Blogger templates

Aug 7, 2011

Sate Minang

Sempena bulan puasa ni, selera mesti jadi membuak-buakkan?
Dengar nama makanan pun dah boleh jadi lembik.
Haishhh, anak sapelah tu. Hehe~

So, demi nak menguji kekuatan iman dan nafsu makan korang.
Saya nak cerita pasal Sate Minang.
Sebenarnya selama ni, saya tak pernah makan dan dengar pun nama Sate Minang ni.
Kalau Sate Haji Samuri tu rasanya satu Malaysia pun dah kenal.
*Hamboii glamor kau ye sate ngalahkan aku tu. Hehe~*

Kalau nama Sate Minang ni agak-agak korang asal sate ni datang daripada mana?
Ecehh~buat soalan pura-pura tak reti jawab pulak. Hehe~
Mestilah dari Minang kan?

Saya takdelah sampai nak pergi jauh-jauh semata-mata nak beli sate ni.
Ni pun saya kirim opismate saya yang belikan.
Tak... tak bukan malas nak beli tapi location sate ni yang tak boleh nak parking kereta sesuka hati menyebabkan saya rasa lebih baik saya serahkan pada opismate saya yang pakar.
Lagipun opismate saya yang introduce sate ni dekat saya.
"Hai, selamat berkenalan Sate Minang. Nama saya Reena.
Lepas ni saya nak makan awak sebab awak sedap."
hehe~

Sate ni bukan beli pakai cucuk-cucuk macam sate biasa tu tau.
Tapi kena beli dalam bungkusan.
Maksudnya satu bungkus tu dah ada 6 cucuk sate, kuah sate dan nasi impit.
Sate ni lagik kurus dan nipis berbanding sate biasa.
Dan yang paling best rasa kuah sate minang ni.
Lain dari yang lain sangat.
Bukan rasa macam kuah kacang yang biasa tu tau kawan-kawan.
Tapi macam rasa kari sikit-sikit.
Haishh~ tak taulah saya nak explain. Kena try sate ni baru tau.
Kalau nak cuba sate ni, korang pergilah dekat address ni:-

Restoren Rose
No. 49A, Jalan Raja Alang,
50300 Kuala Lumpur

Hah, cepat set dalam GPS korang.
Kalau nak lagik senang sebenarnya Restoren Rose dekat dengan area Kampung baru dan berhampiran dengan Bangunan Zikay.
So, apa lagik. Cari jangan tak cari. Hehe~

Nikmatilah pic saya ini ye kawan-kawan. Selamat berbuka. Bismillah...

Eh, saya bukan makan dua bungkus tau. Satu untuk saya dan satu lagik untuk hubby :) 

Gravy habis gitu... *slurp*

p/s: Dekat dengan Restoren Rose tu ada jugak satu lagik restoren yang jual Sate Minang nama dia Restoren Mawar tapi kata opismate saya sate minang dekat Restoren Mawar tak kick macam dekat Restoren Rose. Kalau tak percaya, korang cubalah try test. Eh, hari ni saya baiklah sebab guna kata ganti diri sebagai saya. Saya nak sopan-sopan bulan puasa ni. Hehe~ bye.

4 comments:

  1. ya Allah..mati2 la i ingatkan entry set minang ni nak citer psl set meminang..sorry..org tgh angau nak kawen..hahahha

    ReplyDelete
  2. @Hezan Aurora Haha... tengok perkataan SATE tu pun boleh jadi SET eh awak? Huhuhu... memang parah ni :)

    ReplyDelete
  3. terbaik~~ sebab tu balik sem ja dapur tungtang masak sate minang.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... terror masak sate minang ke? Bestnya... ajarlah kita. Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)