Mesti korang ingat lagi
entry kekecewaan i sebelum ni dengan baju keluaran Radzuan Radziwill dekat Poplook --->
http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html. Kalau ingat balik kisah baju ni automatik i teringat kisah MIRC #kampung. Eh, korang tahu ke apa benda MIRC ni? Hehehe... Sesiapa yang lahir tahun 70-an hingga 80-an rasanya mesti tahu kan? MIRC ni
glamour waktu i bersekolah dulu. Tak salah i, dalam tahun 1997.
Kalau korang nak tahu sebelum Facebook dan Twitter berleluasa, budak-budak sekolah zaman dulu-dulu ambil peluang berkenal-kenalan dalam MIRC. MIRC ni sebenarnya adalah satu aplikasi yang membolehkan kita ber'chatting' dengan ramai orang. Tapi hanya melibatkan satu pihak dengan ramai pihak yang lain. Alaa... contohnya macam kita main
chatting dalam Facebook tu.
Macam mana pun kekurangan MIRC ialah kita takkan tahu dengan siapa kita ber'chatting'. Gila kan? Sebab i tak pernah ambil serius, malah i sendiri pun sebenarnya suka menyamar jadi 'lelaki' dalam MIRC untuk tengok reaksi orang lain (kihkihkih). Kadang-kadang i tergelak besar dengar cerita kawan-kawan i (terutama sekali
senior i waktu belajar dekat ITM - oh, rindunya i dekat dorang!), bila dorang aturkan sendiri sessi
blind date. Yang kelakarnya, kata
senior i, tengok dari gambar memang dah cukup
perfect untuk dijadikan
boyfriend idaman. Tapi bila orang sebenar muncul dekat depan mata, perasaan teruja dorang terus bertukar jadi ter'kujat'. Hambik kau! Bukan kelu lidah lagik dah, terus rasa macam nak lempang diri sendiri 50 kali. Hahaha... Jadi kisah i dengan baju Radzuan Radziwill ni lebih kurang samalah. Ok, patut ke i lempang diri sendiri sekarang ni? Hehehe....
Macam mana pun, i ni bukan jenis yang putus asa. Bila baca komen dekat Facebook ThePopLook, i dapat tahu yang
design baju raya JM lagi
super duper cantik dari Radzuan Radziwill. Mula-mula i pelik jugak, JM? Apa benda JM tu? JM Bariani House macam dalam
entry i yang ini ke? --->
http://www.reenaonline.com/2011/08/jm-bariani-house.html. Takkanlah
owner JM Bariani House dah beralih arah jadi
designer pulak kot. Hehehe... Rupanya JM tu singkatan bagi Jovian Mandagie. Ohh... nama orang rupanya. Baju rekaan dari Jovian Mandagie ni boleh didapati dekat
ZALORA.
So, apa lagik, kenalah bergerak cergas terjah laman web Zalora. Seronok tak terkata, bila i tengok semua gambar rekaan baju kurung moden dari Jovian Mandagie ni. Kenapa cantik sangat ni? I nak semua
please!!!
Tapi bila tengok harga yang ditawarkan paling rendah pun cecah RM280.00 dan paling mahal ialah RM400.00, terus i jadi sedar diri.
Slow-slow (telan air liur) tanya hubby, boleh tak kalau i nak baju raya dari Jovian Mandagie. Rasa macam nak meloncat bila hubby kata, pilihlah nak yang mana satu. Hoorey!!! Gigih i masukkan
detail peribadi semua untuk pendaftaran dekat Zalora. Bila dah dapat emel pengesahan, serta-merta tekan perkataan
BUY untuk baju pilihan yang i nak. Hati berdegup-degup kencang gitu (eceh!) Tapi sekali lagi i
frust sebab tiba-tiba keluar perkataan
ERROR. Besok paginya, i tak putus asa lagi cuba berkali-kali dan kali picit perkataan
BUY. Emel yang i hantar kepada Zalora pun tak dapat jawapan yang meyakinkan. Mungkin sebab kesian dekat i yang berusaha nakkan baju keluaran Jovian Mandagie, hubby pun tolong telefon pejabat Zalora untuk dapatkan status baju berkenaan. Kata orang di Zalora, kalau i tak dapat teruskan pembelian baju tu di laman web mereka. Maksudnya baju tersebut dah
SOLD OUT. Lorrr... dah tahu
sold out kenapa tak kemaskini status cepat-cepat dekat laman web. Lepas dari kejadian ni, i dapat tahu ramai yang dah pernah kecewa dan tak puas hati dengan perkhidmatan Zalora. Memang patut pun kecewa.
Slow sangat.
Entah macam mana, waktu i belek-belek komputer cari info lanjut mengenai Jovian Mandagie menerusi laman webnya --->
http://www.jovianmandagie.com/. Rupa-rupanya selain daripada Zalora, korang juga boleh dapatkan baju keluaran Jovian Mandagie daripada butik First Lady yang terpilih antaranya seperti di :-
Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Tesco Melaka
Danga City Mall, Johor Bahru
Tesco Sg 2, Penang
Tanjong Katong, Singapura
Untuk alamat lengkap ke semua butik First Lady di atas, korang picit sini --->
http://www.jovian.com.my/outlets.html
Hah, butik First Lady dekat Jalan TAR ada jual baju Jovian Mandagie??!! Semangat luntur i kembali melantun-lantun balik (keh-keh-keh kemain kan?) Macam biasa, orang pertama yang akan i kongsikan berita gembira ni mestilah hubby i (terima kasih papa sebab selalu menerima karenah i seadanya. Kalau orang lain ni, hampeh. Hahaha...) Apa lagik, ke First Lady lah kita jawabnya. Tak sabar i nak belek baju-baju keluaran Jovian Mandagie secara
live gitu. Siap terfikir-fikir lagi, entah-entah bila sampai butik First Lady, baju ni semua dah
sold out sama macam dalam laman web Zalora. I dah nekad dalam hati, kalau
sold out jugak, maksudnya memang bukan rezeki raya i untuk tahun ini.
Debaran hati makin kencang, bila kaki i dah melangkah masuk ke dalam butik First Lady. Eh, mana Jovian Mandagie ni? Cepatlah muncul,
suspen nya i rasa (hahaha.... ye-ye je kan?) Bila terpandang
banner J for Jovian, terasa macam bunga kembang setaman dalam hati i. Yeay!! Masa untuk membelek. Percaya tak korang dari baju pertama sampai baju terakhir di penghujung rak yang dikhaskan untuk baju keluaran Jovian Mandagie, takde satu pun yang menarik perhatian i. Ish, pelik pulak i rasa. Nak kata
pattern / gaya baju ni tak sama. Untuk kesemua
batch 1 hingga 3 dalam laman web Zalora (yang dah
sold out tu) ada tergantung dekat sini. Hubby sampai tegur dua, tiga kali dekat i. "Kenapa macam ni rupa baju Jovian Mandagie? Teruknya..." I pun jawab secara berbisik sambil buat muka serius
cute, "Hepp... Jangan main-main Pa, RM400.00 sepasang tau". Hubby tahan gelak dengar jawapan spontan dari i.
Cuba korang bayangkan, kalau harga baju dari RM280.00 hingga RM400.00 macam mana hasil yang akan korang dapat? Mestilah korang nak yang terbaikkan?
At least, bukan setakat pada rekaan baju je tapi dari segi kualiti material mestilah menggambarkan ciri-ciri sempurna /
perfect keluaran pereka terkenal Jovian Mandagie. Setakat saiz kain ketat tu takdelah jadi masalah sangat. Tapi nak tahu macam mana keadaan sebenar baju keluaran Jovian Mandagie.
First word yang keluar dari mulut i ialah "menyedihkan". Material kain untuk baju keluaran Jovian Mandagie sendiri nampak murah. I tak pasti kain jenis apa yang digunakan tapi kain ni jenis berkilat dan keras macam kertas. Sekali tengok, i perhatikan baju ni dah macam baju untuk buat persembahan tarian pulak. Aksesori tambahan pada baju seperti manik berkilat,
diamond besar yang bertaburan pada dada, bahu dan lengan serta bulu rambu-ramba
simple bukanlah dari kualiti yang baik. Ada antara manik tu dah pudar dan longgar (macam nak tertanggal pun ada) menjadikan baju ni
double sedih (ish-ish-ish kesian betul baju Jovian Mandagie ni kan?) Akhirnya, i keluar dari butik First Lady dengan tangan kosong. Dalam hati lega sebenarnya (nasib baik aku tak kena tipu lagik. Ces!)
Kesimpulan yang i dapat pintalkan,
sold out bukan bermakna hebat pun. Hehehe... Apa-apa hal i dah simpan semua rujukan gambar baju keluaran Jovian Mandagie ni. Eh, i nak buat tuntutan saman dekat mahkamah ke? Hahaha... taklah. Kalau teringin nak melaram baju ala-ala Jovian Mandagie, i beli je kain 'mahal-mahal', diulang sekali lagi kain mahal-mahal yang bukan keras macam kertas ye. Hehehe... Lepas tu, i hantar pergi tempah dekat tukang jahit. Yeay!! Bijak tak i? Kihkihkih...
Ok, jom tengok gambar i ber
shopping tangan kosong dekat butik First Lady.