Kadang-kadang bila hujung minggu macam gini, i dapat rest / berehat dari memasak. Yelah... bila selalu sangat memasak, kita jadi hilang idea nak masak apa lagik. Sekali-sekala, apa kata kita cuba menu makanan yang lain dari yang lain daripada rumah sendiri. Lokasi favourite yang kebiasaannya jadi pilihan i dan family bila makan dekat luar ialah The Manhattan Fish Market.
Kalau korang nak tahu, restoran The Manhattan Fish Market ini mengambil inspirasi daripada restoran makanan laut yang berada di sepanjang Jalan Fulton di Manhattan, yang menyediakan makanan laut segar gaya Amerika.
Kalau dah nama pun restoran makanan laut. Jadi, kebanyakan makanan di sini mestilah berunsurkan ikan, udang, sotong, kupang dan lain-lain lagi. I ingat lagik, waktu kali pertama makan di The Manhattan Fish Market di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. I dan hubby pilih menu Manhattan Flaming Seafood Platter (harga untuk set platter ni ialah RM52.90). Terkejut i bila pekerja dekat sini buat aksi ala-ala akrobatik berapi bila dia bakar set makanan tu depan i dan hubby (fuhh... kus semangat). Muka i serius panik habis waktu tu (adeh... kalau ada gambar waktu ni, mesti malu je kan? Hehehe). Walaupun takde kejadian pelik yang berlaku waktu aksi akrobatik dilakukan. Tapi sampai sekarang ni, i tak pernah order sebarang menu makanan dekat The Manhattan Fish Market yang ada nama flaming / berapi ni. Entahlah, i rasa macam fobia sangat. Lagik-lagik kalau bawa anak-anak i makan dekat sini. Takut kalau kejadian yang tak diingini berlaku ke (haishhh... jauhkan sangat-sangat).
Untuk kali ni, kita orang makan lagi di The Manhattan Fish Market di lokasi yang sama. Yang bestnya bila makan di The Manhattan Fish Market ni ialah setiap bulan ada sahaja offer / tawaran menarik untuk menu yang disediakan. Adakalanya menu yang berharga RM100.00 ke atas (cukup untuk makan seramai 3 hingga 4 orang) cuma dikenakan bayaran sebanyak RM75.00 sahaja (best kan?).
Untuk mengetahui sebarang tawaran menarik di The Manhattan Fish Market, korang boleh tengok di sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/cookin.html
Makanan yang kita orang pilih untuk hari tu ialah Manhattan Baked Dory in Garden Herbs harga RM18.90 (i memang syorkan supaya korang cuba. Sedap habis!), Shrimp My Olio harga regular RM18.90 (pun sedap jugak!), Quad Delights harga RM16.90 (best-best-best) dan Garden Salad harga RM9.90 (ni sesuai untuk orang yang tengah diet). Duh... serius, i rasa lapar waktu taip semua nama makanan ni tau. Hehehe.
Untuk korang yang nak tahu harga dan nak cuba menu yang ada di The Manhattan Fish Market, bolehlah klik sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/menu-avenue.html
Banyak sebenarnya menu makanan yang best dekat The Manhattan Fish Market, cuma ada antara cawangan lain restoran ni yang masak macam tak kena aje. Contoh macam yang i pernah pergi ialah dekat Mid Valley Megamall. Makanan yang sampai, sejuk dingin macam dah lama masak. Tepung yang salut semua makanan laut yang i order tu pun dah lembik dan tak rangup. Memang fail sangat rasanya. Macam mana pun hanya dua cawangan The Manhattan Fish Market yang i rasa, tak mengecewakan i setakat ni iaitu di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway.
Alamat The Manhattan Fish Market di Ikano Power Centre :-
LG 17, Ikano Power Centre
No. 2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor
No. Telefon / Faks : [03] 7728 4248
Alamat The Manhattan Fish Market di Sunway Pyramid :-
LL 2.49-50, Sunway Pyramid
No. 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor
No. Telefon / Faks : [03] 7491 3683
Nak tahu ke semua alamat dan nombor telefon restoran The Manhattan Fish Market di seluruh Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Korang boleh tengok dekat sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/menu-location.html
Waktu operasi : dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 10:00 malam.
KEMASKINI / UPDATE TERBARU :
Nak tengok suasana The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid, korang bolehlah klik entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/manhattan-fish-market.html
Ok, dah habis pun cerita. Jom kita tengok pulak gambar i dan family yang seronok makan di The Manhattan Fish Market. Sebab apa? ... sambungannya dekat p/s ...
p/s : Sebab tak ramai orang makan dekat sini. Best je, nak enjoy makanan...
Ok tak penah try lg sebab kazaa tak brp suka ikan ikan ni. Maybe boleh try udang ke sotong kan. Thanks sis hee
ReplyDeleteOhyeke? Macam Dr Mahathir lah hubby awak ni... sebab tak suka makan ikan. Pergilah cuba Cha... Sedap :) hehe...
DeleteThe things that always come to my mind is..does it Halal?? Sy x penah tgk logo halal pn kt Manhanttan Fish Market ni..and even the management pun refuse to answer when being asking about the status. Curious...huhuhu
ReplyDeleteManhattan Fish Market disahkan halal oleh JAKIM :)
DeleteBoleh pergi sini --> http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
dan taip - Manhattan Fish Market