Blogger templates

Aug 3, 2010

Impiana Resort, Cherating

Awal bulan Julai hari tu, department opis aku buat Family Day dekat Cherating, Pahang.
Kita orang stay dekat Impiana Resort, Cherating.
Hoh! Terbaik dowh tempat ni. Aku memang recommend sangat-sangat untuk sesape yang ada anak-anak kecik macam aku untuk datang tempat macam ni.
Sebab??

  1. Bilik dia selesa sangat-sangat. Luas, boleh view laut dan ada 2 aircond!!
  2. Ada rumah kecik/playhouse dekat dengan area Swimming Pool. Budak-budak kecik bolehlah main dekat dalam rumah tu.
  3. Private beach, so tak ramai orang dan kita ada space sendiri untuk mandi-manda bersama family. Kiranya takde gangguan la :) *eceh~ macam artis la pulak! haha~ *
  4. Jarak beach dengan swimming pool pun tak jauh. Bila dah mandi laut, korang boleh basuh badan yang melekit-lekit kena air laut dekat Swimming Pool's Shower. Lepas tu continue mandi swimming pool pulak. Mandi sakan seh!!
  5. Ada kemudahan main netball, tempat main pasir untuk budak-budak kecik, tempat main bola sepak pantai dan bola tampar.
  6. Lobby dia pun selesa untuk lepak-lepak, siap ada free wifi gitu. Disebabkan kerusi dekat situ pun besar-besar, angin pun sepoi-sepoi bahasa, rasanya kalau korang nak take nap kejap pun boleh ler sangat-sangat *macam aku time tu kui...kui...kui*
  7. Location Impiana ni pun dekat dengan Kuala Kemaman *alaa~tempat yang banyak jual keropok ikan & satar tu* Tak salah aku cuma 5 minit je dari hotel ke sini. So, apa lagik senanglah korang nak borong keropok kalau stay dekat sini.
  8.  
    Nih, antara pic bilik yang aku duduk dan kawasan sekitar Impiana Resort yang sempat aku tangkap. Payah nak bawak camera dan henpon jenjalan kalau motif sebenar duduk sini nak mandi-manda. Hehe

    Budak hepi dok main loncat-loncat. Ni kalau rumah sendiri, jangan harap mama dia bagi hokeh!! Haha~

    TV dia sebesar 14'inch je *alolo~*. Takpe, aku pun tak sempat nak layan tv pun time tu. Siap ada meja kerja yang memang aku tak pakai pun, dan kalau korang nak tau kosi tu boleh bertukar rupa jadi sofa bed tau *hihi~ dah macam transformer ler pulak*. Haa~ dekat tepi tu pulak, dia letakkan extra bed untuk anak aku tido.

    Dekat tepi tingkap tu siap ada rest area gitu. Sambil boring-boring bolehlah layan perasaan sambil tengok laut. Sesuai ni kalau nak buat novel :P haha~. Dan kalau korang ada baby macam aku, korang bolehlah mintak sekali baby coat.

    Muka kami yang ke'happy'an. Yeaaa!!

    Bawah ni pulak pic view area lobby dan pantai di Impiana Resort, Cherating :)

    Ariana sampai pengsan keletihan dekat sofa. Duduk dekat lobby ni, enjoy sangat sebab angin kuat dan sejuk je

    Kolam ni bersebelahan dengan tempat kita orang lepak. Bukan swimming pool ye kengkawan.

    Danish, Ariana dengan geng baru *Aliya* buat sand castle.


    8 comments:

    1. nie nak marah nie...
      apsal 'opis' u tu tak ajak 'opis' i yg join huhuhuhuhu...
      tempat kelazzzzz tu....

      ReplyDelete
    2. hi;

      syoknyaaaa !!!
      baru tau boleh mintak baby coat =)
      bilik pun cun !
      berapa rate price untuk bilik macam tu ?

      take care ya !

      ReplyDelete
    3. la..kite pegi tgh july..impiana gak..best kan kak? baby siap nyusu n tido dlm pool..nti nk dtg lagi ^_^

      ReplyDelete
    4. sis rasp - haha~ opis u kalau buat family day pergi 'UK' lah baru class.

      mass - hye mass thanks for coming tau :) next time pergi mintak bb coat k. eh!! tah2 baby pun dah beso haha~

      nayu - yea!! kakak pun ingat nak datang lagik. best sgt2

      ReplyDelete
    5. meciu...wah dear rajin update blog skg ye..sis ni tak leh layan fb twitter tu..skg byk lepak blog..masak2..heaven...

      p/s adesss bila nak cuti mcm u all ni..

      ReplyDelete
    6. reena, i ada bad experienced kt impiana cherating.

      http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/impiana-cherating-percutian-bertragedi.html

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hai awak :)

        Kita dah baca dah pengalaman awak tu. Alahai kesiannya, tak sangka sampai jadi macam tu kan? Nasib baik semuanya dah ok :)

        Delete

    - Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
    - Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
    - I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
    - Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
    - Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

    “ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)