Hari ni, i sambung lagi kisah kami dan juga gambar-gambar baru sepanjang berada di Legoland Malaysia pada 26 Oktober 2012 (mak aihhh... dah macam buat marathon movie pulak i rasa. Hahaha!) Teringin nak baca entry i yang sebelum ni, korang klik je link dekat bawah. Insya-Allah ianya akan bawa korang ke jalan yang benar eh, hehehe... gurau je, ke Legoland Malaysialah kan. Takkanlah Legoland California (hamboiii...)
Selepas puas bergambar
erat dengan
Maskot Lego, kita orang meneruskan perjalanan ke kawasan Lego Technic. Di sini ada terdapat pelbagai permainan yang boleh korang cuba dan kendalikan. Contohnya macam Aquazone Wave Racer, Project X (
roller coaster!), Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms (Lego Academy dengan Lego Mindstorms ni lebih berbentuk kepada
education sebab dekat sini budak-budak berpeluang untuk cuba
create / cipta permainan Lego mereka sendiri. Mak ayah kalau nak
join pun boleh jugak. Hehehe...)
Memandangkan cuaca tak berapa menyebelahi kita orang waktu berada di Lego Technic (hujan turun lebat sangat. Tapi alhamdulilah, nasib baiklah sekejap je). So, i ambil peluang berehat di tempat teduh yang disediakan berdepan dengan permainan Aquazone Wave Racer (sebenarnya, takut kamera kena air. Hahaha). Manakala anak-anak i pulak diberi kebebasan untuk bermain air (dan hujan). Apa yang seronoknya dekat sini ialah permainan Aquazone Wave Racer ni akan buat korang basah kuyup. Malah dekat sini juga ada disediakan beberapa butang interaktif yang boleh korang tekan untuk hamburkan / letupkan air keluar daripada kawasan Aquazone Wave Racer dan secara automatik sesiapa yang duduk berhampiran jugak akan terkena tempias air tersebut (next time datang sini, i rasa kena bawa baju extra untuk anak-anak i lah. Punyalah basah lencun dia orang ni semua). Jadi, korang boleh bayangkan betapa happy nya anak-anak i bila dapat kenakan sesiapa yang lalu-lalang dekat situ (terpaksalah mama pulak buat-buat tak nampak. Oppss... hehehe...)
Bila hujan mulai reda, kita orang pun teruskan perjalanan melalui kawasan Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms. Dekat sini juga terdapat tempat makan yang diberi nama
Robot Kitchen. Agak-agak kalau kelaparan bolehlah korang singgah. Yang menariknya ada
pool /
fountain kecil yang disediakan berdepan dengan Robot Kitchen untuk budak-budak bermain air. Teringin nak main air tapi takde baju
spare? Takpe, ada
dryer yang disediakan dekat sini untuk korang keringkan baju yang basah (caj yang dikenakan ialah RM5.00 sekali masuk). Macam mana pun i nak ingatkan korang yang
dryer ni tak bolehlah nak keringkan korang 100%. Sikit-sikit tu bolehlah.
Sebenarnya, takde satu pun permainan yang kita orang cuba dekat sini. Kononnya tujuan datang hari ni lebih kepada nak meronda satu Legoland Malaysia dulu. Maklumlah kita orang kan ada tiket annual pass (yang boleh digunakan sehingga hujung tahun 2013). Jadi malaslah nak rushing dengan orang ramai. Lain kali boleh datang lagi.
Anyway jom tengok gambar i sekeluarga sepanjang berada di Lego Technic, Legoland Malaysia.
p/s : tak sangka, rupa-rupanya dah 5 entri Legoland Malaysia yang i karang. Hebatnya! Hehehe...
tak sampai sini lagi..
ReplyDeleteNanti pergilah sini bawa buah hati sekali. Hehehe :)
Deletewahhh seronok!!! kids enjoy sesangat la places like this, main2 air sumer. best best.
ReplyDeleteA'ah fun sangat tau! :) mak ayah jadi tukang tumpang happy je.
Deletesalam perkenalan. dulu silent reader blog ni. hari ni baru nk meng'komen'. hihi.
ReplyDeletewah. bestnya. kena masukan dalam senarai tempat harus pegi ni untuk bersuka ria.
Salam perkenalan awak :)
DeleteOhh.. senyap-senyap baca blog akak eh? Hehehe...
Trylah pergi Legoland best sangat tau!
alahaiii....
ReplyDeleteseronoknye bila baca cerita legoland..
nak pg jugak la.....
Pergilah Ta :) Best!
DeleteNak pg sgt bile tgk shop2 die tuh. Geram. Souvenir sgale. Tapi kalau game2 cam ni klu tak ada anak cam klakar plak rasa. Tapi tgk la cmne nnti. Mcm uss i and hubby yg sakan gile cam tak ingt dah tua ;p
ReplyDeleteLegoland memang sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil tapi kalau just nak datang sini shopping barang Lego (yang kebanyakannya jarang ada dekat Toy's r Us) pun best je :)
Deletetringin nk pi tp so xpensive.... org kata satu hari x cukup masuk all section..ye ke??? bwk anak2 mesti sgt2 happening kan????
ReplyDeleteA'ah memang tak cukup satu hari pun masuk sebab kawasan ni besar sangat :)
Deletesemenjak2 ni tgk roller coaster pun dah kecut, belum naik lagi..
ReplyDeletekalau dulu pantang tgk mesti mengelinjan nk naik.. hahaa..
Hahaha... saya pun sama awak :)
Delete