Blogger templates

Mar 2, 2012

Tempahan Hotel Online / Hotel Booking Website

Pernah tak tiba-tiba korang teringin nak pergi bercuti saat-saat akhir (last minute) atau ada kerja luar (outstation) tapi bila telefon mana-mana hotel untuk buat tempahan bilik semuanya dah penuh. Bukak website (laman sesawang) hotel, kononnya mana tau ada rezeki boleh selit nama untuk tempahan, tapi yang tinggal bilik taraf 'maharaja'lah pulak (adeh!) Akhirnya, malas nak pening-pening kepala, korang ambil keputusan bercuti je dalam rumah atau tumpang tidur masjid (uiks, sanggup ke? nanges!)

Alahai sedih / frust bila jadi macam gini kan? Yelah, bukannya suka-suka nak rancang cuti last minute. Sebab bila dirancang ada je kerja yang kena selesaikan, cuti yang sepatutnya digunakan untuk bercuti dah bertukar jadi bekerja. Perkara macam nilah selalunya terjadi dekat i dan hubby. Apa taknya, kami berdua bukanlah bekerja sendiri, makan gajilah katakan. Bila i elok-elok dapat buat permohonan cuti, hubby i pulak tak boleh bercuti tapi bila dua-dua dapat cuti, hotel yang kita orang nak menginap tu pulak dah tak ada bilik kosong (haishh...).


Thanks google!

Tapi takpe... korang jangan risau, sekarang i pun dah tahu macam mana selesaikan masalah kita orang yang suka buat rancangan / plan bercuti last minute ni. Jadi, untuk sesiapa yang ada masalah macam i dan hubby, dekat sini i nak kongsikan beberapa senarai hotel booking website yang biasa i gunakan untuk membuat tempahan hotel secara online apabila diperlukan pada saat-saat akhir.

 Antaranya ialah :-

KELEBIHAN YANG KORANG PEROLEHI APABILA MEMBUAT TEMPAHAN ONLINE :-

1. Menjimatkan masa, tenaga dan wang sebab tak melibatkan penggunaan telefon, ada pilihan hotel yang banyak pada setiap website di atas dan kebanyakan hotel menawarkan harga yang lebih murah / rendah daripada harga sebenar hotel.

2. Selesa dan tak perlu buat keputusan tergesa-gesa untuk memilih hotel yang dikehendaki.

3. Boleh membuat perbandingan harga setiap hotel.

4. Mengetahui keadaan sebenar hotel bukan setakat melalui gambar yang dipaparkan tetapi melalui review / ulasan daripada pengunjung hotel terdahulu.

5. Ada sesetengah website di atas menawarkan pembayaran booking dengan sedikit amaun, manakala baki diselesaikan apabila tiba di hotel. Ini membantu bagi mereka yang tidak dapat hadir ke hotel kerana menghadapi masalah tertentu sebab duit yang yang hangus / burned tidak melibatkan amaun yang besar.


Jadi, tak kira masa dan tempat, korang masih boleh bercuti dengan selesa. Selalunya i paling suka tengok reaksi receptionist hotel apabila dorang sendiri terkejut macam mana i masih dapat tempah hotel walaupun hotel tersebut telah penuh ditempah / booking sewaktu i hadir untuk check-in. I cuma lemparkan senyuman yang manis je sambil dalam hati kata, "tulah, hari tu sombong sangat layan panggilan i." Hehehe...

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tahu tips memilih hotel? Silalah menuju ke sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tips-memilih-hotel.html


p/s : Selamat bercuti korang. Kan ke, cuti sekolah tak lama lagi (yeay!)


20 comments:

  1. Thanks kongsi web kak. Sy ni memang keje dok google web hotel je selalu haha. Tp akak tau x sy dgn kazaa pnh buat keje giler hr tu kitorg walkin je sbb call sume hotel kt CH penuh. Kitorg ckp pasrah jela klau xde kita balik. Alhamdulillah dpt hotel gak tu pn last hotel sbb ramai jugak tgk walk in masa tu hihi. Klau x tdo dlm kete jela kitorg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh... alhamdulilah, nasib baiklah dapat check-in kan? Kalau berdua ok lagik buat keje gile macam tu dear. Kalau ada anak kecik, memang nayo je. Hehehe...

      Delete
  2. ya..cuti skolah x lama lg..thx good info..kna simpan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah planning nak cuti ler tu eh? Hehehe... your welcome dear :)

      Delete
  3. gud info nie and thx for sharing...
    part last tu dah cam ala-ala pretty woman kan...
    i loike!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... cite pretty woman tu pun ada buat style part last yang macam saya buat tu ke kak? Siyes tak pernah tahu sebab sampai sekarang tak pernah tengok lagik cerita pretty woman Julia Robert tu... aiseyyy

      Delete
  4. emm.. kan senang.. sekarang semua dihujung jari.. hehheee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ahh... duduk sengih-sengih depan komputer pun dah dapat macam-macam pengetahuan. Hebatkan? Hehehe

      Delete
  5. thanks for sharing kak. senang sekarang semuanya di hujung jari. cuma nak dengan tak jer mencari. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome adik Jannah. Tulahh... tapi kali ni tak payah nak kena selongkar library bagai. Bersyukur hidup zaman teknologi ni kan? Hehehe

      Delete
  6. wow!! tengs bagi link...
    tengs berkongsi dear...

    ReplyDelete
  7. hohoho.....good info..sgt berguna ni sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih awak... nak bercuti nanti, jemputlah jenguk entry akak ni yek :)

      Delete
  8. Salam.. nk tumpang tanya... kalau booking kt web yg dibrrtau kt atas memang confirm dpt bilik hotel.. kut ler booking buat nya org hotel tu kata tak ada cmner... sori tnya ni sb tk penah dan tk tau..huhu

    ReplyDelete
  9. Salam nk tumpang tanya.. klu dah booking bilik mlalui web yg di atas tu... ada kemungkinan tak terima chck in kt hotel tu myb dia kata tk trma lg booking yg kita buat dulu.. myb ada tk cm tu

    ReplyDelete
  10. Salam.. nk tumpang tanya... kalau booking kt web yg dibrrtau kt atas memang confirm dpt bilik hotel.. kut ler booking buat nya org hotel tu kata tak ada cmner... sori tnya ni sb tk penah dan tk tau..huhu

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)