Blogger templates

Jul 28, 2012

Tako Tao

Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa ke bendanya Tako Tao ni? Ke, korang lagik terror dari i, sebab dah lama tau pasal Tako Tao ni. Adeh... nampaknya i je yang baru terhegeh-hegeh nak cerita (hehehe). Takpelah, walaupun korang dah tahu, buat-buatlah macam excited baru nak tahu pasal Tako Tao ni ok. Kesian dekat i. Hahaha...

Ikutkan i dah lama sedar, kehadiran Tako Tao ni dekat Jusco, One Utama. Selalu sangat ulang-alik depan kedai Tako Tao ni bila petang-petang balik kerja. Tapi akhirnya mesti berhenti dekat seksyen sushi sebab tak tahan tengok sushi salmon memanggil-manggil i supaya 'ngap' dia. Hehehe... cuma entah macam mana, satu hari tu, i ajak hubby test-try makan makanan lain pulak. Maklumlah dekat Jusco kan memang meriah dengan makanan Jepun yang lain dari yang lain. Asyik-asyik pilih makan sushi je, boring jugak.

Nasib i memang baik hari tu, takde orang langsung dekat kedai Tako Tao. Jadi, i boleh pilih dengan tenang apa perisa Tako Tao yang i nak makan. Tapi pening jugak nak buat pilihan sebenarnya waktu tu. Semua i nampak best. Sekejap i nak cuba yang octopus (perisa original Tako Tao), sekejap i nak cuba unagi. Hubby i tergelak-gelak je layan karenah i yang memang segala benda super-excited dengan benda-benda baru ni. Tapi bila tengok pekerja Jusco macam nak tarik muka tension je (dari awal lagik i sampai pun, dorang dah bermuka kejung. Erkk! Hehehe). Cepat-cepat i buat keputusan order dua set perisa chicken and cheese (ayam dan keju) dan satu set perisa prawn (udang). Ish, apalah pekerja Jusco Tako Tao ni, buat bebola comel ni pun nak tension-tension. I pulak yang jadi tension nak order tak pasal-pasal. Keh-keh-keh... Takpe-takpe kita berfikiran positif. Agaknya dari pagi sampai malam dia asyik kena hadap buat beratus-ratus Tako Tao kot. Tu yang stress tu. Alaa... tapi kalau buat Tako Tao disulami senyuman pun tak rugi kan. Mesti jadi double comel.

Macam mana pun i seronok betul tengok cara dorang buat Tako Tao ni (terasa macam nak tolong sekali je. Hehehe). Laju je dorang pintal-pintal tepung yang dah dibancuh tu (alat yang dorang guna untuk pintal tu ialah dua besi kecil lurus yang bengkok di bahagian hadapannya) dalam loyang yang ada lubang-lubang sampai jadi bentuk separuh / bebola (loyang ni sama bentuk macam buat bebola kaya / kaya ball tu). Lepas tu, dia selitkan inti octopus ke, ayam ke, udang ke. Kemudian, dia pintal-pintal lagi sekali sampai jadi bebola. Proses ni baru separuh masak. Orang yang kedua pulak, ambil Tako Tao yang separuh masak ni untuk gorengkannya dalam loyang yang sama sambil tuang sedikit demi sedikit minyak. Bila dah masak, dia alihkan ke dalam bekas dan tambahkan beberapa bahan tambahan untuk hiasan, mayonis serta sos kicap. Yeay! Jadilah Tako Tao. Menarik kan proses nak buat Tako Tao ni? Terasa macam nak buat sendiri dekat rumah je. Nampaknya kena cari dulu loyang bebola ni. Ada sesiapa tahu, dekat mana nak beli? Please... Hehehe...

Korang nak tahu apa rasa sebenar Tako Tao ni? Rasanya macam makan jemput-jemput bebola yang lembut. Ada rasa manis, masin dan lemak gitu. Cuma lidah i rasa pelik sikit dekat bahan yang dia tabur pada bahagian atas sekali Tako Tao tu. Nak kata bawang goreng, dia nipis dan panjang-panjang. Agaknya jeruk kering kot. Entahlah, i tak berapa pasti apa benda tu. Tapi yang pasti rasanya macam makan plastik kenyal masin. Hahaha... sampaikan hubby i pun takut nak makan benda tu. Don't worry benda tu tak jadi masalah besar sangat kot sebab kalau tak suka, boleh je ketepikan. Korang kunyah je bebola Tako Tao yang togel. Eh, hehehe... Harga satu set Tako Tao (mengandungi 3 bebola saiz sebesar pingpong) ialah RM4.90.

SEJARAH TAKO TAO

Kisah Tako Tao sebenarnya bermula di Jepun beberapa tahun lalu, pengasas Tako Tao berjalan-jalan di kawasan Kansai untuk mencuba pengalaman makanan baru. Kemudian, beliau telah mengambil keputusan untuk bersama-sama berbaris panjang di bandar Osaka sambil memikirkan, mengapa Takoyaki menjadi kegilaan di seluruh Jepun. Namun, sewaktu pertama kali menikmati Takoyaki - bola sotong panggang yang penuh dengan kubis dicarik - beliau merasakan perasaan seperti cinta pandang pertama. Malah, kerana terlalu menyukainya, beliau sanggup meninggalkan bidang perakaunan yang dilakukannya, dan menceburkan diri pula di dalam bidang perniagaan makanan. Akhirnya impian beliau menjadi kenyataan pada tahun 2003 apabila Tako Tao pertama dibuka di kampung halamannya sendiri, iaitu Malaysia.


Nak baca kisah selanjutnya, apa kata korang klik dekat sini ---> http://takotao.com/


Teringin nak menikmati Tako Tao? Korang pergi je dekat mana-mana cawangan Jusco di seluruh Malaysia, confirm memang ada. Untuk dapatkan alamat lengkap, lokasi sebenar Tako Tao, korang picit link ni ---> http://takotao.com/

Kalau nak dapatkan info lanjut, tawaran menarik dan status terkini Tako Tao, hah... korang LIKE je ---> Facebook Tako Tao


Ok, kita tengok gambar pulak nak? Gambar tuan blog takde, gambar orang yang buat Tako Tao ada. Hehehe....





Sumber : TakoTao.Com

p/s : Cute je Tako Tao ni. Walaupun cute makan 3 biji ni je pun i dah rasa kenyang.

26 comments:

  1. KakNi pun first time dengar pasal tako tao nih, thanks reena for sharing...

    ReplyDelete
  2. cam sedap je tu...leh cube nie...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak kita kata sedap je Asiah, apa kata kita tengok tekak awak pulak. Eh, hehehe... :)

      Delete
  3. aku suka makan tako nie... selalunya yg tukang order adik aku. bila dia orang tak de nie, maka dak ler nak mengordernyer.. pasal tak de geng nak makan benda² yang super pelik nie, sebab husband aku lelaki melayu terakhir. hanya makan nasi! ^__^

    benda alah yang macam plastik nipis² tue adik aku bagi tahu nama nye rumpai laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... tapi Ta, setahu aku rumpai laut tak rasa macam gini :)

      Delete
  4. hehe benda tu ikan punya isi yang dinipiskan. macam tu la, selalunya org siap mintak extra lagi benda tu hehe. xpela, lain org lain tastenye kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... isi ikan eh Fasha... Kretif betullah orang Jepun ni kan? :)

      Delete
  5. tu fish flakes la kak reena comel hehhehehe

    ReplyDelete
  6. amni je pernah makan tu pun auntie dia yg belikan ;) pernah g sekali jusco 1 utama nie tgk ice age 4 ;)

    ReplyDelete
  7. Kita tak brp suka sgt. Mcm x berapa masuk dgn tekak ni. Haha benda nipos atas dia tu mmg mengganggu pun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Eh-eh samalah perasaan kita Cha :)

      Delete
  8. lom pnah mkn
    tp nmpk sedappp je..

    ReplyDelete
  9. selalu jumpa kat JJ lalu amik bau jer. tak penah terfikir nak try..

    tapi tgk gambar reena ni leh terliur pulak.. hehehee

    ReplyDelete
  10. reena, cer tgk Cake Pop Machine ni, sesuai tak buat tako.. link : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=427045150671667&set=a.427045134005002.93779.104982429544609&type=1&theater

    ReplyDelete
  11. lama tak makan tako2....harus cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harus Posh, makanan kecik macam ni tapi kenyang bila makan :)

      Delete
  12. Alahai akak ni.. ni wat saya mengidam ni.. klo beli untuk berbuke pun sodaap gakkan :)

    ReplyDelete
  13. reena..cuba tengok kat sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.480132342049987.109547.371099876286568&type=3

    nnt kalo u dah try, jgn lupa cite kat blog tau...kat mana nak cari bahan, cara buat sumer lah....

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)