Blogger templates

Apr 28, 2012

Siaran Astro Percuma

Wah-wah-wah pantang dengar perkataan percuma, siapa yang tak nak kan? Mula-mula i terbaca dekat blog Syatoza Zai pasal Astro bagi siaran percuma ni, tertanya-tanya jugak. Kenapa tiba-tiba Astro jadi baik pulak ni? (buat muka confused). Maklumlah 4 bulan lepas, i teremosi sebab kena bayar lebih gara-gara tambahan untuk government tax / cukai kerajaan (pftt...)

Rupa-rupanya Astro memenangi the best of the best brand in Malaysia 2012 (nak baca keterangan lanjut, boleh pergi sini ---> http://www.astro.com.my/awards/) Kerana menghargai sokongan pengguna / pelanggan Astro yang mengundi, Astro mengumumkan bahawa lebih daripada 130 saluran menarik di Astro akan disediakan secara percuma selama 10 hari, bermula dari hari Jumaat, 27 April 2012 (pukul 12:01 pagi) sehingga Ahad, 6 Mei 2012 (pukul 11:59 malam). Penat-penat mengundi dapat 10 hari je (macamlah i join mengundi sama. Hehehe). Bagilah lama sikit, tak pun diskaun 50% bil bulanan selama setahun ke. Barulah bersemangat nak tolong undi Astro tahun depan (macam ya-ya ajekan? Kihkihkih).


Sementara tengah percuma ni, jom kita layan tv sampai mata lebam. Sedihnya untuk i sebab sebenarnya hampir semua siaran Astro i dah subscribe / langgan. Jadi kuranglah sikit perasaan teruja macam mereka yang langgan tiga pakej mini Astro je (huhuhu... nangis!)

Sebelum i mengakhiri entry i ni, i nak bagitahu dekat korang, tadi i baru je habis tengok Mania dekat Astro Ria (channel 104). Feeling pulak tengok persembahan Adira dan Shahir untuk lagu Ku Pinang Kau dengan Bismillah (ehem...) Korang nak tengok? Jom tengok dekat Youtube bawah ni.



p/s : betul tak i cakap. Feeling kan? Kihkihkih


12 comments:

  1. wahh, ada nama zai disitu :P

    astro ni bila fikir balik ada sbb kot bg 10hari percuma.. bila pengguna nk biasa ngan pakej2 mahal tu, habis je tmpoh percuma tu sure pelanggan x puas tgk lagi..terus dia langgan pakej tu..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih... saje akak nak bagi zai glamour :P

      Eh, awak ni tak tidur lagik?? Ni mesti dok tengok Astro secara marathon kan? Gurau je... Hehehe... Akak pun rasa macam tulah Zai. Taktik nak tarik ramai orang subscribe banyak sikit channel Astro. Lepas ni kalau tempat akak ada Unifi, takdenyalah nak ambik Astro ni lagik. Hewhewhew...

      Delete
    2. dah tido dah.. Zzzzzzz~

      Zai tgk movie macam HBO dan berkaitan dengannya..haha :D
      bestlah ada unifi nnti , leh donlod banyak2..haha

      Delete
    3. Tu yang akak tak sabar tu zai. Hehehe...

      Delete
  2. jom tgk astro percuma...oklah tu dapat 10 hari jer..nnt lama2..tak jadi bt kerja pula..asyik dok ngadap tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah Izan bil letrik melambung tak pasal-pasal :)

      Delete
  3. salam reena,

    sokong klu diorang bg diskaun tu!
    hehehe..
    banyak siaran free pun bukannya mak dia dapat nengok, budak2 ni conquer cartoonsss manjang ... malas nak bergaduh ngan bebudak..hhohohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah samalah kita mak encik. Balik-balik pocoyo, pororo, timmy time, mickey mouse....... mama papa dia yang hafal jadinya... (adeh...)

      Delete
  4. rumah xde astro..huhuuuu, hypptv je yg ade, tp channel nye x se best mcm astro..mcm2 ado...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikss... hypptv tu macam iptv ke? Astro memang macam-macam ado... ulang-tayang selalu pun iya jugak. Hehehe

      Delete
  5. siapa yg vote tah....harusla astro menang takde competitor...terkezut gak bila semua channel tekan2 ada padahal x subcribe...mmg pulun habisla sampai 6th May...nak subcribe sumer phengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Posh, takde competitors bolehla menang (kata-kata orang tak puas hati. Hahaha!)

      Lagipun Astro pun dah cukup kaya rasanya sebab banyak ulang tayang cerita yang sama hari-hari (eh, tak puas hati lagik sekali) Hehehe...

      Tapi dalam tak puas hati, dok jugak tambah channel Astro. Wuhuhu... menci-menci-menci...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)