Dua hari lepas (18hb Mac 2012) i dan hubby saja-saja nak cuba makan di Wong Solo cawangan Alor Setar (atau Alor Star, ejaan baru bagi Alor Setar. Bunyi lebih 'bintang' gitu). Maklumlah Wong Solo memang dah cukup famous / terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor (boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/ayam-bakar-wong-solo.html). Sambil-sambil tu, kita orang kononnya nak perkenalkanlah Wong Solo ni dekat mak dan ayah (keluarga mertua i). Baikkan kita orang, siap nak promote lagik tau. Hehehe. Walaupun kita orang tahu, dekat Kedah ni dah cukup banyak restoran dan makanan yang lagik best daripada Wong Solo. Takpe, sekali-sekala kita bagi selera baru dekat mak dan ayah. Selera orang Kuala Lumpur (eceh...)
Jadi, untuk malam tu, makan malam kita orang bertemakan Indonesian Cuisine. Kalau korang nak tahu di Kedah, Wong Solo di sini dikenali sebagai Ayam Penyet Wong Solo berbeza dengan di Kuala Lumpur di mana ianya lebih dikenali dengan nama Ayam Bakar Wong Solo. Sorry sangat sebab i tak dapat alamat penuh untuk Wong Solo cawangan Kedah ni tapi untuk korang yang teringin nak cuba makan di sini, i boleh bagitahu kedudukan / lokasi restoran Wong Solo.
Lokasi Ayam Penyet Wong Solo terletak di penghujung kiri lot kedai (corner lot) di Jalan Sultanah Sambungan (Kompleks Perniagaan Sultanah Sambungan). Betul-betul berdekatan dengan premis perniagaan Tat Nasi Ayam (i baca dalam internet, Tat Nasi Ayam ni pun boleh tahan glamour jugak dekat Kedah. Lain kali kena cuba makan dekat sini pulak).
Waktu operasi : bermula dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari.
Pengalaman makan dekat Wong Solo, Alor Setar, Kedah ni pada i sedikit mengecewakan terutama dari sikap pemilik kedai makan Wong Solo ni sendiri (tak pandai langsung hormat pelanggan *senang cakap berlagak* dan nak sebut perkataan minta maaf). Puncanya sedikit je sebenarnya, i dan hubby minta sambal lebih (extra sambal) sebab biasanya di Kuala Lumpur, memang mereka sediakan sambal PERCUMA tapi owner kedai tu beritahu kita orang, caj akan dikenakan untuk extra sambal. Bila kita orang bagitahu di Kuala Lumpur tak jadi masalah untuk dapatkan sambal secara percuma. Owner kedai tu persendakan kita orang didepan customer lain sambil beritahu Wong Solo tak pernah sediakan sambal percuma (serius bila dengar dia gelak sambil katakan macam ni, i rasa macam nak jirus air sirap je dekat muka dia). Malas nak bertekak, i dan hubby tetapkan hati. Kita orang takkan datang sini lagi. Lagipun rasa ayam penyetnya pun biasa je takdelah sesedap di Kuala Lumpur. Pilihan menu makanan dan minuman pun tak banyak. Dari segi suasananya pulak lebih kepada gaya chinese kopitiam. Untuk harga, i akui lebih murah sedikit berbanding Kuala Lumpur tapi sebab hati dah terguris. Semua tu tak menarik langsung perhatian i (nyampah!)
Ada beberapa gambar untuk tatapan korang. Sudi-sudilah menatapnya.
Menu Ayam Penyet Wong Solo, Alor Setar ada 2 muka surat je |
Mak Mertua dan Ayah Mertua yang loving couple |
Dekat Alor Setar makan Ayam Penyet dengan sup kosong. |
p/s : terima kasih untuk komen korang dekat entry i yang sebelum ni. I cuma dapat baca dan publish komen je sebab kena berjimat-cermat dengan data internet maxis yang cuma ada 1GB. Memandangkan i masih lagi bercuti, balik rumah nanti i qada' komen balik dan blogwalking rumah korang pulak ok? Peace dan senyum selalu. Love.
baru nk try..tp bila dah dilayan mcm tu..batalkan saja niat =.=
ReplyDeleteKan, buat frust je :(
DeleteTakpelah, nanti datang KL awak boleh try Wong Solo, dekat sini lagik banyak cawangannya tau :) Hehehe
tak pernah terai lagi makan kat sini...ramai pun kata sedap...nanti mau terai...menu tu sgt tempting!!!
ReplyDeleteTry la Posh, u kan suka bab cuba-cuba makanan macam i kan? Nak gak baca review u :)
Deletekak kita memang samala hantu ayam penyet kan kan heee
ReplyDeleteTulahh dear... segala restoran ada bunyi nama ayam penyet, semuanya nak ditry nya. Hehehe
Deleteyummehhhhhhh.....
ReplyDeletebagus menjadik menantu mithali nie :)
Hahaha... menantu bagi arahan kedai mana je nak makan. Tukang bayar ialah Encik Hubby. Hehehe
Deleteok reject
ReplyDeleteTulahh... buat kita frust je. Macamlah akak tak biasa makan dekat Wong Solo. Actually banyak dialog lain lepas tu tapi takpelah, susah cakap dengan orang yang dia aje betul ni. Kalau baca komen dekat Foursquare pun ramai yang bagi pendapat sama dengan akak :(
Deleteok reject
ReplyDeletekalu saya pun tersentap and mau terus banned aje sis..tak baik cust gitu kan.
ReplyDeletesjk awal pegnen ni saya selalu ke wong solo sek.7 sh alam tu..asik nk mkn sambal dia yg pedas2 tu..
A'ah... geram tau dear, akak tak kisah kalau dia kata, "minta maaf, dekat sini tak sediakan sambal percuma." Ini tak, saje nak malukan kita siap gelak cakap kuat-kuat lagik depan orang lain, "Eh, mana ada Wong Solo pernah bagi sambal free. Tah-tah pergi restoran ayam penyet mana tah." Haishhh.... busuk punya orang!
DeleteTakpe, kita layan Wong Solo kat KL, sambil habiskan sambal free puas-puas. Takde sape pun kisah kan dear? Hehehe
oh maxis sungguh mengecewakan reena..tukarlah kpd p1 wimax..tadaaa...amboihh bhahaha..
ReplyDeleteapepun setiap kali masuk blog reena online entry2 tidak pernah mengecewakan sbb ape? mesti terliuqqqqqq...awatlah hang pi bubuh gambaq yg mcm ni reena oitt..terase lapaq naa...huhuhuhu..
Tulah motip sebenar aku Uchi. Hehehe
Deletehuhu....sblum2 ni dia xgna kertas sis..guna daun pisang n rasa mcm bos dah lain ajew...tu menu dah bertmbah....
ReplyDeleteYeke dear, dah tukar owner lain? Tapi rude sangatlah owner baru yang ni. Tak respek pelanggan. Huhuhu...
Deletemenyegarkan tgk2 air2 nya...seb dah kenyang klu x sure tingin nk mkn
ReplyDeleteTulah sejuk je gitu... Hah... tang air kat sini memang best. Tang ownernya memang tak best. Hehehe
DeleteSince I stay di Shah Alam...I rajin singgah Wong Solo di Seksyen 7. Nasi penyet die memang sedap sangat...servis pun ok..
ReplyDeletePerangai org berniaga skrg ni susah nak cakap...x tau ambil hati pelanggan.
Tak penah lagik test Wong Solo dekat Seksyen 7... takpe nanti jenjalan Shah Alam. Bolehlah pergi sana. Tapi so far Wong Solo area KL / Selangor memang tak pernah mengecewakan. Kan dear?
DeleteAgaknya orang yang jenis tak hormat pelanggan ni fikir, alaa... apa nak heran. Setakat sorang customer, ramai lagik customer lain boleh datang. Tapi tu dia yang fikir. Masalahnya rezeki tu datang dari Allah. Kalau Allah tarik balik. Tak guna dah nak menyesal.
oo patot la sy xrasa tringin nak pi mkn situ wlu pon depan umah ja,...hehe,...
ReplyDeleteish xdak adab btoi,..baik mkn kt tat nasi ayam,...hehe
Tulaaa... adab sopan melambangkan siapa diri kita sebenarnya. Kalau cakap elok-elok kan sedap sikit bunyinya. Takdelah orang nak kecik hati ke hape.
DeleteWahhh... Kina duduk dekat area situ ke? Next time boleh mintak Kina belanja Tat Nasi Ayam. Hehehe :)
ekceli sy tgh serch2 pasal ayam penyet kat kedah ni. even org kedah pun x pernah tau yg kedah ada ayam penyet. selalu makan area kl ja. tp, bila ckp pasal layanan dia mcm tu, kansel la...
ReplyDeleteAik, orang Johor yang dah mai sini dulu nampaknya eh. Hehehe...
DeleteTulaaa... even kalau kedai tu tak sedap sekalipun tapi kalau dia layan kita elok-elok. Seronoklah jugak rasa. Ini tak, buat kita jadi geram je tak pasal-pasal :(
Restoran dah tutup kot....kalah dgn restoran nasi ayam Tat. Apapun nak makan minta pastikan restoran yang dimiliki oleh non-muslim tu ada sijil halal yang sah dari JAKIM bukan dari organisasi lain. Fenomena anak muda sekarang merisaukan kerana kurang menitikberat soal makanan halal. Tidak ada babi tak semestinya halal.
ReplyDeleteOh ye ke, dah tutup? Penghujung tahun lepas lalu sini nampak beroperasi je macam biasa. Too bad lah takde rezeki untuk owner kedai tu.
DeleteSetahu saya owner Ayam Penyet Wong Solo ni orang melayu... dalam erti kata lain mestilah 'muslim' kan? Tulaa... pasal sijil halal sah JAKIM ni tak berani saya nak berdebat lebih-lebih. Lagipun pada pendapat saya tak semestinya restoran non-muslim saja yang perlukan sijil halal yang sah dari JAKIM tapi sepatutnya kena libatkan semua restoran melayu / muslim jugak. Bukan apa, tukang masaknya mungkin muslim tapi bahan-bahan yang dibeli pun boleh timbulkan keraguan jugak kalau kita fikir dalam-dalam. Entahlah, wallahualam... senang cakap setiap dari kita mungkin terdedah dengan perkara macam ni. Contoh, macam beli makanan dekat pasar (bagaimana ianya ditanam dan disembelih).
Apakah halal?
Apa yang Halal adalah jelas. Apa yang Haram juga adalah jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari perkara yang samar, maka ia telah membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang siapa yang terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia telah terjatuh dalam melakukan perkara yang Haram.
Selain memenuhi undang-undang Syariah, yang mana wajib bagi setiap umat Islam, keselamatan makanan memainkan peranan penting dalam menentukan toyibban, contohnya aspek kebaikan (selamat, bersih, berkhasiat, berkualiti) makanan tersebut.
"Bagi memastikan aspek-aspek tersebut tidak dipandang remeh, Malaysia telah menetapkan makanan Halal melalui MS1500:2004: Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengurusan & Penstoran – Panduan kUmum (Rujukan Pertama) sebagai makanan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut."
a - Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang tidak Halal kepada orang Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Syariah.
b - Tidak mengandungi sebarang ramuan yang najis mengikut undang-undang Syariah.
c - Selamat dan tidak membahayakan.
d - Tidak disediakan, diproses atau dikeluarkan menggunakan alatan yang tercemar dengan najis (kotoran dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah.
e - Makanan atau ramuan makanan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau penghasilan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah.
f - Dan semasa pembuatan, pemprosesan, pembungkusan, penstroran atau pengangkutan, makanan tersebut terasing secara fizikal dengan mana-mana makanan yang tidak mencapai syarat yang telah dinyatakan dalam a, b, c, d atau e atau sebarang benda lain yang telah dikelaskan sebagai najis (kotoran atau tidak bersih) oleh undang-undang Syariah.
sumber : www.halfest.com.my
Itu aje yang mampu saya perkatakan. Assalamualaikum :)