Blogger templates

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Jan 24, 2013

Royal Joust - Legoland Malaysia

Royal Joust? Apa ke bendanya Royal Joust ni? Royal tu maknanya Diraja, kalau Joust / Jousting pulak ialah Perbalahan, bila gabungkan kedua-dua nama dalam Bahasa Malaysia jadilah Perbalahan Diraja (ohhh.... macam tu ke? Hehehe).

Tapi kalau tengok dari suasana Royal Joust dekat Legoland Malaysia. Korang jangan risau sebab semua berada dalam keadaan amai damai dan tenteram gitu. Tarik-tarik rambut pun takde. Hehehe... Lagipun ride untuk naik Royal Joust ni hanya dibenarkan untuk kanak-kanak berketinggian dari 92 cm hingga 150 cm. Mak ayah kepada kanak-kanak dan yang sewaktu dengannya jangan pulak buat kelakar nak join naik sekali (alololo... tak mampu i nak bayangkan kecomelan korang tu).

Anyway Royal Joust ni berada di dalam jajahan Lego Kingdom. Korang akan jumpa bila nampak banyak kuda-kuda night berwarna-warni dengan penunggang comel bertebaran ronda-ronda keliling kawasan.

Eh, kenapa tiba-tiba muncul balik entry Legoland Malaysia? Hehehe... saja nak mengimbas kenangan 26 Oktober 2012. Besok 25 Januari 2013 kalau takde apa-apa, kita orang akan berada di sini lagik (maklumlah... annual pass holder lah katakan? Seboleh mungkin kena berusaha keluar masuk Legoland Malaysia banyak-banyak kali. Hehehe...) So, kalau sesiapa datang ke Legoland Malaysia besok, kita sep sama-sama ye.

Untuk kisah-kisah lain Legoland Malaysia, korang boleh picit dekat link sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia









p/s : Selamat bercuti semua, minggu ni best sebab ada cuti free (cuti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam) yeay!

Dec 20, 2012

Lego Kingdom - Legoland Malaysia

Hari ni i nak share lagi gambar-gambar kami yang lain sepanjang berada di Legoland Malaysia. Bila tengok semua gambar-gambar ni, i teringat suasana meriah dekat Legoland. Eee... seronoknya! Terasa macam nak tinggal je terus dalam Legoland (boleh gitu?). Yelah, lagipun pergi berjalankan? Mestilah seronok. Cuba kalau rupa Legoland Malaysia ni sebiji macam suasana dekat pejabat. Erkkk... Tension! Bagi masuk percuma pun confirm tak nak datang. Hahaha!

Gambar yang i tunjukkan dekat bawah, masih lagi berlatarbelakangkan suasana Merlin. Korang ingat lagi tak dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/the-forestmens-hideout-legoland-malaysia.html, i dah pernah ceritakan serba-sedikit mengenai keadaan dan aktiviti yang korang boleh buat dekat Lego Kingdom. So, untuk pengetahuan korang, kesemua gambar i ini merangkumi kawasan The Dragon, Knight's Feast (tempat makan) dan Merlin's Challenge. Agak-agak kalau nak beli souvenir, King's Market ada disediakan dekat sini. Yang penting korang bawak je duit banyak-banyak (hamboi... macam boleh beli pakai duit monopoly je kan? Hehehe).

Apa lagi, jom tengok gambar pulak (hoorey!)

Castle Scoops dan Knight's Feast
Intai sikit harga makanan dekat Knight's Feast.

Wooo!!! (sambil muncungkan mulut) Besarnya Lego castle ni tapi hakikatnya takde apa-apa pun dekat dalam castle. Cuma tempat orang beratur sebelum nak naik The Dragon (roller-coaster).


Gila ramai orang yang beratur nak naik The Dragon.
Rasa macam nak pintal je misai lebat Pak Guard ni. Hehehe...
King's Market

Eh-eh Shrek pun ada ke?
Macam dekat funfair je kan?
Merlin's Challenge - mainan untuk 'older' children. Eh! Hehehe...

p/s : Nak gambar Legoland Malaysia lagi tak? Jangan risau, banyak lagi ada ni... antara korang sanggup dengan sangap je nak tengok nanti hehehe...

Dec 11, 2012

The Forestmen's Hideout - Legoland Malaysia

Mesti korang ingat, i dah habis buat entry untuk Legoland Malaysia kan? Ish-ish-ish tak habis lagik la korang, banyak sebenarnya gambar-gambar yang nak kongsikan dengan korang dalam blog ni. Agak-agak ada masalah kemualan atau keloyaan (sebab banyak sangat entri Legoland Malaysia) hehehe... silalah berjumpa dengan doktor yang berhampiran dengan rumah korang ye.

Kali ni i nak bawa korang ke Lego Kingdoms, tempat favourite anak-anak i, termasuk mama papa dia sekali (oppss... hehehe). Dekat sini korang seakan-akan dibawa masuk ke dalam dunia Merlin gitu (ewah!) Tak tahu Merlin tu apa? Alaaa... dulu-dulu kisah / siri cerita Merlin ni ada ditayangkan dekat 8TV. Merlin ni kiranya ada kuasa sakti / superpower magic dan boleh bercakap dengan naga. Lepas tu, dia juga merupakan orang kepercayaan King Arthur yang handsome tu. Tapi waktu ni, King Arthur belum dapat naik takhta jadi raja lagi (gila kau suka-suka nak naik takhta! Bapak dia hidup lagi tau. Hehehe...) Tapi i rasa bila sebut perkataan handsome serta-merta ingatan korang boleh pulih dengan kisah Merlin ni kan? Hehehe... Nak tahu kisah Merlin selanjutnya silalah google dekat Youtube ye (sorry...)

Kali ni kita sambung semula kisah Lego Kingdoms, selepas diganggu dengan iklan Merlin tadi. Kalau korang nak tahu terdapat 6 aktiviti atau permainan yang boleh korang sertai dekat Lego Kingdoms ni seperti The Forestmen's Hideout, Castle Stage, Dragon's Apprentice, Royal Joust, Merlin's Challenge dan The Dragon. Tapi yang sedihnya hanya 4 aktiviti / permainan je yang dapat kita orang cover di Lego Kingdoms (huhuhu... memang confirm i nak datang sini lagi). Antaranya ialah The Forestmen's Hideout, Castle Stage, Royal Joust dan Merlin's Challenge.

Untuk entry pertama di Lego Kingdoms, i akan tunjukkan korang gambar-gambar kami di The Forestmen's Hideout. Di sini, aktivitinya macam dekat taman permainan yang biasa korang pergi tu cuma yang istimewanya ianya bersuasanakan taman permainan diraja zaman dahulu-kala. Fuhhh... seronok i tengok anak-anak i berlari ke sana-sini dalam kawasan The Forestmen's Hideout. Macam nak join sekali je. Memandangkan fizikal diri-sendiri nanti umpama macam raksasa dalam cerita Jack and The Beanstalk bila join budak-budak ni bermain (errr...) terpaksalah i tengok dari jauh je sambil buat muka hampa (alololo... kesiannya... mama budak ni). Agak-agak sedih tak baca statement hampa i tu? Takpelah nak buat macam mana, jadi photographer pun ok je (tapi serius, perasaan cemburu tu membuak-buak lah jugak. Keh-keh-keh).

Nampaknya jam dah menunjukkan angka ke 1:00 pagi, izinkan tuan puteri beradu dulu ye. Untuk korang, sudi-sudilah tatap kami yang comel ini (oppss!!) Bye...

Teringin nak baca keseluruhan entri Legoland Malaysia di dalam blog reenaonline, silalah klik sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia

Happy reading!

Semua berlari keseronokan ke Lego Kingdoms. Yeay!!

The Forestmen's Hideout. I suka betul dengan owl yang bertenggek tu. Rasa macam nak lastik je. Hehehe...










"Boo Cakkk!" Damien sergah anak mat salleh dekat rumah depan. Hehehe...


Kawasan The Forestmen's Hideout berdepan dengan Dragon's Apprentice.
Daripada sini, i boleh dengar suara orang menjerit naik The Dragon (errr...)

p/s : Terima kasih atas doa korang untuk anak ketiga i yang cedera di mata. Alhamdulilah bengkak dekat matanya dah semakin surut. Nanti i blogwalking rumah korang pulak k.

Nov 20, 2012

Legoland Malaysia - LEGO Technic

Hari ni, i sambung lagi kisah kami dan juga gambar-gambar baru sepanjang berada di Legoland Malaysia pada 26 Oktober 2012 (mak aihhh... dah macam buat marathon movie pulak i rasa. Hahaha!) Teringin nak baca entry i yang sebelum ni, korang klik je link dekat bawah. Insya-Allah ianya akan bawa korang ke jalan yang benar eh, hehehe... gurau je, ke Legoland Malaysialah kan. Takkanlah Legoland California (hamboiii...)

Selepas puas bergambar erat dengan Maskot Lego, kita orang meneruskan perjalanan ke kawasan Lego Technic. Di sini ada terdapat pelbagai permainan yang boleh korang cuba dan kendalikan. Contohnya macam Aquazone Wave Racer, Project X (roller coaster!), Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms (Lego Academy dengan Lego Mindstorms ni lebih berbentuk kepada education sebab dekat sini budak-budak berpeluang untuk cuba create / cipta permainan Lego mereka sendiri. Mak ayah kalau nak join pun boleh jugak. Hehehe...)

Memandangkan cuaca tak berapa menyebelahi kita orang waktu berada di Lego Technic (hujan turun lebat sangat. Tapi alhamdulilah, nasib baiklah sekejap je). So, i ambil peluang berehat di tempat teduh yang disediakan berdepan dengan permainan Aquazone Wave Racer (sebenarnya, takut kamera kena air. Hahaha). Manakala anak-anak i pulak diberi kebebasan untuk bermain air (dan hujan). Apa yang seronoknya dekat sini ialah permainan Aquazone Wave Racer ni akan buat korang basah kuyup. Malah dekat sini juga ada disediakan beberapa butang interaktif yang boleh korang tekan untuk hamburkan / letupkan air keluar daripada kawasan Aquazone Wave Racer dan secara automatik sesiapa yang duduk berhampiran jugak akan terkena tempias air tersebut (next time datang sini, i rasa kena bawa baju extra untuk anak-anak i lah. Punyalah basah lencun dia orang ni semua). Jadi, korang boleh bayangkan betapa happy nya anak-anak i bila dapat kenakan sesiapa yang lalu-lalang dekat situ (terpaksalah mama pulak buat-buat tak nampak. Oppss... hehehe...)

Bila hujan mulai reda, kita orang pun teruskan perjalanan melalui kawasan Technic Twister, Lego Academy dan Lego Mindstorms. Dekat sini juga terdapat tempat makan yang diberi nama Robot Kitchen. Agak-agak kalau kelaparan bolehlah korang singgah. Yang menariknya ada pool / fountain kecil yang disediakan berdepan dengan Robot Kitchen untuk budak-budak bermain air. Teringin nak main air tapi takde baju spare? Takpe, ada dryer yang disediakan dekat sini untuk korang keringkan baju yang basah (caj yang dikenakan ialah RM5.00 sekali masuk). Macam mana pun i nak ingatkan korang yang dryer ni tak bolehlah nak keringkan korang 100%. Sikit-sikit tu bolehlah.

Sebenarnya, takde satu pun permainan yang kita orang cuba dekat sini. Kononnya tujuan datang hari ni lebih kepada nak meronda satu Legoland Malaysia dulu. Maklumlah kita orang kan ada tiket annual pass (yang boleh digunakan sehingga hujung tahun 2013). Jadi malaslah nak rushing dengan orang ramai. Lain kali boleh datang lagi.

Anyway jom tengok gambar i sekeluarga sepanjang berada di Lego Technic, Legoland Malaysia.

Tanda nama LEGO Technic ni cantik kan?

Tengok daripada bahagian kiri kawasan roller coaster Project X macam tak menakutkan sangat. Tapi kalau  korang tengok bahagian kanan. Perghhh... kecut perut. 
Makkk!!!

Aquazone Wave Racer. Laju betul benda ni berpusing!
Anak-anak i tengah seronok main letupkan air. 


Robot Kitchen menyediakan makanan light dan simple je.
Dua robot yang terletak bersebelahan dengan Robot Kitchen ni buat anak-anak i curious. Dia orang sangkakan robot ni bergerak (hakikatnya statik je...) 
Lego Mindstorms dan Lego Academy. Kagum tengok muka Albert Einstein dilegokan. Kalau muka sendiri macam manalah agaknya. Haha!


p/s : tak sangka, rupa-rupanya dah 5 entri Legoland Malaysia yang i karang. Hebatnya! Hehehe...

Nov 17, 2012

Legoland Malaysia : LEGO Mascot

Selepas lunch di Restoran The Cafe (entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-cafe.html). I dan Ariana berlari dapatkan Lego Mascot (Maskot Lego) yang berdiri di hadapan kedai The Big Shop. Punyalah excited kita orang nak bergambar (tapi sebelum bergambar kenalah beratur dulu tau). Apa lagi, i minta tolong official photographer Legoland ambilkan gambar kami dengan kamera Nikon D5100 milik i dan jugak kamera dorang. Selepas bergambar, i diberikan resit untuk tebus gambar kami di PictureAir Booth yang terletak di dalam The Brick Shop (kalau tak nak tebus pun boleh je, sebab i kan dah ada gambar yang sama dalam kamera i. Bijak-bijak!). Macam mana pun pada pendapat i, kemudahan yang disediakan oleh Legoland Malaysia ni menyenangkan untuk orang yang tak bawa kamera ke sini dan gambar tersebut boleh terus diproses sebagai kenang-kenangan. At least takdelah terkilan sangat, dapatlah tunjuk satu kampung bukti datang Legoland Malaysia. Hehehe...

Tapi sedihnya, i tak pasti apa nama sebenar maskot ni (dah bergambar punya erat, tak sempat pulak nak berkenalan. Huhuhu). Agaknya maskot Joker kot. Atau korang tahu apa nama maskot ni?

Senarai kisah Legoland Malaysia yang lain, korang boleh baca di dalam blog i dengan memicit link di bawah (happy reading!) :
http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia




Inilah rupa resit / kupon yang akan korang dapat bila ambil gambar dengan pertolongan official photographer Legoland Malaysia.

p/s : rasa macam nak bawa balik je maskot ni letak depan rumah i. Hehehe....