Blogger templates

Feb 27, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar

Entry sebelum ni, i ada ceritakan yang i tahu mengenai kisah pernikahan Yusry dan Lisa melalui twitter sewaktu i makan di gerai Kaw Kaw Burger Bakar kan? (ini entry i ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/walimatul-urus-yusry-dan-lisa.html) Jadi hari ni, i nak cerita serba lengkap mengenai gerai Kaw Kaw Burger Bakar yang memang superb dan power untuk korang cuba. Kalau ada pertandingan daging burger popular, confirm Kaw Kaw Daging Bakar dapat undian majoriti tertinggi untuk daging burger yang best tahun 2012 (wa cakap sama lu! Hehehe).

Ramai kawan-kawan i dekat Facebook sangkakan i tahu kewujudan gerai Kaw Kaw Burger Bakar melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan pada 23hb Februari 2012. Ikutkan, yang sebenar-benarnya, i teringin nak rasa daging bakar ni bila terbaca review / ulasan dari blog Cha (thanks dear!) Takde kaitan langsung dengan MHI bagai. Bila masanya pulak i sempat tengok MHI pagi-pagi hari waktu tengah bekerja ni? (haish... pelik-pelik). Terus-terang i cakap, sejak berkahwin dan ada anak-anak. Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali je, i dapat tengok televisyen dan baca suratkhabar dalam setahun (haishh... dahsyatnya hidupku. Hehehe).


Kalau korang nak tahu, Kaw Kaw Burger Bakar memulakan perniagaan pada September 2011 bertempat  di Arena Cafe, Seksyen 5, Wangsa Maju. Tapi kini, mereka telah mengubah lokasi perniagaan mereka pada November 2011 di Seksyen 2, Wangsa Maju berhadapan dengan Kedai Motosikal Kawasaki. Hah... jangan terkeliru pulak hokeh! Sebab i dapat tahu, ramai yang confused antara Kaw Kaw Burger Bakar ni dengan Rawang Burger Bakar (i pun sebenarnya antara orang yang hampir-hampir confuse jugak tu. Hehehe)

Waktu operasi : bermula dari pukul 7:30 petang hingga 2:00 pagi (bergantung pada kuantiti burger. Kalau cepat habis, cepatlah gerai Kaw Kaw Burger Bakar ni tutup).

Lokasi melalui koordinat GPS : 3.206478, 101.73523

Harga untuk SATU SET BIASA ialah RM10:00 : mengandungi Burger Happiness (<--- nama burger dekat sini) pilihan samada daging lembu atau ayam, 2 ketul sosej dan 1 jenis air pilihan (ada bermacam-macam jenis air).

Manakala, harga untuk SATU BURGER HAPPINESS ALA CARTE (pilihan samada daging lembu atau ayam) pulak ialah RM7.50 sahaja.


Tepat pukul 6:40 petang, hari Khamis lepas (23hb Februari 2012). I bertolak daripada pejabat, dengan hubby ke gerai Kaw Kaw Burger Bakar dengan menggunakan GPS Garmin. Kononnya nak pastikan koordinat GPS yang dorang bagi ni betul ke tidak (yes, memang tepat sangat-sangat!). Mengikut kepada peta yang terdapat di Facebook Burger Bakar, lokasinya macam senang je nak faham sebab berhampiran dengan Jaya Jusco Alpha Angel. Cuma kita orang tak berapa familliar / biasa je masuk ke kawasan Seksyen 2, Wangsa Maju ni. Macam mana pun, korang jangan risau. Gerai Kaw Kaw Burger Bakar ni automatik senang korang detect / kenali bila korang nampak satu barisan panjang beratur dekat satu stall / gerai burger yang simple dekat tepi jalan. Memang terang tak payah bersuluh lagik, itulah gerai Kaw Kaw Burger Bakar yang korang cari-cari (eceh!)

Waktu kita orang tiba, jam dah menunjukkan pukul 7:20 petang. Nasib i dan hubby hari tu memang baik sangat, sebab senang je dapat parking dan tempat untuk duduk. Cuma part giliran je yang macam tak best, nombor 24. Sedangkan nombor giliran burger yang dipanggil waktu tu ialah nombor 6 (aiyoo!! 2 kali ganda nombor giliran tu. Hehehe). Sebab dah dapat tempat duduk, jadi mood kesabaran berada dalam tahap yang stabil. Boleh bercerita sambil buat-buat lawak dengan hubby i lagik. Sambil menunggu tu, i perhatikan orang yang datang makin lama, makin bertambah ramai yang beratur. Tempat pun dah jadi sesak. Tepat pukul 8:00 malam nombor giliran dah jadi 56 (hambik kau! Tak pernah dibuat dalam sejarah burger hokeh!) Korang bayangkanlah orang yang ada dekat situ lebih ramai daripada 6 buah meja makan plastik yang disediakan (dahsyat tak dahsyat!) Sampaikan ada yang makan sambil berdiri semata-mata nak menikmati kelazatan Kaw Kaw Burger Bakar ni.

Pukul 8:05 malam, akhirnya terlaksana impian i dan hubby menikmati Kaw Kaw Burger Bakar. Tengok isi dagingnya pun korang dah rasa geram je nak gigit. Padat, penuh, tembam, gebu... terus rasa hilang lenguh menunggu. Daging burger di sini bukan macam daging biasa yang kita makan (made in Ramly burger tu) yang kadang-kadang dah kena belah dua. Daging di sini dibuat (homemade) dan dihasilkan melalui resepi (secret recipe) mereka yang tersendiri. Pilihan air yang disediakan dekat sini pun best sangat pada i. I pilih air Tropical Punch (sedap!!) dan hubby i pulak pilih air Lime Barley (pun sedap!!). Kalau korang berani, korang boleh cuba makan Burger Tower (ada 6 lapisan patty / daging burger atau lebih - tengok besar mana nafsu makan korang). Harga untuk ala-carte Burger Tower ialah RM5.50 per patty dan Harga Set Burger Tower mengandungi sosej dan air ialah RM5.00 per patty. Contoh, kalau korang order Harga Set Burger Tower bagi 8 patties (8 patties x RM5.00), bayaran yang dikenakan ialah RM40.00.

Kesimpulannya, i memang puas hati makan dekat Kaw Kaw Burger Bakar (sedap weiii!). Cuma keadaan gerai yang terlampau simple dan sesak dengan orang, buatkan ramai yang datang dan nak cuba makan dekat sini. Terpaksa batalkan niat sebab tak sanggup menunggu. I harap satu hari nanti Kaw Kaw Burger Bakar dapat tingkatkan / improve keadaan gerai mereka untuk keselesaan pelanggan di masa akan datang. Kesian tengok, budak-budak kecil yang menangis sebab sama-sama kena paksa tunggu giliran dengan mak ayah dia (bukan sekejap... lama pulak tu). Jadi untuk sesiapa yang ada anak kecil, i nasihatkan tak payahlah bawa ke sini. Bukan anak korang je yang hilang mood dengan korang sekali jadi tension nanti. Hehehe....



Peringatan dari Kaw Kaw Burger Bakar : Pelanggan dikasihi, "grill" / panggang ambil sedikit masa untuk dimasak. Ini akan mengambil 3 kali lebih lama daripada masakan biasa. Terima kasih.

Picit gambar atas untuk tumbesaran bagi mengetahui harga burger di sini.


Muka letih baru balik keje. Huhuhu





p/s : nak tengok gambar-gambar lain bolehlah pergi dan LIKE Facebook Kaw Kaw Burger Bakar

27 comments:

  1. Hmmmm menarik sungguh. Lg2 dgn pakej RM10 dpt sekali dgn air. Tp kalau sosej diganti dgn fries ker..onion ring ker ok gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tu kena tunggu Kaw Kaw Burger Bakar bukak restoran ala-ala Mekdi :)

      Delete
  2. tingin la nak cuba....good info tq dear...

    ReplyDelete
  3. tengok grill dia pun bukan calang2 grill kan sis...
    tgk burger dia pun mantooooppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata akak memang bagus lah! So far saya perhatikan Kaw Kaw Burger Bakar ni memang jaga kualiti makanannya. Bukan pakai bahan-bahan dan alatan biasa. Dah macam chef saya tengok tukang bakar dia tu. Hehehe

      Delete
  4. mak datukk..siap amik nombor..nk mkn nya pasal tunggu pn tunggu lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dear... tahu takpe... selalu main rebut-rebut cakap mulut je. Hehehe... Ni siap kena beratur panjang tu. Nasib baiklah kita datang awal waktu tu.

      Delete
  5. hahaha..aku pun ada buat entry psl kaw kaw burger. best ka. cuma skrg ni time ujan lbh selesa bungkus bwk blk makan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tang... makan tu dah best dah.. Tang tempat tu jelah... yang payah sikit nak explain. Waktu makan dekat sini, kerusi yang aku duduk tu dah patah dekat bahagian tepi support dia tu. Kau bayangkanlah punggung aku punya lenguh control duduk. Hahaha...

      Delete
  6. sumpah akan try jugak satu hari nnt..sekarang dah terliur dah ni..

    tengs berkongsi info ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh.. try jangan tak try dear... Sekali try memang nak datang lagik tapi... kena pikir pulak sanggup ke tak sanggup beratur panjang. Hahaha...

      Delete
  7. sedap kan burger bakar dia yummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Cha!! Nasib baiklah Cha bagitahu. Hehehe

      Delete
  8. pernah try burger bob keramat au5 x?? try jgn x try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try lagik? Sedap eh?... mungkin boleh jengah one day :)

      Delete
  9. Sedapnyaaa kak! Nanti pergi belah sana nak try lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah awak... tapi tulah kena ada ketahanan sabar yang tinggi waktu tunggu giliran. Hehehe

      Delete
  10. sdap akak.kalo akak jenis suke makan sos bnyk meleleh, dtg burger bob keramat..nah ade link kat sni..
    http://www.bangsarbabe.com/2011/10/burger-bobby-simpang-3-taman-lembah-keramat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Wahh... nampak cam menarik. Boleh cuba ni. Tapi nak kena baca link ni dulu. Thanks for sharing info :)

      Delete
  11. Semalam gi tapi ramai orang beratur.. cancel nak beli.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr... kesiannya... Kena pergi awal-awal sikit kot dalam pukul 7:15pm. Anyway good luck hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)