Blogger templates

Showing posts with label IPhone 4 for Sale. Show all posts
Showing posts with label IPhone 4 for Sale. Show all posts

Jan 22, 2013

iPhone 4 For Sale / iPhone 4 Untuk Dijual

Akhirnya entry yang ditunggu-tunggu muncul jua. Excited tak korang... excited tak? Ehemmm...

Bismillahirrahmanirrahim....

Lelong... lelong... iPhone 4 untuk dijual... iPhone 4 untuk dijual... Lelong... lelong!!! Adik comel, kakak cantik, abang handsome... meh rapat-rapatkan hidung korang dekat skrin komputer masing-masing (ewahhh... macam main laga-laga hidung nampak... laga hidung dengan komputer je boleh tau... laga-laga hidung dengan orang. Errr.... Scary! Keh-keh-keh).

Untuk pengetahuan korang, saya yang comel dan hubby yang merupakan pemilik kepada iPhone 4 di bawah ini dengan rasa gemuruhnya (gituuu...) mengumumkan bahawa bermulalah sessi jualan ke atas iPhone 4 kami yang banyak berjasa selama ini. Serius korang, iPhone 4 nilah satu-satunya kawan terbaik dikalangan gadget yang i ada, selalu sangat berada disamping i tak kira susah mahupun senang. Dahla tu banyak sangat membantu i especially waktu i kelam-kabut, tukang ingatkan i bila i terlupa, selalu tangkap gambar i buat gaya comel tanpa rasa loya (hehehe...), kejutkan i pagi-pagi sebelum Subuh untuk pergi kerja, tolong buatkan kira-kira untuk i bila bershopping sakan dan macam-macam lagilah (korang tengok, kawan manusia pun belum tentu sanggup nak layan korang macam ginikan? Kau mampu? Hehehe).

Kalau sesiapa yang mengenali i dan hubby secara realiti mesti dah tahu betapa caringnya kita orang menjaga iPhone 4 ni dengan penuh kasih sayang. Jadi kalau i bagitahu conditionnya 100% perfect, memang sehabis perfect yang korang akan dapat (tanpa scratch / calar pada kedua-dua bahagian body iPhone 4). Begitulah jugak sebaliknya. Kedua-dua iPhone 4 ini, i akan jual lengkap dengan kotak (yang masih berplastik) sama macam waktu kali pertama kita orang beli.


Description / Penerangan / Ciri-ciri Untuk Kedua-dua iPhone 4

1. Berwarna Hitam dan beli melalui Maxis.
2. Used : Selama 2 tahun.
3. Kapasiti / storage ialah 16GB.
4. Tak pernah buat jailbreak.
5. Kemaskini terbaru pada iPhone 4 ialah IOS 6.0.1.
6. Screen protector telah dipasang pada kedua-dua bahagian iPhone 4 (depan dan belakang).
7. Dilengkapi dalam kotak bersama-sama dengan charger, USB cable, earphone dan SIM ejector yang masih dalam keadaan baik (jarang sangat guna dan ada antaranya tak guna langsung).
8. Tujuan jual : Sebab dah upgrade kepada iPhone 5.
9. Tiada sebarang scratch / calar pada permukaan depan dan belakang kedua-dua iPhone 4.


I bahagikan kedua-dua iPhone 4 dengan nama :-

iPhone 4 Set No. 1
dan
iPhone 4 Set No. 2

*Untuk penerangan lebih jelas, korang boleh tengok gambar dekat bawah ok.

Terdapat sedikit perbezaan harga untuk kedua-duanya. Di mana untuk iPhone 4 Set No. 1, harga yang i tawarkan ialah RM950.00. Condition untuk iPhone 4 Set No. 1 memang 100% perfect.

Manakala untuk iPhone 4 Set No. 2, harga yang ditawarkan ialah RM900.00. Sebab apa murah sikit dari iPhone 4 Set No. 1? Sebab ada dua tanda kecil pada bahagian bawah iPhone 4 Set No. 2 (bukan atas cermin tapi betul-betul pada bahagian bawah). Anyway tanda ni, tak nampak sebenarnya bila korang dah pakai casing iPhone. Tapi sebab rasa bersalah i turunkan harga sikit dari iPhone 4 Set No. 1 tadi.

Nota : Cash On Delivery untuk mereka yang berada di area Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk mereka yang diluar kawasan yang i nyatakan tambahan harga untuk postage diperlukan.

Ada tawaran harga menarik kalau korang nak beli kedua-duanya sekali (yeay!) Macam biasa untuk pertanyaan lanjut sila emelkan kepada i di  :

reena_onn@yahoo.co.uk
atau
SMS di ---------???----------

"Siapa cepat dia dapat!!!"

"Nampaknya dah ada pemilik baru untuk dua-dua iPhone 4 dekat bawah (hoorey!!!) so automatik tawaran dah pun TUTUP (sorry korang untuk yang masih bertanya... lambat pulak nak update dekat sini). Tak sangka orang yang beli iPhone 4 i ni, pembaca dalam senyap (ewahhh... silent reader gitu) blog i (macih awak!!!) First time jumpa dah macam bertahun-tahun ngam (hahaha... hubby i sampai curious tanya, "kawan sekolah lama sayang ke tu?") Biasalah sayang, orang Johor memang peramah even orang tu baru je jumpa. Yang bestnya dia juga pemenang Giveaway yang i anjurkan baru-baru ni."
"Hai Cinda, seronok dapat jumpa awak tau. I hope someday we can meet again and spend more time together."

Jom kita tengok gambar pulak.


IPHONE 4 SET NO. 1 (HARGA : RM950.00)





IPHONE 4 SET NO. 2 (HARGA : RM900.00)






TAWARAN ISTIMEWA UNTUK KORANG YANG NAK BELI KEDUA-DUA SET IPHONE 4 SEKALIGUS *emel atau sms lah i, apa lagik? Hehehe...



p/s : Pertanyaan mengenai iPhone 4 for sale / iPhone 4 untuk dijual hanya dijawab melalui emel dan sms sahaja ye. Kalau tanya dekat komen bawah, jawapan i sama jugak. "Emel / SMS lah saya." Macih semua... Tiba-tiba terasa excited pulak nak tahu siapa gerangannya pemilik baru iPhone 4 i ni nanti.


Jan 20, 2013

iPhone 5 Review / Ulasan iPhone 5

Sebelum ni (dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/maxis-iphone-5-launch-pelancaran-maxis.html) i dah story dekat korang betapa frustrated nya i nak dapatkan iPhone 5 dengan Maxis. Haishhh... serius i rasa macam nak cekik-cekik je Maxis ni tau. Sekarang ni pulak line Maxis meng'gila' takde 3G dekat area office i (huhuhu... dah tak boleh nak bergossip dekat Whatsapp secara rancak. Nyampah!) Kadang-kadang tu muncul perkataan no service dekat handphone i tak pasal-pasal. Dahla tu, bila i buat complain, staf Maxis siap boleh perli-perli i lagik dan kata, "lagipun masalah takde line ni cuma bila puan dekat area office je kan?" Automatik i terus terasa macam minum sirap. "Excuse me, memanglah masalah takde line ni cuma bila i dekat area office, you cuba kira berapa lama waktu kerja i dekat office ni? Lagipun i ni sekarang bukannya duduk dalam kampung ke atau dekat hutan." (Hambik kau!) Terus terkebil-kebil staf Maxis bila dengar jawapan i (eh-eh... macam boleh nampak je dekat telefon kan? Hehehe...) Nasib badanlah noks... siapa suruh bagi statement didihan membara. Dah namanya customer, always right jelah memanjang. Kih-kih-kih... Alhamdulilah, berkat complain i yang tahap super hot (gitu...), Maxis beri diskaun untuk bil telefon i sepanjang 3 bulan akan datang. Siaplah... habis 3 bulan, kalau takde perubahan, i buatlah complain lagik. Opss...

Eh... ni macam dah tergelincir jauh dari landasan tajuk dekat atas ni (tengok, ni semua Maxis punya pasal!) Actually, i nak cerita dekat korang, kekecewaan i untuk dapatkan iPhone 5 dah terubat dah pun. Sebab apa? Sebab apa? (Hehehe... saje je buat soalan nada kepoh cam gitu kan?) Bersempena dengan harijadi i yang baru je berlalu penghujung bulan Disember 2012, hubby i dengan comelnya hadiahkan i iPhone 5 (yeay, macih cayang! He always know how to make me smile. Eceh!) Rupa-rupanya dalam diam-diam hubby susah-payah booking dua iPhone 5 through website Apple Store (satu untuk dia, satu lagik untuk i).

Walaupun surprise dia kurang menjadi sebab iPhone 5 sampai lewat dari harijadi i (dan i sendiri dah tahu pasal kemunculan iPhone 5 ni nanti. Hahaha! Nampak sangat dah tak suspen dah...) Ditambah pulak dengan kesilapan dekat pihak DHL tertukar slip sewaktu delivery waktu kita orang dekat kampung (mak aihh... banyak betul dugaannya). Maka, tepat pada tarikh 27 Disember 2012 (Khamis), iPhone 5 akhirnya berada dalam genggaman i (ewah!) Tapi iPhone 5 ni tak boleh berfungsi lagik sebab kita orang kena tukar dulu simcard Maxis kepada nano simcard (Maxis caj harga RM25.00 untuk tukar nano simcard. Maxis ni sikit-sikit nak caj duit orang. Mana tak buat i berkira. Heh!)

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Apa yang best nya pasal produk Apple ni especially berkaitan dengan iPhone. Ikutkan i dah jadi pengguna iPhone semenjak dari kemunculan iPhone 3G lagik. Kemudian i upgrade kepada iPhone 4 dan kini bersama-sama iPhone 5 (alhamdulilah... bersyukur sangat). Sebagai seorang yang sukakan teknologi dan gadget / gajet. I cukup bergantung dengan telefon mudah alih pintar yang boleh browse internet secara pantas, boleh receive dan reply emel secara serentak untuk 3 akaun emel yang i ada (termasuk emel office), aplikasi yang membantu i untuk menyimpan macam-macam info kerja atau nota peribadi seperti Dropbox, Timetable, Diary, Reminders, Notes, Dictionary dan IFiles. Malah melalui aplikasi ni jugak, i boleh berkongsi / sharing info dengan orang lain. Untuk aplikasi Islamic pulak, ianya memudahkan i untuk tahu arah kiblat dan waktu solat. Aplikasi Quran untuk bacaan ayat suci Al-Quran. Nak skodeng kawan-kawan i, i boleh buka aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare, Foodspotting dan Tunerfish. Sessi chatting atau bergossip dengan kawan-kawan boleh dilakukan dengan jayanya melalui aplikasi Whatsapp dan Line. Dan paling best, ialah part camera yang ada pada iPhone. Boring-boring boleh buat camwhore duck face (boo wek... hehehe). Ambil macam-macam gambar untuk update blog. Bila ada masa free, boleh draft sikit-sikit entry dengan aplikasi Blogger atau BlogPress (blogger lah katakan). Dan buat editing photo dengan berpuluh-puluh aplikasi photo editor yang ada dalam iPhone (senang sangat... tak payah guna komputer lagik). Agak-agak nak download lagu banyak-banyak, install je aplikasi Free Video. Hah... jadi, korang boleh nampak kan? Betapa pentingnya iPhone dalam kehidupan harian i. Tak kiralah samada untuk kerja, kehidupan peribadi, bersosial dan waktu terluang. Yang penting kena pandai bahagikan masa untuk semua ni. Kalau tak, naya jadinya! Hehehe...


iPhone 5 Review / Ulasan iPhone 5

I cuma boleh review / ulasan perbandingan iPhone 5 dengan iPhone 4 atau iPhone 4s je. Kalau sesiapa yang tanya perbandingan antara iPhone 5 dengan Samsung. Errr... jawapan i, kalau nak best, cuba beli iPhone 5 confirm tak pandang lain (eh! Hehehe....) Gurau je. Tak kisahlah apa-apa handphone pun janji korang happy (ye tak?)

1. Ringan, nipis dan pantas! Yes, memang tak dinafikan tiba-tiba i rasa pelik sebab selama ni pegang iPhone 4 kuat-kuat sebab takut terlepas dari tangan. Tapi bila pakai iPhone 5, sampaikan vibrate pun i tak rasa sebab ringan sangat.
2. Bila slide page laju tak hingat. Sama jugak bila taip mesej atau browse internet. Zupzupzup je! Suka!
3. Siri (intelligent assistant yang membantu korang untuk menanyakan soalan secara terus) untuk Bahasa Malaysia takde lagik. Masalahnya bila i bercakap dalam Bahasa Inggeris, dia kurang recognize Bahasa Inggeris i yang slang London ni (hampeh! Hahaha...) Anyway benda ni kurang penting sangat untuk i buat sementara waktu. So, takdelah kisah sangat.
4. Skrin iPhone 5 bersaiz 4 inci, berpaparan retina (retina display) dan super vibrant. Memang terbaik! Seronok sangat terutama sekali bila i ambil gambar, tengok Youtube dan browse internet. Semuanya nampak jelas dan terang. HD gitu...
5. Ada peningkatan dari segi kamera iPhone 5 berbanding kamera iPhone 4 yang i pakai sebelum ni. 40% lagik pantas untuk tangkap gambar, kurang noise pada gambar dan gambar jugak lagik elok walaupun dalam cahaya yang rendah (contoh gambar : boleh tengok gambar terakhir dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/hari-orientasi-tahun-1.html). Lepas tu boleh buat gambar panorama up to 28 megapixels (wahhh!! Syok gila!)
6. Sambungan / connector dari USB port ke iPhone 5 lebih kecil (nama dia ialah Lightning connector) dan korang tak perlu risau mana atas atau bawah sebelum nak sambungkan ke iPhone 5. Dua-dua bahagian boleh je cucuk.
7. Untuk lain-lain perbezaan dan peningkatan / improvement iPhone 5, apa kata korang check dekat sini ---> http://www.apple.com/iphone/features/. Hehehe... i dah tak larat nak cerita banyak-banyak (sorry...) Kesimpulannya iPhone 5 memang awesome!


iPhone 4 untuk Dijual

Ada berita baik untuk korang yang teringin nak pakai iPhone. I nak jual iPhone 4 (milik i dan hubby, meaning ada dua iPhone lah). Berapa harganya?? Jeng-jeng-jeng kepada sesiapa yang berminat, korang tunggu entry i selepas ni k. Atau boleh je emel i dekat reena_onn@yahoo.co.uk. Mana tahu, siapa tanya dulu, mungkin dia berpeluang dapat beli dulu sebelum orang lain (wahhh... gitu...)

Kemaskini / Update Terbaru : Entry iPhone 4 For Sale / iPhone 4 Untuk Dijual dah ada. Silalah menuju ke sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/iphone-4-for-sale-iphone-4-untuk-dijual.html


Jangan tersilap pulak, gambar iPhone 5 dekat bawah ni belum lagi untuk dijual ye. Untuk tatapan semata-mata. Hehehe...






p/s : Ada sesiapa yang pakai iPhone tak? Boleh share apa-apa applikasi yang menarik yang biasa korang guna.