Blogger templates

Feb 20, 2012

Aplikasi Fotografi / Kamera / Video Untuk iPhone

Kalau tengok gambar di bawah, ada 12 ikon menunjukkan 12 aplikasi yang merangkumi dari fotografi / kamera / video yang i rasa paling best dan terbaik sepanjang menjadi pengguna setia iPhone semenjak tahun 2008 lagik. Waktu tu, i mula pakai iPhone 3G dan sekarang ni i dah guna iPhone 4 (upgrade gitu! Hehehe). IPhone 4S bila pulak eh i nak guna??? Errr... Nanti dulu kot sebab i tengok takde banyak beza sangat antara iPhone 4 dan 4S ni dari segi kehebatannya. Tapi i dah pasang angan-angan nak rembat iPad 3 untuk projek akan datang (hamboiii... tiba-tiba meloncat jadi cerita iPad pulak... hehehe).



BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMILIKI KESEMUA APLIKASI INI?

Senang je kawan-kawan. Untuk memiliki kesemua aplikasi dekat atas ini, korang cuma perlu pergi ke Appstore dan taip nama-nama aplikasi yang korang inginkan pada bahagian search, kemudian bolehlah korang install pada iPhone. Macam mana pun i nak ingatkan korang, bukan semua aplikasi dekat atas ini adalah percuma / free tau. Tapi untuk korang yang dah buat jailbreak pada iPhone rasanya takde masalah untuk terus install secara percuma di program / aplikasi jailbreak (untunglah dorang ni. Hehehe).

Ok, berbalik pasal topik kita tadi. Jom i perkenalkan satu-satu aplikasi dekat atas :-

1. QuadCamera - Ianya juga dikenali sebagai MultiSnap Camera. Dengan QuadCamera korang boleh ambil gambar secara terus-menerus sehingga 4 dan 8 siri shoot di dalam satu gambar. Kedudukan masa setiap tangkapan gambar juga boleh ditentukan bermula dari 0.1 saat sehingga 3 saat. Ada 6 pilihan effect / kesan gambar yang boleh korang pilih terdiri daripada bright, vivid, dull, hi-contrast, black & white dan no-effect. Harga aplikasi ini ialah USD$1.99. Nak tahu sejarah macam mana i tahu mengenai aplikasi ini? Awal Ashaari lah orangnya yang memperkenalkan i dengan aplikasi ni. Wohh! Awal Ashaari yang pengacara FUHH tu? Hehehe... iye dialah orangnya. Maklumlah dulu-dulu tak ramai orang yang main Twitter ni. Jadi kebanyakan artis memang rajin jawab soalan peminat waktu tu (eh, peminat ke? Hehehe...)



2. Instagram - Rasanya aplikasi ni, tentu korang pun dah tahu kan? Kalau siapa yang tak tahu tu, maknanya korang tak pernah ada Twitter akaun. Hehehe... Selain boleh mengambil gambar dan menukar effect pada satu-satu gambar, korang boleh upload gambar korang untuk tatapan sesiapa yang follow korang melalui akaun instagram. Apa yang seronoknya mengenai instagram ni sebab ramai artis yang gunakan aplikasi ni di handphone masing-masing. Jadi kalau nak tengok status gambar terkini secara live dari dorang korang follow lah artis kegemaran korang dekat Instagram. Eh, i baru nampak Tiz Zaqyah upload gambar dia dengan Remy Ishak dalam kereta (ehem-ehem). Tak percaya? Pergi cepat install aplikasi Instagram ni. Hehehe... I tak berani nak upload dekat sini sebab tak minta kebenaran dari Tiz Zaqyah. Oh, lupa nak cakap aplikasi Instagram ni PERCUMA tau (yeay!)



3. Hipstamatic - Ini adalah aplikasi yang paling i suka. Kalau korang sukakan kamera lomo style / lomography. Aplikasi nilah yang sesuai dengan korang. Tak perlu beli satu persatu kamera lomo untuk dapatkan effect yang berbeza-beza. Korang cuma perlu install je aplikasi ni dan terdapat pelbagai lensa, filem dan flash yang boleh korang pilih untuk menghasilkan effect yang di luar jangkaan korang. Nak tahu dengan lebih lanjut apa itu lomo / lomography korang boleh klik sini ---> http://www.lomography.com/
Macam mana pun harga untuk aplikasi Hipstamatic ini ialah USD$1.99.


Contoh gambar yang i tangkap guna aplikasi Hipstamatic. Style kan?

4. Foodspotting - Sebenarnya aplikasi Foodspotting ni tidak melibatkan sebarang effect gambar atau editing / pengubahsuaian gambar untuk jadi lebih menarik. Tapi gambar-gambar yang terdapat pada Foodspotting ialah gambar-gambar makanan sebenar yang diupload oleh mereka yang suka mencuba pelbagai tempat makan yang baru. Jadi kalau korang antara salah seorang daripada mereka dan ada tempat makan best yang korang nak perkenalkan. Apa kata korang install aplikasi Foodspotting ni. Senang untuk kami-kami yang suka makan ni. Hehehe... Lagipun aplikasi ini adalah PERCUMA (best kan?)



5. 8mm Vintage Camera - Aplikasi ini sebenarnya membolehkan korang merakamkan video secara terus melalui iPhone dalam effect vintage (woww!! Menarik kan?) Selalunya kita tangkap gambar untuk dapatkan effect yang macam ni tapi kali ni melalui video pulak. Nampak klasik sangat tau hasilnya. I dapat install secara percuma applikasi ini diawal pengenalannya. Sekarang ni, harganya ialah USD$1.99 (dah glamourlah katakan, terus jadi mahal. Hehehe).



6. Labelbox - Ianya adalah aplikasi yang i rasa paling cute / comel sekali. Dengan Labelbox korang boleh lekatkan label dengan cara swipe pada gambar yang korang ambil dan taip perkataan yang korang inginkan. Pilihan labelnya juga kebanyakannya comel dan menarik (sebab tulah i kata aplikasi ni cute. Hehehe). Jadi bila ada Labelbox, bolehlah korang show-off gambar-gambar korang yang berlabel dekat kawan-kawan Twitter / Facebook atau dalam Blog. Dan yang bestnya, aplikasi ini adalah PERCUMA! Apa lagik, cepatlah install. Hehehe...


Contoh gambar Ariana dan cousinnya, Emma dengan aplikasi Labelbox

Manakala untuk senarai dari 7 hingga 12 bagi aplikasi fotografi / kamera / video untuk iPhone, i akan sambung di entry seterusnya ok. Minta ampun, minta maaf sebab kena buat iklan sampai besok malam. Mata dah panggil suruh tidur. Good night, semua! Besok pagi nak kena cari sesuap nasi...

Kemaskini / Update terbaru : Untuk senarai seterusnya, korang dah boleh klik sini (hoorey!)
http://www.reenaonline.com/2012/02/aplikasi-fotografi-kamera-video-untuk_21.html

p/s : Kalau besok tak kerja ni, i ok je pulun sampai senarai nombor 12. Hehehe...

4 comments:

  1. Rajinnya sis. Tp dlm byk byk tu instagram sy paling suka. Rasa lg best dr fb dan twitter. And nk upload gmbr byk mane pnxde org marah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... sama dengan akak. Lagi satu Instagram best sebab boleh buat effect best yg lain dari yang lain :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)