Kalau sebelum ni i wujudkan entry ringkas yang bertajuk - Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat bagi menghargai hari-hari yang i lalui. Dan untuk entry yang ini pula, i nak kongsikan dengan korang. Gambar-gambar perhiasan rumah samada baru atau lama yang ada disekeliling i (suka tak?) Lagipun semua perhiasan ni memainkan peranan penting dalam membentuk mood gembira, ceria dan keseronokan selepas ber'perang' dengan dunia luar. Takkanlah balik rumah pun nak tunjukkan muka tension-tension kan? Tak syoklah macam tu. Agak-agak kalau tengah tension tu cuba korang tengok muka sendiri dekat cermin. Sanggup ke? Hehehe...
Selain daripada perhiasan rumah, insya-Allah i akan tunjukkan juga dekorasi / hiasan dalaman rumah yang berjaya i lakukan. Ikutkan banyak plan dari tahun 2012 yang i dah rancangkan dengan hubby untuk future project Home Sweet Home kami. Macam mana semuanya bergantung dari segi ongkos, masa dan tenaga. Macam mana pun, i harap kawan-kawan semua doakanlah segalanya berjalan lancar ye.
Untuk entry pertama bagi Home Sweet Home / Rumahku Syurgaku. Terimalah dari i....
Description / Keterangan gambar dari atas ke bawah :
1. Sejak akhir-akhir ni i suka sangat dengan hiasan bunga untuk diletakkan dalam rumah. Tak kiralah samada bunga plastik atau bunga hidup. Adakah jiwa makcik-makcik mula menguasai diri i? Hahaha... no comment please... Pattern pasu bunga yang unik / lain dari yang lain ni juga antara barangan kesayangan i yang baru.
2. Dua buah pasu / vase bunga yang berisi pelbagai bunga hidup ni i dapat daripada majlis perkahwinan sebelah keluarga hubby i. Cantikkan kan? Tapi tak tahulah sampai bila bunga ni boleh bertahan. Huhuhu...
3. Bunga rose plastik ni pula menjadi hiasan untuk ruang shelf di meja makan i. Simple je kan?
4. Manakala empat buah lantern / bekas lampu dari Ikea ni merupakan antara koleksi terbaru kami. Selain daripada berfungsi sebagai lampu kecemasan bila black-out tengah-tengah malam. I suka sangat dengan gaya klasik moden yang ada pada bekas lampu ni.
"Never make your home in a place. Make a home for yourself inside your own head. You'll find what you need to furnish it - memory, friends you can trust, love of learning, and other such things. That way it will go with you wherever you journey."
Quote / Petikan dari Tad Williams
"Never make your home in a place. Make a home for yourself inside your own head. You'll find what you need to furnish it - memory, friends you can trust, love of learning, and other such things. That way it will go with you wherever you journey."
Quote / Petikan dari Tad Williams
berseri2 rumah u wif flowers....
ReplyDeletenice....
Hehehe... macih Kak Rasp :) Muah!
Deletecantik sangat.....nanti lepas nih update banyak banyak sikit tentang dekorasi rumah reena....teringin nak tengok
ReplyDeleteBoleh, insya-Allah Mun :) Janji Mun jangan boring tengok sudah... Hehehe...
DeleteAini suka rumah ada bunga bunga. Mana ada jiwa makcik makcik lah. Tu namanya jiwa yang sukakan keindahan alam semulajadi Kak Reena.
ReplyDeleteHahaha! Ye ke Aini? Mesti Aini pun suka bunga jugakkan? Ok, bila dengar komen Aini ni terus bersemangat nak tambah macam-macam bunga / pokok :)
DeleteReena...langsir sliding tu bunga halus2 kan...ikea kan...blurr la x nampak..
ReplyDeleteMak aihhh... Cinda... Punyalah cinonet je kewujudan langsir tu dekat gambar, awak boleh nampak ye? Kagum ni. Hehehe... A'ah memang Ikea pun. Pandai awak! :)
Deletehahaha...kaki ikea lah katakannn....saya pun buat langsir gak..sebab geram ngan motif bunga yang colourfull sangatt..kan..
DeleteSamalah Cinda. Hehehe... Kalau dah nama memang kaki ikea, sekilas ikan di air, dah boleh tahu jantan betinanya (gituuu...)
DeleteKalau awak nak tahu, ni curtain kesayangan kita ni berbanding curtain Ikea yang lain. Sebab terlampau sayang sangat, daripada raya tahun lepas lagi tak tukar-tukar. Eh! Kehkehkeh
banyak bunga bukan makcik2 la reena.. dlm hati ada tama taw..
ReplyDeletetakmo la ngaku makcik2.. muda sokmo.. kikiii..
Kan? Perkataan makcik tu macam satu tikaman hati dan perasaan gitu. Kahkahkah! Ngada-ngada betul :)
Deletereena, zoom skit curtain tu..
ReplyDeleteari tu i ada gi ikea mmg berkenan la curtain tu nk ganti curtain lama dh 2 taon. rm19.90/meter kan?
Nanti kita check balik semula ye awak... Ikutkan dah beli lama pun. Hehehe :)
DeleteTangan seni buat apa pun menjadi...
ReplyDelete