukan orang yang aku kenal *tapi suka sangat bagi comment dekat aku dengan ayat-ayat yang aku tak suka. Letih aku nak delete comment-comment pelik tu*, sebilangan kecil kawan-kawan sekolah aku yang aku tak tau pun selama ni pernah ke kami close *yelah, close friend aku cuma ada berapa kerat je, nak kira 10 jari pun belum tentu sampai hokeh. Tiba-tiba boleh pulak judge kita macamlah dia kenal bebeno aku ini duhh~* budak-budak opis aku *hmm~so far takde masalah sangat dengan dorang ni maybe aku add orang-orang yang tepat kot* dan sedara-mara aku *hah~ni serius aku rasa bermasalah dan rimas*

Sebenarnya apa pun status yang aku letak, tak payahlah korang nak bercerita dekat orang lain atau pun buat-buat bertanya dekat orang lain especially mak atau ayah aku. Dah macam buat topik perbincangan diri aku pulak jadinya. Anggaplah sape-sape yang aku add tu adalah orang yang paling bertuah. Sebab korang adalah orang-orang yang aku percayai, orang yang boleh aku share story dan orang yang berfikiran positif. Meaning dah habis baca status aku, SENYAP. Nak tau lebih lanjut, tanya je sendiri dekat aku. Dan satu lagik yang aku tak suka, mengajuk balik gaya ayat aku dalam status yang aku letak. Annoying hokeh. Serius aku rasa macam nak bagi free smack-down je :P

Dan secara rasminya dah sebulan, aku deactivated/off dari facebook. Fuhh~lega hokeh. Idea deactivate ni pun aku dapat dari mun. Kalau ikut idea asal aku, aku nak terminate je, baru puas hati hihi~
So, sorry kengkawan facebook. Nak buat macam mana, orang tua-tua dah pesan
"Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"
Tapi kalau korang betul-betul sayangkan aku, konon tak boleh berpisah dengan aku *chewahh~*
Twitter aku sedia menerima kehadiran korang dengan bunyi chip~chip!

Jangan nakal-nakal!! Janji taw :P
Kalau nakal aku block nanti hihi~

0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)