Kita sambung lagi kisah i berjalan-jalan dekat Pantai Timur masa bulan Julai 2012 nak? Walaupun kisah ni dah terbabas lebih dari 5 bulan (start dari entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/holiday-villa-cherating.html) tapi i tak pedulik tetap nak masukkan jugak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Nilah padahnya kalau selalu lengah-lengah masa nak update. Tak pasal-pasal kena hidangkan cerita outdated.
Ikutkan sebenarnya dah bersusun entri outdated lain yang ada dalam draft post i ni hah... (oppss... terpecah rahsia pulak. Hehehe). Tinggal nak karang cerita je. Apa kata korang tolong karangkan boleh? Kadang-kadang tu boleh kematu jugaklah idea nak bercerita. Ish, bukan senang jadi blogger ni tau (ecehhh...) Ni kalau cikgu Bahasa Melayu i baca mesti dia tenyeh mata. Budak yang karangan bahasa melayu dia tah hape-hape waktu sekolah boleh giat bercerita dalam blog. Yelah cikgu, setakat karangan merepek memang 'budak' ni pandai! Karangan yang macam cikgu suruh buat je tu dia jadi blur. Keh-keh-keh.
Eh, dah melalut, kita tukar topik asal. Memandangkan sepanjang cuti sekolah bulan Disember 2012, i dan hubby tak rancang sebarang vacation untuk bawa anak-anak pergi jalan-jalan (musim hujanlah katakan) jadi cerita outdated ni kiranya penyelamat kepada blog i daripada berbunyi cengkerik. Hehehe, pandai tak i?
Kali ni i nak buat review mengenai Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng yang terletak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. So far, i tak pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Nilah first time nak merasa. Selalu dengar cerita dari kawan-kawan atau baca dari blog orang lain je pasal keenakan kopi dan roti bakar yang ada dekat sini. Apa yang membuatkan Hai Peng Kopitiam famous sangat dekat Terengganu? Jom kita selidik (ewah... Macam penyiasat pulak).
Latar belakang / Sejarah Hai Peng Kopitiam Sdn Bhd
Sejak itu, Uncle Wong, yang berkahwin dengan gadis Cina berasal dari Kuala Terengganu dan dikurniakan lapan orang anak telah meneruskan perniagaannya di situ sehingga berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan selesa kira-kira 20 tahun lalu.
Antara perubahan yang dilakukan oleh Elaine, anak bongsu Uncle Wong yang sebelum ini menetap di Kanada ialah membuka cawangan Kedai Kopi Hai Peng di Kuantan dan menjadikannya antara pelopor kopitiam moden di kebanyakan bandar besar negara ini sekarang. Malah, Hai Peng juga ada mengeluarkan pakej bungkusan kopi berdasarkan resipi tradisionalnya untuk dibawa pulang.
Sehingga kini, Kedai Kopi Hai Peng masih mengekalkan tradisinya sejak dulu lagi iaitu ditutup pada waktu sembahyang Jumaat serta memastikan semua bahan minuman dan makanannya halal untuk orang Islam. Malah kesemua pekerja termasuk pembancuh kopi di sini adalah dari kalangan orang melayu.
Artikel penuh : Manja Ismail Berita Harian
Olahan oleh : Reenaonline
Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu
No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com
Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.
Apa pendapat i tentang Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng?
1. Kopi dan roti bakarnya sedap (tapi tekak i kata sama je rasa macam dekat mana-mana kopitiam yang lain).
2. Harga roti bakar dengan kaya paling murah dekat sini iaitu cuma RM1.00 je satu.
3. Servis biasa-biasa je, mula-mula geram jugak sebab takde siapa pun yang datang layan kita orang nak ambil order (huhuhu).
4. Harga makanan dan minuman kopinya sama macam standard rate dekat KL (agak-agak korang mahal ke murah?)
5. Paling i suka gaya telur separuh masak yang dihidangkan (old-skool habis!)
6. Nasi lemak, nasi dagang dan kuih-muih yang disediakan dekat tengah-tengah kedai, kena self-service ambil sendiri ye.
7. Minuman kopi ais (tak kiralah apa jenis kopi) disediakan terus dalam bekas plastik. Agak-agak tak habis boleh terus angkut bawa balik rumah. Bagus idea ni.
7. Minuman kopi ais (tak kiralah apa jenis kopi) disediakan terus dalam bekas plastik. Agak-agak tak habis boleh terus angkut bawa balik rumah. Bagus idea ni.
8. Rasa makanan dekat sini, biasa je takde speciality. Senang cakap takdelah sedap sangat. Hehehe...
9. Keadaan dalam kedai dan susun atur agak sesak tapi i suka tengok barang-barang lama yang digunakan sebagai hiasan. Klasik sangat!
10. Kebersihan ok (tak nampak lagi benda yang scary).
10. Takde tandas dekat sini.
12. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang.
Nota tambahan :
Untuk sesiapa yang bertanyakan tanda halal dari Jakim untuk Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng, terus-terang waktu i makan dekat sini, i sendiri tercari-cari tanda halal yang dipamerkan tapi tak jumpa (tak pasti kalau Hai Peng Kopitiam memang ada sijil sah halal Jakim yang i tak tahu). Tak nak timbul keraguan, memandangkan ramai orang melayu Islam yang makan dekat situ. I yakinkan diri dan tak nak fikir yang pelik-pelik. Macam mana pun sejak baca artikel dari Metro berkenaan Tiada Kopitiam di Terengganu Miliki Sijil Halal: JHEAT. Ok, hati i dah timbul rasa was-was. Bila dah jadi macam ni maksudnya sorry Hai Peng Kopitiam, i akan singgah lagi bila awak dah ada sijil Halal yang sah ye.
p/s : Ada sesiapa yang biasa makan dekat sini?
Antara senarai harga makanan dan minuman di Kedai Kopi Hai Peng. |
p/s : Ada sesiapa yang biasa makan dekat sini?
Hamboi Cik Reena serius snap gambar ha. Btw rate macam KL kat sana, macam a bit pricey la kan. Ala selalu benda tak seberapa pun, tapi orang kita ni ska indahkan kabor dari ruper.
ReplyDeleteTengah fokus tu Mama JJ, fokus... Hehehe... Tulaaa... tapi syok jugak try-test-rasa sana-sini, at least bila orang cerita dah tahu dah macam mana feel sebenarnya :)
DeleteNampak sedap jerk roti bakar tu...;)
ReplyDeleteWaktu panas-panas... roti ni sedap je gigit, bila dah sejuk. Kejung jadinya. Hehehe...
Deletetak pernah pegi. hehehe.pantai timur pon penah jejak sekali je. sobbsobbb
ReplyDeleteLorrr... sian dia. Lain kali jejakkan kali kedua pulak ye Wana :)
Deletepenuh bersemangat snap gambar.. hihii
ReplyDeleteKehkehkeh... kekantolan muka serius dekat situ :)
Deletemmg nampak old skool n classic kedai tu..... skang ni dah takut nk g kopitiam yg x papr sijil halal smnjak kuar mcm2 cite..eg kopitiam yg kat kluang tu....
ReplyDeleteKan? Berniaga kemain nak untung. Setakat ambil sijil Halal pun susah. Haishhhh!
Deletesy dgr cerita kat Terengganu makanan boleh tahan jugak mahal. Kalau kopitiam camni mmg ada standard harga kan. Tapi kalau gerai-gerai dia tau kita orang luar makan mesti kene belas-belas. husband pernah kene hehe
ReplyDeleteDorang memang suka ketuk harga dekat orang-orang luar dari kawasan situ biasanya Cha. Tapi ada jugak sekali-sekala akak makan dekat gerai-gerai biasa, owner kedai tu bagi harga murah sangat. Sampai dua-tiga kali ulang tanya tak percaya. Hahaha!
Deletereena, kalau makan kopi ni kan, bila guna cawan yg old skool tu yg layan...tetiba rasa nak balik kg minum kopi kampung..haha
ReplyDeleteWahhh... dahsyatlah kampung dia ada lagi cawan old skool macam gini. Kampung kita takde pun awak. Huhuhu...
Deletebestnya satu family makan bersama
ReplyDeleteMemang best Mama Rey. Kalau lima family lagik best agaknya :)
DeleteSalam kenal..last saya pergi Hai Peng ni taon 2007...still da same ekk deco dia...
ReplyDeleteSalam kenal awak :)
DeleteBila kira dah 5 tahun lepas tu... Owner Hai Peng amalkan kos penjimatan decoration agaknya. Hehehe....
Salam..td google psl Hai Peng last2 tmasuk blog ni..
ReplyDeleteAyah sy dr muda mmg selalu sgt minum kt Hai Peng sbb dulu dia keje kt sana..dulu2 ms sy sekolah rendah, igt lg kt tepi kedai tu ada replika / miniature Tembok Besar China..suka sgt tgk..skg dh diperbesarkan & dimodenkan so xde lg..
Dulu standard kedai kopi cina zaman2 Yap Ah Loy tu..hihi