Assalamualaikum, apa khabar semua? Sihat ke? Hehehe... dah macam gaya ayat-ayat pengacara tv pulak bunyinya kan? Takpelah jadi pengacara untuk blog sendiri je mampu. Jadi pengacara real, confirm pengsan sambil pegang microfon kui-kui-kui. Kalau korang nak tahu untuk beberapa hari ni, kesihatan i dan keluarga tak berapa mengizinkan. Lepas sorang demam, sorang pulak batuk, lepas tu sorang pulak selsema. Then berpusing balik semula macam acara marathon. I sendiri pun dah dua kali demam dalam bulan yang sama. Agaknya demam nak pergi bercuti kot... haishhh... Untunglah siapa yang jadi cikgu ke, lecturer ke atau kerani sekolah ke. Bila cuti sekolah, seronok dia orang... Sebab boleh bercuti sekali (cemburu ke???... Iyelaa... adalah sikit... Kihkihkih).
Takpelah, nak buat macam mana. Rezeki masing-masing kan? Yang penting kena think positive dan fikirkan cara untuk capai kehidupan yang lebih baik. Amin...
So, apa cerita terbaru? Hmmm... cerita sedih yang menimpa anak lelaki i yang ketiga pada dua hari lepas. Kelopak mata anak i (berdekatan dengan bahagian kening) terkoyak disebabkan tergelincir dan terhantuk pada bucu meja dekat rumah pengasuh. Rasa macam separuh diri i melayang bila dapat tahu berita ni dari hubby waktu di pejabat. Sepanjang balik dari pejabat, i cuba tenangkan fikiran dan berdoa semoga kecederaan anak i boleh diubati. Walaupun hati i sendiri rasa macam nak pecah menahan perasaan. Hati ibu manalah tak rasa sedih bila sesuatu musibah, dugaan atau kemalangan tu berlaku dekat anaknya. Kalau boleh gantikan diri sendiri untuk tempat anaknya pun dia sanggup. Betul tak?
Jadi sesampainya di rumah pengasuh, i bawa anak ketiga i ke klinik untuk dressing (cuci bahagian luka dan tampal / jahit bahagian luka yang terbuka). Kalau korang tanya i, samada wujud ke perasaan marah i pada pengasuh atas apa yang terjadi? Terus-terang i mengaku perasaan marah tu memang ada, tapi dalam pada masa yang sama perasaan marah i tu bertindih dengan segala jasa, kebaikan dan kasih sayang yang pengasuh tu berikan untuk anak-anak i selama ni (dah hampir 6 tahun pengasuh ni jaga kesemua anak i). Takpelah... setiap orang ada kesilapan masing-masing. I maafkan, mungkin pengasuh i sendiri pun tak nak perkara macam ni terjadi. Lagipun apa yang berlaku dah pun berlaku. I anggap ni semua ujian dari Allah SWT. Apa yang perlu i lakukan, cari jalan untuk pulihkan kecederaan anak i.
Kata doktor, bahagian luka yang terkoyak pada bahagian kelopak mata anak i quite dalam tapi i bersyukur sangat sebab luka tu tak melibatkan mata anak i. Jadi selepas doktor tampalkan bahagian yang terkoyak tu dengan gam (sekarang dah tak payah nak jahit-menjahit lagi), doktor ingatkan i supaya jangan dedahkan luka ni pada air dan pastikan anak i tak lasak sangat. Ini kerana bahagian yang digam tu boleh terbuka balik (duhhh...) Lagi satu, doktor juga bagitahu i yang keesokan harinya seluruh bahagian mata anak i akan mula bengkak dan jadi biru. So, doktor harap yang i jangan panik melampau kalau tengok mata anak i membengkak sebesar bola pingpong (Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini). Berkemungkinan juga akan ada parut pada luka anak i nanti (alahaiii... kesiannya anak mama papa, kuranglah hensem macam oppa Aaron Aziz... Oppss...). Jadi lepas luka anak i sembuh, doktor akan berikan ubat parut untuk kurangkan kesan parut yang ada (fuh... harap-harap berkesanlah ubat parut tu)
Ini antara tips yang i nak kongsikan dengan korang bila anak terjatuh pada bahagian kepala tapi bukan melibatkan kejadian jatuh yang menyebabkan terkoyak / terbelah. Kalau serius cepat-cepat bawa ke klinik. Anyway tips ini i pernah kongsikan pada entri lama i.
1. Tekapkan ais dekat kepala anak anda untuk mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan.
2. Pastikan kepala anak anda tegak dan tekap dengan serapat-rapatnya.
2. Pastikan kepala anak anda tegak dan tekap dengan serapat-rapatnya.
3. Sapukan alcohol swab untuk membersihkan luka yang ada.
4. Sapukan ubat luka sekiranya pendarahan tersebut berhenti.
5. Reaction seperti muntah atau lemah menandakan anak anda dalam keadaan yang merbahaya.
6. Bawa ke klinik yang berhampiran dengan segera.
Mama harap kecederaan anak mama cepat pulih, tak sanggup rasanya tengok keadaan anak mama yang masih boleh tersenyum dan bergelak tawa walaupun sebelah mata bengkak tak boleh buka (haishhh...) Jangan nakal-nakal dan lasak sangat lagi ye sayang?
Kalau korang ada ubat parut yang berkesan, harap bolehlah share-share dengan i tau (macih semua!)
Pirate kesayangan mama papa! |
p/s : Take care semua!
Salam..kesiannya...mesti sakit ..kita yg tua ni pon kalau kena menangis...hope cepat2 sembuh ye dear..dah jadi pirate ye..huhu
ReplyDeleteSalam awak :)
DeleteTulahhh... sedih sangat tengok. Anyway macih ye :)
cian nye si encem ni...semoga cpt sembuh..apa pun kejadian ni hmpir sama yg berlaku pada i ni pd tahun 1998..kelopak mata i luka akibat jth motor...huhu nsb bek ada jururawat...tima kasih byk2 pd jururawat tu yg tolong letakkn ubat then bg minum air (sbb terkejut jth)...hihi masih ada lagi parutnya...
ReplyDeleteMacih Kodok Pink, nasib baik ada jururawat baik hati kan? :)
DeleteAloh ciannye...moga cepat sembuh ye...
ReplyDeleteThanks Ibu Lala :)
Deletealahaii dear, moga cepat sembuh yer. Benda dah nak jadi kan.... I pun tak tau apa untuk hilangkan parut, hopefully u will get more infos la. tc k.
ReplyDeleteThanks Nastyna... So far baru je lepas beli Bio Oil. Harap berkesan :)
DeleteOuch..saya tgk pun terasa sakit. Insya allah..cepat baik nnt tu.
ReplyDeleteInsya-Allah, even dah seminggu lebih bengkak still tak hilang sepenuhnya pun Ratna :(
Deletealaa kesiannya kak. cepat sembuh ye.
ReplyDeleteThanks Cha :')
Deleteassalam reena.. ank ida dulu yg elin tu pernah kena jahit 5 jahitan kt kepala tau kt blkg. klo selak rmbut dia sekarang nmpk segaris nasib baik tertutup ngn rambut. reena sapu je gel gamat cepat baik tp parut tu mmg xleh la nk ilang
ReplyDeleteWaalaikumsalam Ida :)
DeleteKawan kita yang kerja dekat Klinik Kesihatan tak bagi letak gamatlah Ida, dia kata nanti parut tu kekal jadi warna hitam. Nasib baik Elin takde apa-apa kan dear :)
as salam
ReplyDeletekesian mata dia bengkak...mesti cuak dah pengasuh tu..harap lepas ni
tak de pape..tc :)
Waalaikumsalam Tihara :)
DeleteTulahhh... benda nak jadi kan awak :( Anyway thanks!
adush! kesiannya.. harap cepat sembuh ye.. abisla kalau berparut.. camne nk kenyit mata kat aweks!! oppss.. hihihi..
ReplyDeletecer reena try mederma..
kemalangan kanak2 memang tak dijangka.. kadang2 kita kat rumah seharian dgn anak pun boleh benjol sana sini sbb jatuh.. budakkan lasak.. sabar ye reena.. kita pun selalu nangis bila anak cedera.. overrkan!! hahaa..
Hahaha... takpelahhh lepas ni awek yang kenyit mata dekat anak kita. Anyway kita dah beli Bio Oil FAR, so far baru guna 3 hari... Kita tengok macam mana berkesan ke tak. Lagipun so far bengkak mata anak kita tak habis surut lagi.
DeleteTak sangka kita sama-sama over kan FAR? Hehehe :)
salam reena....alahai kesiannya tengok mata dier tue...hopefully cepatlah sembuh yeeee...nasib tak effect mata.....
ReplyDeleteSalam Mun,
DeleteMata putih belah hujung anak kita macam ada warna darah, maybe impact masa jatuh. Rasanya lepas bengkak betul-betul surut kita nak bawa pergi jumpa pakar. Doakan semuanya ok k :)
salam reena, alahai ngeri tengok mata tu, sepet dah, speed recovery ye sayanggg
ReplyDeleteSalam Mush :)
DeleteThanks dear :')
Subhanallah!! Is he ok now k.reena? Hope everything is ok now..
ReplyDeleteYup much better today dear :) Thanks for your consent.
Deletesalam sis mcmna ye luka ank sy sma dgn luka ank sis tp luka ank sy ada trbuka ckit slpas bbrp hr dek tgn dia..doc mmg xde bg ape2 ubt tuk sapu..skrg sy risau tkut luka tu tak tertutup..
ReplyDeleteSalam dear,
DeleteAlhamdulilah anak dah ok dah fully recovered, parut pun tak berapa perasan sangat. Thanks for asking ye :) Anyway kalau risau anything bad happen to anak better pergi klinik yang betul-betul pakar untuk kanak-kanak, Insya-Allah biasanya doktor akan bantu bagi penjelasan lanjut. Take care!