Wuhuu... tinggal 2 hari je lagik, Abang Long dan Kak Ngah akan masuk ke school selepas puas melepak sakan macam anak raja dekat rumah (untunglah dorang!) Dan tinggal 2 hari je lagik untuk mama papa dapat rasa ketenangan bangun pagi untuk pergi kerja (huwaaa!) Ok, i harap tak terbabas bangun tidur sebab hampir 2 bulan ni syok dapat tidur sampai pukul 5:30 pagi. Eh, habis tu hari-hari biasa pukul berapa i bangun pagi sebenarnya? Hah, jangan tak percaya korang, pukul 4:45 pagi i dah paksa mata ni terbukak besar. Dah macam bangun sahur pulak gayanya kan? Habis nak buat macam mana, beginilah kehidupan mencari sesuap nasi (ewah! bercerekarama semasa pulak dia. Hehehe). Tapi tu waktu Abang Long je sorang yang pergi school Q-dees. Sekarang ni, dah ada tambahan sorang lagi yang nak kena pergi school jugak, Kak Ngah (wah... pitam sekejap mama). So, nampak gayanya pukul 4:15 pagi lah kan mama kena bangun (ok, sekarang juga rasa macam nak tidur depan macbook. Kehkehkeh). Agak-agak ada working mom lain yang bangun lagik awal dari i ke? Teringin jugak nak tahu. Boleh kita sep tangan sama-sama (hahaha... sanggup ke?)
Sebelum kehidupan i dan hubby bertukar jadi upside down (atau dalam bahasa melayu comelnya - tunggang-terbalik). Alhamdulilah, segala persiapan untuk Abang Long dan Kak Ngah berjaya kita orang sediakan. Macam Kak Ngah, tak banyak barang-barang baru yang kita orang beli sebab kebanyakannya dah disediakan oleh Q-dees especially macam uniform, buku dan alatan tulis. Jadi, tak payahlah mama nak pening kepala beli semua tu. Cuma tambah mana-mana yang patut je macam colour pencil, beg sekolah dan kasut (untuk kasut, sorry mama papa tak jumpa saiz untuk Kak Ngah lagi. Nanti pakai Crocs je dulu pergi school ye sayang).
Manakala untuk Abang Long, yang baru nak mulakan persekolahan dekat Sekolah Rendah. Serius, i jadi confuse tak tahu nak beli yang mana satu, contohnya macam buku sekolah. Aik, buku sekolah pun boleh confuse ke nak beli? Beli jelah ikut listing / senarai yang diberikan. Ishhh... susah nak cakap sebenarnya. Ikutkan memang i dah dapat senarai buku yang kena beli. Tapi part yang tension nya, bila tanya dekat budak koperasi sekolah tu, samada buku-buku ni wajib kena beli ke tak. Habis dibantainya beri jawapan "Iye". Haishhh... kesabaran aje i dengan budak tu, mentang-mentanglah yang tukang tanya ni dah 15 tahun tak pergi sekolah (saje nak pow duit i lettew... Heh!) Lepas berdiskusi dengan hubby secara pantas (sebab akak-akak yang beratur belakang kami dah mula terjenguk-jenguk bagi signal suruh cepat. Yelah kak oiii...), kita orang cuma beli Bahagian A (Buku-buku rampaian), B (Buku Latihan Tambahan) dan C (Keperluan Asas Murid) sahaja. Untuk Bahagian D (Buku Pilihan), nanti biar i sendiri je yang tanya dekat cikgu kelas (gaya mama ngalahkan Guru Beso jelas terserlah). Hehehe...
Antara senarai keperluan barang yang i beli untuk Persiapan Anak (Abang Long) Masuk Sekolah Darjah Satu ialah :-
Barang-barang lama Abang Long macam bekas pensel, alatan tulis biasa, gunting, gam, botol air dan bekas makanan still boleh digunakan lagi. Jadi, i amalkan kempen jimat-cermat iaitu 'Guna Selagi Boleh'. At least kalau bawa barang-barang lama, budak-budak dekat sekolah takdelah berkenan sangat nak ambil. Hehehe... tips ni tau!
1. Baju kemeja putih jenama Canggih (5 helai - sehari satu helai, senang tak payah cuci selalu. Anyway brand Canggih ni, i recommended sangat untuk korang. Kain dia berkualiti dan affordable).
2. Seluar panjang jenama Canggih jugak (3 helai).
3. Beg sekolah beroda (kemain tau beg beroda ni, mengalahkan harga beli luggage bag. Beg sekolah mama papa dulu-dulu pun paling mahal RM35.00. Huhuhu...)
4. Seluar sukan / track suit dua helai (beli dekat Tesco je, sehelai RM14.00).
5. Stokin beli 6 pasang terus (beli sekali banyak lagi jimat harga).
6. Kasut sekolah jenama Asadi - Bola Kampung (ikutkan Abang Long nak jenama Ben 10 tapi dah takde saiz). I beli yang tak payah banyak nak kena kapur.
7. Kapur kasut.
8. Pensel Warna jenama Stabilo dan Faber-Castell (share dengan Kak Ngah).
9. Pemadam satu kotak (senang beli terus banyak-banyak, mana tahu asyik kena kebas dengan budak lain je. Oppss)
10. Pensel satu kotak (jimat dan murah).
11. Pengasah pensel yang besar dan boleh putar-putar tu (jimat tenaga nak 'mengorek' nanti. Hehehe).
12. Sampul buku plastik dan sellotape.
13. Permanent Marker pen (yang ni untuk mama sebenarnya. Hihihi... tujuan beli sebab senang nak tulis nama Abang Long dekat semua barang-barang yang nak bawa pergi school).

Ok, tu je persiapan yang kita orang sediakan untuk anak-anak masuk sekolah. Simple je kan? Yang penting, beli mana-mana yang perlu dulu. Yang kurang perlu tu, nanti-nanti pun boleh beli. Ye tak?
p/s : Mesti korang pun busy beli barang sekolah kan?
Mama kena tungkus-lumus membalut nampaknya. |
For Busy Mama and Papa (Sesuailah dengan i kan? Hehehe) |
Beg Hello Kitty Kak Ngah. |
p/s : Mesti korang pun busy beli barang sekolah kan?
ini saper yg semangat skolah ni, macam mama dia jer. siap "pengorek" tu sumer sapu hahaha. banyak jugak kan buku-bukan nak kena prepare, now banyak lagi ker kena pikul buku ke sekolah? bagus beli beg beroda ni kan, boleh feeling2 pilot gitu (kaitan?) I tumpang excited tengok uols.
ReplyDeletewah ni bebetul semangat nak ke sekolah ni kak hehe. jgn terbabas tido tau :p
ReplyDeletecute uniform Qdees k.Ngah:)..semangat siibu buat preparation sekolah anak:D
ReplyDeleteseronoknya tgk mamanya buat persiapan utk anak2...teringat pulak zaman sekolah dulu2...he2..tp brg2 sekolah dulu tkdelah secanggih skrg ni...:)
ReplyDeleteuihhh..awal gile bangun?? jauh sgt ke nak antar dorang or siap2 buat sarapan semua?? bagus ehh!!
ReplyDeleteawalnya busy mama ni bgn.. adush tak sanggup..
ReplyDeleterasanya mama dan papa dia yg excited anak bujang dia nak sekolah ni.. hehee..
cantikla uniform kelabu angah tu.. :)
anak sulung baru je nk masuk tadika next year..so xla terasa kebz-annye macm u rasa...hehheh..
ReplyDeletetp mmg dah beli siap kelengkapan nye w/pun x byk...excited sgt......anak2 mula bersekolah mmg satu milestone yg perlu diremember!!!
beg kak ngah sgtttttttttttttt cantik.. suka!!
ReplyDeleteYeay....lamanya tak mai sini....kakak santek i miss u :)
ReplyDeleteTak belilagi sebab anak belum sekolah...heheh tapi dah duk terbayang bayang hihi
ReplyDeleteeksaitedkan anak nak masuk skolah...anak Asiah baru 5tahun...masih bersekolah di TADIKA PASTI...byk rg nak kn beli ye awal2 tahun ni...;)
ReplyDeleteRajin ambik gambar..
ReplyDeletesalam reena.. selamat tahun baru :)
ReplyDeletenak request entry boleh tak? rutin setiap hari bila anak3 nak ke sekolah? dari mereka bgn smp laa tido if u dun mind.. i huru hara setiap pg siapkan dua anak.. nk tgk pengalaman org lain mcm mana settle kan anak3 unt mengelakkan i stress pg2..