Setiap kali bercuti di Cherating, i mesti tak lepaskan peluang untuk singgah di Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman. Kiranya nilah tempat wajib yang akan kita orang pergi bila berada di Cherating. Macam mana pun, pemilik warung ni bukanlah Aziz Satar yang pelakon tu tau. Nama sebenar pemilik warung ini ialah Aziz dan speciality makanan yang dijual dekat sini ialah Satar, maka jadilah Aziz Satar (gitu kisahnya...) Kalau korang nak tahu, makanan satar ni cukup popular di Pahang dan Terengganu. Jarang nak jumpa kalau dekat tempat lain.
Dulu-dulu, Warung Aziz Satar lebih dikenali dengan nama warung kuning. I ingat lagi, nama nilah yang disebut-sebut ayah waktu kali pertama kita orang jejakkan kaki ke sini (tahun 1992). Wahhh! Tak sangka, rupa-rupanya dah 20 tahun i jadi regular customer Warung Aziz Satar. Dan yang kelakarnya, i juga yang memperkenalkan warung ni dekat hubby. Nasib baiklah hubby pun suka makan, kalau tak, confirm i takde geng nak makan satar. Antara perubahan yang terjadi sepanjang i jadi pengunjung tetap Warung Aziz Satar ialah saiz warungnya yang semakin luas, pilihan makanan yang pelbagai dan susun atur warung dah semakin kemas. Cuma part yang i rasa lemah sikit ialah keadaan bahang dalam warung (fuhhh... serius macam dalam sauna gamaknya) maklumlah guna atap zink aje. Tengok dari segi ekonomi, rasanya sekarang ni Pakcik Aziz takde masalah kot nak upgrade warungnya nanti. Tak gitu Pakcik Aziz? Hehehe...
Latar belakang / Sejarah Warung Aziz Satar
Menurut anak kedua pemilik Warung Aziz Satar iaitu Azizi berkata, perniagaan ayahnya yang bernama Aziz bin Awang bermula apabila mereka sekeluarga berkecimpung dalam perniagaan pisang goreng pada tahun 1970-an. Pada waktu itu, bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori. Hinggalah pada satu peringkat, bapanya mendapat idea untuk memulakan perniagaan satar yang dilihat lebih mempunyai prospek dan potensi lebih jauh.
Bermula dengan perniagaan satar, kini, warung tersebut sudah melangkah dengan lebih jauh dan berkembang kepada perniagaan lauk pauk kampung, sotong dan ikan goreng tepung, laksam, laksa serta keropok goreng.
Artikel penuh menerusi © Utusan Melayu (M) Bhd
(i confused kenapa Utusan kata nama sebenar pemilik Warung Aziz Satar ni ialah Aziz Satar. Tak buat check lettew).
(i confused kenapa Utusan kata nama sebenar pemilik Warung Aziz Satar ni ialah Aziz Satar. Tak buat check lettew).
Olahan oleh : Reenaonline
Alamat :-
1860-2, Warung Aziz Satar
Jalan Kuala Kemaman
24000 Kemaman
Terengganu
Lokasi Warung Aziz Satar :-
Terletak berhampiran dengan / selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga (SMK Geliga).
ATAU;
Dari arah Cherating, selepas sahaja pintu gerbang antara sempadan negeri Pahang dan Terengganu, korang masuk arah kanan berhadapan Masjid Geliga, Kuala Kemaman (depan masjid ni ada sign board besar "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". So, agak-agak tak solat lagi tu 'lu pikirlah sendiri'). Jalan terus dan tiba di penghujung simpang, ikut laluan ke kiri untuk ke jeti. Korang akan jumpa warung warna kuning di bahagian kanan jalan.
No. Telefon : 013-915 0897 / 017-943 7757
Waktu operasi : alamak terlupa nak tanya, tapi apa-apa hal korang boleh telefon nombor dekat atas. Tak salah i Warung Aziz Satar dibuka hingga pukul 11:00 malam.
Apa yang membuatkan Warung Aziz Satar cukup popular?
Keenakan satarnya yang dipenuhi isi ikan parang dan tamban segar serta harga yang berpatutan menjadi daya penarik untuk pengunjung terus berkunjung ke sini. Malah, servis yang disediakan pun cepat. Harga satar ialah RM5.00 untuk 10 biji satar. Sebab sedap, i bagi 4.8 bintang daripada 5 bintang untuk SATAR dekat Warung Aziz Satar (wahhh! nyaris-nyaris full mark tu). Lagipun setakat ni takde langsung mana-mana satar yang boleh challenge satar dekat sini (anyway ni kata tekak i, tak tahulah tekak orang lain hihi...) Mmm... agak-agak lepas ni boleh tak saya dapat makan free Pakcik Aziz? (*Kelip-kelip mata comel).
I duk gulp gulp telan liur tengok gambar, sekali ayat last u buat I tersedak liuq, seb baik survive untuk komen :p
ReplyDeleteHahaha... Mampu nak makan Aziz Satar? :)
Deletekt gambar atas tu..otok2 n otak2 tu lain ke???? selalu mkn camni kat kuantan...byk gerai kt tanjung lumpur tpi x taula camne rasanye compare ngan gerai aziz satar ni...
ReplyDeleteotok otok dengan otak otak same je . dekat terengganu panggil otok otok .
DeleteEh... dah ada orang jawabkan... Macih ye :)
Deletehehehehe... tak pernah makan satar ni. nanti kalau ada rezeki nak kena cuba la.
ReplyDeleteMesti cuba... memang best tau Oshinz :)
Deletesaya suka juga makan satar tapi sekali sekalaje..dulu sebab g ganu..sekarang da lama x makan,teringin pulak nak rasa..pagii2 gini terliur lak bila tingat,.first time makan x lalu pastu lama2 sukaaa
ReplyDeleteEh, samalah experience kita waktu first time nak menelan. Macam pelik je rasa kan? Tapi bila masuk ngap kali kedua. Ok, not bad jugak :)
Deleteterliur tgok satar tu...sedap tu...;)
ReplyDeleteMemang pun lela :)
Deleteooohhh yesss...mmg wajib gi makan kat aziz satar ni kan sis...
ReplyDeletei cukup suka satar kat situ...sedap...
nak nak bila makan yg ada cili tu...pergghhh!!
mmg bikin i terkecur jer :D
Haritu try makan dekat tempat lain kak, tapi memang tak boleh challenge kesedapan Warung Aziz Satar ni lah... :)
DeleteHi akak Reena..
ReplyDeleteComel tol tuan blog ni..hehe.. Wahh sotong celup tepung nmpk best! Arianna bam bam =) heheh...
(smlm dtg ni gne mobile xleh view..hr ni dh ok)
Hi Tny Comel!!
DeleteAriana jatuh demam beberapa hari ni dah tak bam-bam dah lagik. Huhuhu...
makan.. makan tapi tak gemuk pun reena.. hihii..
ReplyDeleteHahaha... makan-proses-makan-proses... cane nak gemuk Far?
Deletehaha mati2 ingat kedai aziz satar tau. aaaa feveret sy kak sata ni. sedappppp T_T
ReplyDeleteHahaha... nama kedai je Cha... Kan? Sedap kan? :)
DeleteKat situ memang sedap ! Asal minggu balik hostel (TESMAL) mesti pujuk parents makan kat situ .
ReplyDeleteWahhh.... seronoknya dia.. Tiap-tiap minggu makan satar dekat sini :)
Deletenak th kedai tutup hari ape......tkt pegi2 kedai tutup....
ReplyDeletejauh ni dari johor....
tgk gamba nak meleleh air liur...
Apa kata call dekat nombor telefon yang saya bagi dekat entry tu :) Good luck!
DeleteMmg teruja baca artikel ni, pagi tadi lpas subuh, sy & wife trua ke kuala kemaman dari KL. Sampai lbih kurg 12.30 tghari...Alhamdulillah, org tk ramai...trus pesan Satar n mkn lunch....
ReplyDeleteKecewa....rupanya Indah Khabar dari Rupa...
Indah berita dari cerita...
Satar hya 6 bole mkn, yg lain tk masak, nk tukar tk bole sbb dh buka....frustrated...
Nasi campur pulak hrga mcm kt Klia...
Siput sedup masak lemak, satu senduk leper rm4, klu 2 dh rm8...mgkuk kecik pn tk penuh....lpas tu rasa out...rasa tanah, mmg tk basuh btul2...
Order laici kang...laici masam...rasa buah laici yg lama ni....
Byr trus blah....mmg tk dtg dh...Kecewa gilerrr....
Maaf, bkn nk kutuk sesiapa, tp terpanggil utk tulis sbb dh kena pd batang hidung sendiri...
Fakta tetap fakta...
Wallahualam...
Terima kasih sudi singgah dan beri komen. Review yang saya berikan pada tahun 2012, ada jugak singgah lagi pada tahun 2014 ke sini tapi perasan banyak dah berubah. Tak macam dulu lagi. Dari segi rasa dah tak penuh ikan macam dulu tapi penuh dengan cili. Mungkin jugak sebab GST, harga jugak dah naik. Selain dari sini saya kini lebih suka beli di Warung Geliga nanti saya cuba buat review k.
Delete