Simple je kan bunyi resepi yang i nak tunjuk dekat korang hari ni. Ikutkan, i memang suka resepi yang jenis ringkas begini. Senang masak, cepat boleh makan dan yang paling penting sedap. Yang bestnya resepi simple macam ni bukan setakat orang tua je yang suka makan, budak-budak pun suka jugak tau especially bila kita sediakan untuk waktu minum petang (dah nama pun resepi simple, takut pulak kalau buat untuk makan malam, silap-silap ada pulak yang perutnya bergendang mogok sebab tak cukup makan. Hehehe...)
Kalau korang nak tahu ada kisah yang terjadi dari munculnya resepi ini. Seumur hidup i, i tak pernah makan ubi keledek jepun (atau sesetengah orang panggil ubi keledek merah). Entah macam mana satu hari tu, officemate i bawa ubi keledek bakar ni ke pejabat. Mula-mula tengok, timbul perasaan pelik, "kenapalah dia ni makan ubi keledek macam ni aje. Tak ke rasa macam mentah," hati i terasa musykil. Maklumlah selalunya orang makan ubi keledek bersalut dengan tepung ke atau pun buat cucur badak ke. Tapi bila officemate i suakan ubi keledek bakar untuk i cuba. I dengan rasa serba-salah makanlah sedikit. Haishh... tak sampai hati nak hampakan permintaan orang. Tapi yang kelakarnya, dari satu suap terus bertambah jadi dua, tiga dan empat kali suap (adeh... serba-salah lah sangat kan tadi? Hahaha). Serius, i memang tak sangka dengan keadaan rupa ubi keledek bakar yang cukup sempoi ni. Rasanya memang sedap, manis dan lembut (wuhuhu... anak siapalah yang jakun ni? Tihihi...) Jadi semenjak dah tahu betapa sedapnya ubi keledek jepun, i terus memulakan ekspedisi mendapatkan ubi keledek jepun di pasaraya yang berdekatan (alaa... dekat Jusco pun ada jual kawan-kawan).
So, kalau korang teringin nak rasa kesedapan sebenar Ubi Keledek Bakar. Jom tengok macam mana cara nak buatnya. Kalau agak-agak tak faham, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Good luck!
Bahan-bahan :
3 atau 4 batang ubi keledek jepun / merah
(kalau tukang makannya ramai, korang lebihkanlah ye. Hehehe)
Cara-cara :
1. Potong penghujung ubi keledek yang kotor (peringatan : tak perlu buang kulit).
2. Cuci ubi keledek bersih-bersih.
3. Bungkus di dalam aluminium foil.
4. Bakar dengan suhu 220℃ selama 30 minit.
5. Yeay, siap untuk dimakan.
Senang gilakan? Hehehe...
p/s : Salam Maal Hijrah kawan-kawan.
Wah mcm sedap je. Tp klau dpt ubi rebus cicah ikan masin ke kelapa gula ke lg sedap. Perghh
ReplyDeleteKak lama x dtg blog kita :(
Kalau ubi (putih) memang sedap pun Cha. Favorite akak tu! Nyam-nyam!
Deletesenang... tapi compem sedap...huuhuhu
ReplyDeletedari minggu lepas teringin ubi kayu rebus huhuhuhuhu
Hahaha... kalau ubi keledek jepun ni tak payah letak gula pun dah manis awak :) tapi apa-apa hal the best tetap ubi kayu rebus. Klasik! Hehe
DeleteSalam kunjung…Memang seeddddaaappp..Intan pon pernah makan…kat kg dulu2 mak rebus ubi kayu atau ubi biasa ni, cicah dengan kelapa parut dan gula…pastu minum air kopi,…memang best
ReplyDeleteThanks sudi berkunjung sini awak :)
DeleteAduh... baca komen awak pun dah buat kita lapar. Hahaha!
mmg la sdp ubi keledek bakar ka, ubi kayu bakar ka..nak lg sdp bakar pakai dapur kayu..luar biasa sdpnya..hehe
ReplyDeleteFuhhh... dapur kayu Atie? Hehehe... masak atas dapur biasa jadi tak? :)
Delete