Blogger templates

Feb 14, 2012

Cath Kidston

Korang kenal Cath Kidston? Dia bukan pemenang anugerah Juara Lagu baru-baru ini mahupun seorang tukang masak yang memenangi Masterchef Malaysia ye kawan-kawan. Tapi Cath Kidston ialah seorang designer / pereka yang membuka sebuah kedai kecil di London pada tahun 1993. Memulakan perniagaannya dengan menjual pelbagai fabrik vintage, kertas dinding dan juga perabut lama yang dicat semula dengan warna-warna terang. Tujuannya hanya untuk mengingatkan kembali zaman silamnya sewaktu kanak-kanak. Tapi kini, produk Cath Kidston telah muncul dengan meluasnya dan pelbagai barangan telah diwujudkan melalui label Cath Kidston yang terdiri daripada barangan rumah, pakaian wanita dan aksesori.

Untuk keterangan lanjut mengenai Cath Kidston, korang sila klik sini :

http://www.cathkidston.co.uk/default.aspx

Sebenarnya, i mula-mula jatuh cinta dengan barangan Cath Kidston bila terjumpa satu kedai beg di Sungei Wang (rasanya adalah 3, 4 tahun lepas). I minat sangat dengan semua design beg yang ada nama Cath Kidston dekat situ. Nampak klasik dan menarik gitu. Sebab dah rambang mata nak memilih, i tak beli langsung satu beg pun dekat kedai tu. Tapi i balik rumah dan terus google pasal Cath Kidston. Dari situlah i tahu mengenai Cath Kidston dan jatuh cinta dengan semua barangan keluarannya. Masalahnya i rasa kebanyakan barang atas brand Cath Kidston dekat Malaysia ni bukan barang original dari produk Cath Kidston sendiri. Sebabnya harga untuk barangan Cath Kidston kalau di convert dari duit Pound Sterling (GBP) ke Ringgit Malaysia (MYR). Mau kering jugaklah poket bulan-bulan. Apataknya 1 GBP bersamaan dengan 5 MYR hokeh (pitam!) Contoh kalau handphone case iphone 4 ialah berharga £24.95. Bila darab dengan 5, jadilah harga Malaysia ialah RM124.75. Perghh!! Memang hanya mampu beli yang non-original (imitation) jelah nampaknya (oppss!! Hehehe). Tapi kalau korang tahu dekat mana tempat yang boleh i dapatkan barangan Cath Kidston yang original dekat Malaysia dengan harga yang best. Bagitaulah ye, mana tau ada rezeki lebih ke. Bolehlah i borong satu-dua.

Lepas mengenali Cath Kidston i terus mendaftar di website Cath Kidston dan request a magazine dekat websitenya (tak payah bayar pun. Free!!). Korang tengok gambar dekat bawah yang ada anak panah warna pink tu, picit pada request a magazine dan isi butir-butir yang dikehendaki. I sangkakan majalah yang i request tu, i takkan terima. Maklumlah i bukannya duduk dekat London pun (tunjuk gaya tangan ke dada). Tapi alhamdulilah selang 2 bulan kemudian (sampaikan i pun dah terlupa pasal majalah Cath Kidston ni), majalah tu tiba dengan selamatnya ke pangkuan i (yeay!!)

Kalau tak jumpa mana arah anak pink, korang pergilah buat check mata. Hehehe




Ok, nak kasi korang nampak dengan lebih jelas macam mana tertarik menariknya barangan Cath Kidston ni. Apa kata, korang tengok gambar dekat bawah. Ada perasaan macam dah mula jatuh cinta dengan barangan Cath Kidston tak? Hahh... i nampak ada yang dah tunjuk muka kagum dekat situ. Hehehe. Gambar ni jugak telah menambahkan tahap berangan i untuk memiliki dapur yang bersuasana Cath Kidston (tenung gambar sambil sengih-sengih). Kalau korang baik, doa-doakanlah i ada dapur macam gini tau. Hehehe (mekacih!!)

Sumber : Google
Sebelum i akhiri entry ni, i nak tunjukkan koleksi handphone case iphone 4 Cath Kidston (yang non-hado, atau erti kata lain tak original. Hehehe) untuk tatapan korang. I beli dekat Plaza Low Yat dengan harga RM50.00 untuk dua handphone case. Murahkan? Yang bestnya, permukaan handphone case ni lembut je macam rubber (getah).



Ohh, last but not least, i nak tunjuk koleksi kotak yang i kumpul daripada Daiso, ada gaya macam Cath Kidston jugak tak? Iras-iras je kot. Hehehe... Tapi nilah kotak kesayangan i yang cuma berharga RM5.00 sahaja. Murah habis!! Hehehe...




p/s : i suka vintage style yang colorful! Korang?

48 comments:

  1. alo comel. kt pyramid pon ade cath kidson tp xtau le keoriginalannye hehe.. ye.. saya suka kaler2 ceria berwarna warni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay... taste kita memang selalunya sama kan dear? Hehehe

      Delete
    2. Ehh... nape tak boleh masuk blog u dear? Sedih :(

      Delete
  2. cantikssss....i pun suka gak tapi tu ler mahei kannnn....
    tapi kita kan alwiz make do and be kreatip cam u...
    bila kitchen dah tukar gitu...
    jgn lupa invite i gi makan kat umah u tauuu hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah kita jemput... nanti jangan lupa bawak bantal sekali ye kak... Terus tidur dekat rumah kita. Mana tau tak nak balik rumah dah... Hehehe

      Delete
  3. nak casing iphone4 tuuuuuuuuuuuuuuuuu haha

    ReplyDelete
  4. wahh lawoo laa case iphone tuh..klau utk blackberry ada tak eh??

    ReplyDelete
  5. nak kotak tu!!! cantikkkkkkkkkkkkkkk nnti saya borong kat daisooo wuuhuhuuuuu.. saya mmg dah lama sukaaaaaaaa kat cath kidston ni.. kalau blh nak ada satu barang ori from her brand.. insyaALLAH.. hhehehe..

    haihh admire kotakkkkk ni xsabar nak g beli ni.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tahu tak, akak pergi Daiso confirm aim kotak ni aje... bila nampak malas nak pikir panjang terus beli. Sebab stok kotak ni cepat habis

      Delete
  6. oh dapur tu superb cantik.. hahah gilo komen byk kali sbb saya sukaaaaaaaaaaaa cath kidston nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... bestkan dapur cam gini.... masak tak sedap pun rasa gembira...

      Delete
    2. hehe hi sis.i pon rasa mcm tu.tiap kali pakai beg cath kidston rasa happy.padahal beg je pon.hehe.kt tmpat i study student sgt suka pkai beg CK.seronok sgt tgk.dia punya design ikot season jd kdg2 design tu yg last season tak kuar dah.byk ckp plk i.sbb i ni da mcm obses kot tgk brg2 ck.tiap hari byk kali i buka webpage ck.n i end up jual brg ck sbb i nak promote pd kwn2 n family yg suka vintage english pattern.i tatau la nnti i da bis study msti sedey tak dpt p CK shop da..kalo masuk kdai dia mang berjam i pusing. :-P

      Delete
    3. Seronoknya dapat pergi kedai CK dekat sana. Impian akak ni tau :)

      Delete
  7. I pun gila cath kidston. Just this morning i 'terbeli' wallet ck kat website nya. based on experience yg dulu, adalah dalam sebulan jugak barang tu nak sampai. Kawan I yg kat UK cakap ck memang lembab sikit hantar barang, tapi kalau dah dapat, puas hati lah. 1 more thing yg I perasan, once u dah pernah beli barang diorang online, next time u beli ada discount. Sebab, wallet yg i beli harga GBP26, tapi once I login my ID, dah jadi GBP21.67. btw, postage kadang2 lebih mahal dari barang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah... sebab postage tulah dear.. yang buat rasa tak mampu nak beli Cath Kidston original (pengsan!) hehehe

      Delete
  8. kak reena, lawo lah casing hp tu. i loikeeee :)

    ReplyDelete
  9. Aduh baru jer tahu pasal cath kidston nie..mmg buta brand.haha..

    btw kotak tu mmg lawa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... giveaway awak tu kalau bagi Cath Kidston kompom mengancam tau dear.... (hamboii... main mintak pulak dia)... Kihkihkih

      Delete
  10. Iphone casing cath kidson saya udah kusam..ha ha ha. Corak2 dia cantik kan. Sweet2 jer. Tp mmg mahal handbag dia kalau nak dibandingkan dgn material dia. My suami kata mcm kanvas plastik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah pasal... antara sebab macam serba-salah nak beli beg dia... tapi kalau barang-barang dapur dia memang kita suka betul... cantik!!!

      Casing handphone kita ni pun dah nak kusam jugak dear... Hehehe

      Delete
  11. reena, meh baca sini..

    http://farmys.blogspot.com/2012/03/magazine-cath-kidston.html

    kredit to blog reena.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai thank you dear!! Mesti dia rasa macam nak loncat-loncat happy je bila nampak magazine Cath Kidston dah sampai. Hehehe...

      Delete
  12. salam.. :) terjupe blog ni bile browse name cath kidston. yup, barang2 die sangat comel dan saya pon da start tergila kan barang2 die :)
    wat mase ni saya tengok kat uniqlo ade jual barang2 cath kidston. kat konikuniya pon ade bhagian cath kidston ni :) tergila kejap

    ReplyDelete
  13. salam.. terjumpa blog ni mase search cath kidston :) cute as one

    kat uniqlo ade jual baju cath kidston n kat konukuniya ade bahagian cath kidston jugak :)

    memang super cute brand ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak. A'ah betul tu, baju cath kidston dekat Uniqlo kita dah selamat beli. Cuma beg dekat Kinokuniya je belum lagik :)

      Delete
  14. Argh..geramnya dengan barang-barang cath kidston nih.... :) cda start jatuh cinta bile kawan cda hadiahkan "measuring tape cath kidston" cantik....mana nak dapat yang ori kat kl ye???

    reena, seronok bila tau ada orang lain jugak yang minat dengan brand ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... mesti sayang nak gunakan? Hehehe.... Kita pun tak tahu dekat mana barangan original Cath Kidston ni boleh dapat dekat KL. Still mencari lagik. Kalau jumpa kita bagitahu ok :)

      Delete
  15. very nice hp case!! geram i tgk hehehe... anyway, i pun share the same passion as yours about cath kidston ni... slalu berangan nak ada semua collection dia haha.. ada la a few items i got as pressies from my fren yg beli kat london...happynye tak terkata.. tp ada jgk yg i beli from sgwang sbb dah addicted dgn cath kidston

    eliza Mohamad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eliza :)

      Kan, seronok kalau dapat kumpul semua barangan Cath Kidston meriah satu rumah dan diri sendiri gitu :) Harap-harap one day muncullah Cath Kidston dekat KL. Hehehe

      Delete
  16. We share the same interest!!
    Sangat suka semua collection Cath Kidston esp bags, tapi hanya boleh beli time sales kat sini...kalau harga biasa sangat mahal uhhuhuhuhu
    Good to know kat Malaysia ada Cath Kidston :)

    Ct
    Ireland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CT...

      Wahhh... jauhnya awak merantau. Mesti seronok kan duduk dekat Ireland sebab boleh shopping Cath Kidston selalu.

      Tapi Cath Kidston dekat Malaysia rasanya tak variety macam dekat oversea kot. Kebanyakan yang ada pun cuma fake je, susah nak jumpa yang original. Tapi bila jumpa yang original, terpaksa pulak fikir dua, tiga kali nak membeli. Maklumlah mahal. Hehehe...

      p/s : Macih sudi jengah blog saya, jauh tu :)

      Delete
  17. hi Reena
    I came across your blog. Ha...ha....my taste jugaklah. I work and live in London and memang banyak kat sini. Senang nak dapat. Anyway, I actually adalah jugak supply Cath Kidstin to my friend in melaka but she always travel to KL. Let me know kalau you nak. Let me know and i can give her contact details to you.

    M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi M...

      Thanks sudi jengah saya jauh-jauh ni. Hehehe... Wahhh... u supply barang-barang Cath Kidston confirm rambang mata tengok semua barang Cath Kidston ni kan? Ok, apa-apa hal nanti boleh contact u. Anyway, nak emel please.... hehehe :)

      Delete
  18. hi sis. if u wanna buy ori cath kidston products do visit my fb page 'Fabulous UK Shop' by Fawwa. Sy study di UK dan sgt suka brg CK :-D

    ReplyDelete
  19. omg i googled up cath kidston dan jumpa ur blog!

    nice one reena. i didnt know the cath kidston's mag was for free.
    thanx to u, nice find ive got here.
    *waiting for my mag* :P

    reena if u ever going to the UK, pls do tell.
    who knows oneday hehe. imma asked u to grab one tote bag from cath kidston there!!

    V(^ ___ ^) V

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Didi.Lee :)

      Nice having you here in my blog. I'm sure that you already get the Cath Kidston's mag with smiling on you face.

      I hope one day, i can visit the original Cath Kidston's store in UK and i want you to accompany me. Hahaha...

      Thanks anyway! Daaaa :)

      Delete
  20. i pun sama google ck and jumpa your blog...i mmg gila ck...tapi gila tgk. collection ck tak byk lagi, cuma ada wallet, bb casing, and tgh tggu my bag sampai heheheheh beli pun time sale jugak hehhehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? CK ni umpama terapi minda dan perasaan gitu. Bila ada barang CK, automatik mood bertukar jadi happy je. I pun ingat nak buat macam u lah. Kumpul sikit-sikit. And of course beli time sale jelah. Hahaha :)

      Delete
  21. same here.. found ur blog masa google.. ipun minat CK.. 1st time beli kat hong kong last dec.. memang cantek n good quality.. skrg i shopping online at CK web.. delivery very fast.. in 1 week brg dah smp.. my CK collection dah b'tambah.. suke sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really awak??!! One week delivery je ke Malaysia??? Wahhh... kena try order online jugak ni one day :) Thanks for the info. Mesti seronokkan tengok semua collection CK tu. Wahhh... bestnya!

      Delete
  22. hehe terperanjat kat Malaysia ade Cath Kidston, sebab kalau tak salah kat Malaysia tak ada official outlet, nearest kat Thailand...
    I visited UK last jan-Dec... bought travel bag n saddle bag.. mmg cantik!
    balik sini i beli online CK-UK the daybag wild strawberry...
    FYI kalau kite beli online n address di Malaysia kite dikecualikan cukai VAT die... so mmg harge murah sikit compared kalau beli kat UK! SBB VAT tu hanya utk org yang menetap di UK je yg kene (utk health insurance diorang ) tapo kos penghantaran mahal... 20 pound! So, kalau ade kawan-kawan yg lain nak beli, pakat2... rasenye kalau beli 2-3 barang masih dpt kos penghantaran 20 pound... penghantaran mmg superb!! within 1 week! lagipun kite mmg tahu ori! puas hati... dkt UK pun ade certain place yg jual CK murah - Bicester village n Portsmouth Gunwharf Quay!... kat airport die pun ade duty free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan kenapa Malaysia takde outlet CK ni. And another one yang nearest mestilah Singapore kan? :) Wahhh... best lah info yang awak bagi ni. Excited saya jadinya. Thanks for sharing tau.

      Delete
  23. Assalam Reena...

    Wahh!!! i ada geng CK lovers gak rupanye.. :-))..
    Anyway, i baru balik dr London tau, g kejap jer.. ada gak ahh i sopinkk terlebey brg2 CK.. Kalo u nk, nnt i let u know ehh bila i dh upload photos dia kt fb i..

    ReplyDelete
  24. Saya jugak sangat suka jenama CK ini, saya ade beli satu beg yg sangat simple harga dlm rm60 empat segi kecik macam beg gi pasar di kedai yg agak exclusive, sambil bayar dlm hati kata nampak bodoh aje beg ni tapi mahal, saya beli jugak sebab discount. Selepas dua tiga minggu jumpa banyak jual di pasar tani dengan harga yg sangat murah rupanya banyak yg bukan ori, sebab quality nya lain sangat, dari jauh cantik.Baru2 ini saya minta kawan di UK belikan harganya agak mahal jugak, pada pendapat saya beli terus dari UK jugak agak mahal kalau ori beli di malaysia lagi mahal.Kalau harga dlm bawah rm 200 untuk hanbeg rasanya bukan ori. Kalau beg simple macam beg gi pasar empat segi tu mungkin dpt dlm 18 pound hampir seratus jugak. Mahal jugak lah Ck ni tapi agak murah dari coach.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)