Blogger templates

Jun 3, 2012

Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga

Bila baca tajuk entry dekat atas terasa macam diri sendiri dah bertukar profesion jadi pakar kaunseling rumahtangga pulak rasanya (kihkihkih). Nanti tak pasal-pasal Dato' Dr Fadzilah Kamsah tak boleh cari makan (eh, joking je lah. Ampun Dato' hehehe...) Sebenarnya tips ni diminta oleh seorang Anonymous dalam ruangan komen i dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html. Dan soalannya adalah seperti di bawah :-

salam,

blh bg tips mcm mn nk uruskan rumahtangga dgn anak dgn bekerja? i ada 3 org anak.. tlg, kdg2 rasa mcm tak tahu nk buat mana satu dahulu.. tqvm

Sebenarnya i rasa situasi Anonymous ni lebih kurang sama je dengan keadaan diri i. Sama part yang mana satu? Part bekerja, ada anak 3 orang dan takde pembantu rumah domestik (maid lah tu. Hehehe...) Sebab apa i kata dia takde maid, sebab boleh nampak kecelaruan nak uruskan yang mana satu (mak aihh... ayat mengandungi unsur-unsur seorang kaunselor yang tak bertauliah gitu. Memang dah boleh apply ni Hehehe...).
Ikutkan dulu masa ada anak sorang pun i dah rasa kelam-kabut. Rutin tidur, waktu nak bersantai depan televisyen, nak pastikan rumah dalam keadaan kemas dan lain-lain lagi banyak yang berubah dalam sekelip mata. Bayangkanlah dengan baju kerja, i balik dan terus memasak di dapur, bergilir dengan hubby tidurkan anak i sambil bagi susu, bergilir makan malam sebab anak i tak boleh tinggal sorang-sorang, basuh baju yang bertimbun, lipat, kemas barang-barang anak i untuk bawa ke nursery, gosok baju dan kadang-kadang tertidur depan televisyen sebab keletihan (ya, ini kisah benar. Hidup i bukanlah umpama puteri raja yang disediakan segala-galanya tapi lebih kurang macam Cinderella kot. Eceh-ceh... Hehehe). Tapi bila dah lahirkan anak kedua sedikit demi sedikit i belajar macam mana nak mengawal situasi. Kalau boleh, i tak nak umur i tua sebelum waktunya. Hahaha... yelah, terlampau kusyuk buat macam-macam benda dekat rumah sampai tak sedar yang anak-anak i semua dah besar. Lagipun sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur (atau bandar-bandar besar), rasanya korang sedia maklum dengan rutin kerja yang memeningkan dan kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut. Jadi dari situ, korang dah boleh agak betapa kacau-bilau nya kehidupan sebenar i.

Jadi dekat bawah ni i berikan beberapa Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga versi i sendiri. Yang penting urusan rumahtangga ni boleh jadi mudah kalau dapat kerjasama daripada pasangan masing-masing dan anak-anak. Lagi satu jangan tension-tension. Enjoy every moments' happened sebab lepas ni mungkin kita tak laluinya lagi.

1. Bahagikan tugas kerja di rumah. Contohnya, kalau memasak, uruskan anak-anak dan mengemas rumah dilakukan oleh kaum ibu. Kaum bapa pula ditugaskan untuk urusan pakaian samada mencuci, menyidai dan melipat. Nak lagi seronok dan cepat, lakukan bersama-sama. Cepat siap kerja, cepat boleh relax dan habiskan masa bersama dengan anak-anak (ye tak?)

2. Sentiasa pastikan urusan anak diutamakan dulu sebelum memulakan tugas rumah. Contoh, kalau bangun pagi-pagi, tukar lampin anak dulu, berikan susu, suruh mereka ke tandas, berikan makanan dan bukakan rancangan kegemaran di televisyen. Jadi mereka tak kan ganggu sewaktu kita sedang mengemas.

3. Tetapkan jadual dalam menguruskan segala-galanya. Contoh rutin harian i bila hari bekerja (boleh tengok sini jugak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html). Bangun pagi, sediakan susu untuk anak yang kecil. Siapkan anak yang bersekolah terlebih dahulu. Sediakan sarapan ringkas seperti cornflakes bersama susu. Persiapkan diri untuk pergi ke kerja. Suami pula mengambil tugas memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke nursery atau rumah pengasuh ke dalam kereta. Mengangkat anak-anak yang sedang tidur. Bertolak ke destinasi masing-masing. Balik rumah, buatkan susu untuk anak yang kecil. Sediakan bahan-bahan masakan dan masakkan nasi terlebih dahulu. Bersihkan diri dan solat. Memasak bersama suami, makan bersama-sama dan berehat bersama ahli keluarga sambil memastikan kerja sekolah anak diselesaikan. Lipat pakaian dan menyusun kesemua barangan keperluan anak-anak untuk di bawa ke nursery atau rumah pengasuh berhampiran dengan pintu rumah. Begitu juga dengan bekalan dan beg sekolah. Sediakan susu untuk anak dan gosok pakaian sebelum tidur.

Bila rutin ini kerap dilakukan, semua kerja akan jadi lebih pantas dan mudah.

4. Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengemas mainan, meletakkan kembali pinggan makan yang kotor di dalam sinki, membasuh tangan selepas makan atau ke tandas. Sebaik-baiknya sediakan satu ruang untuk meletakkan semua barangan mainan mereka. Pastikan ada stool berhampiran dengan sinki atau pun tandas dan sabun untuk mencuci tangan. Kebiasaannya i dah disiplinkan mereka sejak dari bayi lagik. Antara tips untuk disiplin anak-anak, korang boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html dan cara i melatih mereka ke tandas ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/melatih-anak-ke-tandas-potty-training.html.

5. Kanak-kanak mudah lapar dan mudah juga letih selepas seharian bermain. Jadi biarkan mereka cuba menguruskan diri mereka sendiri. Apa yang penting, korang sediakan makanan di dalam bekas plastik kedap udara yang mudah dicapai, botol minuman, bantal dan tilam berhampiran dengan tempat bermain atau berdekatan televisyen. Jadi sekiranya korang di tingkat atas sedang mengemas bilik anak-anak, korang tak perlu untuk naik dan turun tangga semata-mata nak dapatkan keperluan anak-anak.

6. Masak makanan yang ringkas dan lakukan kerja dapur dengan pantas. Bagaimana? Boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/cara-mudah-memasak-di-rumah.html.

7. Tak perlu sampai rasa tertekan bila menguruskan rumah. Bila rasa letih. Berhenti buat kerja dan buat apa yang korang rasa gembira. Macam cari resepi baru ke, bersembang dengan anak-anak dan pasangan serta buka rancangan TV kegemaran. Jangan rasa tertekan dengan keadaan rumah yang bersepah. Biarkan anak-anak menikmati waktu gembira mereka, bila dorang dah tak nak main. Minta dorang kemaskan balik ke tempat asal. Dan yang paling-paling penting, jangan wujudkan konflik emosi dalam diri sampai nak marah-marah pada anak dan pasangan. Cuba bertenang. Bila semua dalam keadaan positif, semua orang gembira buat tugasan masing-masing dalam rumah. Macam mana pun ketegasan tu penting. Tegas tak semestinya kena membebel marah-marah tau. Hehehe... Tegas macam mana? Kenalah baca entry i yang ini sampai habis ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html.

Ok, inilah antara Tips Menguruskan Rumahtangga yang dilakukan oleh i. I harap Anonymous dan kawan-kawan yang lain berpuas hati ye. Tips ini tak boleh selesaikan semua kerja rumah dalam sekelip mata, macam buat magic (kalau betul-betul ada, i pun nak superpower magic macam gini). Hehehe... tapi sekurang-kurangnya dapat membantu korang bagaimana nak menguruskan masa di rumah dengan berkesan. Di samping dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan dan anak masing-masing. Ingat, enjoy every moments' happened, family is number one!

RUMAHKU SYURGAKU



Takpe... sekali-sekala buat sepah... takpe... (urut dada)...
Demam-demam ni mama lepak dengan Care Bear 'I Love You' ajelah.

p/s : Adehhh... besok dah hari Isnin ke? (muka tension) Hahaha...

42 comments:

  1. salam reena,

    ahaaaa dapat ku bayangkan mak2 beranak 3 ni!
    rasanya dalam usia "kritikal" budak umur 6 tahun ke bawah ni la mak dia mmg kena banyak2 ber "istighfar" ;P ... bila dah >7 tahun, dah "slow" sket nak buat aktiviti menyepah beramai2 ni kan ...

    apapun betul la kata reena tu, just enjoy da moments ... mungkin rasa "perit" skrg tp should be jadik "sweeettttttsss" ...

    kalo kami ni tiba2 ada tamu ad hoc pandai plak pak enciknya check dulu ok ke tak keadaan living room tu, klu "tak ok" dia menyembang ngan kawan kat kerusi meja luar je la :p ... tp kalo families yg dtg oooo redha sajalah macam charlie chaplin jap la kemas apa yg patut

    apapun alhamdulillah kita ada anak2 & keluarga yang buat hidup kita "lengkap" (comes with macam2 definisi lengkap tu :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree ngan mak incik ni...me too, even tak de askar sampai 3 org pun..dulu2 masa anak kecik tetap lahhh kene jd supermak nak siapkan kerja umah + anak kecik yg perlu perhatian penuh...like reena punye tips sbb tips yg sama jugak lah i da praktik kan sejak mula2 kawin dulu...alhamdulillah, i enjoy every moment in my life... :)

      Delete
    2. Hehehe... betul sangat tu mak encik. Kita pun kalau orang datang secara mengejut, macam lipas kudung berkemas. Sebab tulah sediakan banyak bekas untuk masukkan mainan tu sekaligus. Automatik rumah nampak macam normal balik. Eceh...

      Tapi apa-apa pun rasa happy je, family pelengkap segala-galanya :)

      Delete
    3. Kan working mom, yang penting jangan stress-stress sangat :)

      Delete
  2. terbaeklah tips2 ni reena..nnti bile dh kawen nk suh wife rujuk ni...hihihi >berangan kemaen lagi<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suh gf rujuk tips ni sekarang, confirm dia takut kawen. Kehkehkeh

      Delete
  3. Setuju sgt dgn sis...bila kita kerja,ada anak2 kecik lagi dgn xde maid,jgn terlalu sedih n rasa diri x perfect.
    Yg paling penting partner kita kena understanding n helpful.
    Rumah kak Anis paling cun kemas weekends jer tp living area mesti kemas hari2 takut kena terjah...
    Akak suka buat housework Friday nite bila sumer dah tido lena so pagi Sabtu everybody like,wow kemasnya...hi hi
    Selalunya sambil kemas rumah sorang2 pasang DVD citer Jepun.
    Every Saturday beli brg basah siang siap2 bahagi ikut portion sekali masak,masuk ziplock bag n susun dlm freezer.
    Everyday balik kerja sama rutin mcm Reena kecuali klu x sihat.Menu dah siap awal2 termasuk masakkan lauk anak lunch esok.
    Kain baju klu x larat sgt dobi jer...pastu latih anak2 buat housework setakat terdaya.
    Time planning n apa yg penting...KERJASAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Anis, bila dah kahwin kenalah ada sifat give and take. Kalau sorang je yang take, parah jugak. Hehehe....

      Delete
  4. seryess akak memang respek dengan wanita, isteri dan ibu yang bekerjaya ni tau!..;)
    sedangkan surirumah sepenuh masa tu tak menang tangan bila mengurus anak2 yang masih kecil..

    apapun, memang kena pandai menguruskan masa..
    tak hairanlah kalau digelar superwoman kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... go-go-go Superwoman! Jeles ni kalau lelaki baca statement ni kak.

      Delete
  5. Great tips! Thanks for sharing Reena. I ni bekerja & walaupun baru anak sorang, kadang-kadang bingung sendiri. Belum lagi 3 orang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sorang memang kita rasa kelam-kabut banyak, sebab banyak yang kita baru belajar. Bila dah ada dua, tiga automatik kita tahu macam mana nak handle :)

      Delete
  6. tips yg bagus utk sy. sometimes sy rasa sy mcm tak berapa ready lg nak jd mommy plak. bukan taknak cuma tak berapa sedia dgn komitmen. sy ni dhla jenis lembik. cepat penat. dgn keje lg selalu stress huhu. haih harap2 hilangla stress ni cepat huhu.

    kak, i can see that your house most of them barang2 ikea haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... nampak aje part IKEA ye? Maklumlah kita kan sama-sama suka IKEA.

      Bila ada anak memang semua benda kena buat cepat-cepat. Kalau belum ready, better stabilkan ekonomi keluarga dulu. Lagipun perbelanjaan ada anak ni, boleh tahan besar jugak bulan-bulan :)

      Delete
  7. thanks reena sebab bagi tips-tips nie.....mun bekerja anak walaupun baru sorang kadang2 tak terkejar jugak nak buat seme kerjarumah tueeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome, takpe cuba buat slow-slow k. Yang penting takmo stress :)

      Delete
  8. boleh dipraktik kan.. anak aku baru 2 orang pun dah kelam kabut dibuatnya... lagi pulak selalunya i sorang aje yng handle budak kecik ni.. walau ape pun, sejak ada budak kecik nie, masa i lebih terurus dan i jrg masuk keje lambat.. dulu sblm ada budak 2 kecik nie, punch card always in red colour! amazing kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah... baguslah Eita :) Tu tandanya good improvement.

      Delete
  9. Assalam kak..sy da lame jd silent reader blog akak..bermula dgn entry akak about dslr nikon 5100. sebab kebetulan ketika itu saya baru je beli nikon 5100 tu.so,mmg tahap beginners la asyik guna mode auto je. tp lepas bace entry akk pasal Scene tu baru sy faham sikit. sy tengok pics dlm blog akk lawa2 je mcm pro. sy punye pics pulak biasa2 aje padahal camera yg sama.hihi. sy da try godek2 tp still xdpt menghasilkan gambar mcm akk snap..kalau boleh akak buat la tutorial lg ye espcially utk beginners mcm sy ni.TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fara :)

      Thanks sudi baca blog akak secara senyap-senyap... Hehehe...

      Ikutkan banyak tips kamera akak nak kongsikan lagik, tapi mood idea nak menaip tu lambat nak sampai. Gambar ada, nak bercerita tu macam payah nak guna ayat-ayat simple. Harap awak sudi tunggu. Insya-Allah dalam waktu terdekat ni akak ceritakan tips untuk ambil gambar supaya lebih menarik :)

      Delete
  10. great tips dear..! nak kena masterkan diri ni. anak saya baru seorang, tapi dah rasa macam 10 org. kalau 10 org nnt, tak tau la camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... thanks dear :)

      Kalau 10 orang, pejam mata pun boleh kemas rumah kot. Dah expertlah katakan. Hehehe...

      Delete
  11. memang masa kids kecil, at first tu kelam kabut...
    tapi once rutin dah set, insyaAllah things will smooth out...
    yg penting, buat kerja tu ikhlas and it will make u happier...

    ReplyDelete
  12. suka la ur tips ni......time management mmg sangat2 penting....tapi nampak u really organize...

    ReplyDelete
  13. good job..respect kt working mom yg x de maid
    pstu tip top buat itu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin lebih sikit je kak. Bila datang mood malas tu, kadang-kadang biarkan je dulu. Hehehe

      Delete
  14. kakak kite pon ade anak 3. tapi even dia tak kerja pon tetap tengok dia kalut uruskan rumah. yelah anak yang lelaki tuh aktif nye kemain. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tulah, apa-apa yang penting kena control anak dulu. Kalau tak dapat control, memang pening kepala jugak jadinya :)

      Delete
  15. dah macam pakar rumahtanggan reena ni. apa pun best tips reena tu. sy anak 2 pun dah pening. balik keje bagi makan anak, tidokan dia.. tak laratnya nak melayan kerenah diaorang.. penat sesangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saje kongsi2 tips dear :)

      Insya-Allah pening kepala kita akan dibalas oleh Allah SWT. Amin...

      Delete
  16. Hai reena...anak patung tu sejibik yak Alesya punye...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke awak? Kita baru je beli untuk anak perempuan kita tu sebab dia memang suka sangat warna pink :)

      Delete
  17. saya pon selalu bahagikan kerja kat rumah,jadi tak da la tertekan sangat..Alhamdulillah sumia membantu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kalau takde kerjasama, harapkan sorang je yang buat kerja. Memang pitam! Hahaha

      Delete
  18. Hai kakak comel..Sy terus tertarik ngan blog akak lepas baca entry ni. serius kagum..sy belum kawin lagi. tapi ada lah plan ke arah nak kawin..hehe. sy selalu rase mcm stress sorg2 bila pikir nanti nak keje+suami+anak+rumah tangga..knowing myself sy confirm tension kalau umah berselerak..betul kata akak enjoy every moments happened.
    Great tips kak reena! i want more more tips from u hihi keep sharing wit us:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak yang comel jugak. Hehehe... macih sebab sudi baca :) agak-agak sebab tu ramai takut kahwin kot. Yang penting komitmen sama-sama dan dapat pasangan yang sedia membantu. Jangan tension2 tau nanti :)

      Delete
  19. Thanks tips yg sgt bagus.. Na tgh pantang ank ke3 ni bru12 hari..dh terfikir camne nk urus 3 ank ni maid belum sampai lagi..tergerak nk surf it terjumpa blog reena...bolehla praktikkn ape yg perlukn thanks sgt2 k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eyna Khan,

      Selamat berjaya ye dan banyak-banyak bersabar. Insya-Allah semuanya ok :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)