Blogger templates

Dec 9, 2012

Q-dees Graduation

Tak sangka selepas dua tahun (dari tahun 2011 hingga 2012 - entri pertama sebelum memasuki Q-dees boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/07/q-dees-where-great-young-minds-meet.html) akhirnya anak sulung i dah graduate dari Q-dees. Macam tak percaya tahun depan Abang Long akan mulakan sessi persekolahan di Sekolah Rendah (huwaa... mama papa semakin tua! Eh? Hehehe) Kalau dulu sebelum ada anak, i selalu dengar kakak-kakak pejabat sibuk ambil cuti bersempena anak yang akan masuk sekolah. Kali ni giliran i pulak ambil cuti dan merasai kekecohan situasi sessi pertama persekolahan anak i di sekolah rendah pulak. Haishhh... macam manalah agaknya kan? Takut nanti yang over gelabah bukan Abang Long tapi mama dia sebenarnya. Hahaha! Anyway, i harap semuanya ok (insya-Allah).

Sepanjang berada Q-dees i tengok banyak pencapaian yang wujud dalam diri anak i. Daripada tak tahu membaca, dah fasih membaca dengan lancar. Tak kiralah samada buku bahasa inggeris mahupun bahasa melayu. Dah boleh buat kira-kira macam tambah, tolak, darab dan bahagi. Tulisan pun dah makin cantik. Pandai baca doa especially doa makan (selalu jadi leader untuk baca doa makan dekat mana-mana sahaja. Terharu mama bila Abang Long baca penuh semangat doa makan dekat kedai makan. Sampaikan orang keliling meja makan kita orang pun toleh buat muka semacam. Agaknya mesti dorang malu sebab tak baca doa sebelum makan kot. Oppss... Hehehe). Boleh menulis jawi. Pandai nasihatkan adik-adik macam dalam buku manners yang dia belajar dekat school Q-dees (hehehe... Abang Longlah katakan). Bertanggungjawab. Suka berdikari. Dan tak takut expose diri untuk cuba macam-macam perkara. Ikutkan banyak lagi pencapaian Abang Long yang buat mama rasa bangga dan terharu (alhamdulilah i bersyukur sangat-sangat). Apa pun yang penting mama harap Abang Long akan jadi insan yang berguna dan contoh terbaik untuk adik-adik nanti (Amin Ya Rabbal Alamin).

I rasa pilihan i untuk masukkan Abang Long ke Q-dees memang satu keputusan yang tak mengecewakan. Terima kasih untuk semua warga Q-dees terutama sekali untuk Teacher Emy. Tanpa usaha, kesabaran dan keinginan daripada tenaga pengajar Q-dees untuk melihat kanak-kanak berjaya rasanya memang tak tercapai kalau tidak diiringi dengan kesungguhan. Apa tidaknya, i yang sendiri memantau pelajaran anak i dekat rumah pun kadang-kadang terasa mulut i ni dah umpama bubble machine. Berbuih-buih ulang dan cakap benda yang sama. Kadang-kadang give-up jadinya bila anak buat perangai endah tak endah dengan apa yang kita explain (haishhh...) Jadi memang sepatutnya kita bagi penghormatan untuk mereka yang bergelar cikgu dan berjaya melahirkan pelajar yang berjaya. Fuhhh... bukan kerja senang hokeh... Kalau i confirm pengsan! Hehehe...

Macam mana pun untuk tahun terakhir 2012 bersama-sama Q-dees, Abang Long tak dapat join dengan kawan-kawannya untuk konsert tahunan yang diadakan (alahai... kesian anak mama papa). Apa nak buat, tarikh persandingan adik i jatuh ngam-ngam pada konsert tahunan Q-dees Abang Long. Family must comes first tak gitu? Huhuhu... Walaupun sebenarnya, mama dah excited nak rakamkan konsert Abang Long untuk tahun ni. Hmmm... takde rezeki Abang Long nampaknya (sorry ye sayang!)


Jom tengok gambar Abang Long berjubah. Wahhh... ini bukan macam graduate Q-dees lagi dah ni tapi dah macam graduate Universiti gayanya. Hehehe...


Ehemmm... bangga mama tengok gambar ni bila Abang Long duduk barisan tengah hadapan kelas Armstrong. Macam ketua kelas pulak. Hehehe...
Ini antara Art yang Abang Long hasilkan sepanjang berada di Q-dees. Rupa peti ais rumah i dah macam galeri jadinya. Hehehe...

p/s : Tahun depan Kak Ngah pulak masuk Q-dees.

18 comments:

  1. sekarang ni habis tadika pun dah macam konvo kan kak. macam tak caya akak ada anak dah nak masuk sekolah rendah huhu

    ReplyDelete
  2. Wah abang long dah na masuk sekolah rendah ye...sbg ibu mesti rasa seronok sebak semua ada kan...all the best tau! belaja pandai2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih Intan :)

      Berdebar-debar sebenarnya tau :)

      Delete
  3. wahhh graduate mmg dah taraf uni ha. bila anak masuk sekolah rendah, tetiba rasa cam dorang dah besar kan, tapi takper, mama nyer masih hawt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak tahan gelak baca statement u tu tau :)

      Delete
  4. seronoknya.Anak nunu lambat lagi nak masuk tadika.Sekarang umur yang kembar baru dua tahun.Tak sabar pulak nak hantar mereka ke tadika ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... masa dorang kecik memang excited nak suruh dorang cepat besar. Tapi macam akak sekarang ni kalau boleh nak dorang kecik macam ni aje. Tak puas nak manja-manja dengan dorang :)

      Delete
  5. Ank kk pun pernah attend tdika ni. Tapi x menarik sgt la. Nasib la dia cepat pick up. Kalau compare dgn islamic tadika yg dia attend tu, tadika islamic tu lebih ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya awak depend atas cikgu yang mengajarnya juga. Budak-budak ni cara mengajarnya lebih kepada pendekatan psikologi, setakat marah-marah memang tak jalan :)

      Delete
  6. wah tamat sudah sesi pra sekolah...=)
    good luck abang long...=)

    ReplyDelete
  7. wah tamat sudah pra sekolah....=)
    GOOD LUCK ABANG LONG...=)

    ReplyDelete
  8. mesti teruja nak tunggu reaksi dia masuk skolah tahun depan kan?..yg pasti...mama papa dia yang over teruja..

    ReplyDelete
  9. Ecececeh..dh besar dh budak ni... I pon dh lama xjenguk cni,tgk2 dah grad dh die..hahah..congrats!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)