Blogger templates

May 5, 2012

Sinopsis The Avengers

Dating day!! Eceh... apa tu Dating Day? Hehehe... sesiapa yang mengenali i di zaman awal i berblog dan kenal i di alam nyata, rasanya korang memang dah tahu yang i dan hubby akan pilih satu hari untuk kami bercuti dan menghabiskan masa berdua. Hah... tulah namanya Dating Day. Aktiviti Dating Day, biasanya melibatkan aktiviti macam orang lain yang tengah hangat bercinta (eceh!) tengok wayang, makan-makan dan shopping. Pernah jugak kita orang buat kerja gila, berdating dengan naik public transport / pengangkutan awam macam teksi dan LRT pergi ke shopping complex (budget muda remaja. Kihkihkih. Ikutkan waktu bercinta dulu, tak pernah naik public transport pun) Fuhh... tapi rasanya aktiviti ni sekali je kita orang boleh buat kot. Serius tak larat sebab perlukan tenaga kaki yang banyak (dan kita orang bukan muda remaja lagik. Ades!). Sebab kepenatan, dating day kita orang hanya dihabiskan, dengan duduk melepak dekat McDonalds main WIFI percuma. Hahaha... memang taubat tak nak buat kerja gila.

Kali ni untuk Dating Day, kita orang pilih untuk tengok cerita filem yang tengah hangat dipasaran iaitu The Avengers (3D). Untuk filem ni, i bagi 4 daripada 5 bintang.

SINOPSIS / REVIEW / ULASAN THE AVENGERS

Awal-awal filem ni korang akan rasa kebosanan sikit walaupun ada aksi letupan dan tembak-menembak. Dialog pun semua berbaur serius je gitu. Mana tak serius sebab daripada alat Tesseract yang tengah dikaji oleh S.H.I.E.L.D tu, tiba-tiba boleh muncul Dewa jahat bernama Loki (kalau korang nak tahu, dia ni sebenarnya adik angkat Thor). Tujuan Loki datang ke bumi sebab nak takluk bumi dan lancarkan perang dengan manusia (standardla kan? Bumi kan planet yang best. Manusia ni pulak lemah orangnya. Hehehe...) Sampaikan ejen S.H.I.E.L.D yang bernama Clint Barton / Hawkeye dan perunding fizik Dr Erik Selvig pun dah kena kawal minda oleh Loki sebagai orang suruhan. Tesseract ni kemudiannya dirampas oleh Loki untuk digunakan sebagai portal / laluan nak bawa askar-askar jahat dia untuk masuk ke bumi.

Lepas tu bermulalah pengumpulan superhero pujaan berbadan sasa untuk menyelamatkan bumi. Tugas ini dilakukan oleh Pengarah S.H.I.E.L.D sendiri iaitu Nick Fury dan Natasha Romanoff atau Black Widow yang merupakan spy / mata-mata gelap S.H.I.E.L.D. Hah... waktu ni korang rasa macam segar balik biji mata sebab teruja dengan Captain America, Iron Man, Hulk dan Thor. Pada mulanya semua superhero ni tak nak bekerjasama antara satu sama lain. Ada je benda yang dorang nak gaduhkan dan karenah dorang yang buat korang nak tergelak. Selalu yang timbulkan suasana kelakar ni ialah Iron Man dan Hulk. Iron Man pulak anggap Captain America dan Thor ni macam kolot (kejam gila! Haha). Tapi akhirnya, dorang dapat bekerjasama untuk selamatkan bumi.

Tu pun bila kapal terbang hebat (yang gila-gila besar dan boleh invisible) milik S.H.I.E.L.D yang dorang tengah naiki ni kena serang dengan pengikut Loki. Dan kapal terbang bertambah hancur teruk bila Hulk mula mengamuk. Loki pulak dapat lepaskan diri daripada kurungannya dan sempat bunuh ejen Coulson. Ejen Coulson ni antara ejen kepercayaan dan terbaik dalam S.H.I.E.L.D. Daripada kematian ejen Coulson, Nick Fury gunakan untuk memotivasikan semua superhero ni, supaya menyelamatkan bumi (nama pun superhero memanglah keras kepala kan?)

Apa jadi selanjutnya? Hah... korang kenalah pergi tengok. Memang berbaloi dengan duit tiket yang korang kena bayar.

Antara dialog yang buat i tergelak ialah, Legolas, Reindeer Man dan Dewa Lembik.

Dialog yang paling i ingat sekali ialah untuk bahagian akhir bila makhluk asing yang sama-sama merancang dengan Loki nak takluk bumi frust sampai kata, "manusia... makhluk yang paling susah nak diperintah." Hahaha... makna yang mendalam gitu.

Sesiapa yang belum tengok The Avengers, jom tengok dekat Youtube bawah ni dulu.



Dan beberapa gambar i di Golden Screen Cinemas, One Utama, New Wing.



Tengoklah, Iron Man superhero i tu.

Ini pulak superhero realiti i. Hehehe...

p/s : Selamat berhujung minggu kawan-kawan

12 comments:

  1. ahaaaa niceeee...
    rasanya klu dating berdua pun topik perbualan mesti hal ehwal anak2 kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm... tak jugak mak encik. Macam-macam topik kot sebab saya dengan hubby share minat / hobi yang sama (suka bercakap, suka gadget, suka shopping baju, suka eletronik dan macam-macam lagik) Kadang-kadang tu, tengok bateri pun boleh jadi topik panjang :)

      Delete
  2. Bagusnya. Sis mcm my bro and his wife. Dia mmg buat tiap2 bln msti dating berdua. Kdg stay kt hotel even kt kl jugak without anak2. I nk ikut cmtu. Br feeling bercinta je sentiasa kn ehe. Tak tgk lg movie ni.

    Sis btw iphone accs tu semua baru. Siap dgn kotak lg. Dpt harga murah. Klau sis nak bgtau tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... sekali-sekala nak jugak spend time together. Ada masa-masa tertentu, bila dekat rumah selalu tak sempat bersembang lebih-lebih. Busy dengan budak-budak kecik pulak. Nak tido hotel rasanya kena tunggu semua besar dan masuk asrama dulu kot Cha. Hehehe... sebab mama papa dorang ni tak sampai hati nak tinggalkan dorang lama-lama.

      Ok, thanks for your info Cha, nanti akak tunjuk dekat hubby. Suh dia tengok mana-mana yang berkenan :)

      Delete
  3. this is what so called couple date hiks. anyway, many said the avengers is the best trailer movie ever. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... couple date for married couple gitu :)

      The Avengers is the best among the best movie in year 2012. You should go watching this movie dear :)

      Delete
  4. okey nanti kalau dah kawen kite pon nak ade dating day jugak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, kena buat tau :) baru mengeratkan kemesraan suami isteri gitu. Eceh! :)

      Delete
  5. Amboi syoknya depa..hehe..baju pun sedondon gitu..pheeeewit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tema baju sedondon ni kita orang memang tiap-tiap hari buat pun Atie, tak kira waktu cuti atau pergi kerja sekalipun. Benda ni kita orang start buat dari belum kahwin sampai sekarang ni :) Kadang-kadang tu tak plan pun nak pakai baju yang mana, entah macam mana bila pandang, rupa-rupanya kita orang pakai warna baju yang sama. Kelakar kan?

      Delete
  6. tak tengok lagi...tp ramai kata bess

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun Posh... layan 3D lagiklah superb :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)