Blogger templates

Dec 3, 2012

CIMB Year End Party 2012

Semalam 1 Disember 2012 (Sabtu) i berpeluang untuk menghadiri parti (perghhh... PARTY??!!) Hahaha... harap bertenang ye semua. Di dalam usia yang sepatutnya memberi contoh terbaik dekat anak-anak. Rasanya dah macam tak berapa sesuai nak join sebarang invitation party (kecuali parti harijadi la... Hehehe). Lagipun i bukanlah jenis orang yang suka dengan suasana bingit dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Huhuhu... lemas dengan macam-macam bau (pengsan!)

Anyway untuk pengetahuan korang, parti yang i hadiri ni ialah jemputan dari pihak CIMB Group (macih!) Alhamdulilah i rasa rezeki tahun ni memang cukup murah sangat. Macam mana i dapat invitation? Senang cakap sebab faktor kerja. Kalau korang nak tahu kerja yang i buat banyak relate dengan pihak bank. Dan i suka sebab boleh berkenalan dengan ramai orang. At least takdelah terperuk duduk dalam pejabat aje kan?

Parti yang dianjurkan oleh CIMB Group ini diberi nama Fusion Rendezvous Year End Party 2012 (mak aihh... berbelit lidah i nak menyebutnya. Hehe...) Parti ini diadakan dekat Saloma Theatre Restaurant (atau juga dikenali dengan nama Saloma Bistro), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang bestnya antara artis undangan yang menarik perhatian i untuk parti anjuran CIMB ini ialah Harith Iskandar dan Yuna (ada 2 lagi artis undangan yang lain tapi i tak kenal sangat. Sebenarnya memang tak kenal langsung pun. Hehe!) Dan yang paling menarik sekali, undangan CIMB ini bukan hanya untuk diri i seorang sahaja tapi melibatkan ahli keluarga i sekali. Maksudnya i boleh bawa husband dan anak-anak untuk memeriahkan parti (ewahhh!) Selain dari i dan family, family bos i pun turut serta jugak.

Acara bermula dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang. Yang kelakarnya, diawal ketibaan i dekat Saloma Bistro, i terasa kekok sangat. Apa taknya, bila masuk ke bahagian dewan pentas (actually lebih kepada rupa dance floor). Suasana parti memang terasa sangat (ala-ala macam korang masuk Hard Rock atau Planet Hollywood gitu... dengan lampu lip-lap). Kerusi memang tak disediakan dekat sini tapi ada beberapa meja tinggi dan makanan yang dihidangkan. Haishhh... takkan nak duduk lama-lama dalam ni dengan anak-anak i (memang tak sesuai... Hehehe) Rupa-rupanya baru i teringat waktu dekat bahagian reception, perempuan yang sambut i ada bagitahu, untuk kanak-kanak ada disediakan Kids Corner dekat bahagian belakang (fuhhh... lega...)

Punyalah ceria anak-anak i, bila i bawa ke bahagian Kids Corner. I rasa lagi meriah berada dekat sini daripada di dance floor tadi (bila dah berstatus mama papa ni, i rasa join kanak-kanak lagi best kot dari join orang muda. Hahaha!) Anak-anak i diberi passport setiap seorang. Untuk setiap satu aktiviti yang anak-anak i lakukan, passport tersebut akan dicop. Maknanya setiap aktiviti hanya boleh dilakukan sekali sahaja (alaaa...) Ada 8 aktiviti yang disediakan iaitu Face Painting, Tattoo Artist, Batik / Canvas Painting, Sun Catchers (mewarna pada keychain), Hand Wax, Cotton Candy, Popcorn dan Aiskrim. Jadi, dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang, i habiskan masa dekat sini melayan kegembiraan anak-anak. Yang paling buat i nak tergelak, bila Abang Long (anak i yang sulung) membuli Clown minta untuk buat macam-macam belon. Penyudahnya, i dan hubby tak cukup tangan mengangkut semua belon bawa balik rumah (ni bukan setakat buli Clown je ni, mama papa pun terkena tempias sekali. Adehhh...)

Tepat pukul 5:30 petang, persembahan dari Yuna pun mula berkumandang. Orang ramai pun dah mula memenuhi ruangan kawasan pentas. Simple je i tengok gaya persembahan Yuna. Sama je persembahan yang macam biasa kita tengok dekat televisyen tu. Suara pun sama macam dalam rekod. Takde kelainan atau something special. Mungkin sebab lagu-lagu Yuna pun jenis yang santai, jadi serba-serbi semuanya cukup sederhana pada i. Hmmm... ada bunyi macam nada kecewa je? Hehehe... yelah... i sangkakan bolehlah bergambar ke atau dapatkan autograf Yuna ke. Tapi bila sampai ke persembahannya terakhir, Yuna terus bangun dan pergi ke belakang pentas (frust tau!)

Ok, jom tengok beberapa gambar yang sempat i ambil. Tak banyak gambar yang dapat i kongsikan sebab keadaan sesak sangat waktu ni. Parti lah katakan. Hehehe...



Kak Ngah dengan hasil lukisan yang siap diwarna. Ada talent tak?
Face Painting time!! Hoorey!!
Abang Long request nak spider macam SpiderMan
I dengan simple red dress dari PopLook. Tema parti ialah colorful.
Yuna tengah nyanyi lagu baru dia. Errr... apa eh tajuk lagu dia?

Muka keletihan dalam happy.
Inilah Sun Catcher. Mama papa yang over warnakan sebenarnya. Haha!

p/s : Macam pergi parti kanak-kanak kan? Hehehe...

10 comments:

  1. yang penting, anak2 enjoy (walaupun ma pa yg over kaler kan)hehe. tapi happening la jugak tu ada artis ngetop lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... biasalah dulu-dulu masa kecik takde peluang nak pergi party yang ada acara kanak-kanak macam ni. Kihkihkih

      Delete
  2. bestnya.. party gitu..
    biasalah kalau dh jd mak mak ni memang lebih layan anak dari nk ber'party' kan.. enjoy jugak.. hihiii..

    ReplyDelete
  3. kalo xder gambar yuna tu memang leh percaya gi kids party hehehehehe

    ReplyDelete
  4. salam.. lama tak singgah sini.. anak2 pun dah membesar.. sweet tgk.. meriah dpt g party camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak :)

      A'ah dah lama sangat tak nampak komen akak. Rindu...

      Delete
  5. Aaaaa bestnya sebab ada Yunaaaaa. Akak comel je. Tak mcm mak budak huhu. Happy anniversary kak :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)