Blogger templates

Jan 5, 2013

Selamat Datang 2013 / Welcome 2013

I dah mula rasa rindu nak membebel dalam blog sendiri (mestilah membebel dalam blog sendirikan? Kang membebel dekat blog orang lain memang sengaja nak kena makan penampau. Hehehe). Dah seronok update blog hari-hari (wah! Kemain bersemangat gitu). Tiba-tiba terus senyap menyepi dekat seminggu. Anyway, i nak ucapkan terima kasih sangat-sangat untuk korang, korang dan korang yang selalu jenguk-jenguk i dekat sini (i see you! Cak!). Even takde story baru yang muncul tiba, korang masih sudi tinggalkan komen, jalan-jalan sini dan yang paling best tu, korang siap tolong jawabkan lagi mana-mana komen kawan-kawan lain yang i tak berkesempatan balas satu-persatu (macih korang! Jasamu ku kenang).

I harap blog i ni menjadi medan persahabatan antara satu sama lain (medan persahabatan ok! Medan pertempuran... Nehi... nehi... nehi... Kalau nak bertempur sangat, pergi je jadi askar. Berperang dengan Israel, habis cerita. Eh, hehehe...) Lagipun i selalu ingatkan dalam diri sendiri, bila kita membantu orang lain (walaupun cuma berkongsi sedikit ilmu, gambar, pengalaman dan pendapat dengan korang dalam blog ni), insya-Allah satu hari nanti orang lain akan membantu i pulak. Dan yang paling menarik tu, i sendiri dah lalui banyak pengalaman bila ada insan-insan yang baik hati hulurkan bantuan tanpa disangka-sangka (alhamdulilah, serius i terharu sangat. Thanks ya!).

Jadi untuk sepanjang tahun 2012 yang dah pun berlalu 5 hari yang lepas (bye-bye 2012). Rasanya banyak perkara yang menggembirakan berlaku dalam hidup i (bersyukur sangat-sangat!) Mungkin ada juga perkara yang tak berapa best tapi takdelah sampai rasa macam nak terjun tingkap depan rumah (hihihi). Adatlah kehidupan... mana boleh harapkan semua benda berlaku macam yang kita mahukan (ada hikmah tu). Yang penting kena selalu keep positive, tenangkan diri dan lalui semua perkara dengan hati yang lapang (ewahhh!... Hehehe). Dan apa yang buatkan i bertambah-tambah seronok tu, i dapat luangkan masa (sampai tak cukup tidurlah jugak. Huhuhu...) untuk mengarang entri-entri baru lagi banyak daripada tahun-tahun sebelumnya (yeay!!! Bangga dengan diri sendiri). Psssttt... (nak cakap jugak tu) bertambah double happy bila tengok kawan-kawan follower yang awesome bertambah hari demi hari (alololo... sedut air hingus). Kenapa korang best sangat ni??? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hug korang beramai-ramai secara maya karin (eh!)

Azam 2012 dah terlaksana ke? Alahai korang, i bukanlah jenis orang yang ada azam setahun sekali tapi jenis orang yang hari-hari ada azam baru (tamak gila! Hahaha). Macam mana pun azam i bukanlah setakat nak jadi manusia yang baik, berguna dan taat sahaja tapi azam i meliputi semua barang-barang yang i teringin nak shopping dan kumpul untuk koleksi peribadi sendiri. Oklah tu kan? Azam dengan wish list tu lebih kurang macam kembar tak seiras jugakkan? Kihkihkih...

So, untuk tahun 2013 (hai! 2013), i harap hari-hari yang i lalui bertambah double awesome! Murah rezeki selalu, dilimpahkan rahmat dari Nya, diberikan kesihatan yang baik, mohon perlindungan dari Nya serta dipermudahkan segala urusan. Tak lupa juga doa-doa yang baik untuk anak-anak i - Abang Long, Kak Ngah dan Adik (begitu jugak untuk korang semua. Amin Ya Rabbal Alamin).

Untuk blog??? Ada serba-sedikit planning yang i dah fikirkan. Jadi sama-samalah kita tunggu (eceh-ceh, surprise lah kononnya!)




p/s : just be yourself, there is no one better. Love!

6 comments:

  1. hugssss. tumpang doa u sikit, amin amin amin. and selamat tahun baru dear.

    ReplyDelete
  2. Happy new year kak. Semoga 2013 membawa lebi kebahagiaan utk akak sekeluarga. Bila kita nak dating ni :D

    ReplyDelete
  3. Hye slm kenal. Jom singgah blog saya pulak.

    ReplyDelete
  4. lama menyepi..
    semoga tahun ini bertambah ceria dan dimurahkan rezeki..:)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru reena
    happy family :)

    ReplyDelete
  6. 'Selamat Tahun Baru' untuk Reena sekeluarga..

    Semoga esok lagi baik dari semalam.. :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)