Blogger templates

Jan 31, 2012

Ayam Bakar Wong Solo

Hai, jom kali ni kita cuba makan dekat Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Kalau korang nak tau, restoran ni sebenarnya berasal dari Indonesia. Dan di sana ianya lebih dikenali dengan nama Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo. Motto yang disampaikan restoran ini iaitu Ayam Bakar Wong Solo Halalan Thayyiban, di mana pemiliknya cuba mengetengahkan konsep Islam melalui rumah makan yang dikelolakannya. Nak tahu mengenai sejarah Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo? Korang boleh baca dekat sini ---> http://www.wongsolo.com/tentang.php?nama=profile

Apa yang istimewanya pasal Ayam Bakar Wong Solo ni? Of course lah sebab makanannya kan? Pada pendapat i, bila sekali korang dah cuba makan dekat sini mesti berkali-kali nak datang lagi (tak percaya cakap i? Hah... kenalah pergi, baru korang tau macam mana sedapnya). Ikutkan menu yang dihidangkan sama je macam kebanyakan restoran ayam penyet yang lain. Cuma pilihannya lagik banyak sebab korang boleh buat order tambahan ala-carte contohnya macam Nasi Goreng Biasa, Emping, Gado-gado, Cah Kangkung, Balado Petai, Ayam / Daging Lada Hitam, Pecel Lele (ikan keli goreng rangup), Ulam dan lain-lain lagi. Harganya berbeza-beza untuk setiap hidangan ala-carte ni tapi pada i masih lagi reasonable (maksudnya kategori harga munasabah yang tidak menjerut leher kita bila lepas makan. Hehe).

Kalau korang nak makan dalam keadaan jimat (save budget gitu), korang pilih je makanan yang jenis set macam Set Ayam Penyet, Set Ayam Bakar, Set Empal Sapi dan Set Pecel Lele. Setiap set merangkumi nasi putih, balado terung (terung goreng berlada), tempe goreng, tahu goreng, salad dan air mineral sejuk. Harga untuk set ini cuma RM10.90 je (yeay! Berbaloi-baloi kan?). Untuk menambahkan kelazatan makanan yang korang pilih, biasanya dorang akan sediakan kicap cili api dan sambal. Hah, part sambal dekat Wong Solo ni memang favourite i habis. Kadang-kadang makan sambal tu sampai macam orang menangis. Tapi tangan tak nak berhenti nak tambah lagik. Hehe.

Nak tau apa lagik yang i suka dekat Restoran Ayam Bakar Wong Solo ni? I paling suka minuman jusnya. Dua jus yang selalu menjadi pilihan untuk i order ialah Jus Alpukat (Avocado) RM6.00 (siap ada campur coklat cair) dan Jus Jagung Sakinah RM5.50 (ahh... terbaik! Hehe).

Teringin nak pergi ke cawangan Ayam Bakar Wong Solo? Ok, cepat salin alamat dekat bawah ni.

No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
No. Telefon : [03] 55111835

No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Telefon : [03] 89253414

No. G-18 & 19, Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
68000 Ampang,
Selangor
No. Telefon : [03] 42701947

No. 57, Jalan Raja Alang
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 26911680

No. 37, Jalan Sentosa Villa 1/1
Taman Sentosa Villa
Kajang
(Belakang Hospital Kajang)
No. Telefon : [03] 8734 4728

No. 25 & 27, Dataran Dwitasik, Jalan Dwitasik 1
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 9171 1143

Dibuka dari hari Isnin hingga Ahad.
Pukul 11:30 pagi hingga 11:30 malam.

Buat masa ni, i dah pernah pergi dua cawangan Ayam Bakar Wong Solo iaitu dekat Taman Dagang dan Kampung Baru. Kedua-dua cawangan ni memuaskan hati i dari segi layanan dan kebersihan kedainya. Kemudahan tandas dan tempat bersolat juga ada disediakan. Menariknya macam dekat cawangan Kampung baru, korang boleh telefon mereka untuk bungkus makanan apa yang korang nak order. Macam mana pun Wong Solo tidak menyediakan perkhidmatan delivery tau, so korang kenalah ambil sendiri. Agak-agak kalau korang nak buat makan-makan dekat office tu, sesuailah telefon Wong Solo ni.

Ok, jom tengok gambar i yang kelaparan. Bismillahirrahmanirrahim....

Set kegemaran i ialah Set Ayam Penyet

Nak lepak-lepak sambil makan bersila pun boleh tau dekat sini.
Hubby i suka Set Ayam Bakar
Sambal dekat sini memang meletop! Tambahlah berapa banyak kali pun, takde sape yang marah.
Inilah Jus Jagung Sakinah (yummy!) 


p/s : Ayam Bakar Wong Solo membuktikan makanan simple pun boleh jadi sedap. Hoorey!


Jan 30, 2012

Kelebihan Sarapan Pagi

Tahukah korang banyak kelebihan dengan pengambilan sarapan pagi setiap hari. Kajian menunjukkan dengan mengambil sarapan setiap pagi seseorang itu akan jadi lebih bijak, langsing (confirm ramai yang nak ni) dan sentiasa berfikiran positif.

Ini kerana badan kita memerlukan gula dan glukos dalam darah sebagai penyumbang kepada tenaga dan aktiviti yang diperlukan. Paras gula di dalam darah kebiasaannya menjadi rendah selepas kita bangun daripada tidur. Dan ketiadaaan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang, sukar untuk badan kita kembali cergas dan aktif.

Pilihlah menu sarapan yang mengandungi fungsi karbohidrat seperti bijirin yang penuh dengan serat yang tinggi kerana ianya akan membantu membakar kalori yang berlebihan dan ditukarkan kepada tenaga untuk badan dan otak bekerja sepanjang hari. Patutlah i selalu rasa bersemangat pagi-pagi (eceh ceh... hehe). Mereka yang meninggalkan sarapan pagi hanya untuk menjadi kurus, kebiasaannya cenderung memilih corak makanan yang tidak sihat dengan kadar kalori yang berlebihan. Ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik jika dilakukan untuk jangka masa panjang.

Sebagaimana pentingnya pengambilan sarapan pagi untuk orang dewasa, begitu juga untuk kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka mendapat keperluan gizi yang seimbang setiap hari dengan mengikuti rangka piramid makanan. Kanak-kanak yang mendapat sepenuhnya keperluan zat harian mereka kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, menunjukkan kemahiran kognitif yang lebih baik dan kebarangkalian mendapat kemurungan lebih rendah. Maksudnya kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi akan bergerak lebih aktif, ceria dan dapat menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi.

sumber info daripada : 

Kemaskini / Update terbaru : Ini resepi Sarapan Pagi yang biasa i buat. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Nak cuba? Bolehlah klik dua link dekat bawah --->

http://www.reenaonline.com/2012/03/resepi-sarapan-pagi.html

http://www.reenaonline.com/2012/04/resepi-hot-and-roll.html


Sekarang dah tahukan kelebihan sarapan pagi? Jom kita mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Macam i dan hubby baru-baru kita orang habiskan masa bersarapan dekat McDonald's. Selalunya untuk hari-hari kerja, i kerap breakfast biskut, kellogg's cornflakes dengan susu dan roti yang disapu peanut butter atau jem je sebab kesuntukan masa. Tapi kali ni, kita orang tukar selera dengan makan dekat luar. Kebiasaannya pada hari biasa, harga bagi set sarapan di McDonald's (Weekday Breakfast Special) dengan pilihan kopi atau teh jadi lebih murah iaitu hanya serendah dari RM4.00 sahaja (bestkan?). So, untuk sarapan pagi tu, i pilih Sausage McMuffin with Egg dengan pilihan airnya ialah teh. Set sarapan i ni berharga RM4.70. Untuk minuman (coffee and tea), korang boleh refill (isian semula) secara percuma seberapa banyak kali yang korang suka (syoknya!).

Nak tahu apa lagik set menarik untuk Weekday Breakfast Special? Korang klik dekat sini ok --->http://www.mcdonalds.com.my/highlights/weekdaysbreakfastspecial.asp.

Menu sarapan di McDonald's bermula seawal 4:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:00 pagi. Kalau korang terlewat tiba selepas pukul 11:00 pagi, menu sarapan pagi McDonald's telah ditukar kepada set value meal yang biasa tu. Takpe, jangan sedih-sedih.... besok boleh datang lagi. Takpun, telefon aje McDonald's sebab McDoland's juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi set sarapan pagi McDonald's (yeay!), dail aje 1300-13-1300 (McDelivery). Hah, kan senang tu.


Kata kawan-kawan, gambar i yang ni dah macam model McDonald's (eh, ye ke?). McDonald's sila bayar saya. Haha


p/s : korang suka sarapan apa?

Jan 29, 2012

Fesyen Tudung Terkini

Bila diperhatikan fesyen tudung dulu dan kini banyak betul bezanyakan? Dulu, pilihan kita tak banyak. Pergi mana-mana kedai tudung pun yang paling banyak ialah tudung bawal. Lepas tu siap ada gred pulak tu. Selalunya gred nombor 1 untuk yang harga paling mahal dan terbaik, gred nombor 2, kasar sikit texturenya dan begitulah seterusnya. Tapi sekarang ni pilihan tudung lebih meluas. Tepuklah handbag, tanyalah selera gitu (boleh tak camgitu? Hehe). Ada tudung sarunglah (yang macam Ekin pakai tu), tudung satin (yang ni Yuna suka pakai dulu-dulu, sekarang tidak lagi), tudung pashmina (yang dipopularkan oleh Hana Tajima), tudung syria, tudung bawal kosong (i suka tengok Dian Pelangi gayakan tudung macam gini), tudung shawl dan macam-macam lagiklah. Cantik-cantik semua fesyen tudung sekarang ni, rambang jugaklah mata nak buat pilihan.

Macam mana pun dalam banyak-banyak jenis tudung. I lebih suka kenakan tudung pashmina atau pun shawl. Bukan sebab Hana Tajima pakai tudung pashmina nampak cantik, walaupun diakui dia sememangnya cantik. Hehe. Tapi i rasa macam kurang berkemampuan nak beli tudung yang jenis sarung. Ada sesetengah harga tu sampai cecah RM90.00 sehelai (mak aihh). Pernah jugak i beli sehelai dua waktu sales (mampulah beli bila dah diskaun, harga jadi RM35.00) tapi sampai rumah i rasa frust sebab ketat (ok, confused jugak secara tiba-tiba muka jadi lebar) Nak tetas jahitan dekat leher, i teringat tudung kawan i yang berbulu dekat leher gara-gara kepakaran dia (eh, berbulu sebab benang hokeh). Sudahnya i simpan je mana tau, satu hari nanti muka i jadi kurus ke. Hehe.

Pengalaman macam ni buat i rasa serik, yelah membazir je beli tapi tak dapat pakai pun. Jadi i mula belajar lilit-lilit dengan pashmina / shawl melalui tutorial Youtube dan gambar. Bila dah biasa pakai tudung guna pashmina / shawl, i sampai dah tak ingat macam mana gaya lilit yang i buat. Semua ikut keselesaan i je. Lagipun pada i, harga pashmina / shawl ni lebih murah berbanding tudung sarung. Hanya RM5.00 dan RM10.00 je sehelai dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kalau beli banyak (selalunya i share dengan kawan beli ramai-ramai) boleh dapat harga lagik murah. Yang penting waktu sesi tawar-menawar, kenalah pandai pujuk rayu sikit tokey kedai tu. Tak salahkan mencuba. Manalah tahu berjaya ke, boleh save duit, dapat beli corak pashmina / shawl lain pulak (eh, ke situ pulak dia eh... hehehe). Kalau korang nak tau, walaupun pashmina / shawl ni murah, tapi bila kena gaya ikatan dan pakaian yang sesuai. Pashmina / shawl boleh nampak eksklusif tau (hamboi... cakap macam pakar fesyen aje. Tihihi).

Takpelah, yang penting apa pun jenis tudung yang kita pakai kenalah ikut syariat dalam islam dan yang paling penting menutup aurat. I tak nak cakap pasal hukum islam lebih-lebih, takut... sebab i pun bukanlah manusia sempurna. Kata orang, tak cukup lagi ilmu didada. I teringat ceramah Ustaz Kazim Elias baru-baru ni dekat office i. Kata Ustaz Kazim, "sekarang ni, semua orang, tak kira sesiapa pun berlumba-lumba nak keluarkan pendapat mengenai Islam. Tapi bila bab mengenai ekonomi, bola atau politik, kita tahu untuk serahkan pada yang pakar menjawabnya. Takde pulak kita suruh makcik yang jual karipap ke yang bagi pendapat. Sampaikan pendapat Islam yang dikeluarkan oleh mufti pun kena pertikaikan. Astaghfirullah". Agak-agak korang apa maksud sebenar yang nak disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ok, dekat bawah ni i nak tunjuk gambar antara koleksi pashmina / shawl dalam simpanan i yang kebanyakannya i beli dekat Jalan Tengah dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dan gambar tutorial tudung pashmina / shawl yang menarik untuk dikongsi dengan korang (tutorial ni bukan i yang buat tapi tutorial dari orang lain. Credit untuk mereka ini). Err... tapi kalau i buat tutorial ada ke orang nak tengok? (kih-kih-kih iyola tu).

Kemaskini / Update terbaru
Nak baca entry / ulasan i berkaitan tudung yang i beli, bolehlah klik link di bawah :-

MAYSAA
http://www.reenaonline.com/2012/01/tudung-hana-tajima-tudung-maysaa.html

AL-HUMAIRA' CONTEMPORARY
http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html

http://www.reenaonline.com/2012/07/al-humaira-contemporary.html

AIDIJUMA
http://www.reenaonline.com/2012/03/tudung-aidijuma.html

Nak tengok bagaimana pemilihan warna yang i buat antara baju, tudung dan seluar, boleh tengok link yang ini :-

http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-memilih-warna-pakaian.html

Kalau nak tengok tutorial lain, boleh tengok link yang ini pulak :-

TUTORIAL SHAWL
http://www.reenaonline.com/2012/07/youtube-tutorial-shawl-dari-al-humaira.html

TUTORIAL TUDUNG BAWAL
http://www.reenaonline.com/2012/03/tutorial-tudung-bawal.html


Simple je koleksi tudung i kan?

Tutorial dari http://scarfsweethoney.blogspot.com

Tutorial dari http://scarfsweethoney.blogspot.com

Tutorial dari http://colourfulcollections.com

p/s : kreatif cara dorang lilit pashmina kan? Terus jadi cantik.

Jan 28, 2012

Pembukaan Uniqlo One Utama, Malaysia

Pejam-celik-pejam-celik dah setahun usia Uniqlo di Malaysia. Kejap je kan? Jadi bersempena dengan usianya yang setahun jagung, Uniqlo telah membuka cawangan barunya di One Utama, Damansara pada 4hb November 2011 (yeay!). Tarikh 4hb November ini adalah sama dengan pembukaan Uniqlo di Fahrenheit iaitu pada 4hb November 2010 (entry pasal Fahrenheit ada i ceritakan dekat sini). Jangan tanya i kenapa Uniqlo pilih tarikh ni untuk pembukaannya di Malaysia. I pun tak tahu. Agaknya adalah tu yang specialnya pasal tarikh ni.

Uniqlo di One Utama merupakan cawangan ketiga Uniqlo selepas Fahrenheit dan KLCC. Semenjak kemunculan Uniqlo di Malaysia, i dan hubby suka habiskan masa shopping pakaian kami dekat sini. Selain pakaiannya yang simple dan up-to-date. I suka dengan Uniqlo sebab selalu berikan harga terbaik. Kalau korang nak tau, bila-bila masa Uniqlo akan turunkan harga pakaiannya tanpa disangka-sangka. Macam mana pun tawaran hanya sah untuk sementara waktu sahaja / for limited time only. Contoh macam flannel shirts yang i pakai dekat entry ni http://www.reenaonline.com/2012/01/sambutan-hari-jadi-di-pizza-hut-pizza.html. Harga sebenarnya ialah RM79.90 tapi bila diturunkan harga, ianya jadi RM49.90. Murahkan? So, i nak ingatkan korang, andaikata korang nampak baju yang korang berkenan dengan harga yang rendah waktu tu. Baik korang cepat-cepat beli sebab bila korang lambat. Samada korang akan mengalami keadaan di mana saiz yang korang nak tu takde atau pun warna yang korang nak tu dah kehabisan stok (pengalaman sebenar ni hukhukhuk).

Di bawah ini alamat Uniqlo :-

Uniqlo One Utama Store (Old Wing)
G135 & F136, One Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7726 0296

Uniqlo KLCC Store
Lot C19, 20, 21, Concourse Level
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2166 3350

Uniqlo Fahrenheit 88 Store
Fahrenheit 88
Lot G1.01.00, Ground Floor
179, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2145 8852

Nak tau sebarang promosi dekat Uniqlo atau nak buat sebarang pertanyaan berkaitan Uniqlo, korang boleh LIKE Facebook Uniqlo. Admin Uniqlo atau Uniqlo Fan sendiri akan sedia membantu korang.

Memandangkan i dan hubby merupakan antara berjuta peminat Uniqlo diseluruh dunia. So, pada 4hb November 2011, kita orang ambil peluang pergi ke pembukaan Uniqlo di One Utama. Tepat pukul 9:30 pagi, kita orang dah terpacak dekat Shopping Complex. Hebatnya kan? Hehe. Barisan yang beratur nak masuk ke Uniqlo pun dah panjang (adehhh..). I sangkakan i berjaya dapatkan special tote bag Uniqlo untuk 300 orang yang pertama yang datang ke pembukaan Uniqlo, One Utama. Rupa-rupanya 300 special tote bag ni diedarkan sewaktu pembayaran dibuat. Duhh, nak beratur masuk tu takde hal lagiklah (sebab dah sampai awal, ecehh) tapi ditambah dengan part nak kena beratur untuk try dekat fitting room dan lepas tu beratur untuk bayar lagi, confirm bila sampai giliran i je terus tote bag tu habis. Malas nak kelam-kabut semata-mata nak dapatkan special tote bag Uniqlo, i ambil keputusan shopping dalam suasana yang relax. Walaupun i tengok suasana waktu tu semua orang macam dah tak boleh nak kawal diri. Lebih kurang macam dalam filem Confessions of a Shopaholic tu (bezanya i dapat tengok live hokeh! Hehe).

Apa-apa hal pun, walaupun kena tempuh perjalanan (beratur) yang panjang hari ni tapi i puas hati sebab dapat shopping pakaian yang i nak dengan harga yang berbaloi-baloi. Penjimatan yang berlipat-ganda gitu tau. Sekali-sekala bersusah-payah bershopping, kira oklah tu. Hehe.


Muka orang belakang yang tension, kita orang happy je. Hehe

I dah tangkap 2 helai baju Hello Kitty ni! Limited offer RM49.90

Gambar ni diambil oleh Uniqlo. Cuba cari mana i?

p/s : i love Uniqlo!

Jan 27, 2012

Cupcake Wondermilk

Ada sesiapa suka makan kek cawan tak dekat sini? Kek Cawan, apa tu?! Hamboii, bila nama melayu tak kenal aje korang ye. Kalau Cupcake kenal tak? Kalau tak kenal jugak, err... takpelah meh sini biar i kenalkan.

Sekarang ni rasanya dah tak susah nak dapatkan cupcake dekat mana-mana pun. Nak beli melalui online boleh, dapatkan terus dekat kedai kek pun boleh dan nak buat sendiri pun boleh. Mungkin sebab rupanya yang comel dan rasanya yang yummy, semua orang jadi excited bila dengar perkataan cupcake. Dapat makan sebiji pun dah boleh buat rasa happy je satu hari (eh, yeke? Hehe).

Jangan terkejut kalau i bagitau yang i bukanlah kategori orang yang suka sangat makan cupcake (aik?! Hehe) Bukan apa, i tengok kadang-kadang sesetengah cupcake tu bahagian toppingnya penuh betul dengan icing. Bila dah namanya icing, korang paham-paham jelah confirm lah semanis gula (mestilah gulakan? Takkanlah umpama garam). Rasanya i lebih prefer coklat / chocolate cupcake daripada cupcake yang ada icing kot. Hehe.

So, kalau ada diantara korang yang suka makan cupcake atau nak lepak dengan kawan-kawan atau family sambil kunyah cupcake. I nak suggestkan satu kedai cupcake yang happening dekat area Uptown, Damansara. Kedai ni, officemate i yang introduce sebenarnya. Sebelum tu, i pernah jugak terbaca pasal pembukaan kedai cupcake ni dekat satu blog (duhh, dah tak ingat blog mana satu). Sebab blog tu pun tak bagi lokasi tepat pasal kedai cupcake ni, jadi naluri excited i takdelah membuak-buak sangat nak pergi (hamboi! Tihihi).

Macam mana pun, akhirnya i terpengaruh jugak pergi ke kedai cupcake ni gara-gara cerita daripada officemate i sendiri. Yelah kalau tak cuba mana nak tau best ke tidak kan?

Kedai cupcake ni namanya ialah Wondermilk Cafe (ingat! Bukan Wonderpet tau. Hehe). First impression bila tolak pintu masuk ke dalam Wondemilk, i dah tunjuk muka kagum dalam excited. I suka sangat dengan konsep interior (hiasan) yang ada dalam Wondermilk. Cantik, kreatif, comel, cosy, art dan lain dari yang lain. Nak duduk lama-lama pun rasa seronok je. Macam tak nak balik pun ada jugak. Haha.

Kalau korang nak tau Wondermilk mempunyai tiga lokasi yang terletak dekat alamat di bawah :-

+Wondermilk Damansara Uptown
41, Jalan SS 21/1A Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-77258930

+Wondermilk Citta Mall
Lot G-48, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-78317296

+Wondermilk Publika Shopping Gallery
7A & 8A, Level G2 Publika
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62111092

Wondermilk dibuka setiap hari, dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 malam.
Dan hanya tutup pada cuti umum (public holiday) (alaa... buka hari-hari tak boleh ke?)

Selain menyediakan pelbagai jenis cupcakes untuk digigit, Wondermilk turut menyediakan hidangan seperti kek, kopi, sandwich, baked potato, burger, breakfast meal dan snack. Setiap menu berbeza untuk setiap lokasi. Contoh kalau menu dekat Uptown, Damansara (tempat yang i pergi), korang boleh tengok menu dan harganya macam dalam gambar di bawah. Atau untuk lain-lain menu korang boleh check dekat link sini ---> http://www.ilovewondermilk.com/Wondermilk/+Wondermilk___Menu.html


Teringin nak order / tempah cupcake dengan Wondermilk sebab nak buat birthday party ke, untuk hantaran ke, hadiah untuk yang tersayang ke atau lain-lain. Syarat-syaratnya, kena belanja i makan dulu. Eh, hehe... tipu je. Korang picit link ini ---> http://www.ilovecuppacakes.com/Cuppacakes/Cuppacakes___Ordering_Information.html

Lepas tu meh rambang-rambang mata pilih cupcake dekat sini --->

Untuk order melalui online pulak, korang isikan form dekat sini

Harga cupcake di Wondermilk, berbeza mengikut saiz dan kuantiti. I nak ingatkan korang, saiz untuk mini tu, memanglah mini yang amat. Kalau Steven Tyler ni, 3 mini cupcakes sekaligus dia boleh telan dengan selamba (hehe... ampun Steven).

Anyway, Wondermilk pun ada Facebook tau. Jom kita picit LIKE, nantilah senanglah nak tau sebarang promosi yang ada dekat Wondermilk.
http://www.facebook.com/CuppacakesWondermilk

Ok, jom tengok gambar i dan family yang happy makan cupcake. Pilihan i semestinya chocolate cupcake (yeay!)






Nak tengok harga cupcake. Picit dekat gambar ni, nanti dia membesar. Hehe






p/s : Cantikkan decoration +Wondermilk?


Jan 26, 2012

Sambutan Hari Jadi di Pizza Hut / Pizza Hut Birthday Party

Hujung minggu kalau takde aktiviti penting, biasanya i akan attend untuk apa-apa invitation daripada kawan-kawan dan officemates / colleagues samada untuk majlis kahwin atau birthday party (parti harijadi) anak-anak dorang. Kalau mak-bapak punya birthday party pun i tak kisah, i pergi jugak. Janji dapat makan kek free (kih-kih-kih).

So, kali ni i dapat jemputan untuk birthday party anak Kak Mi (colleague i) yang berumur 8 tahun dekat Pizza Hut, Kajang (bersebelahan dengan KFC). Rupa-rupanya ada tiga cawangan Pizza Hut dekat Kajang. Satu dekat dalam Tesco Kajang, satu dekat Pekan Kajang dan satu lagik berhampiran dengan Plaza Metro Point, Kajang. Disebabkan i tak biasa dengan area Kajang ni. I tersesat sampai pergi ke Pizza Hut yang dekat Pekan Kajang tu. Pelik jugak mula-mula bila sampai. Eh, mana pulak Restoren KFC yang Kak Mi bagitau i. Takde pun. Lagik best, jangankan bayang Kak Mi, bayang birthday party pun i tak nampak dekat situ. Ah, sudah! Takkanlah i lewat sangat tiba, sampaikan dah habis birthday party anak Kak Mi. Bertambah havoc, bila Kak Mi langsung tak angkat telefon waktu tu.

Bila tanya orang-orang dekat situ, lokasi Pizza Hut (bersebelahan dengan KFC) yang i nak pergi ni sebenarnya berdekatan dengan Plaza Metro Point. Lorr... Banyaknya Pizza Hut dekat Kajang. Mesti orang Kajang minat makan pizza kan? Hehe. Nasib baiklah tak berapa jauh daripada tempat Pizza Hut yang i sesat. Lebih kurang 5 minit je perjalanan nak ke situ. Kalau tak, confirm i patah balik rumah je. Kiranya rezeki nak makan kek dan pizza memang ada lagik untuk kita orang (pheww... syukur).

Walaupun dah terlepas beberapa acara birthday party anak Kak Mi. Tapi part yang bestnya, kita orang ngam-ngam sampai waktu acara makan-makan (terror tak terror kita orang kan? Tihihi). Bila tengok keadaan birthday party anak Kak Mi, i terfikir macam seronok je kalau nanti buat birthday party untuk anak-anak i dekat Pizza Hut jugak. Senang pun senang. Tak letih, nak kemas itu ini dan kita pun banyak masa nak handle tetamu. Semua benda / perkara akan diuruskan oleh pihak Pizza Hut contohnya macam acara permainan, maskot, door gift dan lain-lain lagi. Yang penting, kena sediakan duit jelah. Hehe.

Kalau korang pun teringin nak adakan sebarang celebration dekat Pizza Hut. Selalunya, Pizza Hut memang ada menawarkan pakej parti yang menarik samada untuk sambutan hari jadi, keraian sempena tamat peperiksaan, majlis perpisahan, kelahiran bayi dan lain-lain acara lagi dengan minimum harga pembelian makanan berjumlah RM350.00. Keterangan lanjut mengenai pakej parti yang disediakan oleh Pizza Hut, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.pizzahut.com.my/dining/special-party.html atau pun pergi je mana-mana Pizza Hut yang berhampiran dengan rumah korang dan berbincang dengan pihak pengurusan mereka. Bagi mengetahui harga makanan dan menu yang disediakan di Pizza Hut pulak, korang boleh pergi ke link ini ---> http://www.pizzahut.com.my/dining/index.html dan picit pada bahagian OUR MENU di situ untuk pilihan set makanan yang disediakan. Manakala untuk alamat Pizza Hut di seluruh negeri Selangor, korang boleh click dekat sini ---> http://www.pizzaphut.com.my/coolstuff/hut_locator_selangor.html

Habis dah cerita. Sekarang boleh tengok gambar. Hehe.









p/s : buat sepah memang seronok, nak kemasnya. Hmphh... pengsan! Hehe

Jan 25, 2012

Q-dees Annual Concert 2011 / Konsert Tahunan Q-dees 2011

Q-dees Annual Concert / Konsert tahunan Q-dees Danish diadakan di Sekolah Sri KDU, Kota Damansara pada 29hb Oktober 2011. Jadi, sebelum pukul 7:30 pagi lagik kita orang dah hantar Danish ke Q-dees. Principal Emy awal-awal lagi dah sms / bagitau kepada semua parents supaya semua student yang terlibat untuk acara konsert tahunan Q-dees kena berada awal pagi di Q-dees sebab takut ada student yang tertinggal / tercicir bas. So, ibu bapa dan saudara-mara yang nak hadir pulak bolehlah datang kemudiannya waktu upacara dah nak mula.

Sepanjang 2-3 minggu Danish berlatih untuk acara konsertnya, i langsung tak tahu apa sebenarnya persembahan yang Danish akan buat. Setiap kali i tanyakan soalan pasal persembahan special sempena konsertnya tu, Danish mesti buat muka selamba sambil kata, "oh, Danish dance Party Rock Anthem dengan Asmaradana." "Yelah, tunjuklah sikit dekat mama macam mana Danish dance?" I cuba mengumpan dia. "Danish dance 1, 2, 3, 4. 1, 2, 3, 4." Sambil goyang-goyangkan badannya. Kemudian, dia sambung main iPad balik. Huh, penat betul kalau buat soalan pasal aktiviti Danish dekat school ni. Setiap kali ada benda-benda yang interesting mesti dia tak nak bagitau dekat mama atau papanya. Rahsialah kononnya tu. Sudahnya i tunggu je sampai hari untuk konsert Danish, habis cerita. Tak payah nak pening kepala fikir.

Lebih kurang pukul 11:15 pagi, kita orang tiba di Sri KDU, Damansara. First time ni jejak kaki dekat sini. Sebelum nak masuk ke kawasan sekolah, kita orang semua kena tahan dengan Mak Guard yang bersenjata. (fuh... Suspen tak? Suspen tak?) Hehe... Senjata yang dorang pegang tu untuk tembak temperature suhu badan sebenarnya. Kalau korang demam, secara automatik korang dilarang memasuki kawasan persekolahan. Nasib baik kita orang (i, hubby, Ariana & Damien) semua melepasi ujian suhu badan. Fullamak, sampai macam tu sekali. Canggih tak canggih Sekolah Sri KDU ni. Private school lah katakan.

Bila masuk ke dewan Sekolah Sri KDU, dah 15 minit rupanya upacara konsert Q-dees berjalan. Seronok tengok gaya budak-budak kecik buat persembahan. Ada je keletah dorang yang comel dan kelakar. Tapi i paling tak sangka bila Danish terpilih mewakili kelas dia iaitu kelas Mozart untuk bagi ucapan sebelum persembahan dimulakan. Terharu, terkejut dan bangga sangat tengok dia berdiri di tengah stage dengan mikrofon. Sejuk rasa perut mengandungkan Danish gitu. Hehe... I rasa macam nak jerit bagitau semua parents dekat situ, yang berucap dekat depan tu ialah anak i (overkan? Hihi).

Overall, i suka tengok kesungguhan semua pelajar Q-dees yang menjayakan konsert tahunan Q-dees waktu tu. i rasa bukan setakat i sorang je yang bangga, ibu bapa dan seluruh warga kerja Q-dees pun mesti rasa macam apa yang i rasa. Semoga Q-dees terus berjaya mendidik dan melahirkan anak-anak yang berjaya untuk masa depan.

Ok, jom tengok gambar pulak.












p/s : melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak gitu? Hehe