I tak ceritakan lagik dekat korang pasal tempat penginapan i bercuti dekat Cherating pada 1 Februari 2013 hari tu kan? (hari tulah sangat! Hahaha!) Kali ni, i dan hubby pilih untuk menginap di Suria Cherating Beach Resort sebagaimana yang digembar-gemburkan kehebatannya oleh kawan-kawan hubby i. Betul ke best sangat ni? Boleh percaya ke cakap dorang ni? (Hamboi... underestimate nampak? Kehkehkeh).
Hah, sebab tulah kena try-test-tengok sendiri. Apa-apa hal, korang kenalah baca review i pasal Suria Cherating Beach Resort ni (dan kalau korang ada pengalaman lain dekat sini, ceritalah dekat i ye). Tapi macam mana pun next time kalau nak pergi mana-mana tempat, i nak check dulu komen-komen yang ada dekat Foursquare dulu. Bukan apa, menyesal kemudian tiada gunanya (ewah!)
Hah, sebab tulah kena try-test-tengok sendiri. Apa-apa hal, korang kenalah baca review i pasal Suria Cherating Beach Resort ni (dan kalau korang ada pengalaman lain dekat sini, ceritalah dekat i ye). Tapi macam mana pun next time kalau nak pergi mana-mana tempat, i nak check dulu komen-komen yang ada dekat Foursquare dulu. Bukan apa, menyesal kemudian tiada gunanya (ewah!)
Alamat Suria Cherating Beach Resort :
KM32.5, Jalan Kuantan / Kemaman
26080 Cherating
Pahang
No. Telefon : 09-581 9898 / 09-581 9320
No. Faks : 09-581 9797
Laman web / Website : http://www.suriaresorts.com/cherating/
Kalau korang nak tahu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan dekat sini. Nampak macam best je semua aktiviti tu, tapi yang penting korang kenalah sediakan duit. Nak tahu lebih lanjut, cuba klik sini ---> http://www.suriaresorts.com/cherating/interest.php. Hah... selain tu, Suria Cherating Beach Resort juga menyediakan tempat untuk kursus Team Building. Sesiapa yang nak adakan kursus ni untuk office masing-masing, bolehlah contact dorang. Mana tahu boleh dapat harga kawan-kawan ke. Eh, pandai-pandai i je kan? Kahkahkah (actually muntah dengar perkataan kursus-kursus ni. Tak minat langsung nak pergi. Boleh gitu? Hehehe...)
Suria Cherating Beach Resort juga kebiasaannya akan mengadakan promosi untuk sebarang tempahan bilik melalui laman web mereka ---> http://reservations.directwithhotels.com/reservation/selectDates/360. Macam i sendiri, dapat 45% diskaun melalui Early Booking Promo. Di mana tempahan bilik hendaklah dibuat lebih awal / in advance 7 hari dari tarikh ketibaan korang ke Cherating (ikutkan lebih awal dari tu kita orang dah booking dah pun. Hehehe...) Jumlah keseluruhan harga untuk dua malam termasuk sarapan pagi ialah RM264.00 je (murah kan?)
Pendapat / Ulasan / Review mengenai Suria Cherating Beach Resort
1. Suria Cherating Beach Resort betul-betul terletak bersebelahan dengan Impiana Resort. Kalau teringin nak intai tengok macam mana keadaan Impiana Resort bolehlah jalan-jalan pergi sini ikut dari laluan pantai. Bukan i suruh ceroboh ye... Hehehe... Suruh korang tengok keadaan sekeliling je tau. Mana tahu, next time korang boleh try tidur dekat Impiana pulak.
2. Kalau tengok dekat dalam website Suria Cherating kemain lawa lagik biliknya. Tapi bila dah check-in "oh, macam ni je ke?" Mata pandang sekeliling sambil kebil-kebil. Ikutkan pada i biasa-biasa jelah. Channel TV pakai Astro pun tak clear. Pelik tapi benar... Hehehe...
3. Part best? Hah... Signal wifi dekat sini memang mantap! Keliling Suria Cherating semua ada internet. Usung jelah handphone sambil update Twitter atau Instagram. Tak payah nak pening-pening beli data sebab wifi dekat sini FREE (hoorey!)
4. Kedudukan swimming pool nya pelik sangat. Apataknya betul-betul terletak dekat tengah laluan dari bilik untuk ke cafe dan pantai. Kalau nak berjalan tu korang kena hati-hati sikit. Bukan apa, takut tergelincir sebab laluan jadi basah / licin dengan budak-budak atau pun orang tua yang keluar dari swimming pool. Tak pasal-pasal merbahaya dekat semua orang.
5. Bab makanan untuk breakfast. Satu je jawapan i - Sedey! Kita orang turun makan pukul 8:30pagi, tapi i tengok kebanyakan makanan dah nak habis. Biar betul?! Ni makan cover terus lunch ke hape? Dahlah tu, plate / pinggan makan pun tak sebersih mana, termasuk dengan sudu garfunya sekali. Makanan pulak jenis over berminyak. Rasa makanan macam mana? Tak payah tanyalah korang, memang sedey...
6. Jarak dari bilik untuk ke pantai cuma ambil masa 5 minit je. Lagipun pantai di Suria Cherating ialah kategori private beach / pantai persendirian. Jadi korang takkan bersesak dengan orang ramai bermandi-manda dekat sini. Macam mana pun i perasan, ada je orang luar yang tak menginap dekat sini, berduyun-duyun keluar masuk ikut laluan tepi untuk ke pantai. Kalau camtu takdelah private sangat kan? Hehe... Oh lagi satu, kawasan pantainya kurang landai. Bahaya sikit untuk budak-budak, kena selalu perhatikan dorang ye.
7. Suasana dekat sini sesak sangat especially kalau percutian korang bertembung dengan orang-orang yang adakan reunion, kursus Team Building, Family Day dan lain-lain. Kononnya, datang bercuti nak cari ketenangan, terus pening kepala bila lalu sebelah bilik karaoke terdengar lagu Anggapanmu version suara kecik. Berdepan dengan bilik karaoke pulak tu ada surau... Masya-Allah...
7. Suasana dekat sini sesak sangat especially kalau percutian korang bertembung dengan orang-orang yang adakan reunion, kursus Team Building, Family Day dan lain-lain. Kononnya, datang bercuti nak cari ketenangan, terus pening kepala bila lalu sebelah bilik karaoke terdengar lagu Anggapanmu version suara kecik. Berdepan dengan bilik karaoke pulak tu ada surau... Masya-Allah...
8. Untuk korang yang memang suka shopping keropok dan makan-makan dekat Kuala Kemaman, Terengganu. Perjalanan cuma ambil masa 10 minit je daripada sini. Best gila!
9. Keseluruhan, i bagi rating 3 bintang je. What do you expect kan, kalau tengok dari harga promosi tu dah kira berbaloilah... Kalau takde harga promosi, mesti teruk dah kena hentam ni. Eh! Hehehe...
Dah penat baca, moh kita tengok gambar pulak.
Dah penat baca, moh kita tengok gambar pulak.
p/s : happy weekend semua, besok dah back to school.
Holiday sakan happy je budak2 tuu hehehee saya pun dulu masa kecik2 rasanya dah pergi dekat suria cherating ni. suasana pun dah ingat tapi kalau ada rezeki nak je jalan2 belah sana amik angin rehatkan badan gituuu :)
ReplyDeletePergilah Sarah, memang best jalan-jalan area Cherating ni :)
Deletesalam reena...pemandangn yg cukup indah ..damai je rasa..:))
ReplyDeleteSalam Intan :)
DeleteKan Intan? Sebab tulah kita suka datang Cherating ni :)
Biasa dengar nama resort ni...tp cerating okje tak pernah sampai lagi....lalu je...
ReplyDeleteLepas ni bila lalu sini kenalah singgah ye OKje :)
Deletenampak menarik la tempat dia.. harga pun ok kan..
ReplyDeleteHarga dia waktu offer memang not bad FAR, tapi kalau tak dapat harga offer memang tak berbaloi je rasa. Hehehe
Deletesebelah impiana ekk?
ReplyDeletenext time nnt bole dok sini plak..
A'ah Ameris :) memang sebelah je dengan Impiana. Try lah datang sini ye :)
Deletebila pulak bilik karaoke berhadapan dgn surau? surau di belakang, sangat jauh dgn bilik karaoke. TQ
ReplyDeleteOh, alhamdulilah baguslah kalau macam tu. Mungkin bilik yang berdepan dengan karaoke tu adalah community hall / bilik kosong yang digunakan untuk tujuan tertentu. Tapi masa saya datang, ada student sekolah agama yang menginap dekat Suria gunakan bilik tu bagi tujuan solat :)
Delete