Blogger templates

Showing posts with label Bebel. Show all posts
Showing posts with label Bebel. Show all posts

Feb 1, 2011

Masalah Dengan Streamyx

Awal-awal tahun 2011 ni, TM Net terpaksa bekerja keras untuk aku.
*sebab apa? sebab apa?*
Dah agak dah, mesti soalan tu yang akan keluar dari kepala korang haha~kepoh tau :P

Ni semua gara-gara complain hubby aku yang 2 tahun lepas pasal kelajuan Streamyx terCINTA yang umpama kura-kura pulang petang langsung tak dilayan *hamboi!*. TM Net boleh pulak tu buat pekak ala-ala badak. Dia tak tahu, yang isteri kepada pembayar Streamyx ni kalau dah jadi rimau, buruk padahnya. Sorang-sorang pun dia tak tak bagi chance lari.

Dan kesengsaraan kita orang selama 2 tahun akhirnya berakhir selepas 2 minggu aku berperang dengan TM Net. Haha~aku agak kompom operator TM Net tu dah mark aku sebagai isteri pelanggan kaki gaduh *kui-kui-kui* Nasiblah, bulan-bulan kita orang bayar bil untuk 1MB, tapi 500kb pun macam sengsara aku tengok meter tu nak pergi.

nilah ngupe statistik kelembapan tenet aku. Nanges siot!

Lagikla bila Customer Service tu boleh sound aku "Alaa, pasal slow line internet je kan?" *bunyi nada gila sarcastic*
Terus aku sound dia, "Masalahnya, bukan hari ni je slow, dah dua tahun macam ni. Habis yang saya duduk bayar bulan-bulan untuk 1MB, buat apa? Awak ingat saya bayar pakai daun ke? Bila bayar lambat, awak reti pulak hantar reminder cakap bayar lambat. Kalau tak bayar, nanti kena potong. Reti pulak, nak ugut-ugut orang. Dah tu complain hubby saya, boleh pulak awak buat-buat bodoh. Tak boleh nak buat follow-up ke? Sampai berapa kali nak kena buat complain. Awak ingat kita orang takde keje lain ke, nak buat complain hari-hari? Awak buat apa dengan complain hubby saya tu?"
"Mengikut rekod kami, complain suami puan dalam status *tah apa nombor dia bagi tah*."
"Apa benda tu? Awak ingat saya paham ke?" kui-kui-kui aku pulak bernada sarcastic.
"Maksudnya dalam proses." Customer service tu cakap slow-slow.
Dan serta-merta angin kus-kus aku menyerang, "Hah, dah dekat 2 tahun complain dalam proses? I don't care, by hook or by crook, i want you to settle today. Do you understand! I cannot take it anymore longer dah. Melampau sangat macam ni." Bila marah je kompom keluar ayat omputih, hehe~ngada tau lidah aku ni.
Dalam nada kebil-kebil *macam aku nampak jekan mata dia kebil-kebil kih-kih-kih*, Customer Service tu terus bagi aku report number.
"Kalau setakat bagi report number tapi tak buat apa-apa tak guna jugak. So, apa awak akan buat lepas ni?" gila! hehehe aku dah macam bos TM Net pulak. Siap tanya arahan tuh... muahahaha...
"Sebentar lagik, saya akan hantar report puan ni kepada bahagian teknikal."
"Berapa lama pulak tu?" Aku nyaris gak nak buat soalan sindiran, 2 tahun ke?
"Hari ni jugak akan ada orang bahagian teknikal datang ke rumah puan."
"Hmm, ok." Terpaksa kekalkan nada marah walaupun sebenarnya macam nak pecah usus aku dibuatnya dok tahan gelak.

So, untuk sesape yang menghadapi problem dengan Streamyx macam aku, korang boleh call 100 secara percuma / free charge kalau pakai telefon rumah atau 1-300-88-9515 *4sen/minit* melalui telefon bimbit / handphone. Tak pun pergi je website TM Net bahagian Customer Service. Setiap kali telefon, apa yang penting ialah korang jangan lupa ambil nama pegawai Customer Service yang attend untuk korang. Catitkan sekali, tarikh dan masa panggilan. Sekurang-kurangnya korang dah bersedia andaikata complain korang tu langsung tak dimasukkan dalam sistem *canggih* dorang tu. Jadilah Pelanggan yang Pintar :)
Selain tu, untuk periksa kelajuan internet korang. Korang boleh pergi ke http://speedtest.tm.net.my Tak susah pun guna ni sebabnya Speedtest TM ni akan secara automatic keluarkan detail kelajuan internet korang bila korang picit website dia.

Actually, aku sebenarnya bukanlah jenis orang suka marah-marah ni *eee~tak kose k nak marah-marah tak tentu pasal haha~* Tapi kengkadang ada sesetengah perkara kita boleh tolerate dan ada sesetengahnya dengan cara cam gini kita boleh FIGHT FOR RIGHT yedak? :) Sampai bila nak kena bersabar je. Kadang-kadang bila kita tak keutarakan masalah kita orang takkan tahu.

Oklah, enjoy holiday uols! xoxo

Kemaskini / Update terbaru : Streamyx ada buat beberapa tawaran menarik untuk Pakej Broadband dan Telefon. Kalau nak tengok, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/pakej-streamyx.html


Sep 2, 2010

Kecurian Sana-Sini

Takutkan kalau terbaca suratkhabar pasal hal-hal kecurian ni? Yang paling buat aku takut kalau pencuri tu pengapa-ngapakan tuan rumah yang ada dalam rumah waktu kejadian curi tu. Haishh~kalau nak mencuri sekalipun toksahlah sampai kau pengapa-apakan orang tu. Dah tu siap kelar dan bunuh lagik tuan rumah yang sedia malang tu. Apalah nak jadi agaknya, kejam gila aku rasa ;____; mengalahkan werewolf pulak!

Dekat opis aku je ni baru-baru ni, dah dua orang colleague aku yang rumahnya kena masuk pencuri. Sorang, pencuri  ni masuk waktu dia ada dekat dalam rumah lebih kurang pukul 4:00 pagi *takut gila aku dengar pengalaman colleague aku yang ni lebih-lebih lagik sebab dia ni pregnant* dan sorang lagi waktu dia pergi kerja *yang ni siap hilang kereta honda accord hokeh~huhuhu nangis tak henti-henti kalau jadi dekat aku ni~*. So, korang nak dengar story aku pasal colleague aku ni tak? Ok, aku cerita dulu yang pencuri masuk waktu dia ada dekat dalam rumah tu k.

"source from google"


Kejadian Satu:

Aku namakan dia Kak M hokeh :) Mengikut cerita Kak M, waktu kejadian ni, dia ada dekat kampung. Kiranya rumah yang masuk pencuri ni rumah mak ayah dialah. Waktu tu, lebih kurang pukul 4:00 pagi Kak M terdengar macam bunyi benda jatuh dengan kuat dekat tingkat atas dan suara ayahnya menjerit 'Allahu Akbar'. Kak M ni pulak, tidur di tingkat bawah dengan anaknya *husbandnya takde dekat rumah waktu tu*. Even terkejut dengar jeritan ayahnya tu, Kak M tak terus keluar bilik untuk periksa apa yang berlaku tapi dia tunggu sehingga emak atau maid dia datang untuk maklumkan kepada dia. Bertambah pelik lepas ayah Kak M menjerit Allahu Akbar, rumah tu sunyi-sepi macam takde apa-apa berlaku. Selang 10 minit Kak M rasa macam tak sedap hati, macam ada benda yang tak kena berlaku dalam rumah tu. Nasib baik, anak Kak M tidur nyenyak tak sedar apa-apa yang berlaku. Jadi, senyap-senyap Kak M, buka pintu biliknya dan mengintai keluar. Secara tiba-tiba Kak M nampak satu lembaga hitam *kata Kak M sebijik macam rupa pucong huhuh~ takuttt!!* tengah melihat keluar rumah. Berderau darah Kak M bila tengok apa yang dia nampak. Cepat-cepat Kak M rapatkan pintu bilik dan kunci. Waktu tu, barulah Kak M sedar rumah mak ayahnya masuk pencuri. Secara kebetulan bilik tingkat bawah tempat Kak M duduk ni, tersembunyi sikit dari pandangan orang dan laluan ke bilik ni takde lampu. Mungkin sebab tulah, pencuri tu tak sedar kewujudan bilik tu dekat bawah sebab kebanyakan bilik tidur dalam rumah tu ada dekat tingkat atas. Dalam keadaan panik tu, Kak M cepat-cepat tutup bawah pintu biliknya dengan bantal, takut pencuri tu nampak cahaya yang keluar dari bilik tu. Lepas tu, Kak M terus telefon 999 dan maklumkan kejadian yang berlaku kepada operator. Macam mana pun, lebih kurang 5 minit, bantuan tak jugak tiba. Jadi Kak M fikir salah satu cara untuk takutkan pencuri tu ialah dengan telefon ke rumah mak ayahnya sendiri. Bila Kak M cuba telefon rumah mak ayahnya, Kak M tak dengar apa-apa pun bunyi ring jadi Kak M assume talian telefon dalam rumah mak ayahnya dah kena cabut dengan pencuri. Nasib baik bila Kak M cuba hubungi nombor handphone mak dia, handphone tu masih boleh berfungsi lagik walaupun handphone tu dah berada ditangan pencuri. Bila terdengar ringing pada handphone mak Kak M, pencuri tu jadi panik dan cepat-cepat beredar pergi dari situ. Dan secara kebetulan 5 minit kemudian barulah polis tiba untuk beri bantuan. Haishh~nasiblah takde kejadian buruk yang berlaku. Cuma ayah Kak M lebam kena pukul dek pencuri, mak dan maid Kak M pulak kena ikat dengan wayar telefon. Menurut kata Mak Kak M, pencuri yang masuk rumahnya ni berbangsa melayu dan ada lebih kurang 4 orang pencuri waktu tu. Tiga dekat dalam rumah dan sorang tunggu di dalam kereta. Sampai sekarang polis still lagik tak dapat tangkap pencuri ni -____-"

Kejadian Dua:

Cerita colleague aku yang kedua ni pulak, aku namakan dia sebagai Kak C. Even pengalaman Kak C ni tak setakut Kak M tapi pada aku, kejadian curi ni boleh buat kita jadi trauma. Berdasarkan cerita Kak C, dia mula-mula rasa pelik bila pagar rumahnya terbuka. Tapi Kak C tak syak pun apa-apa yang buruk berlaku. Cuma bila Kak C nak buka pintu rumah, dia rasa lain macam bila tengok pintu rumahnya dah pun terkopak dari luar, rumah bersepah-sepah macam diselongkar orang dan kereta Honda Accord hubbynya dah takde dekat luar rumah. Waktu tu barulah Kak C tersedar dan terkejut yang rumah dia dah kena masuk pencuri. Macam mana pun sama seperti Kak M, pencuri dan juga kereta Honda Accord hubby Kak C ni still lagik tak dijumpai sampai sekarang *huhuhu~apa agaknya pencuri tu buat dekat kereta hubby Kak C ni kan?*

Based on kedua-dua kejadian yang aku ceritakan ni, aku harap sangat korang berhati-hati waktu tinggalkan rumah untuk pergi ke mana-mana. Sedih tau kalau hasil titik peluh kita hilang begitu sahaja.

Ikutkan banyak lagi aku nak story pasal kecurian ni. Korang tunggu next entry aku k :) Malam dah larut, mata pun dah ngantuk. Selamat malam kawan-kawan. Jaga diri baik-baik ok!


p/s: Saya benci pencuri :(




Aug 15, 2010

Boleh Jalanlah Eh, Selamat Jalan Facebook


Korang suka main facebook? Atau nama yang telah dikomersialkan fesbuk.
Kalau sesape yang rajin membontoti blog aku kompom korang dah pernah baca tang Twitter VS Facebook yang aku taip sebelum ni kan?
*tak pernah baca? dah, pergi selak sekarang jugak. Uikss, bukan selak kain lah tapi entry aku yang dah past away tu.*
Bunyi VS tu kononnya macam peperangan hebatlah, hihi~tapi jangan risau takde melibatkan pendarahan hidung atau aksi hangat yang melampau *perghh~panasss*
Cuma aku just story pasal kelebihan Twitter berbanding Facebook dekat entry aku tu.
Ish..ish..ish.. kesian dekat Facebook :(
Facebook jangan nangis k.

Kalau dulu, aku linkkan status Twitter aku ke Facebook tapi sekarang ni, aku dah stop buat macam tu.
Eee, kenapa ni? Merajuk ek?

Tahla, tak merajuk pun tapi aku jadi rimas sebab orang-orang yang aku add ada antaranya bukan orang yang aku kenal *tapi suka sangat bagi comment dekat aku dengan ayat-ayat yang aku tak suka. Letih aku nak delete comment-comment pelik tu*, sebilangan kecil kawan-kawan sekolah aku yang aku tak tau pun selama ni pernah ke kami close *yelah, close friend aku cuma ada berapa kerat je, nak kira 10 jari pun belum tentu sampai hokeh. Tiba-tiba boleh pulak judge kita macamlah dia kenal bebeno aku ini duhh~* budak-budak opis aku *hmm~so far takde masalah sangat dengan dorang ni maybe aku add orang-orang yang tepat kot* dan sedara-mara aku *hah~ni serius aku rasa bermasalah dan rimas*

Sebenarnya apa pun status yang aku letak, tak payahlah korang nak bercerita dekat orang lain atau pun buat-buat bertanya dekat orang lain especially mak atau ayah aku. Dah macam buat topik perbincangan diri aku pulak jadinya. Anggaplah sape-sape yang aku add tu adalah orang yang paling bertuah. Sebab korang adalah orang-orang yang aku percayai, orang yang boleh aku share story dan orang yang berfikiran positif. Meaning dah habis baca status aku, SENYAP. Nak tau lebih lanjut, tanya je sendiri dekat aku. Dan satu lagik yang aku tak suka, mengajuk balik gaya ayat aku dalam status yang aku letak. Annoying hokeh. Serius aku rasa macam nak bagi free smack-down je :P

Dan secara rasminya dah sebulan, aku deactivated/off dari facebook. Fuhh~lega hokeh. Idea deactivate ni pun aku dapat dari mun. Kalau ikut idea asal aku, aku nak terminate je, baru puas hati hihi~
So, sorry kengkawan facebook. Nak buat macam mana, orang tua-tua dah pesan
"Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"
Tapi kalau korang betul-betul sayangkan aku, konon tak boleh berpisah dengan aku *chewahh~*
Twitter aku sedia menerima kehadiran korang dengan bunyi chip~chip!

Jangan nakal-nakal!! Janji taw :P
Kalau nakal aku block nanti hihi~

Aug 2, 2010

Kalau Tak Reti Masak Tak Boleh Kahwin Ke?

Sape-sape pompuan pun mesti pernah mengalami dilemma jiwa macam ni sebelum kahwin.
Eh! Aku pun tak terkecuali tau.
Siap kadang-kadang tu sebelum kahwin aku selalu berangan,
kalaulah tiba-tiba bakal Mak Mertua aku nak buat Test Masakan dengan dia.
Aku rasa amik paper exam pun belum tentu takut macam ni dia punya feeling :P
Kompom terketaq-ketaq kepala lutut aku.
Silap-silap gula pun aku tengok dah macam rupa garam.

Aku bukanlah tak reti masak langsung waktu sebelum kahwin.
Masak Maggi, Air ??!! Alahh~ pejam mata pun aku terror tau.
Dan yang paling aku expert buat Murtabak Maggi.
Kui Kui Kui...
Sanggup ke bakal Mak Mertua aku nak makan, kalau hidang benda alah ni.
Mesti dalam hati bakal Mak Mertua aku kata~
"Alahai~ Kesian anak aku hari-hari kena mengadap makan Maggi Pelbagai Resepi."

Tapi sebelum kahwin tu, hihi~ aku practice lah masak simple-simple.
Tengok, ada initiative nak berubah tau.
Terpaksalah rajin jenguk-jenguk dapur bujang aku yang jarang-jarang berasap tu.
Memula tu, trylah masak Sawi Masak Tiram dengan Ikan Goreng.
Walaweh~ menjadi tau aku masak.
Alah~ Mesti korang kata kacang giler, tu pon tak reti nak masak.
Tengok, tengok tu... tak baik cakap macam tu, cubalah bagi sokongan moral sikit.
Untuk orang yang "jarang" masak mestilah satu ke'jakun'an bila benda tu menjadi dia masak.

Aku rasa berkat duduk bujang nilah, aku terus jadi expert masak-masak ni.
Sampai Mak Ayah aku pulak jadi jakun, macam mana anak dara dia selama ni dah pandai bab masak-masak especially bila dah bertitle "Isteri" *Haha~*
Apataknya, kalau duduk rumah sendiri *rumah mak ayah akulah*
Bila aku nak belajar je masak, first thing mak aku suruh buat, kopek bawang & lepas tu tumbuk.
Potong Sayur & Masak Nasi.
Apa yang bergaul dalam Kuali/Periuk tu tak pernah aku sempat nak tengok.
Berapa banyak garam ke ajinomoto mak aku letak pun aku tak pernah tau.
Tiba-tiba yang aku tau, aik! dah siap dah masak.
Tak pun, statement yang selalu mak aku bagi setiap kali aku masuk dapur ialah~
"Dahlah pergi kemas-kemas dekat depan tu ke, tolong lipat baju ke, siram pokok ke, daripada duduk dekat dapur ni."
Haishh~ macam manalah nak belajar kalau gini gayanya.

Mesti ada yang kata, alah~ bukan penting sangat pun masak-masak ni bila dah berkahwin, makan jela kat luar, kan ke senang. Barang dapur tak payah beli, dapur pun cantik berkilat je.

Tak best pada aku, kalau masak dekat rumah, boleh masak sama-sama dengan hubby.
Boleh borak-borak sambil masak.
Lepas tu, masak tu umpama macam eksperimen. Kalau dah terror sikit boleh buat resepi sendiri gitu.
Kalau makan kedai, bila tak sedap kita tau komplen je tapi sebenarnya tak tau pun apa orang kedai tu letak. Part yang tak best, kena gak telan masakan tu sebab dah kena bayar.

Memasak tu boleh mengeratkan hubungan ke'family'an gitu.
So, belajarlah masak yek sayang-sayang semua.
Tak rugi pun :)
Duit Jimat, Hubby pun sayang... ekekekeke...

Kesimpulan dari tajuk entry aku, lu pikirlah sendiri *ahakss~ kejam giler punya jawapan*

Cakap banyak pun tak guna~ jemput tengok apa yang aku masak untuk dinner kami malam ni
-Ayam Masak Halia-

Nah, lagik satu!! Kobis Goreng lagik 20% siap untuk dihidangkan.
BERASAP HOKEHHH~ haha
ko hado?? *pinjam ayat Azwan Ali :P*

Anakku, Cerminku


Alahai~ bucuk-bucuk masam sape nih?
Haipp!! Busuk-busuk masam ni mama papa dia yang punya.
Sape kata ada anak jarak umur dekat-dekat ni tak penat jaga?
Kalau ada orang yang cakap macam tu, aku berani bertaruh RM100.00 confirm dia ada maid.
Takde maid pun, dia letak je anak-anak dia dekat mak bapak dia.
Hamboi.. hamboi sonangnye hidup yek?
Mana aci... kalau macam tu aku pun sanggup beranak 10 orang.
Haha~
Takde.. takde.. taknak cerita pasal kepayahan hidup membesarkan anak-anak ni.
Nama pun mak ayah, tu kan dah jadi tanggungjawab.
Takleh merungut-rungut~ Tak baik!!
Nanti dah besar, bila kita dah tua.. dorang pulak merungut jaga kita...
Hidup ni karma, pusing-pusing kena balik dekat batang hidung.
So, bila rasa stress, tension, janganlah ikut perasaan sangat.
Tukarkan suasana mood jadi benda yang lawak.
Walaupun lawak yang kita buat tu, badut sendiri pun tak sanggup nak gelak.
*Hoho~ sampai hati kau badut!! Penat tau aku buat lawak*

Nak tahu tak, bila aku dah ada anak lelaki & anak perempuan ni.
Melalui penyelidikan harian yang aku buat, aku tengok perangai budak lelaki dengan perempuan ni banyak betul bezanya walaupun dorang ni adik-beradik.
Dan yang kelakar tu, ciri-ciri perangai tu memang sejibik *eh~sebijik* ikut mak ayahnya.
Contoh macam aku, Ariana memang ikut sangat perangai manja aku tapi on the same time ikut perangai aku yang jenis nak cepat & tak sabar.
Haha~ adehh! Bila anak dah jadi cermin untuk diri sendiri, so secara automatik nak marah kena pikir 6,7 kali dulu sebab tukan perangai aku!!
Perangai anak lelaki aku pulak, memang sebijik ikut papanya.
Penyayang tapi kalau nak buat sesuatu suka berfikir lama.
Haha~ part perangai berfikir lama tulah, yang selalu buat mama dia yang jenis tak reti sabar jadi 5 kali ganda meluap-luap terpaksa bersabar.
 Kadang-kadang nak tunggu satu-satu jawapan ya atau tidak pun ambil masa 5 minit.
Haishh~ sabar jelah aku.

Jadi kesimpulan cerita aku nak buat, sebelum anda marahkan anak-anak anda.
Tarik nafas & pikirkan dalam-dalam, anak anda adalah contoh terbaik diri anda.
Kalau anda menyalahkan perangai anak tu, sebenarnya anda menyalahkan muka & perangai anda sendiri.

P/s : Huhu~tak boleh nak taip lagik, nyamuk dekat kaki aku ni dah macam VAMPIRE, tak henti-henti menyerang. Siap ko, lepas ni nyamuk. Aku sepak jugak kang :P

Feb 12, 2010

Anugerah TUHAN

 

Banyak-banyak pic yang aku hambik... pada aku, nihla pic yang buat hati aku tersentuh sangat... Cite sedey ke?? haha... takdela.... tersentuh hati keibuan jek... Part yang tersentuh tuh sebab... aku macam tak caya, anak-anak aku makin hari makin membeso, makin bijak, makin banyak cakap, makin curious nak tau itu... ini..., makin paham kenapa mama, papa dia tak bole slalu ade kat ngumah sebab kena pegi keje, makin pandai berdikari, bole diharapkan antara satu sama laen dan yang paling aku tersentuh, bile aku bad mood... anak aku yang sulong ~DANISH~ suker datang pujuk aku, sambil pegang bahu aku dia akan kate 
"MAMA PENAT?? MAMA REST OK... TAKPEE... DANISH ADE, DANISH HELP OK"...
huhuhu... dengar je kate-kate Danish tuh, slalu buat aku nak nanges taw... prihatin sangat dia dengan keadaan aku...
Cume kengkadang aku tak paham dengan perangai manusia yang semakin hari semakin pupus sikap KASEH SAYANG sesame insan...especially terhadap golongan kanak-kanak... mereka nih golongan lemah, lindungilah mereka, janganlah disakiti mereka ini.... T____T
P/S : KENAPE PERLU JADI "MONSTER" ??!!

~ANAK TUH ANUGERAH TUHAN YANG PALING ISTIMEWA...~

duhhh... taip entry nih sambil nanges... sensitip sungguh aku ini... *malunyeee....*

Feb 2, 2010

Headband & Hair Clip Hello Kitty

 
 

Wahh... lamenye aku tak hapdet blog... ngindunye aku kat korang... Ikutkan seminggu jek tapi nape ngase cam berbulan-bulan ek??
Ekceli aku baru je sampai kat umah sekarang nih... ari Sabti arituh aku balek kampung kat Johor... kalo sesape yang ngajen pollow aku kat TWITTER dengan FACEBOOK mesti tau ape aku buatkan?? Maklumla semenjak aku menuko LINE MAXIS aku nih dari PREPAID kepada BILL dan mendunlod TWEETDECK dekat IPHONE... makin rancak plak kegiatan berTWIT sambil berFB aku sekarang nih... Hubby aku pon dah sama-sama terpengaruh dengan hasutan aku... ekekeke.... *owhhh ya... kalo nak tau kami kini PENGGUNA IPHONE... yippieee... sonangla aku nak SHARIN' account kat APPS STORE lepas nih...*
Perghhh...canepon besh btol balek JOHOR taw kengkawan... nekmat gilerrr aku rase sebab dapat membedal dengan rakusnye LAKSA JOHOR yang mak aku masakkan, 2 pinggan tuh.... abes rutin DIET aku *ahh... tak duliks.....* Sambil tuh dapat makan NASI BERIYANI kat kedai area umah mak aku walopun kononnye nak makan NASI BERIYANI dekat TAMAN SOGA, BATU PAHAT canepon tak jadi makan kat sane sebab kedai NASI BERIYANI tuh TUTUP... cesss.... bersusah payah kitaorang jalan jauh-jauh.... dan dapat bekpes dengan NASI SOTO gitu... Makanan/Masakan JOHOR nih memang besh-besh... bole buat muka aku jadi kuih pau gamaknya kalo dok lame-lame kat kampung..*erkkk... scary...*
Cane pon pic kat atas nih takde kaitan langsung dengan crite-crite IPHONE ke... KAMPUNG KE... atau MAKANAN JOHOR.... *tersasar jauh dari topik utama gitu... haha*
Just nak bagitau kat korang, aku terjumpe satu kedai nih kat area IKANO. Name kedai dia BLACK QUEEN aka PERMAISURI HITAM??!! Kedai nih jual aksesori mencantekkan diri tuk pompuan-pompuan... Dan yang beshnye pasal kedai nih... semua barang-barang yang dijual bole dapat BUY ONE FREE ONE... kate tukang jaga cashier kat kedai tuh offer dia cume 3 hari je while stock last tapi aku nengok dah abes 3 hari pon offer tuh ade lagik.... tipu aku la tuh... cehhh...
Rege Headband HK tuh RM 15.00 dan Hair Clip HK tuh plak RM 5.00...
Tahap kepuasan : memang tantek... tengokla muke model ARIANA yang hepi bergaye dengan barang-barang chumey dia tuh....

Jeling jam kat belah kanan lappy... jam dah kol 11:38pm... duhhh.... aku rase baru je bukak lappy kol 10.00pm tadi... hmmm... bilela aku sempat nak melawat korang kan... kalolah aku bole stopkan mase kejap kan ke besh....
DORAEMON TOLONGGGG.....

Jan 1, 2010

2 Lagik Hadiah Besday 2009

Wah... hari nih date 1st January 2010...
poomm... poomm...
sound effect mercun tak menjadi sket... ahaks...
Slalu kebanyakan orang masuk taun baru nak buat azam baru...
tapi pada aku plak... takyah tunggu taun baru pon memang hari-hari aku ade azam baru... hihi...
Semalam aku janji nak show-op 2 lagik besday present aku kan??
*wahhh... banyaknye present...*
haha... hubby aku memang cam gini... time besday... dia kate semua wish aku akan termakbul gitu...
*macam para-para gitu... ekekeke...*
walopun ikutkan wishlist aku tuh panjang bebeno sebenornye

Kat bawah nih... hadiah besday idaman kalbu aku... lame dah aku ngidam...
tapi slalu bile tengok pricenye macam tak syiok je aku nak rembat...
tapi maybe dah rezeki aku, tah cane aku dapat beli dengan rege RM 220.00 aje sedangkan price dia yang sebenornye ialah RM 1,200.00...
haha... beshkan??
cukup berbaloi-baloi....
Set mekap Estee Lauder original hokeh....

memang macam tak caye...
nak ke??
pegi survey kat Isetan yek... kalo offer dia ade lagik...

Box yang memuatkan semua mekap-mekap yang ku chentai...

Bile dah kuarkan box, akan menjumpai sebuah briefcase beso yang memuatkan semua mekap-mekap yang dichentai...
*wah... bole buat bisnes mak andam plak lepas nih... ekekkeke*

Taraa.... nihla dia mekapnye... ade 3 bijik lipstick, 2 biji lip gloss, 1 mascara, 2 brushes mekap, 15 colors eye shadow & 3 colors blusher...
jerit ramai-ramai... berbaloi-baloi...

Nih kasi close-up sket kaler-kaler yang ade... sangat earth gitu...
i likeeee....

haha... aku tau ade yang kebil-kebil bijik mata cam caya je tuh...
bio btol price dia... siyes...
*btol... abang tak tipu!!... uikss... dialog mane plak nih*

Okie... dan bawah nih 2nd present aku... nih kira present sidekick je nih...
nape panggil sidekick, sebab terpaksa beli...
gara-gara si gebu Ariana dah patahkan spec lame aku...
*sila tengok picit ini entry http://www.reenaonline.com/2009/11/cermin-mataku-lunyai.html untuk refresh memory*.. huhu...

Kali nih dah taknak pilih spec yang kaw-kaw dianye rege... sebab dah belajo dari pengalaman...
*chewahhh... haha*
budget beli below RM250.00
yang penting nampak "macam" mahal *macam tuh penting k... haha*
exclusive, sesuai digayakan dengan baju keje atau baju pegi jenjalan atau baju lepak-lepak kat umah...
*kat umah pon kena nampak bergaya gak ke?? tak dulikkss...*

Pattern lebih kurang macam yang lame tapi tebal sket dianye frame dari yang lame

ade 3 ketol diamond kat side dia... tantek kan?? nihla yang dikatakan 'macam' mahal... ekekekke...

So, tuhla dia hadiah besday aku untuk taun 2009, taun 2010 nih agak-agaknye bole dapat ape plak ek??.. hmmm... nampak gaya kena update wishlist baru nih... ekekkeke...
Okie kengkawan... nak pegi sarapan... prot dah lapo...
owh... dah ramai orang tanye aku rahsia kurus... nanti kite story k... muah...

Dec 16, 2009

Bussiness Card Kiut



Ekceli sekarang nih aku tengah dok survey-survey nak buat design untuk bisnes card
CUTENESS COLLECTION... *fuhyoo... dahsyat tuh*
hihi... rezeki tuhan bagi... alhamdulilah...
Ikutkan aku nih tak suke design yang formal-formal... *bosan giler, tak kretip langsung....*
yela... kalo nak yang formal-formal tuh, bisnes kad keje aku tuh berlambak ade dekat opis...
ade 6 boxes tak guna langsung... haha...
So, aku pon google la mr google & terjumpela kad comel lote macam kat atas nih...
alohaiiii... besh betol kalola aku bole buat macam kad kat atas nih...
kompom aku bawak tido semua kad nih taw... hihi...
rase-rasenye ade tak tukang buat kad yang bole buat kad cam gini...
dalam 6 design kat atas nih mane satu korang rase yang kena dengan ciri-ciri kegemaran aku..??

Dec 11, 2009

Ini Dior Taw (^-^)





Hubby aku gelakkan aku gara-gara aku beli benda alah cinonet nih dekat internet...
Tapi taknak kalah punye pasal aku cakapla...
"Uish.. Dior nih papa tau tak?"
"Baik beli dekat kedai biase tuh Loreal ke hape tuh, beso la gak. Tuh... bole ke tepek kat muke tuh?"
"Boleeee..."
aku menjawab tapi sebenarnye kat dalam hati aku dah dok gelak beso...
"Haha... padan muke haku..."
Nihla dia gara-gara gile shopping... tak bole kuar jenjalan shopping kat luar...
Segala mende nampak kat dalam internet pegi belasah beli...
Last-last hubby aku gelak besokan aku...
Takpe... takpe... bini sape yang nampak tantek...
Bini dia jugak taw...

Syhhh... janganla gelakkan haku...

p/s : mokcik dah kurus... jangan mare k...

Nov 12, 2009

Owh... Ko Dimana?

 

Agak-agak korang benda apekah ini?
HELLO KITTY ~ terdengar jawapan kecil dari hati nurani korang ~
Iyola.. memang ler menatang nih name dia HELLO KITTY
Tapi apekah dia??
Walkman ka... Radio ka... tempat CD ka... atau Camera ka??

Hik... hik.. ~ ketawa gatal ku berkumandang ~
Owh.. silap tuh... kengkawan...
itu adalah henpon HELLO KITTY yang sedang dinantikan oleh tuan chumeynye...
sapekah tuan chumeynye itu??!!
alah... buat-buat kompius plak korang nih..eee... aku gigit kang...
...aku ler tuan chumeynye itu...

Agak-agaknyela kan... kat manela dia berada sekarang nih kan???
Tak sabar rasenye ingin menatap wajahmu... chewah... hihi...

Haiii... ingatkan dok kat ngumah nih bolehla aku save budget menyopping...
ngupe-ngupenye makin menjadi-jadi plak... tebiat nih...

Gatal Tangan


Huwaaa... kegatalan tangan menyebabkan iFon aku merajuk.
Tuhla dia... dah tau henpon nih bukan authorised kat sini... ~US mali...~
lagik nak buat yang bukan-bukan.
Konon-konon nak synchronize ler kat iTiun, tah cane aku tergatal plak
klik kat part update the latest version...
Ikutkan cina kat Lau Yat tuh dah berkali-kali dah ingatkan kat aku sebelom nih...
"haiiiya... lu jangan update ya.. ini henpon... kalau tak... ini henpon tak bole guna taw."
Tapi tuhla dia... benda yang tak bagi buat tuh jugakla yang aku suke buat...
~why... reena...?? why??~

So... tak pasal-pasal segala macam mak nenek kat dalam iFon aku tuh,
langsung aku takleh terjah.
Dan part yang paling besh... segala no. kengkawan aku langsung aku tak save kat dalam SIM CARD,
dah jadi satu keje plak, stiap kali message/call masuk
aku kena tanye sapekah gerangan pemberi message/call.
~takde keje, carik keje... tuhla dia~

NOTE:
Canepon... seb baek hubby aku tulun' tanyekan cina kat Lau Yat tuh dia kate,
latest version untuk unlock iFon dah ade dah...
~phewww... lega...~
tapi tak pasal-pasal melayang duit aku 100 hinggit tuh...
diulang 100 hinggit...
...huhu...
takde sesape nak derma kat aku ke??

Oct 17, 2009

Pompuan Psycho & Pencurik Identiti??!!

"Penah tengok satu cerita CSI pasal sorang mom yang mengaku anak dia hilang kena ambik dengan orang laen tapi hakikatnye anak dia yang sebenar-benarnye dah pon takde. Masalahnye masa tengok cite CSI tuh mesti kite kata kesian sangat dekat mom tuh... dah tu semua bukti dalam rumah tuh tunjukkan memang ada budak kecik tinggal dekat rumah dia. Dan bukti yang paling sahih siap ada pic dia dengan anak dia yang hilang tuh. Tapi kesudahan cite tuh, rupanye mom tuh psycho, dia pepandai je ngaku anak orang laen tuh sebagai anak dia. Dan semua pic anak dia yang dia ade tuh, dia ambik dekat internet dan siap buat super-impose konon dia bergambar dengan anak dia tuh"

Hah... tuh baru mukadimah je tuh, ape aku nak cite sebenarnye... benda cam gini memang ada terjadi dekat kakak blogger cayang aku - sis Jurra. Terkejut sangat aku bile aku tengok blog dia rupanya ada orang laen dah gunakan pic anak dia untuk buat satu blog kononnye mengaku tuh anak dia, masalahnye siap masuk contest lagik & menang hanya dengan gunakan pic anak orang laen. Perghhh... psycho betol... cuma dalam blog pompuan yang ngaku anak sis Jurra sebagai anak dia tuh, dia kata dia adalah single mom. Come on la... even nak berblog sekalipon jangan seksa hati & perasaan sorang mom laen semata-mata nak raih simpati orang. Kalolah benda nih jadi kat aku, memang sampai ke lobang cacing aku carik pompuan tuh & buat police report. Kite susah-susah ngandungkan anak kite tuh, senang-senang je dia ngaku tuh anak dia.... cesss...

Kalo korang tak caya, cuba tengok entry sis Jurra aku nih

pic pocoyo dari sis Jurra yang pompuan psycho gunakan tuh

dan blog pompuan psycho

"Aku harap sis Jurra tabah slalu k... sayang kat sis... dan marilah kite same-same doakan pompuan psycho tuh dikenakan tindakan yang sepatutnye... aminnn..."

Oct 14, 2009

Kawaii Massage Stick

Apekah benda yang chomey/kawaii itu??
Benda nih bukanlah digunakan untuk mengetuk kepala boss anda yang ampess...
*gilos ko... silap-silap "you're fired"*
mahupon digunakan sebagai pengganti pengetuk drum....

tapi benda nih aku gunakan untuk mengetuk belakang badan aku yang sentiasa sakit-sakit...
gara-gara kuat bekerja dekat opis gitu...
*muntahhhhh.... hihi*
maklumla... pompuan peknen memang senang sangat sakit pinggang kalo dok lame-lame
kat kosi opis yang keras semacam tuh
plus... banyak angin melanda dalam badan kalo makan banyak sangat...
tapi susah plak nak burppp... haha... macam baby ler plak..

untuk sesape yang teringin nampak kiut sambil mengetuk-ngetuk belakang badan korang
macam aku nih...
korang bolelah pegi dekat living cabin *mane-mane living cabin rasenye ade jual binatang nih*
regenye sekor : rm 5.00 je...
ade macam-macam ngupe binatang kiut yang bole korang dapati kat sini...
antaranya ialah ngupe monkey *atau dalam bahasa melayunye monyet*, froggie dan lion.

Sep 30, 2009

37 weeks of pregnancy

Hihi... inilah wajah glamor aku yang terbaru...
*glamornye nyahhh...*

Sebenarnye stiap kali ketibaan waktu peknen nih, aku tak suke langsung nak amek gambar.
Tahla tak taula kenape... Nih pon aku terjumpe pic aku nih kat dalam henpon aku yang
ditangkap oleh opismate aku tanpa aku sedari gitu... hihi
Bukan setakat nak amek gambar, nak mekap ke, tantek-tantekkan rambut kat salon ke
atau pegi shoppin' ke semuanya aku jadi tak minat langsung...
Kalo datang mood tuh ade la gak tetiba aku back to normal.
Tapi slalunye aku nih se'simple' yang mungkin je.

For 3rd pregnancy nih, doctor expect aku dapat baby boy & due datenye 22th October 2009.
Wah... tak lame je lagik nih...
dag... dig.. dug... gitu.... hihi...
berat aku time peknen nih tak banyak pon naik, rasenye lebih kurang same je macam
1st & 2nd baby sebelum nih aku peknen... from 52 kg ke 62 kg...

Bile dah nak masuk 37 weeks nih... ape yang aku rase??

1. aku rase cam tak larat nak bawak perut
2. duduk rase tak selesa, diri pulak cepat rase penat
3. nak jalan pon kena slow-slow sebab rase cam sakit kalo aku jalan laju-laju
4. slalu rase lapo, tapi bile makan... takdela banyak mane pon bole masuk
5. nak tido pon susah, slalu dapat tido nyenyak 2 jam je, lepas tuh rase sengal dekat pinggang
6. nak bangun dari tido, kena mintak tulun' hubby sebab memang susah sangat nak bangun
7. tak bole duduk dekat kosi yang keras *meaning yang takde kusyen*, kalo tak memang rase cam ade contraction je
8. kengkadang bile baby dalam perut bergerak, aku rase sakit sangat macam perut tegang
9. kengkadang rase excited baby nak kuar, kengkadang rase risau, kengkadang rase cam tak sabo je nak kuarkan baby...

tapi tuhla dia... keistimewaan peknen nih, walopun semua perkara nampak macam tak besh...
tapi keistimewaannye perkara nih kite bole rase time peknen je... lepas dah kuar baby...
kompom kite lupe.... believe me...

Aug 7, 2009

Babi - Binatang Jahat!!


Semenjak kes H1N1 melanda dengan hebatnye dekat Malaysia. Ramai yang aku peratikan still buat dunno je, even dah tau diri tuh ade selsema atau batuk... tak juga reti-reti nak tutup mulut tuh. Eeee... geram je aku.... Tak kisahlah engko takde H1N1 ke tapi.... sian tau, dekat orang yang senang berjangkit.

Dan disebabkan kes nih tengah HOT sekarang nih, maka dengan mudahnye aku dapat MC untuk arini. Ikutkan aku rase macam nak kena selsema, sebab tekak aku dah rase perit. So, semalam, sebelum selsema aku start jadi kritikal. Aku pon pegila jumpe doktor mintak ubat. Tak sangka pulak ingatkan nak mintak ubat je, skali doktor kate, "better u rest dekat umah besok." Dah doktor kate begitu, aku pon stuju jela... Lagipon tengah2 peknen dan ade 2 orang budak kecik kat umah nih, baik aku make sure kesihatan aku ok... bahye kena penyakit-penyakit macam gini.

So, aku nak sharin' dengan korang info pasal selsema babi *babi tidak kiut... dia binatang yang jahat* atau dikenali sebagai H1N1 yang aku jumpe dekat sini...

Mehla kite sama-sama jaga kesihatan. Even sakit sikit, better pegi jumpe doktor for check-up k... Jangan malas-malas makan ubat....


Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

Jul 12, 2009

Busyhand??!!


Lately nih aku busy gegile nak siapkan booking order baju crochet dak opis aku dengan baju anak aku sendiri. Even ramai gak bebudak opis aku yang dah start nak ber'booking' dengan aku dan ada antara member-member blog yang nak mencuba hasil air tangan aku nih... (alhamdulilah... tak sangka sangat aku taw!!)... so, aku ingat nak create satu lagik blog khas untuk sape-sape yang interested. Tapi masalahnye nak lepak-lepak kat umah korang pon aku tak berkesempatan sangat (sowiii... gang....) inikan pulak nak create satu lagik blog. Waduh... waduh... sungguh busyhand aku sekarang nih.

Dengan adenye keje kat opis, pastu settlekan umah, masak, layan hubby aku dan anak aku yang 2 orang tuh, semuanye memerlukan komitmen 24jam. Canepon sebab minat dan aku memang suke buat benda-benda kiut nih so aku take it as positive. Lagipun rase sronok plak bile orang puji dan beli hasil keje tangan kite nih. So far, aku cume bole buat crochet nih especially untuk budak-budak kecik 3 tahun ke bawah je. Bukan ape, aku nih pentingkan kualiti, so taknakla buat cincai-cincai lagipun aku takut gak tak tersiap plak booking order dorang nih kalo semua umo aku balun... (ish...ish.. tak elok tamak-tamak taw! Tuhan marah...) Kepada semua yang nak try booking order crochet dengan aku harap bersabar dulu k... nantikan kemunculan blog baru aku tuh... Doakanlah kejayaan aku... Mane tau, one day inilah pekerjaan tetap aku... hehe.... dah start berangan tuh... Yela... nak jadi GM kat kompeni yang aku keje sekarang nih.. jangan mimpila... nak sampai ke level GM tuh, punyelah jauh... boss aku tuh kedekut nak naikkan pangkat aku (ape tah yang dia pendengki sangat... takpe... takpe... orang pendengki selalu malang... opsss... hehe...) So, better aku jadi boss dan aku gakla jadi kuli... Senang... hati tak sakit... janji hepi buat ape yang aku suke... Insya-Allah...

Jun 17, 2009

Crochet Stiches Project

Ape tuh?? Nihla project crochet aku.
Ikutkan since primary school aku dah ngeti buat kait-kait nih,
tapi sejak masuk UiTM, keje... keje... keje...,
ade anak...
Trus aku terlupe dengan benda-benda cam gini (tuh... muke kerut-kerut tuh...
cam tak caya aku ngeti buat ek?? Wehh... aku malas nak tunjuk skill jek tau... hehe...).
Tapi tah cane... last two weeks tengah aku lepak-lepak dekat
Popular bookstore ternampaklah aku buku crochet nih.
Malas nak pikir jela-jela trus aku sambar satu buku....
Konon-konon nak testing skill yang dah lame terbenam,
eh... eh... ngupenye aku memang terror lagikla kait-kait nih...
(dengan mengembangkan sedikit hidungku yang tak bape mancung nih).
So... nihla hasil keje aku untuk seminggu.
Baru siap 70%...
Mesti korang curious kan... bile masenye aku knitting nih...
Hah... bile lagik... waktu on the way pegi/balik keje... time lepak-lepak
dengan Danish & Ariana... setengah jam sebelom tido,
waktu lunch kat opis...
Wah... bersemangat tuh nak siapkan... ahaks...
Nanti bile dah siap 100% aku show-op kat korang k...
Tunggu............

Jun 6, 2009

Aku & Makanan

Nihla ngupe orang yang sehat dah berselera makan... ekekeke... Kalo tak sebelom nih, nak tengok makanan pon tak lalu.... Yeah!!... Jemput makan semua...

Ekceli arini aku & family nak pegi jenjalan kat Melaka & tido kat sane, ikutkan ade kenduri kawen officemate tapi yang sebenarnye intention berjalan tuh yang terlebey... opppss... hehehe... maklumla.... dah lame giler aku bertapa kat umah aku nih. Sampai hubby aku plak yang kuarkan soalan wajib yang slalunye soalan tuh aku ler yang rajin tanye kat tanye, "Arini, kite jenjalan nak?" Siannye kat hubby aku... so memandangkan aku dah bertambah ok 100%.... & mood ehemmmm... jenjalan dengan shoppin' tuh macam dah ade jer balik... why not... bawak budak kecik 2 orang tuh pegi jenjalan...

Sape nak join... jom... tapi naik ler kete sendiri k... kete aku dah terlebey muatan... haha


mood :

Jun 4, 2009

Huwaa... Laptopku Buat Hal

Alahai... dah datang semangat nak berbloggin' balik tetiba laptop aku crash plak..
Duhhh... abes segala harta-menda khazanah kiut-miut aku hilang dibawa sang bayu...
Nihla dia padahnye kalo gatai tak buat computer back-up... So kengkawan semua make sure computer anda telah diback-up sebaik mungkin k... Very terseksa jiwa raga gitu... Huwaaaa... tensen... tensen...

Bile dah jadi cam gini... terpaksala format balik semula... Dalam kepala otak nih dah pikir... 'Ala... setakat re-format balik tuh keje kacang, takpe lepas nih terpaksala aku busy body carik balik benda-benda kawaii yang aku dok collect dalam laptop aku nih' Tapi tah cane bile dah re-format laptop aku nih, software driver aku plak hilang dari pandangan... 'Cesss... dugaan... dugaan..., lain kali buat keje tuh mulakan dengan bismillah k... jangan eksen-eksen nanti tuhan balas'.... Owhhh... tidak!!!

So, setelah 2 minggu... membasahkan ketiak wangi keringat tau... akhirnya hari nih aku berjaya mengharungi dugaan... alhamdulilah... bersyukur tau sangat. Walaupon dalam hati nih dah bertimbun-timbun... ayat-ayat cinta aku lafazkan... ekekekke... Dahla pulak, sebelum tuh, punyalah aku tak pikir panjang nak call service centre mintak tolong, aku pegi la Plaza Imbi tempat aku beli laptop nih setaun yang lepas.... Ingatkan nak bermanja dengan tokey cina tuh mintak tulun installkan driver laptop aku nih. Korang tau ape si tokey cina tak guna tuh kata, "ini komputer kite orang dah tak jual model nih lagik." Ternganga aku dengar si cina tuh merepek. Aik! aku beli baru je setaun 3 bulan gitu, punyalah absolute betol laptop aku nih sampai dia bole sound macam gitu. Hubby aku ape lagik, tanyela si cina bangang bijak pandai tuh, "abes... model nih dah tak bole pakai lagila, kiranya komputer nih dah patut kena buang la." Ambik ko cina... Tau, ape dia jawab lepas tuh. "U pegi dekat pintu depan tu, ade kertas tulis itu alamat service center. U bole salin dekat sana." Wah... memang bersirap aku rase dengan cina nih... Takpe... takpe... fuhhh... aku doakan lingkuplah kedai ko lepas nih cina oiii.... Dan dengan hati gumbiranye aku nak announce kat korang, marilah kite bersama-sama berganding bahu mem'banned kedai JUST PC dekat Plaza Imbi.. Hahahaha... puas hati aku... opppsss...

Sori yek... kengkawan terlebey emosi plak... hehe...

Hah... lupe nak cakap... tenkiu atas komen-komen korang untuk entry aku sebelom nih... aku sayang sangat korang tau!!! Canepon, aku still tak berkesempatan nak lepak-lepak kat blog korang lagik... Sowiii... Maklumla laptop aku baru jer bleh beroperasi ari ni.... Mesti banyakkan cite-cite korang aku tercicir... Anyway... aku try catch-up later... keep in touch k.... Hahaha... ade yang nak tengok pic latest aku ek?? Tungguuuuu.... Miss u all!!

p/s : untuk cik vujie sayang.... akak dah received sebenarnye parcel tuh... Time kaseh.... berbillion-billion akak nak ucapkan... Pulak tuh parcel tuh akak received time akak tengah aktif ber'uwek'... Tuh... yang tak leh nak inform... Takpe nanti akak show-op kat sini k dear......