Blogger templates

Showing posts with label Online Hotel Booking. Show all posts
Showing posts with label Online Hotel Booking. Show all posts

Dec 24, 2012

Holiday Villa Cherating

Pada 1 Julai 2012 (Ahad), ikutkan i dan hubby takde rancangan langsung nak pergi bercuti ke Cherating, Pahang tapi dalam pada masa kita orang memang dah apply cuti pada hari Isnin dan Selasa (eh, apa yang i cakap ni? Berbelit-belit. Hahaha). Kononnya tujuan ambil cuti (keesokan harinya iaitu hari Isnin dan Selasa) lebih kepada merehatkan minda dekat rumah daripada menghabiskan duit (kekononnyalah kan). Macam mana pun awal-awal pagi Ahad tu selepas solat Subuh, tiba-tiba muncul pulak idea jalan-jalan dalam kepala otak i ni. Alahai, terasa macam rugilah pulak kalau ambil cuti waktu orang lain bekerja dan tak pergi mana-mana. Yelah, selalunya rate / kadar harga hotel lebih murah waktu-waktu macam ni berbanding waktu cuti sekolah (ish... rugi-rugi-rugi!)

Senyap-senyap i survey lokasi hotel mana yang sesuai bercuti (bunyi macam nak buat kerja suspen apa je kan? Siap nak rahsia gitu. Hehehe). Kalau boleh i nak pergi bercuti tepi laut pulak. Saja nak bawa anak-anak pergi mandi tepi pantai. Mesti dorang seronok sebab boleh buat sand castle. Hubby i confirm takkan membantah cadangan yang bakal i usulkan nanti, janji kesemuanya i dah settlekan siap-siap. Especially prepare mana tempat nak tidur, dekat mana nak makan, apa tempat menarik boleh pergi dan macam-macam lagi. Maklumlah dia tahu wife dia ni, memang serba-serbi suka buat susun atur perjalanan kalau pergi mana-mana even last minute sekalipun. Takdenya nak main redah macam tu je. Sampaikan dalam perjalanan dekat dalam kereta pun, sempat lagi google cari info. Iye, sayalah tu orangnya (sambil buat muka sengih kerang bucuk. Heee...)

Macam biasa, untuk dapatkan harga hotel yang murah, i buat perbandingan dari satu laman web / website ke satu laman web yang lain (untuk korang yang nak bercuti last minute jugak boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html). Akhirnya, setelah berdiskusi dengan hubby (yang merangkap GM Finance keluarga kami hehehe...), i dan hubby sepakat membawa berkat memilih untuk stay dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating (gitulah...). Harga bilik (deluxe room) untuk tiga hari dua malam ialah RM297.00. Kita orang booking melalui website Latestay. Untuk booking fees, caj yang dikenakan ialah RM45.85. Jadi semua sekali jumlah kos penginapan kami hari tu ialah RM342.85 (erk, tercekik sekejap!) Kalau korang nak tahu, sebelum ni, kita orang dah pernah tidur dekat The Legend Resort Cherating dan Impiana Resort Cherating. Kali ni teringin nak tukar angin cuba tempat penginapan lain pulak. Nanti bolehlah i buat review macam-macam hotel untuk korang semua.

Alamat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating :-

Lot 1303, Mukim Sungai Karang
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Malaysia

No. Telefon : [09] 581 9500
No. Faks : [09] 581 9178
Emel : saleschv@holidayvilla.com.my

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating hanya makan masa 2 jam sahaja (terima kasih untuk Lebuhraya Pantai Timur yang mempercepatkan journey kita orang). Untuk sesiapa yang nak pergi ke Cherating sekarang ni dah tak payah nak lalu bandar Kuantan lagi (jimat masa kan?) Korang cuma straight keluar ikut exit Jabur iaitu lebih kurang 12km selepas dari exit Kuantan. Tak susah sebenarnya nak cari Holiday Villa Cherating ni, lokasinya di bahagian sebelah kanan jalan betul-betul bersebelahan dengan The Legend Resort. Yang penting, korang kena beliakkan lebih sikit mata korang untuk tengok papan tanda yang tertulis Holiday Villa. Kalau tak, confirm terlepas.

Macam mana keadaan / suasana dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating? Best ke?

Ini antara review / ulasan berdasarkan pengalaman yang i lalui :-

1. Happy! sebab bilik i paling hujung (tak jauh dari pantai dan tempat makan) serta betul-betul berhadapan dengan swimming pool (kiranya buka je pintu dah boleh terjun). Eh, tak-tak, tipu je. Hehe... Kena menapak dua-tiga-empat langkah baru boleh terjun.
2. Suasana bilik hotel nampak lama dan old-skool (tak sure pulak i tahun berapa agaknya Holiday Villa ni dirasmikan).
3. Jarak antara hotel dengan pantai berdekatan sangat. Seronok... sebab pantainya, private beach so taklah crowded dengan orang luar. Jadi lepas mandi-manda dekat pantai, korang boleh terus bersihkan badan dekat area swimming pool sebelum masuk bilik.
4. Tak banyak aktiviti menarik yang disediakan dekat sini (sesuailah untuk sesiapa yang nak berhoneymoon. Ehem!)
5. Boleh sewa pelbagai jenis basikal dekat sini. Bermula dari RM5.00 hingga RM15.00 sejam mengikut jenis basikal.
6. Banyak kedai makan / restoran yang boleh korang cuba berdekatan dengan hotel TAPI apa-apa hal korang kenalah bawa kereta keluar dari kawasan hotel (sanggup ke nak basah keti? Eh! Hehehe...)
7. Kalau sesiapa ada intention nak shopping keropok lekor dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Jarak antara hotel dan bandar Kemaman lebih kurang 20 minit je (yeay!)
8. Kebersihan cawan, sudu dan pinggan dekat cafe / Beach Restaurant sedikit mengecewakan (haishhh... takkanlah hotel berjenama 4 bintang boleh pakai sabun cap ayam je buat cuci pinggan? Tah-tah dorang main celup-celup je pinggan kotor dalam air? Eee... takde kelas betul!)
9. WiFi PERCUMA non hado a.k.a takdelah tu (huhuhu!)
10. Nak seterika / iron baju / tudung, korang kena pergi dekat tempat yang disediakan. Biasanya dia letakkan di satu sudut dekat tingkat bawah (request-request non hado ye...) Ish-ish-ish...
11. Terdapat warning yang mengingatkan adanya sandflies di kawasan pantai (jadi korang kena hati-hati ok?)
12. Yang lain-lain pada pendapat i ok, dan untuk Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating i berikan 2.8 bintang daripada 5 bintang. Kalau terdesak takde bilik dekat tempat lain, bolehlah datang sini lagi (eh! Kihkihkih).

Nak tengok gambar, sila scroll ke bawah.






















Nak protect iPhone dari kena air so i gunakan Waterproof iPhone Case.



Jom kita balik sayang.

 p/s : Entry ni delay 5 bulan dari tarikh sebenar (hahaha... tak kisahlah kan?) Nampaknya dah tinggal seminggu je nak prepare barang-barang sekolah. Haishhh... mama pulak yang makin berdebar-debar.

May 30, 2012

The Krystal Suites

Korang nak tahu dekat mana i menetap sepanjang berada di Pulau Pinang? Jeng-jeng-jeng, inilah dia tempat penginapan kita orang sepanjang dua hari satu malam di Pulau Pinang, The Krystal Suites, Penang. Kita orang pilih Apartment dua bilik tidur yang pada i memang cukup besar untuk family i. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan daripada tidur dekat Hotel. Apa taknya, kalau korang nak tahu harga suite dua bilik tidur untuk satu malam ialah RM200.00. Manakala untuk suite satu bilik tidur pula ialah RM150.00. Tilam / Katil tambahan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Hah... Kan murah kan? Ni kalau tidur dekat hotel ambil bilik saiz Junior Suite atau Deluxe lepas tu buat tambahan satu katil mahunya lebih RM250.00 satu malam rasanya.

Dari segi keluasan Apartment dengan harga memang i puas hati. Yang bestnya, semua ruang dalam Apartment ada disediakan penghawa dingin / aircond. Tandas pun dah lengkap dengan air panas dan tuala. Cuma part yang i rasa macam tak berapa best ialah keadaan tempat letak kereta pada waktu malam. Sekali pandang dah macam dalam lokasi filem cerita seram Korealah pulak (hah... i nampak ada yang dah buat muka suspen. Hewhewhew... takut!) Ditambah dengan keadaan lampu samar-samar dan suasana sunyi sepi. Erk! Kalau ada sesiapa nak buat lawak main cak-cak, confirm boleh kena sakit jantung jawabnya. Dan satu lagik yang i tak berkenan ialah bila semua lantai dalam Apartment ditutup dengan permaidani / carpet. Adehh... macam tak berapa bersih je terutama sekali bahagian carpet yang dekat dengan tandas. Jadi, untuk rating keseluruhan, i bagi 2 ½ bintang daripada 5 bintang untuk The Krystal Suites.

Alamat The Krystal Suites :-

Ground Floor Lobby,Krystal Point Corporate Park
Jalan Tun Dr. Awang
11900 Bayan Lepas
Penang,Malaysia

Nombor telefon : [04] 613 3333
Nombor faks : [04] 613 3338 / 2

Emel : enquiry@thekrystalsuites.com

Nak dapatkan keterangan lanjut, peta lokasi sebenar, kemudahan lain yang disediakan, promosi, galeri gambar dan lain-lain lagi korang bolehlah pergi ke laman web / website The Krystal Suites dekat sini ---> http://www.thekrystalsuites.com/index

Untuk korang yang nak datang menginap di sini, i cadangkan korang jangan booking / tempah melalui internet tetapi terus je hubungi nombor telefon dekat atas. Selepas buat perbandingan, i rasa harga yang ditawarkan melalui telefon lebih murah berbanding di atas talian (online). Kalau korang bekerja kerajaan, hah... boleh dapat tambahan diskaun lagik.

Ok, kisah The Krystal Suites dah pun tamat. Kita tengok gambar pulak nak? Jom!









Bilik tidur utama ada katil saiz King.

Danish dan Ariana tidur dekat bilik tidur nombor dua.




p/s : untuk beberapa hari ni, i macam exhausted sikit dengan kerja pejabat. I cuba jalan-jalan rumah korang dan jawab soalan-soalan dalam blog malam nanti ok. Macih semua sebab sudi jengah i. 

Mar 3, 2012

Tips Memilih Hotel

Semalam i ada bagi info berkaitan dengan nama-nama website hotel / tips / kelebihan bila booking hotel melalui online kan? (Tengok sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html)
Jadi, i ingat nak tambah sikit entry tu dengan tips memilih hotel pulak.

Bukan apa, tak semestinya hotel 5 bintang yang korang duduk tu menjanjikan kehebatan umpama di atas kayangan. Contoh macam Hotel Renaissance yang i pernah buat review dulu (http://www.reenaonline.com/2012/02/renaissance-kota-bharu-hotel-kelantan.html). Kadang-kadang hotel 3 atau 4 bintang pun boleh buat korang tersenyum bahagia bila ada antaranya yang tawarkan kemudahan yang selesa, makanan yang lazat, keadaan hotel yang bersih dan yang best dengan rate harga hotel satu malam yang jauh lebih murah. Yelah, nama pun bercuti, takkanlah sampai nak berhabis duit untuk satu malam RM500.00 bayar hanya untuk penginapan sahaja (kalau loaded / duit ada kepuk-kepuk takpe nak buat camgini). Sedangkan dengan harga sebanyak tu mungkin dengan menginap dekat hotel 3 atau 4 bintang korang dapat habiskan / spend cuti lebih lama dari tu. Wuishh... Rugi woo... datang sehari je besok dah balik? Pada i lah kalau camgini, baik i duduk dekat rumah. Penat kemas beg baju pun tak habis lagik rasanya.

Google saya pinjam gambar awak ok?

I harap tips / panduan memilih hotel ni dapat membantu korang yang kaki berjalan macam i (hehehe...) Asyik bekerja je, tension jugak. Bercuti (holiday) ni antara terapi atau aktiviti yang boleh hilangkan stress tau. Yang penting kita organize betul-betul percutian yang ingin kita buat.

Jom tengok apa tips yang korang perlukan.

1. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Sentiasa buat perbandingan harga sebelum menetapkan hotel mana yang ingin korang pilih. Ingin i ingatkan dekat sini, harga yang ditunjukkan oleh sesetengah website mungkin kelihatan lebih murah sebab tidak termasuk dengan cukai (tax fee). (perhatikan tulisan kecil yang sengaja mengaburi pandangan mata korang tu). Jadi untuk mengetahui final price / harga sebenar yang korang sepatutnya bayar, korang teruskan transaksi seakan-akan setuju memilih hotel tersebut dan dari situ korang akan tahu harga sebenarnya. Oh ya, jangan lupa perhatikan samada harga bilik hotel tersebut termasuk dengan sarapan pagi atau pun tidak. Jangan nanti bila korang ramai-ramai turun makan dekat dining hall tiba-tiba pekerja hotel dekat situ kata, "Encik, bilik encik tidak termasuk dengan sarapan pagi. Jadi bayaran sarapan untuk dewasa ialah blablabla dan kanak-kanak ialah blablabla" Tak pasal-pasal korang terpaksa mogok lapar sebab tak sanggup tengok bil yang kena bayar.
2. Cuba cari sebanyak mana info berkaitan hotel tersebut terutama sekali dengan membaca review / ulasan daripada pengunjung hotel terdahulu. Macam i sendiri, i tak pernah bergantung hanya pada review yang ada pada website hotel itu semata-mata. Sebab, i takut review tersebut datangnya dari pemilik hotel terbabit. Jalan yang paling selamat, cuba tambahkan info dengan mendapatkan review melalui mana-mana blog peribadi. Caranya mudah je, korang google / taip pada bahagian search. Contoh: Keadaan Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Atau: best ke duduk di Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Pendapat i, kebiasaan blogger lebih suka bagi kenyataan yang keluar dari hati nurani. Jadi mungkin info tu berguna untuk korang;
3. Periksa kemudahan yang ditawarkan oleh hotel terbabit terutama sekali kemudahan seperti tempat letak kereta, kemudahan internet (untuk mereka yang masih perlu berurusan dengan kerja walaupun sedang bercuti), baby coat / katil bayi (bagi mereka yang membawa bayi cuti bersama) dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh korang;
4. Periksa juga lokasi dan kedudukan hotel yang dipilih. Hotel yang jauh daripada kawasan bandar mungkin menyukarkan korang mendapatkan bekalan perubatan disaat-saat kecemasan. Dan untuk orang yang kuat makan macam i ni pun masalah jugak ni. Sebab, terpaksa membuang masa mencari kedai makan yang jauh dari hotel bila kelaparan (hehehe...);
5. Sekiranya korang bercuti bersama-sama dengan dua atau tiga keluarga yang lain (family gathering gitu). Pilihlah Hotel Apartment sebab lebih jimat daripada membuat bayaran asing setiap bilik. Tak percaya cuba buat kiraan sendiri. Hehehe.
6. Gambar hotel yang tertera disesetengah website, memang adakalanya indah rupa dari khabar. Tapi ada ketikanya, membantu korang jugak. Macam i sendiri, mana-mana hotel yang tunjukkan keadaan sebenar bilik hotel dan sekelilingnya dengan gambar seumpama tahun 70-an atau 80-an, i dah reject awal-awal. Bukan sebab diskriminasi dengan hotel tu yang bergaya lama. Tapi haishh, dari gambar tu dah menunjukkan pemilik hotel takde inisiatif nak upgrade hotelnya. Ok, sebenarnya i yang takut nak duduk hotel-hotel lama. Seram... (sorry hotel lama, jangan marah k).

Kesemua tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman i sendiri. Kalau korang ada tambahan untuk tips di atas, i alukan sangat-sangat. Boleh kita bertukar-tukar tips.


p/s : nak tahu tak? Bestnya duduk hotel ni sebab semua benda orang sediakan. Nak bantal tambah, call. Nak makan pun call. Nak hantar baju dekat dobi pun call. Hamboii... hidup umpama maharaja gitu. Hehehe... Sekali-sekala, apa salahnya kan? Kalau hari-hari pitam.

Mar 2, 2012

Tempahan Hotel Online / Hotel Booking Website

Pernah tak tiba-tiba korang teringin nak pergi bercuti saat-saat akhir (last minute) atau ada kerja luar (outstation) tapi bila telefon mana-mana hotel untuk buat tempahan bilik semuanya dah penuh. Bukak website (laman sesawang) hotel, kononnya mana tau ada rezeki boleh selit nama untuk tempahan, tapi yang tinggal bilik taraf 'maharaja'lah pulak (adeh!) Akhirnya, malas nak pening-pening kepala, korang ambil keputusan bercuti je dalam rumah atau tumpang tidur masjid (uiks, sanggup ke? nanges!)

Alahai sedih / frust bila jadi macam gini kan? Yelah, bukannya suka-suka nak rancang cuti last minute. Sebab bila dirancang ada je kerja yang kena selesaikan, cuti yang sepatutnya digunakan untuk bercuti dah bertukar jadi bekerja. Perkara macam nilah selalunya terjadi dekat i dan hubby. Apa taknya, kami berdua bukanlah bekerja sendiri, makan gajilah katakan. Bila i elok-elok dapat buat permohonan cuti, hubby i pulak tak boleh bercuti tapi bila dua-dua dapat cuti, hotel yang kita orang nak menginap tu pulak dah tak ada bilik kosong (haishh...).


Thanks google!

Tapi takpe... korang jangan risau, sekarang i pun dah tahu macam mana selesaikan masalah kita orang yang suka buat rancangan / plan bercuti last minute ni. Jadi, untuk sesiapa yang ada masalah macam i dan hubby, dekat sini i nak kongsikan beberapa senarai hotel booking website yang biasa i gunakan untuk membuat tempahan hotel secara online apabila diperlukan pada saat-saat akhir.

 Antaranya ialah :-

KELEBIHAN YANG KORANG PEROLEHI APABILA MEMBUAT TEMPAHAN ONLINE :-

1. Menjimatkan masa, tenaga dan wang sebab tak melibatkan penggunaan telefon, ada pilihan hotel yang banyak pada setiap website di atas dan kebanyakan hotel menawarkan harga yang lebih murah / rendah daripada harga sebenar hotel.

2. Selesa dan tak perlu buat keputusan tergesa-gesa untuk memilih hotel yang dikehendaki.

3. Boleh membuat perbandingan harga setiap hotel.

4. Mengetahui keadaan sebenar hotel bukan setakat melalui gambar yang dipaparkan tetapi melalui review / ulasan daripada pengunjung hotel terdahulu.

5. Ada sesetengah website di atas menawarkan pembayaran booking dengan sedikit amaun, manakala baki diselesaikan apabila tiba di hotel. Ini membantu bagi mereka yang tidak dapat hadir ke hotel kerana menghadapi masalah tertentu sebab duit yang yang hangus / burned tidak melibatkan amaun yang besar.


Jadi, tak kira masa dan tempat, korang masih boleh bercuti dengan selesa. Selalunya i paling suka tengok reaksi receptionist hotel apabila dorang sendiri terkejut macam mana i masih dapat tempah hotel walaupun hotel tersebut telah penuh ditempah / booking sewaktu i hadir untuk check-in. I cuma lemparkan senyuman yang manis je sambil dalam hati kata, "tulah, hari tu sombong sangat layan panggilan i." Hehehe...

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tahu tips memilih hotel? Silalah menuju ke sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tips-memilih-hotel.html


p/s : Selamat bercuti korang. Kan ke, cuti sekolah tak lama lagi (yeay!)


Sep 26, 2008

Booking Hotel

Korang penah booking hotel pakai http://cuti.com.my/ tak? Citenya macam ni, start from last week lagik hubby aku mintak tolong aku carikkan hotel area JB. Memandangkan dis week F1 race berlangsung dekat Singapore, memang kebanyakan hotel dekat JB fully booked. Carik punya carik aku teringat yang aku ada account dengan cuti.com.my (free sign-up). Dah lama aku tau pasal website ni tapi tak penahlah lagik cuba servis dia, tah bagus ke tidak, aku pon tak tau.

Tapi disebabkan dah desperado sangat aku try jelah booking online untuk hotel M-Suite pakai website nih. Wah!! pantas jugak servis dia. Lepas dah confirm date, besoknya dia orang hantar emel bagitau bilik yang kita orang mintak tuh available dan suruh proceed untuk pembayaran. Yea... sukanya aku takyah lah nak kena call sana-sini carik hotel lagik. Pembayaran dia pon ada macam-macam cara, either nak guna credit card bole or through bank pon bole, senang sangat-sangat. Dah tu kalo bayar through bank, sikit servis charge pon dia orang tak amik (berkira gile aku bab-bab extra charge nih... hehe). Bila dah settle payment dia orang akan send voucher dekat emel. Then kita kenalah print out voucher tuh sebagai bukti pembayaran. Yang aku salute sangat tuh, dia orang siap call hanpon aku nak confirm every detail. Efficient gitu style keje dia orang... Nih yang buat aku nak booking pakai website nih lagik.

Yang kelakar tuh, bila dah settle semuanya aku baru terfikir nak tengok website M-Suite tuh. Bukak punya bukak, terkejut sangat aku. Dalam website M-Suite sendiri rege studio room yang kita orang amik tuh rm205 tapi dekat website cuti.com.my nih rege yang dia orang offer cuma rm170 jek... Mula-mula aku dah risaulah jugak, manalah tau aku tak tengok currency ape yang aku booking dekat cuti.com.my. Sampai dua, tiga kalilah aku check (eee... takut hubby aku marah). Rupa-rupanya memang betul kita orang booking memang currency M'sia yang berharga rm170. Wah!! ini sudah baik. Next time nak pegi mana-mana bole booking through cuti.com.my nih. Kompom...

*sila click pada pic untuk paparan yang lebih jelas*